Pengalaman menyusukan Baby Muhammad tak lah semudah yang dijangka walaupun kali ni tiada lagi asakan untuk memberi susu formula.
Pada hari ketiga pantang rasanya, Cik Yan mengalami bengkak susu yang mana nak mintak tolong Mia pun tak berhasil. Puasla tuam dengan air panas yang diisi dalam botol tapi tak berjaya gak. Mandi air panas (dalam pantang sahlah air panas kan) pun tak berkesan sampailah satu tahap kawan cadangkan penggunaan daun kubis. Cik Yan risau sangat sebab biasanya daun itu digunakan untuk memberhentikan aliran susu jadi Cik Yan google banyak-banyak dan tengok cara penggunaan yang betul. Owh lupa..Mia tak berjaya, pam pun tambah lagi sakit tapi Alhamdulillah baby takdela merengek lapar.
Cuma Cik Yan berasa tak selesa tambahan abang En Suami ada dirumah jadi rasa macam-macam la..Maka bila dah decide nak guna daun kubis tu, En Suami beli dan Cik Yan amik daun yang paling besar dan lekap 5 minit je. Nape 5 minit je sebab lepas tu baby dah nangis nak susu. Esoknya Alhamdulillah, pam pun tak sakit dah (masa tu ingat pam rosak ke sebab sebelum tu tak terfikir pasal bengkak susu).
Cik Yan tak dapat buat stok waktu malam padahal ketika itu orang kata susu tengah banyak kan..sebabnya bila pam dalam bilik, Mia akan terganggu tidonya. Nak kuar pam kat luar, malu ok sebab abang En Suami ada. Kot la dia terjaga kan...Memang rasa susah sangatla nak pam dan memang perancangan Allah tu terbaik kan..bayang jelah kalau keje..ntah macam mana nak buat stok susu banyak2 sebab nak pam siang, baby pun nak menyusu gak.
Selama 2 bln jugakla Mia masih menyusu skali sampai satu masa Cik Yan berhentikan terus sebab Cik Yan risau akan baby dan juga kesihatan diri Cik Yan. Harus ingat ye walaupun menyusukan anak, kita perlu juga pastikan diri kita cukup zat bagai supaya kita boleh jaga anak2 kita. Lagipun Mia dah cukup dah tempoh penyusuan 2 tahun tu, jadi apa yang ada skang adalah milik baby pulak kan. Nanti entry lain Cik Yan citer pasal macam mana Mia berhenti menyusu.
Lepas dari bengkak susu tu..terjadi pulak kisah pam rosak. Cik Yan biasa pam lepas kul 8 sebab masa tu abang En Suami dah kuar gi opis. Aman la pam tanpa kacau Mia dan Baby dan Cik Yan tak pam habis sebab lepas pam je (cukupkan 15-20 minit) terus Cik Yan direct latch Baby. Nasibla dah belajar dari pengalaman, Cik Yan anta pam untuk dibaiki kat tempat Cik Yan beli dan rasanya repair tu dalam rm 150 je dahla siap ada replacement pump sementara nak tunggu dibaiki.
Amalan doa sama je Cik Yan amalkan dari zaman Mia, amik gak Shaklee tapi asyik ter skip je tapi Cik Yan yakinkan je diri susu tu ada dan Alhamdulillah masih bertahan harapnya (skang baby umur 7 bln) sehingga 2 tahun. Doa-doakan sesama ye..
Last nak share, kot la kaum lelaki terbaca blog ni..masa isteri pantang tu janganla bagi orang lelaki lain bermukim. Kesian kot kat isteri dalam pantang, kena lak menutup aurat tak pun terkurung je dalam bilik. Kena tau ek, baby masa dalam umur 2-4 minggu asyik nak menyusu je..Isteri tengah sedap2 tengok tv terpaksa gerak masuk bilik sebab ada lelaki lain yang bukan mahramnye.
Pastu tolongla..kalau rasa terpaksa gak biarkan bukan mahram tu bermukim, selalu la melepak bersama isteri. Dahla bertarung nyawa kuarkan baby, berpantang pastu buat isteri rasa terkurung sampai ada satu masa, macam meroyan kot sebab tertekan dengan keadaan. Cik Yan rasa hampir terkena, ada suara suruh terjun tingkap sebab katanya En Suami macam suka Cik Yan takde. Masa tu memang En Suami banyak habiskan masa dengan abang dia sebab hal pejabat. Nasibla takde apa kan...dalam kita jaga2 semua,,leh gak terkena godaan melampau tu.
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Thursday, 16 July 2015
Friday, 11 October 2013
Mitos bayi susu ibu...
Perasan tak kita seringkali baca tentang keadaan bayi susu ibu berbanding dengan bayi susu formula. Dalam pembacaan yang Cik Yan asyik jumpa, mesti dia kata bayi susu ibu badan comel, semangat, cepat itu cepat ini. Kita pun mula menghafal pernyataan tersebut sampai la pada suatu ketika kita dapati semua itu takde pada baby kita? Ni antara dua yang Cik Yan duk hafal pastu tengok ada tak pada Mia.
Badan naik cepat..
Tak pun berlaku pada Mia. Mia tu masa check up 2 bulan, paed dia siap cakap mungkin susu tak cukup jadi kalau boleh top up formula 1 oz pada setiap penyusuan. Ini tidak Cik Yan lakukan pun cuma pasal dah keje jadi Cik Yan siapkan 3oz susu badan sebanyak 6 botol. Pada masa itu Cik Yan cuma fikir bila baby menyusu direct, kita tak dapat agak dia dah puas sebab mesti baby tertido.
Pasal kena tambah susu formula ni menjadi topik pergaduhan kami sebab En Suami risaukan keadaan Mia dan Cik Yan yang dah mula masuk keje. Pasal nak sedapkan rasa hati (masa tu rasa susu i ada tapi zat tak cukup), Cik Yan pun ikut kata kawan baik Cik Yan untuk mencuba Shaklee set asas. Set asas ni adalah Vit C, B Complex, Iron dan Alfalfa. Jadi bila rasa badan segar, tengok2 time mengepam, pekat susu itu walaupun takdelah pam sampai berbelas oz sekali pam. Bila kawan baik setiap wanita menjelma, maka Cik Yan mulakan pula dengan pengambilan ESP yang mana secara tak langsung mengenyangkan seketika selepas pam di waktu awal pagi. Bila gigi terasa sakit, Cik Yan tambah pulak Osteomatix dengan alasan Cik Yan tak minum susu lembu.
Baby cepat meniarap la, duduk la, tumbuh gigi la
Tak juga pada Mia. Tak ingat exact month tapi yang pastinya memang dia lambat banding ngan junior dia yang lewat kuar. Cuma bila dia try memang jadi terus tapi sentiasa tak nak try sebab dia asyik request orang gaji dukung dan tak tinggal dia atas lantai. Yang pasti masa tu perangai dia memang macam madam sebab nak tido, orang gaji takleh duduk, kena dodoi dan berjalan. Orang gaji atau pun makcik gelaran dia, berenti jap je terus mata bulat dan garang.
Ada orang duk cakap eh anak aku sekian sekian dah pandai dah..anak ko tak boleh lagi ke..bukan anak ko lahir dulu ke? Masa tu memula berdesing gak tapi mula teringat yang Mia sangat baik, adil dan saksama. Dia tak nak bagi ayah dia terlepas sebarang perkembangan dia. Ayah balik ada je benda baru tapi ayah keje, statik je budak ni.
Hakikat sebenar bayi menyusu ibu yang berlaku pada Cik Yan adalah...dimana jarang kita jumpa atau Cik Yan yang tak jumpa carik kot...
Bayi kita tak tembam, berat pun cukup2 je melepasi line selamat tapi Mia ni badan memanjang, kepala besar ikut line yang betul (bukan cukup2 nak selamat, doktor cakap tau sebab jangan tanya Cik Yan line selamat tak selamat camne). Kalu ibu baru yang breasfeeding baby rasa was2, kira berapa kali tukar diapers tu. Baby menyusu badan ni badan kecik je tapi solid, kulit tegang pastu happy selalu. Nape dia happy? Sebab dia sentiasa dekat dengan kita, bau badan kita tak kiralah kita wangi ke busuk ke pastu sentuhan kulit ke kulit. Pastu kalu dia nyusu susu kita dalam botol sah2 dia merasa sama sikit la dengan apa yang dia hisap kat badan kita kan.
Cakap pasal kulit tegang semua tu, ada satu masa Cik Yan bawak jumpa Dr Ashar sebab Cik Yan amik cucuk HPV tu. Doktor bila tengok je dia, terus tanya fully ke camner. Bila tanya nape, dia kata badan Mia tegap, kulit tegang, pipi kembung tu pun tak jatuh. Bila badan Mia diperiksa, sambil senyum dia cakap budak takde lemak sebab daging je balut tulang ni. Alhamdulillah mendapat galakan dari doktor O&G Cik Yan dalam memberi susu badan pada baby. Siap dia menawarkan pertolongan sekiranya memerlukan khidmat pakar laktasi atau kumpulan sokongan susu ibu.
Mia memang lambat la nak meniarap semua tu tapi dia cepat sangat tersenyum dan juga mulut bising. Mia juga senang bersama orang yang baru jumpa tanpa Cik Yan perlu berada bersama. Tapi pastinya bukanla dengan orang asing kan, maksud Cik Yan bila ada majlis, sedara mara yang kita jarang jumpa tu, Mia ok je bila dorang nak dukung.
Lagi satu kan, jika kena dengan gaya, baby ni akan jadi confident je nak buat pape pasal tu Cik Yan cakap bila Mia nak meniarap terus jadi tapi jenuhla menunggu kot sebab kekadang cemburu gak tengok anak kawan dah ada perkembangan. Paed Mia selalu pesan sentiasa bercakap dengan baby tak kira sibuk camner pun sebab dari situ dia tau yang kita ada untuk melindunginya. Teori yang ni Cik Yan tak tau betul atau tak tapi paed dia yang bagitau. Masa tu Cik Yan dalam tak sedar membaca pada Mia sesambil tunggu giliran. Tak perasan paed dia lalu masa Cik Yan membaca dengan nada ikut buku tu. Bila waktu rawatan, Mia bagi senyuman kat paed sampai terpaku paed tu. Paed dia pesan supaya Cik Yan sentiasa melakukan apa yang Cik Yan buat tadi. Bila tanya apa Cik Yan buat, dia kata zaman skang jarang ibu bapa nak membaca pada anak jadi anak tu hilang keyakinan. Tak nampak mana rasional dia sebab rata2 kawan Cik Yan pun rajin berciter kat baby mereka.
Ada satu cucuk ni memang menyakitkan Mia kot tapi Mia nangis kejap je dan bila kita dodoi dia, senyap. Paed pun cakap bila kita rajin berciter, bercakap dengan bayi, dukung dia, sentuhan badan ke badan akan membuatkan baby rasa selamat dan tau kita ada untuk lindung dia. Oh ya....memula suruh top up formula kan.....ha pastu bila jumpa banyak kali, puji pulak Cik Yan yang bersungguh nak bagi susu badan padahal keje. Ada sekali tu paed tanya tak letih ke jaga Mia bila En Suami keje dan bagi Mia susu badan. Cik Yan jawab, i enjoy doing it. Berbaloi tunggu lama untuk dapat Mia jadi benda2 letih ni kita tak rasa apa sangat.
Lupa lak, orang suka cakap kan baby susu badan tak kena sakit sangat tapi sebenarnya tak semua begitu. Mia sendiri pada umur 12 hari kena batuk dan selsema sampai kena buat x-ray dan makan antibiotik. Pastu ni umur 10.5 bulan kena demam campak setelah 3 malam panas badan. Masa Mia panas tu, dia aktif macam biasa pastu guna termometer kat rumah asyik tunjuk 36.5 je jadi takde la jumpa paed dia tapi bila En Suami tak sedap hati...sekali jumpa doktor kat klinik setiawangsa suhu Mia dah 38.8. Dapat ubat demam, air garam semua tapi memandangkan kat rumah ada ubat yang Paed dia suruh standby jadi Cik Yan tak bagila ubat doktor tu.
Ahad lak, En Suami kena warded untuk angiogram kat HUKM jadi berkampung kat wad sutera 11. Tak dapat nak tido sebab suhu Mia statik 39 je tapi Mia lena je tido. Siang tu, doktor on call kat wad tu macam nak tak nak je bawak gi emergency sebab dia kata kalu tak cakap, tak nampak Mia tu demam. Dia advise untuk increase dose panadol Mia tu je dan nak bagi ubat masuk kat punggung tapi tak bagi2. Mia panas amat, En Suami lak bersedia nak kena angiogram. Tercabar rasa hati ni namun doa je mampu supaya segala dipermudahkan. Cik Yan lap2 je badan Mia, tinggikan suhu aircond bilik tu, tido atas lantai dengan tilam nipis dan tilam Mia dan setiap 10 minit rendam tuala dengan air dan letak atas kepala Mia. Dahi lak dah tampal cool fever yang mana bila letak gambo kat facebook, kawan kata lekat kat kaki tak pun pada belakang badan antara ketiak supaya cool fever dapat berfungsi dengan betul.
Lantai yang sejuk, bilik yang sejuk sampai En Suami kena guna 2 selimut menjadi tak sejuk mana bagi Cik Yan sebab peluk Mia. Kawan sekolah dalam Whatsapp membantu dalam masa bila nak panik. Ok tak ayat panik tu...Panik adalah apabila suhu badan 39 ke atas, diaper x banyak tukar dan tak nak menyusu atau makan. Jadi Cik Yan tak lah panik teramat..mengapa Cik Yan guna gak ayat panik...sudah pastinya Cik Yan panik gak walaupun ada kat spital.
Balik rumah, Mia tetap panas jadi jumpa la paed dia dan paed dia pun cuma cakap tekak tu merah dan suruh bagi makan ais krim skit. En Suami macam dah tau je reaksi muka Cik Yan...paed dia bekalkan kit untuk amik urine sekiranya badan Mia panas..selain tu ubat masuk punggung dan air garam kot yang mana balik rumah tak bagi makan pun cuma asyik tenung dan check je suhu Mia sampai tak lena tido. Paginya bila makcik mandikan Mia....En Suami cakap Mia kena campak..bintik merah dikeliling leher, belakang badan. Mujur masa tu Cik Yan guna daging untuk pasta bolognaise Mia di mana kalau ayam digunakan...kenala Cik Yan tambah garam dan makan sendiri.
Kebetulan nurse paed Mia call dan terus kami dinasihatkan je emergency sebab paed Mia cuti untuk confirm campak atau cacar atau ruam je. Baru ingat leh masuk opis dah kena extend jadi terus tak masuk langsung. Masa confirm tu memang terasa gak. Nape Mia kena padahal dia susu badan..nape antibodi dia tak kuat. Mujur dapat kata penyejuk doktor kecemasan tu di mana dari situ, ibu2 semua ingatla anak kita yang susu badan, orang kata antibodi kuat tapi kena sakit memacam....sakit dia tu sebenarnya dah kurang dah sebab antibodi yang dapat dari susu ibu. Mia tu masa doktor sibuk nak check bukan main ramah lagi sampai doktor tanggal name tag untuk bagi Mia main. Lampu yang nak tengok cacar ke campak tu pun dia bawak main sampai doktor kata aktif betul budak ni.
Dalam masa kami nak berbincang dengan doktor tu, nurse bawak kuar dan dikerumuni nurses yang bertugas sampai dorang cakap nak mintak tolong jaga pun takpe. Mia tu mulala lupa mama kalau tak sampai masa menyusu lagi...
Jadinya....entrinya ni sila semat dalam minda kalau tertiba kita rasa down dengan keadaan anak kita susu badan tapi tak macam baby susu formula. Ni bukan nak kata formula tak bagus atau apa ..setiap ciptaan manusia ni, pemikiran tu datang dari Allah jugak. Bayang jelah tiada susu formula bagaimana nasib anak kecik yang kematian ibu semua tu kan....kalau tak dapat bagi susu badan setelah beribu ikhtiar, susu formula la jawabnya tapi jangan kerana malas nak ikhtiar, nak senang..kita bagi formula...
Monday, 8 July 2013
Kesilapan dalam perjalanan penyusuan..
Kali ni tergerak nak citer kesilapan yang Cik Yan lakukan dahulu dalam bab penyusuan Mia. Lambat tersedar tapi mujurlah tak lambat sangat dan Alhamdulillah masih mampu menyusukan Mia sehingga kini. Pada ketika ini Mia dah 7 bulan 2 minggu dan mula diberi bubur nasi.
- Pam susu seawal boleh tapi selepas kuar kolostrum la..jangan tunggu lepas 2 minggu atau nak mula keje
- Lepas badan kuat, biasanya lepas seminggu mula bangun dan pam antara jam 12.00 - 06.00 pagi sebab prolaktin sangat tinggi pada masa tu.
- Kalu ada pam untuk 2 belah, guna dedua jangan guna sebelah je. Kalu takde, takpe, buat tanderm nursing, maknanya baby nyusu sebelah, lagi sebelah kita pam. Jangan risau..masa tulah cepat je terasa air susu mengalir bila sebelah anak, sebelah pam. Tapi kalau anak tak puas, bagi je yang kita pam tu.
- Bagi baby menyusu dulu baru pam jangan pam dedua sampai kosong pastu tak lama pastu baby nak menyusu..sian..tu yang Cik Yan buat dulu. Tak tau susu banyak mana tapi Cik Yan pam dedua tak lama lepas tu Mia nak menyusu. Kita tak rasa pape, Mia pun tak menangis cuma bila gi timbang doktor kata macam tak cukup susu. Tu dia suggest top up formula tapi tak buat pun. Bila keje, letak susu 3 oz dalam botol sebanyak 7 botol (utk waktu keje dari kuar rumah kul 7 am and sampai rumah 7 pm). Alhamdulillah check up seterusnya doctor puas hati.
- Untuk stok pulak, kalau kita kuarkan 5 pek (Cik Yan simpan dalam plastik double lock Autumnz), make sure kita pam dan cukupkan 5 jugak untuk pastikan stok tak kurang banyak. Cik Yan tak tahu dulu, masa tu dalam otak cuma fikir janji pam dan tak kira berapa simpan.
- Cecepat carik jalan supaya susu bertambah, tau apa milk booster untuk kita. Cik Yan dulu refuse nak pam awal2 tapi bila En Suami asyik paksa dan kesian kat Mia yang tak dapat menyusu dengan puas sebab Cik Yan tengah treatment. Kalau tak, sure lambat sedar tentang masalah susu sendiri.
- Tertiba period...jangan putus asa. Hari pertama je production kurang sebab kita panik..sering terbacakan kata period je production kurang pastu ramai yang fully breastfeed lambat kena period. Kalau kita tak bernasib baik, jangan hirau sangat. Minum je air berbanyak dan kalau nak, boleh amik supplement kalsium sekiranya kita memang tak amik sebelum tu.
- Jangan dok tanya orang berapa oz sekali pam. Cik Yan dulu dok tanya je orang sudahnya sendiri rasa terganggu padahal sesi pam orang tu tak sama pun dengan kita. Hari tu setelah kian lama baru tersedar bila sorang kawan ni tanya dapat bawak balik berapa banyak (soalan dia hasil kumpul, bukan per session). Masa tu baru terdetik eh, banyak gak ek..sebab selepas rasa terganggu tu, tak tanya dah cuma tumpukan perhatian agar Mia dapat cukup susu je.
- Hasil pam leh campur asalkan telah disejukkan dan tidak la sampai sehari bezanya. Dulu tak tau, jadi bila pam sikit je terus bagi Mia minum instead of buat stok. Skang bila dah tau, setiap kali pam kalau terkurang, Cik Yan akan tambah dengan hasil pam sesi berikutnya tapi setelah sejuk minimum 1 jam la.
- Stress pasal susu sikit bagus sebenarnya sebab kita akan jadi semangat nak pam dan pam dan mencari jalan membanyakkan susu. Itu yang berlaku pada Cik Yan bila tengok Fb kawan tayang susu anak dia dan pada masa tu dalam kepala ingat susu ibu rupanya formula. Tapi itulah jadi titik punca sesungguh nak banyak susu sebab rasa segan kalau orang tanya susu badan ke susu formula. Masa itu beranggapan semua orang berjaya menyusukan anak dengan susu badan je jadi tak mohla Cik Yan jadi terasing kan.
Sunday, 23 June 2013
Jerebu
Semalam Cik Yan amik 2nd dose untuk HPV dengan Dr Ashar dan inilah injection yang menyakitkan bagi Cik Yan. First dose hari tu siap pening kuar je dari bilik Dr Ashar tapi mujur En Suami ada tapi kali ni Alhamdulillah, tak pening kalu tak sian Mia sebab En Suami keje.
Seharian menunggu panggilan En Suami tapi takde dan mula rasa isk dia ni taknak tanya ke..tak ingat ke isteri dia tak berapa tahan dengan injection ni. Tapi terdetik dalam hati mungkinkah cuaca yang menjadi sebab tiada panggilan. Biasanya setiap pagi dan sebelum tido pasti ada panggilan kecuali monsun atau angin kencang.
Bangun pagi ni pun sama tiada panggilan tapi dek kerana sibuk nak siapkan instant cerelax Mia lupa jap. Bila dah selesai semua keje, masak untuk sarapan pagi, bubur Mia, mandi Mia semua maka cubala call dia tapi tak berjawab jugak. Tiga kali panggilan dibuat tapi tak berjawab dan mungkin sebab time tido ke apa jadi abaikan seketika.
Masa Mia tengah makan bubur dia, pertama kali yer Mia dapat sumber karbo sepenuhnya dari nasi En Suami call. Memula saje cakap sampai hati sebab tak tanya apa berlaku semalam tapi seperti yang di jangka cuaca sangat teruk. Jerebu membuatkan udara di sana menyakitkan dan En Suami tak dapat nak lelama berada di luar semata-mata nak dapatkan talian satelitnya.
Em, kesian kat orang yang bekerja sama macam dia dan kita ni yang duk rumah pun tak tertahan dengan panasnya, jerebunya tapi mereka takde pilihan. Pastinya syarikat perkapalan tiada kesedaran pun nak membekalkan mask untuk crew mereka tapi kita yang keje opis, yang leh gi beli atau mencari kat memana tempat akan menyongeh opis tak prihatin semua padahal mereka yang berada di atas kapal nak beli mana?
Apabila En Suami mintak update tentang kesihatan Cik Yan sebab jumpa Dr Ashar, Cik Yan cuma leh cakap yang pertemuan semalam lebih berkisarkan Mia kerana Cik Yan senang nak bertanya segala yang Cik Yan baca dan dia akan terangkan sebaik boleh. Dr Ashar juga bertanyakan jika Cik Yan ada kumpulan sokongan bagi ibu menyusu anak dan dia sangat gembira bila Cik Yan kata ada group di laman sosial, kenkawan keje, kenkawan sekolah dan juga isteri kepada kenkawan.
Bagus kan dapat doktor yang sokong penyusuan ibu ni dan bagusnya dapat kenkawan yang sudi berkongsi pengalaman, ilmu pengetahuan dan mendengar segala masalah berkaitan penyusuan dan pemakanan. Alhamdulillah. Selepas ni insya Allah Cik Yan pun nak jadi macam kenkawan yang sudi berkongsi ilmu supaya kita dapat sesama menyusukan bayi kita selama boleh..

Friday, 26 April 2013
3 liter air
Sejak mula mengandung sampaila skang, Cik Yan suka tanya sesape yang ada pengalaman atau sesape saja yang sudi berkongsi ilmu tentang kandungan, bersalin, pantang dan wat masa ini tertumpu kepada penyusuan badan. Alhamdulillah hidup ini dikurniakan dengan teman2 yang sanggup berkongsi ilmu dan ada juga sebahagian yang menjadi rapat dek kerana nak kongsi ilmu ni. Memandangkan Mia menyusu badan, Cik Yan sentiasa nak tahu cara untuk memastikan susu cukup untuk Mia dan juga Mia dapat menikmati zat2 untuk pembesarannya. Teringat saat bertegang leher dengan En Suami yang risaukan tumbesaran Mia tambahan lagi Doctor mengeluarkan ayat "jika mahu, boleh top up dengan sedikit formula dalam 1 oz setiap penyusuan". Bila diingat kembali dan ketika ini, rasa bahagianya perjuangan itu mendapat sokongan padu dari En Suami. Ya, faham. Rata-rata suami inginkan yang terbaik untuk isteri dan anaknya tapi bila kita berselisih pendapat, harus pada benda yang betul. Manis sungguh ingatan itu tambahan lagi En Suami tanya jika Cik Yan sudi berkongsi pandangan dengan pekerjanya yang dah mula campur susu padahal umur anaknya masih muda dari Mia.
Bila menyusu badan, maknanya kita kena makan makanan berzat dan juga minum air yang banyak. Betul ada supplement ataupun pil untuk milk booster dan Cik Yan sendiri amik Shaklee tapi bagi Cik Yan itu sekadar untuk mencukupkan diri dengan zat2 supaya mencukupi untuk proses penghasilan susu badan. Kita kan bekerja jadi ada masa2 kita kurang endah akan pengambilan makanan kita mengikut pemakanan seimbang jadi amikla pil vitamin mengikut kemampuan dan tujuan. Kawan baik Cik Yan sentiasa memesan supaya sentiasa ingat tujuan kita nak menyusukan anak dengan susu badan selama yang boleh dan tak lupa pesan agar minum air minimum 3 liter. Jadi kat entri ni nak share camner Cik Yan dapat pastikan pengambilan air minimum 3 liter. 3 liter air itu adalah air masak bukan air kopi atau air sirap ke semua tu. Tengok macam lembu dan haiwan yang lain, mereka minum air je kan untuk penghasilan susu. Ala cakap pasal lembu, emo lak jap sebab terbayang siannya anak lembu tak dapat kolustrum sebab kita rampas dan bagi kat anak manusia.
Sejak mula menyusukan Mia, memang dalam blog atau memana jurnal penyusuan ibu dah pesan agar minum air yang banyak kan jadi Cik Yan amalkan ketika nak menyusukan Mia, minum satu mug air masak, pastu standby satu mug lagi untuk minum sewaktu penyusuan dan selepas baby kenyang, minum lagi 1-2 mug sebab dahaga. Masa tu tak dapat sukat la berapa banyak tapi rasanya cukup sebab Mia banyak kali menyusu dan bekas air masak Cik Yan cepat je abis padahal minum sorang je tu. Tu ketika dalam pantang la, kalau orang tua mesti dorang marahkan minum air banyak2 dan kawan Cik Yan pun walaupun lum menimang anak, awal2 dah cakap minum air banyak nanti leh kembang urat ke apa semua. Harapnya tak la kan sebab kesan tak nak kembang urat tu akan mengakibatkan kejatuhan susu dan juga sembelit. Tak sanggup kot sembelit time pantang dengan keadaan kita baru bersalin tu. Pantang larang orang tua, perlu kita kaji akan sebabnya, keadaan dan akibat pada badan kita ketika ini. Kalau dorang pesan jangan mandi air sejuk tu, ikutlah sebab Cik Yan yang tak suka mandi air panas pun terasa selesa ketika dalam pantang tapi cuba skang, jangan harapla nak membiarkan diri mandi air panas selalu.
Eh jap, bila dah type pepanjang, macam promo lak barangan ni kan..Takpela sambung je citer 3 liter ni. Cik Yan beli bekas air tupperware kerana warna purple nya dan berkapasiti 1 liter. Memula nak je carik 2 liter kan tapi bila fikir balik, amboi saje je kan nak duk je melebarkan punggung kat depan pc opis tanpa berjalan top up air. Maka memadai la dengan purple 1 liter sebab masa tu beli pun pasal nak purple je. Jadi bawak gi opis, datang pepagi isi penuh sampai takde ruang kosong dengan anggapan cukup 1 liter. Pastu Cik Yan buat air kopi (minuman wajib - ini kerana ia adalah milk booster Cik Yan). Ramai dari dulu menegur kerana jumlah sugar cube yang dimasukkan ke dalam air kopi Cik Yan tapi Alhamdulillah time pregnant, tak kena minum pun air glucose tu dan blood test result pun tak menakutkan Dr Ashar. Jadi kerana itu, sentiasa Cik Yan beranggapan untuk flush balik akan kemanisan atau lambakan gula kopi itu, Cik Yan minum air masak banyak-banyak. Maka dengan itu dalam masa 2 jam diri ini, dipenuhi dengan secawan kopi eh tak 1 mug dan 1 liter air. Ada orang tanya bekas air Cik Yan bekalan berapa hari dan Cik Yan mampu menjawab Insya Allah tahan sejam je paling cepat..
Duduk opis dari pagi sampai abis keje, kekadang memang leh sampai 4 liter dek kerana bosannya atau stress nya melihat keje dan memikirkan best news selepas itu. Banyak minum air maka Insya Allah susu pun banyak sampai kekadang alamak...botol tak cukup..Ada orang cakap dia mengalami masalah penyusuan tapi bila tanya apa ikhtiar nya, jawabnya banyak pada malas. Ada tu susu ada tapi dia lagi rajin nak bagi susu botol pada waktu malam kerana cepat kenyang dan dia leh tido. Owh ibu...janganla camtu. Kesian anak..nape nak ajar diri kita menyekat hak anak. Kita nak barang mahal bukan main kita usaha sana sini tapi nape benda simple2 kita tak usaha all out?? Cik Yan belajar satu perkara gak, kekadang kita ni rasa kita cukup mampu maka kita cepat aja nak belikan susu tepung dan beri pada anak tanpa usaha dan kaji mana silap kita. Ada tu lebih kepada fikir nak badan kecik je sampai merosakkan diri sendiri tanpa sedar dan ada yang berkira dengan anak dengan tidak sudi luangkan masa untuk menyusukan anak dan berkira untuk berjaga malam. Memangla Cik Yan pun alami keadaan sakit pinggang, sakit belakang sebab Mia menyusu lama tapi apa yang kita rugi? bukan sakit sampai jadi lumpuh..anak kita tu, amanah Allah. Jika kita korbankan segalanya, Allah permudahkan kehidupan kita dengan syarat Doa je selalu dan Redha akan ketentuanNya. Sorang ibu ni memang doktor pun kata tak dapat nak bantu untuk banyak kan susu tapi dia masih berusaha dan sudahnya masih mampu nak bekalkan 3 botol susu badan setiap hari pada pengasuh anaknya. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.
Bayang jela bila kita tua nanti, anak pun berkira ngan kita..Bayang jelah kat padang Mahsyar, anak tuntut hak nya dan kita boleh jawab, usaha kita sekian sekian tapi itu sahaja rezeki yang ada yang mampu kita bekalkan. Susu takde, doktor kata tak de masalah pada badan, amik supplement. Tak mampu, kaji diri sendiri tentang pemakanan kita, carik milk booster..Kalau susu ada sikit, sebelum jadi langsung takde, cecepat buat power pumping, tandem nursing semua. Gunakan masa tak keje tu dengan mengepam..bagi Cik Yan baby yang dah minum susu tepung sempat lagi untuk kita usaha sebab time dia menyusu tepung tu, kita pam dan pam dan pam..Long weekend? tak yah la nak jenjalan atau overnite memana..time tu kita bangun pepagi dan pam..kalu dapat suami kaki bola lagi best..ada peneman di waktu pagi yang mana hormon prolaktin sedang banyak tu. Macam Cik Yan kesian lak kat En Suami sebab bila dia perasan Cik Yan bangun pam, dia pun ikut kuar bilik dan teman..Bila di tegur dia kata dia hanya mampu teman je sebab tak mampu nak bagi susu badan kat Mia. Mana tak semangat Cik Yan nak bangun pagi kan sebab En Suami sangat hargai apa yang Cik Yan buat. Dan yang tak leh tahan tu skang kat rumah penuh dengan makanan instant yang ada khasiat lebih sikit dari maggie sebab En Suami nak elak Cik Yan dari masak bebenda sesusah ketika lapar di awal pagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)