Wednesday, 7 June 2017

Pancake tanpa susu

Entah kenapa kebelakangan ni kanak-kanak riang rumah ni suka sangat pancake. Resepi pancake Cik Yan pula menggunakan susu dan jadi masalah bila dorang mintak, susu tiada. Atau ngam2 ada susu, salah sorang tu asyik nak susu kotak sampai la jadi tak cukup.

Jadi satu hari tu terjumpa resepi ni dan kejadian pancake dia menarik jugak. Resepi asal kata dorayaki tapi Cik Yan buat asyikla tak jadi bentuk dorayaki sebenar maka Cik Yan anggap je ni adalah alternate recipe for pancake.

Resepi Adaptasi dari Blog Aku Bukan Master Chef

Bahan-bahan

  • 100g tpg gandum
  • 1/2 tsp baking soda
  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 1 tbsp madu
  • 2 tsp air


Cara membuatnya

  • Pukul telur kemudian masukkan gula sehingga sebati
  • Masukkan madu dan pukul sebati
  • Tepung dimasukkan bersama baking soda
  • Gaul dan masukkan air dan biar sebati
  • Biar di dalam peti ais selama 30 minit
  • Panaskan kuali dan masak pancake mengikut size di kehendaki
  • Untuk mendapat permukaan yang cantik, tunggu sehingga berbuih bari diterbalikkan.

Nota:
Resepi ini sesuai digunakan apabila nak buat pancake dalam kuantiti yang sedikit walaupun ada stok susu dalam peti.


Monday, 29 May 2017

Oven Baked Salmon with Lemon Cream Sauce

Kisahnya berminat nak try resepi yang sekian lama tertampal kat pintu peti ais lepas Mia request ikan oren good for my brain but cook different ways. Mia panggil ikan salmon macam tu lepas pujuk dia abiskan salmon teriyaki yang sekian lama Cik Yan tak buat. Masa  tu kira lama jugakla tak membeli salmon. Jadi berlaku sesi soal jawab dan akhirnya dia termakan dengan kata2 yang ikan ini elok untuk perkembangan otak.

Resepi ni adaptasi dari http://natashaskitchen.com




Bahan-bahan untuk penyediaan salmon
  • 2 to 3 lb salmon fillet
  • Garam dan blackpepper secukup rasa
  • 1 tbsp olive oil ~ drizzle salmon
  • 1 tbsp parsley, finely chopped, to garnish

      Cara Penyediaan
      • Bentang kertas parchment/ aluminium foil, fillet salmon disusun dengan meletakkan kulit ke bawah. 
      • Taburkan garam dan blackpepper secukup rasa dan drizzle minyak zaitun sebelum dimasukkan ke dalam oven. 
      • Bakar selama 10-15 min bergantung pada ketebalan ikan dan oven pada suhu 220C.


      Bahan-bahan untuk penyediaan sauce (Lemon Beurre Blanc)
      • 1 ulas bawang besar (size kecil) atau 2 ulas bawang merah ~ didadu halus dalam anggaran 1/4 cwn)  
      • 1/4 cwn jus lemon (dari 2 biji lemon bersize kecil atau sebiji lemon bersize besar)
      • 1/4 cup dry white wine (Cik Yan tukar dengan cuka masak ~ nanti nak cari sparkling water dari anggur)
      • 1/2 cwn heavy cream ~ Cik Yan guna whipping cream 
      • 1/2 cwn (8 tbsp) cold butter yang dipotong 8

            Cara Penyediaan
            • Campurkan bahan-bahan seperti bawang, jus lemon dan cuka dan panaskan atas api yang sederhana sehingga memekat. Anggaran masa selama 7-8 minit
            • Masukkan cream dan whisk pada api yang kecil kemudian masukkan butter satu sudu besar pada satu masa.
            • Tambah garam dan bolehlah ditutup api

            Cara Hidangan
            • Susun ikan salmon tadi dan dicurahkan sos mengikut banyak yang dikehendaki dan hias dengan daun parsley.


            Friday, 28 April 2017

            Chocolate Ice Cream (No Chunk)




            Resepi ni menjadi simpanan agak lama dah, baik dari kawan yang hantar ke, tengok IG mereka2 yang suka dessert lebih kurang je resepi nya, Tak faham tengok kat sini, tengok situ. Gitulah yang Cik Yan buat dan tak lupa juga tengok Youtube..

            Resepi ni tak silap macam electronic book version untuk buku Nigella Lawson. Tapi tak taula betul ke tak kan..


            Adaptasi dari Blog http://thedomesticgoddesswannabe.com

            Bahan-bahan
            • 1/2 cwn + 2 tbsp susu pekat (150ml)
            • 3 tbsp serbuk koko (Cik Yan guna Van Houten)
            • 1 cwn whipping cream

            Cara membuatnya
            • Putar susu pekat dengan serbuk koko sehingga sebati, ketepikan
            • Whipping cream dipukul sehingga stiff peak
            • Masukkan sedikit whipping cream yang telah kental ke dalam campuran susu, gaul
            • Kemudian tuang campuran susu tadi ke dalam whipping cream dan sebatikan semuanya
            • Simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 6 jam sebelum di makan
            • Nak makan pulak, biarkan 5 minit pada suhu bilik baru la mudah nak mengambilnya
            Nota:
            Tengok resepi lain, kalau tak nak menggunakan serbuk koko, maksudnya nak guna perisa lain seperti vanilla je ke atau oreo crumb ke, putar je whipping cream tu kemudian baru masukkan susu pekat dan perisa dikehendaki.


            Wednesday, 26 April 2017

            Non Bake Oreo Cheese Cake




            Lama sungguh tak makan non bake cheese cake tapi perasaan nak buat tu malas. Selalu tengok ada kawan sorang ni buat kat instagram dia. Dia share web mana resepi tu dan Cik Yan baca terus ingat. Ntah nape website tu macam mudah ingat je.

            Bila rasa nak buat, kebetulan memang keluar rumah maka singgahla bakery supply tapi asyikla philly cream cheese takde. Cik Yan tak berapa nak guna yang lain jadi tolak tepi la rancangan nak buat resepi ni dulu.

            Lama gak kot tak de stok, dekat Aeon semua ada tapi bila tau harga yang jauh beza..lagi lak macam confirm balik rumah terus buat. Maka takdela membeli walaupun banyak kali kuar masuk area cheese kat Aeon tu.

            Satu hari tu bawa Muhammad ke klinik untuk confirm kena measles atau heat rashes, kuar klinik Muhammad refuse masuk keta tapi ajak jalan kaki terus ke satu tempat. Memula tak perasan sekali eh eh kedai bakery tula dan tengok2 ada philly cheese. Terus Cik Yan beli 750g (1 pack 500g, 1 pack 250g). Happy kann.

            Tapi still amik masa membuatnya sebab tertiba Cik Yan kena tonsil. Tapi bila sihat.. terus buat sebab tak mengambil masa yang lama pun (sebab baca dan tengok youtube bebetul).

            Resepi dari http://www.bearnakedfood.com/2015/08/14/no-bake-oreo-cheesecake/



            Bahan-bahan

            Untuk Crust

            • 250g digestive biscuit - hancurkan sehingga halus
            • 90g unsalted butter - cairkan


            Cik Yan guna oreo crumb je, masuk dalam food processor dengan melted butter tu. Pulse sampai bergumpal lepas tu tekan dalam bekas (spring form size 8-9 inch)

            Cream Cheese Filling

            • 450 g Cream Cheese
            • 2 cups (450 ml) whipping cream
            • 140 g confectioners’ / icing sugar
            • 1 tbsp lemon juice
            • 2 tsp vanilla extract
            • 200 g Oreo cookies – crushed

            Cara membuatnya

            • Memula pukul cream cheese dan masukkan gula diikuti lemon juice dan vanilla. Pukul sehingga kembang atau gebu dan ketepikan.
            • Menggunakan bekas yang lain, whipping cream diputar sehingga soft peak.
            • Masukkan cream cheese tadi ke dalam whipping cream dan putar sekitar untuk sebatikan. Biasanya selama 30 saat. Jika terlebih putar, tekstur akan bergumpal atau menjadi kasar
            • Masukkan oreo crush, Ratakan dan tuang pada bekas berisi crust tadi.
            • Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam.
            • Untuk mendapat potongan yang kemas, pisau di celup air panas sebelum dipotong.



            Thursday, 6 April 2017

            Mandarin class



            Rancangnya Mia ke SJKC, tapi lepas cikgu tadika sendiri pesan supaya Mia lebih menguasai percakapan (kalau tak leh cakap mandarin, tak fasih, macam mana nak faham apa cikgu ajar). Untuk tukar Mia ke tadika lain macam tak nak je. Jadi amik keputusan bagi Mia class yang leh ajar communication in Mandarin dan sedikit penulisan asas.

            Tu aktiviti hari pertama. Tutor tu pandai menangani suasana (what to expect budak 5 thn, kena belajar). Nampak je Mia ngantuk, dia suruh Mia menulis, padankan gambar bagai. Suara Mia dari nak dengar tak dengar terus kuat semula. Ingat dia serik dah tapi masih lagi Mia excited menanti kelas berikutnya.





            Yan to be fit


            Sejak selalu sangat bacaan blood pressure tak cantik, google kata perlu tukar lifestyle maka Cik Yan decide kena exercise.

            Konon awal tahun plan dorang gi sekolah, kita jogging kat sekolah atau taman berdekatan tapi bila hari bekerja, kawasan jadi seperti tak ramai orang maka keselamatan meragui.

            Tengok2 kasut sukan tercabut sudah tapaknya maka bertambah la niat nak jogging tersasar. Cuma lepas bacaan blood pressure tu, mula rasa okay, nak exercise tapi untuk permulaan perlukan teman. Join gym rasanya susah la sebab tak selesa dengan percampuran pelbagai jantina. Lagilak karang terasa segan mula lagi malas nak gi. Di situ nanti mula duit melayang dan segalanya ntah kemana.

            Jadi decide nak personal trainer selepas dapat persetujuan En Suami sebab gym kawasan rumah tak ramai mana. Dapat pulak kawan yang memang kerja dalam bidang ni siap pasal lemak, berat tulang semua kena sukat.

            Maka gambar tu nak menunjukkan semangat yang mendatang dan semoga berterusan lepas abis session. Abih session tu macam ngan bulan puasa, maka raya nanti pada masa sesuai kena mula aktiviti senaman yang lain macam berenang ke atau jogging kat MSN.

            Sekian...yan to be fit.


            Wednesday, 29 March 2017

            Dadih Susu Segera

            Resepi dadih ini merupakan hasil dari pembelian serbuk dadih segera yang Cik Yan jumpa tatkala membeli barang dapo. Sebab dok baca orang mention Happy Grass, time cari santan tengok2 Happy Grass depan mata maka Cik Yan pun amik paket kecik (360g) perisa anggur.



            Kali ni nekad nak ikut arahan seperti pada paket tu dan hasilnya Mia suka sampai bertambah dan sanggup ambil sendiri. Jadi kesimpulan Cik Yan, setiap paket tu berbeza arahan dia dan ikut je bulat2 sontoh hari tu, paket tu suruh letak air je, Cik Yan gi tambah gula, letak susu cair bagai dan hasilnya manis dan Mia cakap tak sedap. Paket kedua pula, memang ikut arahan pada label walaupun buat separuh je (180g) dan Cik Yan sendiri terasa nikmat dadih tu padahal tak berapa suka.

            Bahan-bahan

            • 1 paket serbuk dadih Happy Grass mengikut perasa pilihan
            • 3 liter air
            • 400 ml susu cair
            • 100 g gula


            Cara membuatnya

            • Air dan gula di masak bersama sehingga mendidih sedikit
            • Masukkan susu diikuti serbuk dadih (dalam paket ada 2 plastik; yang besar serbuk dadih, yang kecil gula buah)
            • Tutup api dan masukkan gula buah kemudian kacau sebati. Boleh la juga nak rasa kot dah sesuai manis tu sebelum masuk gula buah
            • Tuang dalam bekas dan sejukkan.

            Sunday, 26 March 2017

            Dadih susu segera

            Suatu pagi tatkala dalam perjalanan ke sekolah Mia, Mia merajuk setelah Muhammad menyakat. Kebetulan jalan agak jem, dapatla tengok dekat gerai-gerai kuih tepi jalan tu. Cik Yan offer Mia untuk beli "pink dalam bekas" iaitu dadih di gerai yang biasa Cik Yan beli kuih.

            Beli 3 bekas dan terasa macam emm mahal gak ni sedangkan bahan dia setau Cik Yan takdela mahal mana. Memula cuba buat sendiri menggunakan serbuk agar-agar tapi sukatan air yang sikit menjadikan ianya seperti agar-agar. Next time kalau nak cuba resepi tu, Cik Yan nak tambah sukatan air yang diberi. Kalau dapat kelembutan yang diingini, Cik Yan masukkan resepi tu dalam blog nanti.

            Masa membeli ayam di AzZain, terpandangla rak dadih segera ni, memula nampak yang besar (400g) tapi lepas tu mata terpandang pada pek kecik (200g). Hati terus kata mehla cuba instant lak.

            Hari ni Cik Yan adaptasi resepi dari Blog Dairi@Hatiku dan mengikut sukatan yang terdapat pada pek instant dadih tu.

            Bahan-bahan
            • 200g serbuk dadih 
            • 400ml susu cair
            • 600 ml air
            Cara membuatnya
            • Panaskan air, kemudian masukkan susu
            • Curahkan serbuk dadih dan kacau supaya sebati
            • Masukkan pula paket kecil yang mengandungi perasa dadih tersebut
            • Biarkan sehingga mendidih dan tuang dalam bekas
            Note:
            • Cik Yan ikut resepi blog tu kata letak gula skit, jadi kejadian agak manis 
            • Blog tu lak instant dadih dia ada gula lain
            • Cik Yan simpulkan, sukatan cecair je kita blh tukar
            • Tak yah pepandai tambah gula kalau kat pek tu takde nyatakan.


            Saturday, 25 March 2017

            Kobis Goreng Mamak

            Resepi ni dicari setelah mengenangkan kobis untuk buat popia tu masih berbaki. Nak masak lemak rasa macam dah biasa sangat tambahan pulak, lauk ikan dimasak kari. Banyak sangat kuah nanti kan, tak nikmat pulak makan.

            Resepi adaptasi dari Blog Azie Kitchen,

            Bahan-bahan
            • 1/4 biji kobis - potong kecil
            • 1 biji lobak merah - potong mancis
            • Sedikit hempedal ayam - hiris ~ Cik Yan x letak
            • 1 sudu besar biji sawi
            • 3 tangkai cili kering - gunting pendek-pendek
            • 3 ulas bawang putih - hiris nipis
            • 1 biji bawang besar - hiris nipis
            • 1 sudu kecil serbuk kunyit
            • Sedikit sos tiram
            • Garam

                              Cara memasaknya
                              • Panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan biji sawi.
                              • Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk kunyit dan cili kering. Tumis hingga wangi.
                              • Masukkan hempedal ayam dan kacau seketika sehingga ianya agak masak. 
                              • Masukkan pula lobak merah dan sos tiram. Kacau sehingga lobak merah agak lembut.
                              • Masukkan kobis serta sedikit garam.
                              • Gaul rata hingga kobis dan lobak merah masak. 



                                      Sambal Goreng

                                      Sejak kawin, luas sedikit tafsiran sambal ni untuk Cik Yan, sebelum tu asyik ingat sambal belacan jela kan. Tak pun bila kata buat sambal, kita pun masak la sambal ayam ke sambal bilis ke.

                                      Bila menikmati makanan Indonesia, mulala minat dan tau tang sambal tomato la, sambal hijau la termasuk la sambal kelapa kan.

                                      Jadi bila kat FB ada post pasal resepi ni, bahan-bahan pun ada kat dalam peti terus berminat nak cuba dan jadi suka pada resepi ni. Rasa dia ada seperti sambal hitam cuma tiada penggunaan belimbing buluh.

                                      Resepi dari group memasak kat FB dari Lyana Hisham

                                      Bahan-bahan
                                      • 2 ulas bawang besar  
                                      • 6 biji cili hijau
                                      • 4 biji cili merah
                                      • Cili padi ikut kepedasan diingini
                                      • Segenggam ikan bilis
                                      • Sedikit belacan
                                      • Air asam jawa (dari separuh size telur ayam)
                                      • Minyak untuk menggoreng
                                      • Garam dan gula secukup rasa

                                      Cara memasaknya
                                      • Blend semua bahan kecuali air asam
                                      • Gorengkan bahan tersebut sehingga sedikit garing
                                      • Masukkan air asam dan bawang hiris kasar jika mahu
                                      • Perisakan gula dan garam
                                      • Tutup api.

                                      Saturday, 18 March 2017

                                      Gulai Ikan - Rempah Gulai Cap Bunga Rose

                                      Gulai ikan ini di cari resepinya memandangkan ada rempah gulai ikan yang dibeli bersama rempah gulai daging/ ayam. Kebetulan resepi dia lain dari kebiasaan cara Cik Yan masak, maksud Cik Yan cara resepi ini menarik perhatian untuk mencubanya.

                                      Ikutkan ketika membaca resepi ni, dengan penggunaan ikan tongkol atau tenggir, boleh la juga dijadikan lauk kepada nasi dagang. Tapi Cik Yan masa tu guna ikan apa yang ada dalam peti ais je jadi itu je yang tak ikut resepi.

                                      Resepi adaptasi dari Blog Masam Manis



                                      Bahan-bahan

                                      • Santan
                                      • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
                                      • 6 keping asam keping
                                      • garam 
                                      • gula secukup rasa
                                      • 5-6 biji cili padi
                                      • Ikan
                                      • 1 cm belacan
                                      • 15-20 tangkai cili kering


                                      Bahan Kisar
                                      • 1 biji bawang besar
                                      • 3 ulas bawang putih
                                      • 2 cm halia
                                      • 4 cm lengkuas


                                      Cara memasaknya

                                      • Kukus ikan bersama asam keping (Cik Yan rebus dengan air yang sedikit)
                                      • Santan dimasak selama 30 minit (Jika menggunakan santan kotak, bancuh dengan air). Kacau supaya santan tidak berketul
                                      • Masukkan bahan kisar ke dalam santan dan biarkan
                                      • Menggunakan kuali, tumis cili kering sehingga garing kemudian masukkan rempah gulai
                                      • Tumis sehingga naik minyak dan masukkan belacan jika mahu
                                      • Kemudian masukkan hasil tumisan ke dalam santan tadi
                                      • Masukkan gula, garam dan asam keping dan biarkan mendidih atau naik minyak
                                      • Ketika ini jika mahu sayur seperti bendi atau terung boleh la dimasukkan
                                      • Apabila mendidih atau naik minyak, masukkan ikan berserta air kukusan/ rebusan sedikit
                                      • Masukkan cili padi dan biar sehingga ia pekat sedikit.















                                      Monday, 13 March 2017

                                      Sambal Hijau Resepi Kedua



                                      Memandangkan sambal hijau ni kesukaan Cik Yan dan resepi terdahulu sedap tapi tak macam makan kat Bandung, maka saje la try resepi lain. Hasilnya sedap gak walaupun masih tak dapat macam kat sana tu. Kalau resepi dulu bahan2 perlu dikukus/ rebus tapi kali ni di goreng macam nak buat sambal tomato tu dan lain nyer kali ni Cik Yan letak ikan bilis skit.

                                      Resepi Adaptasi dari Blog namakucella

                                      Bahan-bahan
                                      • 10 batang cili hijau 
                                      • 15 btg cili padi
                                      • Segenggam ikan bilis ~ Cik Yan tambah
                                      • 5 ulas bawang merah
                                      • 5 ulas bawang putih
                                      • 1 biji tomato hijau
                                      • Air limau
                                      • Garam dan gula secukupnya

                                      Cara membuatnya
                                      • Goreng ikan bilis tapi tak perlu garing, ketepikan.
                                      • Kemudian goreng cili2 dan bawang2 sehingga layu
                                      • Ketika hampir layu masukkan tomato hijau (untuk elakkan meletup kalau masuk sekali jalan)
                                      • Tumbuk atau blend kasar hasil gorengan tadi, perah air limau secukupnya kemudian perasakan dengan garam dan gula. 



                                      Sunday, 12 March 2017

                                      Gulai Ayam - Rempah Gulai Cap Bunga Rose

                                      Kisahnya seorang teman masa kat opis lama message kirim rempah bunga rose ni. Jadi bila nak berangkat balik dari Kemaman, En Suami bawa singgah ke Pasar Chukai untuk Cik Yan beli rempah2 ni. Seronok sangat masuk pasar tu tapi sebab tang masak2 ni Cik Yan agak slow jadi cuma beli gula nisse banyak untuk Cik Yan dan rempah tu sebab kawan tak bagitau berapa dia nak maka beli jelah lebih.

                                      Bila dah sampaikan rempah ni pada dia, adala lebih untuk kegunaan rumah jadi Cik Yan pun sajela nak try. Memandangkan ada rasa nak makan lauk yang jarang di masak maka Cik Yan decide nak guna rempah gulai ayam dan terus google resepi.



                                      Resepi menarik perhatian Cik Yan adalah dari blog Tertunailah Hasrat Di Hati sebab membaca resepinya dan cara memasaknya tidak terasa susah. Cik Yan kan jenis kena mudah2 je...

                                      Bahan-bahan
                                      • 1 ekor ayam dipotong 14
                                      • 3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan) 
                                      • 1 paket kecil rempah gulai 
                                      • 1/2 paket kecil rempah masak 
                                      • 1 paket kerisik
                                      • air asam jawa
                                      • 1 keping asam keping
                                      • 2 biji ubi kentang
                                      • 1 cawan santan pekat
                                      • 2 1/2 cawan santan cair
                                      • garam secukupnya
                                      • gula secukupnya
                                      • gula melaka 1 ketul kecil
                                      • minyak masak

                                      Bahan kisar
                                      • 6 ulas bawang merah 
                                      • 4 ulas bawang putih 
                                      • 1 inci halia 
                                      • 1/4 inci lengkuas 
                                      • 1 inci kunyit hidup 
                                            Bahan tumis
                                            • 3 biji bawang putih dimayang
                                            • 1/2 biji bawang besar-dimayang
                                            • 1 inci halia  dimayang kasar
                                            • 1 batang kulit kayu manis
                                            • 5 kuntum bunga cengkih
                                            • 3 biji buah pelaga
                                            • 5 kelopak bunga lawang

                                                      Cara memasaknya
                                                      • Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis. 
                                                      • Tumiskan hingga wangi dan masukkan  bahan kisar serta cili mesin. 
                                                      • Masak sampai pecah minyak.
                                                      • Kemudian masukkan bahan campuran tadi dan kerisik. 
                                                      • Kacau dan masak sampai pecah minyak . 
                                                      • Kemudian masukkan ayam bersama ubi kentang.
                                                      • Masukkan  santan cair. 
                                                      • Bila gulai mendidih masukkan santan pekat bersama asam keping, air asam jawa dan gula nisan/melaka. 

                                                                                          Thursday, 23 February 2017

                                                                                          Bubur Lambuk

                                                                                          Hari tu tanya kawan Cik Yan kalau bubur kosong, ikan bilis takde dalam peti apa yang sedap nak di makan bersama (untuk kanak2 riang tu). Dia cakap nak mudah semua ada, masak bubur lambuk dan resepi tu ada kat my resepi sebab dia tak simpan cuma tau sumber je.

                                                                                          Cik Yan google dan jumpa resepi yang dimaksudkan (dia cakap mungkinla), tengok macam tak menyusahkan sangat maka terus siap2 kat dapo.

                                                                                          Resepi dari http://www.myresipi.com/recipes/5478-bubur-lambuk

                                                                                          Bahan-bahan

                                                                                          • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
                                                                                          • 1 sudu besar minyak sapi
                                                                                          • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
                                                                                          • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
                                                                                          • daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
                                                                                          • segenggam udang kering
                                                                                          • 2 helai daun pandan
                                                                                          • 1 sudu kecil halba
                                                                                          • 1 sudu kecil jintan kasar
                                                                                          • 1 biji bawang besar - hiris
                                                                                          • 3 biji bawang putih - hiris
                                                                                          • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
                                                                                          • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
                                                                                          • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
                                                                                          • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
                                                                                          • daun sup dan daun bawang
                                                                                          • garam secukup rasa
                                                                                          • air secukupnya

                                                                                          Cara memasaknya

                                                                                          • Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
                                                                                          • Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
                                                                                          • Kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
                                                                                          • Lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
                                                                                          • Dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
                                                                                          • Masukkan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
                                                                                          • Selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
                                                                                          • Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
                                                                                          • Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

                                                                                          Nota :
                                                                                          Cara Cik Yan buat mengikut nasihat kawan tadi tu camni,
                                                                                          • Masak bubur macam biasa
                                                                                          • Tumis bawang sampai naik bau dan masukkan daun pandan serta segala jenis rempah. Masukkan daging (Cik Yan guna daging cincang je) sehingga kering air daging tu 
                                                                                          • Masukkan air halia dan biar mendidih, 
                                                                                          • Curah hasil tumisan ke dalam bubur tadi beserta serbuk lada hitam dan udang kering
                                                                                          • Masukkan santan ikut kepekatan diingini diiringi daun bawang atau bawang goreng.
                                                                                          • Cik Yan masukkan juga lobak parut dan kacang tanah buat tambah lagi kepelbagaian rasa dalam bubur tu.



                                                                                          Monday, 13 February 2017

                                                                                          Kari Ikan Masin (Tumis Darat)

                                                                                          Alkisahnya En Suami nak makan ikan masin berkuah tapi dia kata cuba masak selain dari masak lemak tu. Teringat nampak pek serbuk rempah kari ikan masin kat kedai langsung terfikir untuk cuba masak kari ikan masin tapi malangnya serbuk rempah kari ikan masin tu takde, jadi guna yang biasa aje.

                                                                                          Resepi adaptasi dari Sajian Dapur Bonda


                                                                                          Bahan-bahan

                                                                                          • Beberapa keping ikan kering talang besar - dipotong kecil (anggaran 15 keping)
                                                                                          • 4 biji ubi kentang saiz sederhana - dibelah dua
                                                                                          • Nanas manis - dihiris
                                                                                          • 3 biji cili hijau - dibelah dua memanjang (Jangan sampai putus)
                                                                                          • 1 sudu besar pati asam jawa Extra ADABI - dibancuh dengan 1/2 cawan air
                                                                                          • 1 cawan pati santan - dibancuh dengan 3 cawan air
                                                                                          • 1 sudu kecil perasa (jika suka)
                                                                                          • Garam sekiranya perlu


                                                                                          Bahan-bahan dikisar:
                                                                                          • 1 ulas bawang besar saiz sederhana
                                                                                          • 3 ulas bawang putih
                                                                                          • 4 sudu besar (sudu makan) rempah ikan
                                                                                          • Air secukupnya 

                                                                                          Bahan-bahan ditumis:
                                                                                          • 3 ulas bawang kecil (bawang merah) - dihiris
                                                                                          • 2 ulas bawang putih - dihiris
                                                                                          • Halba 
                                                                                          • 2 tangkai daun kari

                                                                                          Cara memasaknya
                                                                                          • Rendam ikan kering talang di dalam air yang dicampur dengan garam kira-kira 30 minit. Proses ini adalah untuk mengurangkan rasa masin pada ikan kering talang. Kemudian basuh dan toskan.
                                                                                          • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama ikan kering talang. Tambah air secukupnya supaya ikan kering terendam di dalam bahan kisar tadi. Masak sehingga mendidih dan naik bau.
                                                                                          • Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata.
                                                                                          • Masukkan santan, diikuti dengan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk.
                                                                                          • Selepas ubi kentang empuk, bolehlah dimasukkan ikan kering dan hirisan nanas. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan cili hijau. Ketepikan.
                                                                                          • Tumis Darat: Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang kecil , bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian tuangkan ke dalam periuk kari tadi. Tutup dengan tudung periuk supaya aromanya tidak keluar.
                                                                                          • Sebelum menghidang, kacau rata kuah kari supaya bahan-bahan yang ditumis tadi bergaul mesra.


                                                                                          Friday, 10 February 2017

                                                                                          Apple Sugee Kheer

                                                                                          Rasanya tak pernah lagi share resepi makanan bayi yang Cik Yan cuba untuk Muhammad masa dia belum 2 tahun kan.

                                                                                          Resepi ni ala2 indian style, idea datang dari budak opis yang citer pasal tepung semolina ni dan bagi Cik Yan ok gak sebab leh tambah kepelbagaian tekstur makanan dan rasa.

                                                                                          Resepi dari Shishuworld.

                                                                                          Bahan-bahan
                                                                                          • 1 tbsp suji/ semolina/ fine rawa
                                                                                          • ½ apple
                                                                                          • ½ tsp ghee ~ Cik Yan tukar ke unsalted butter
                                                                                          • ½ cup baby’s milk ~ avoid (kalau anak susu formula tambahla)
                                                                                          • ½ cup water
                                                                                          Cara memasaknya
                                                                                          • Kupas epal, sagat dan ketepikan
                                                                                          • Di dalam periuk cairkan butter kemudian masukkan tepung suji
                                                                                          • Apabila tepung suji terbit aromanya masukkan air dan gaul sebati
                                                                                          • Masukkan epal yang disagat dan biar sehingga masak. Anggaran masa 4-5 minit dan apabila sudah dapat kepekatan yang diinginkan boleh la tambah susu
                                                                                          • Memandangkan Cik Yan tak tambah susu, maka Cik Yan lebihkan air dan tutup api pada keadaan yang rasanya sesuai (tak pekat dan tak cair).
                                                                                          • Selain epal, boleh juga ganti dengan buahan lain contohnya macam pear atau lai

                                                                                          Sunday, 5 February 2017

                                                                                          Ayam Kunyit Berkuah



                                                                                          Pepagi kuarkan ayam ketul2 dan isi ayam kononnya nak buat ayam masak merah sebab semua bahan mencukupi. Tapi tertiba kena gi opis kejap sebab ada sorang ni tak track invoice bebetul pastu barang dah deliver, kitorang tak bayar2 sebab tak diberitahu. Bila email bagai kata dah anta la semua tapi bila suruh resend the email no reply. Gi opis dia leh cakap saya dah letak dalam tracking tapi tak tahula kenapa. Bila tanya check tak sebelum submit bagai dia diam, kita terasa nak marah tapi tahan, dia leh wat bodo buat keje tak penting (sebab ai suruh buat yang lain) sambil nyanyi2 dikala hati ku panas berapi.

                                                                                          Balik amik Muhammad terasa kemalasan yang amat tambahan Muhammad meragam nak tido. Wasap kawan2 dan tertiba rasa mudah skit kalau buat ayam kunyit kot. Tapi nak resepi yang mudah2 je sebab memang kemalasan sungguh ni. Dalam mencari kat internet sambil menyusu Muhammad, jumpala resepi ni yang rasanya mudahla untuk yang kemalasan macam Cik Yan ni,

                                                                                          Resepi adaptasi dari Paty's Kitchen

                                                                                          Bahan-bahan
                                                                                          • 300g ayam, bahagian dada
                                                                                          • 4 batang kacang panjang, potong 2 inci
                                                                                          • 1 sudu kecil serbuk kunyit
                                                                                          • 2 senduk minyak masak
                                                                                          • 1 biji bawang besar, hiris nipis
                                                                                          • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
                                                                                          • 1 biji bawang merah, hiris nipis 
                                                                                          • 1 biji cili merah, hiris nipis
                                                                                          • 1 sdb sos tiram
                                                                                          • 1/2 cawan stok ayam
                                                                                          Cara memasaknya
                                                                                          • Potong dada ayam kepada kiub kecil. 
                                                                                          • Gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Perap selama 5 minit. 
                                                                                          • Panaskan minyak dan goreng dada ayam di atas api yang besar. Kacau dengan kerap supaya tidak mudah keras dan hangus. 
                                                                                          • Masukkan bawang putih dan bawang merah. Teruskan mengacau.
                                                                                          •  Masukkan sos tiram dan stok ayam. Biar seketika 
                                                                                          • Apabila ayam hampir masak masukkan cili merah, bawang besar dan kacang panjang. 
                                                                                          • Taburkan dengan sedikit gula. Kacau selama 1 minit, angkat dan hidang

                                                                                          Nota :
                                                                                          Kalau tengok gambar Cik Yan tu, Cik Yan takde kacang panjang bagai sebab terasa macam kalau beli, nanti En Suami macamla makan kacang tu. Jadi guna apa yang ada dalam peti je lagi lak nak ke kedai, Muhammad tengah tido. Hasilnya cendawan shitake, lada capsicum, broccoli, lobak dan cauliflower pun cukup sedap pada tekak Cik Yan.



                                                                                          Thursday, 2 February 2017

                                                                                          Membership Young Living

                                                                                          Dalam rajin membeli Shaklee, tak terasa nak jadi ahli. Tupperware pun sekali beli rasanya beratus2 gak tapi sesekali je jadi nak jadi ahli pun takde rasa sangat. Tapi yang ni Young Living, lepas diberi logik bagai terus setuju nak jadi ahli walaupun 5 bulan amik masanya. Tatkala setuju nak jadi ahli, hari yang sama En Suami mengguna dan cari info2 berkaitan essential oil dan cakap "abang tak tau pun bagusnya essential oil (EO) ni, nape tak share?

                                                                                          Maka excited la diri Cik Yan ni. 



                                                                                          Ni EO yang Cik Yan gunakan untuk melegakan sakit2 badan dia ntah tertiba sesambil nak bagi nyenyak tido semua orang. Yang lain nanti Cik Yan share sedikit sebanyak Insya Allah mengikut apa Cik Yan guna untuk diri sendiri, En Suami dan kanak2 riang tu ya.


                                                                                          Lemon ni lak, Cik Yan gunakan untuk scrub rahim kotla ada yang terlekat2 dalam rahim tu. Terlekat2 tu yang kekadang menyusahkan proses kehamilan. Lemon gak membantu dalam proses penyembuhan demam selsema batuk semua (dengan izin Allah juga). Tapi nanti Cik Yan share sesikit ya. Ilmu ni dapat dari mak minyak Cik Yan, cikgu di Jeli sana, Puan Noorzariah. Moga dikurniakan keberkatan dalam kehidupan dia sebab sudi share ilmu yang bagus.


                                                                                          Nak order, tinggal kat komen ok.


                                                                                          Wednesday, 25 January 2017

                                                                                          Bingka Roti Pandan

                                                                                          Resepi Adaptasi dari Blog Damai Qalbu

                                                                                          Bahan-bahan

                                                                                          • 1 cawan gula
                                                                                          • 1 cawan santan
                                                                                          • 2 1/4 cawan air jus daun pandan (blend 8 helai pandan dengan air & tapis)
                                                                                          • 2 sudu besar butter
                                                                                          • 3 biji telur
                                                                                          • 1/2 sudu teh garam
                                                                                          • 1 sudu besar pes pandan
                                                                                          • 14 keping roti, potong kecil


                                                                                          Cara-cara

                                                                                          • Blend kesemua bahan, kecuali roti, sehingga sebati.Tuangkan ke atas roti dan rendam sebentar selama 5 minit.
                                                                                          • Tuangkan 1 sudu besar minyak ke dalam tin dan panaskan di dalam oven.Ramas adunan tadi dan tuangkan ke dalam tin.
                                                                                          • Tabur biji bijan dan bakar 180 darjah C selama 1 jam.

                                                                                          Tuesday, 24 January 2017

                                                                                          Kuih Koci Pulut Hitam / Badak Berendam

                                                                                          Kuih koci merupakan salah satu kuih favourite Cik Yan lelebih lagi kalau koci pulut hitam. Dedulu sebenarnya tak perasan pun persamaan antara koci ngan badak berendam. Yang pasti kuih badak berendam yang sedap dulu2 arwah abah beli kat gerai kuih tepi corner Jln Au5 tu yang x jauh dari padang. Abah pernah cakap kekadang makcik tu sound pelanggan yang amik kuih sejenis banyak2. Dia kata nanti orang lain nak beli gak, jangan la amik semua. Hahahha.

                                                                                          Dulu ada kuih koci pulut hitam sedap jual petang2 kat area Secret Recipe Tmn Melawati tu. Dorang tu siap sorok kuih koci tak letak dalam bekas2 kuih yang lain. Kalau Cik Yan ke sesape beli terjenguk2 carik kuih koci, pakcik ke makcik tu mula tanya nak apa. Kalau jawan koci dia mula tanya berapa nak dan setakat masa mengandungkan Muhammad memang sentiasa mudah nak dapat cuma skang jela payah.

                                                                                          Lepas tau atau PERASAN kuih ni lebih kurang je terus rasa nak mencuba lagi2 kawan2 ada yang dok buat jual tapi jauh tu. Nak jadi citer dapat beli kelapa putih maka memula buat jelah inti kelapa gula merah tu. Lepas tu tengok ada lak daun pisang maka try layur dan menjadi layuran tu dan bancuhan tepung tu taklah sesusah mana.

                                                                                          Resepi dari FB Tahrunnisah Jali



                                                                                          Doh
                                                                                          • 2 cwn tepung pulut
                                                                                          • 2 tbsp beras pulut hitam di kisar dan tapis
                                                                                          • 1 cwn air
                                                                                          • Sedikit garam
                                                                                          Satukan bahan2 kering dan air dicurah sikit-sikit sehingga membentuk doh dan tidak melekat. Biarkan seketika.

                                                                                          Inti Kelapa
                                                                                          • 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
                                                                                          • 1 biji gula melaka
                                                                                          • 3/4 cwn gula pasir
                                                                                          • 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
                                                                                          • daun pandan disimpul
                                                                                          Caranya
                                                                                          • masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
                                                                                          • masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
                                                                                          • bulat2kan inti tersebut
                                                                                          • daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat
                                                                                          Kuah Santan Pekat
                                                                                          • 2 sudu besar tpg beras
                                                                                          • 2cawan santan pekat
                                                                                          • sedikit garam
                                                                                          Caranya
                                                                                          • Campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
                                                                                          Cara memasak koci
                                                                                          • masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni
                                                                                          • ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
                                                                                          • air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
                                                                                          • masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras 
                                                                                          • guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..
                                                                                          • kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...
                                                                                          Notes :
                                                                                          Cik Yan bila tang letak kat daun pisang tu memang tak masak macam resepi asal. Cik Yan bungkus terus semua pastu kukus 10-20 min.
                                                                                          Bila Cik Yan menjadikan Badak Berendam baru Cik Yan masak kuih tu macam onde2. Pastu lebihkan air dalam sukatan Kuah Santan Pekat supaya tidak begitu pekat.


                                                                                          Thursday, 19 January 2017

                                                                                          Kuih Nagasari

                                                                                          Bila pergi pasar tani, mesti ada yang sibuk tunjuk gerai pisang pastu mogok tak nak jalan sampaila kita beli.

                                                                                          Bila beli, beli lebih sebab sepanjang kat pasar nanti adalah yang ulang makan sampaikan kalau kita ada niat nak buat jemput pisang memang peluang tipis amat.

                                                                                          Tapi kalau sampai rumah, dapat sorok cecepat, boleh la terhasil sedikit kuih2 untuk santapan. Antara yang menjadi harapan Cik Yan ialah buat nagasari sebab masa tu beli santan kotak yang besar amat jadi sebelum dia tak elok, perabihkan.

                                                                                          Memandangkan daun pisang dah abis buat koci, Cik Yan buat dalam bekas kuih lompang dan mangkuk je..janji lepas la hajat dapat buat dan makan.



                                                                                          Resepi adaptasi dari blog Resepi Cikgu Ani

                                                                                          Bahan-bahan
                                                                                          • Pisang dibelah 2
                                                                                          • 1 cwn tpg beras
                                                                                          • 2 tbsp tpg jagung
                                                                                          • 5 cwn santan
                                                                                          • 2 tbsp gula
                                                                                          • Sedikit garam
                                                                                          • Daun pandan

                                                                                          Cara membuatnya
                                                                                          • Satukan kesemua bahan kecuali pisang dan tapis ke dalam periuk
                                                                                          • Masak sehingga likat bersama daun pandan
                                                                                          • Ambil daun pisang, letakkan sedikit diikuti pisang dan tambah lagi adunan tepung. Lipat sehingga habis semuanya
                                                                                          • Kukus selama 15-20 minit


                                                                                          Tuesday, 17 January 2017

                                                                                          Ayam Kung Pao

                                                                                          Dulu masa kerja suka pilih lauk Ayam Kung Pao ni kalau lunch kat Cozy Corner Ampang Park. Makanan kat situ semuanya sedap2 pada tekak Cik Yan kecuali makanan bergoreng macam mee ke kuetiaw goreng ke.

                                                                                          Sebab stok boneless part ada je kat rumah ni, bahan-bahan lain pun ada dalam dapur maka terjadila cubaan masak lauk ni tambahan Mia pun suka lauk2 berkicap ni.



                                                                                          Resepi adaptasi dari Blog Kuali Hangus.

                                                                                          Bahan-Bahannya :-

                                                                                          • 400grm isi ayam / dada ayam (dipotong kecil)
                                                                                          • 8 tangkai cili kering (dipotong pendek)
                                                                                          • 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
                                                                                          • 1 inci halia (dihiris halus)
                                                                                          • 3 sudu besar kacang gajus (yang telah dipanggang)
                                                                                          • 1/2 biji cili benggala (dipotong kecil)
                                                                                          • Beberapa helai daun bawang (dipotong halus)
                                                                                          • 1 sudu kecil minyak bijan (untuk menumis)
                                                                                          • Beberapa helai daun sup (dihiris)


                                                                                          Bahan Perapan

                                                                                          • 1 sudu besar kicap cair
                                                                                          • 1 sudu besar sos tiram
                                                                                          • 1 sudu besar tepung jagung
                                                                                          • 1/2 sudu kecil minyak bijan


                                                                                          Bahan Sos

                                                                                          • 1 sudu besar kicap pekat
                                                                                          • 2 sudu besar kicap cair
                                                                                          • 2 sudu besar sos cili bawang putih (sos cili thai)
                                                                                          • 1/4 cawan stok ayam
                                                                                          • 1/2 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
                                                                                          • Garam dan gula secukup rasa


                                                                                          Cara Membuatnya:-

                                                                                          • Ayam dibersihkan dan toskan. Dalam satu mangkuk masukkan bahan perapan dan ayam. Perapkan selama 30 minit. 
                                                                                          • Dalam mangkuk lain, bancuhkan bahan sos.
                                                                                          • Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Goreng ayam yang telah diperap hingga masak 70%. Angkat ayam dan ketepikan.
                                                                                          • Gunakan kuali yang sama. Minyak menggoreng dikurangkan hingga tinggal sedikit minyak dan tambahkan minyak bijan.
                                                                                          • Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering. 
                                                                                          • Tambahkan ayam yg telah digoreng awal tadi, lada benggala dan kacang gajus. 
                                                                                          • Kemudian masukkan bahan sos. Kacau hingga semua sebati selama 5 minit. 
                                                                                          • Rasa dan jika ok padamkan api. Hidangkan dan taburkan daun bawang.

                                                                                          Monday, 16 January 2017

                                                                                          Sambal Cili Hijau

                                                                                          Memandangkan ada banyak cilipadi dan lada hijau kat rumah, terus rasa nak buat sambal ni supaya lada hijau tak mengecut semuanya dan cilipadi yang terlebih beli tak terbuang.

                                                                                          Resepi asal dari Blog Kompilasi Resepi

                                                                                          Bahan-bahan
                                                                                          • Lada hijau ~ buang tangkainya
                                                                                          • Cili padi hijau
                                                                                          • 4 ulas bawang merah
                                                                                          • 2 ulas bawang putih
                                                                                          • 2 Biji tomato hijau
                                                                                          • Minyak masak
                                                                                          • ½ tsp air limau nipis
                                                                                          • Gula pasir secukupnya
                                                                                          • Garam secukupnya
                                                                                          Cara memasaknya
                                                                                          • Lada, cilipadi, tomato, bawang merah dan bawang putih direbus sehingga layu seketika ~ resepi asal kata kukus, tapi Cik Yan tak baca bebetul
                                                                                          • Tumbuk bahan2 tadi atau boleh juga dikisar kasar
                                                                                          • Goreng bahan2 tadi sehingga berbau dan perasakan

                                                                                          *Gambar dari blog tuan empunya resepi.


                                                                                          Ikan Cencaru Sumbat Bakar

                                                                                          Resepi ni Cik Yan teruja untuk abadikan sebab kejadiannya setelah menambah sesuatu memberikan sesuatu rasa yang Cik Yan suka.



                                                                                          Adaptasi dari Azie Kitchen

                                                                                          Bahan-bahan
                                                                                          • 4-5 ekor ikan cencaru - belah belakang
                                                                                          • 1 senduk (5-6 sb) cili kisar *
                                                                                          • 1 biji bawang besar *
                                                                                          • 3-4 bawang putih *
                                                                                          • 2 batang serai - potong-potong *
                                                                                          • 1 inci halia *
                                                                                          • Sedikit belacan bakar - jika suka
                                                                                          • Beberapa tangkai daun kesum - jika suka ~ Cik Yan xde
                                                                                          • Asam keping
                                                                                          • Kiub tom yam ~ Cik Yan tambah
                                                                                          • Bunga kantan dihiris ~ Cik Yan tambah
                                                                                          • Gula
                                                                                          • Garam

                                                                                                                Cara memasaknya
                                                                                                                • Tumis semua bahan bertanda * sehingga pecah minyak kemudian masukkan belacan jika suka, asam keping dan segala bahan kecuali ikan cencaru.
                                                                                                                • Apabila sambal dah masak, sumbatkan pada ikan cencaru dan bakar sehingga masak