Saturday, 18 March 2017

Gulai Ikan - Rempah Gulai Cap Bunga Rose

Gulai ikan ini di cari resepinya memandangkan ada rempah gulai ikan yang dibeli bersama rempah gulai daging/ ayam. Kebetulan resepi dia lain dari kebiasaan cara Cik Yan masak, maksud Cik Yan cara resepi ini menarik perhatian untuk mencubanya.

Ikutkan ketika membaca resepi ni, dengan penggunaan ikan tongkol atau tenggir, boleh la juga dijadikan lauk kepada nasi dagang. Tapi Cik Yan masa tu guna ikan apa yang ada dalam peti ais je jadi itu je yang tak ikut resepi.

Resepi adaptasi dari Blog Masam Manis



Bahan-bahan

  • Santan
  • 2-3 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
  • 6 keping asam keping
  • garam 
  • gula secukup rasa
  • 5-6 biji cili padi
  • Ikan
  • 1 cm belacan
  • 15-20 tangkai cili kering


Bahan Kisar
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 4 cm lengkuas


Cara memasaknya

  • Kukus ikan bersama asam keping (Cik Yan rebus dengan air yang sedikit)
  • Santan dimasak selama 30 minit (Jika menggunakan santan kotak, bancuh dengan air). Kacau supaya santan tidak berketul
  • Masukkan bahan kisar ke dalam santan dan biarkan
  • Menggunakan kuali, tumis cili kering sehingga garing kemudian masukkan rempah gulai
  • Tumis sehingga naik minyak dan masukkan belacan jika mahu
  • Kemudian masukkan hasil tumisan ke dalam santan tadi
  • Masukkan gula, garam dan asam keping dan biarkan mendidih atau naik minyak
  • Ketika ini jika mahu sayur seperti bendi atau terung boleh la dimasukkan
  • Apabila mendidih atau naik minyak, masukkan ikan berserta air kukusan/ rebusan sedikit
  • Masukkan cili padi dan biar sehingga ia pekat sedikit.















No comments:

Post a Comment