Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, 23 February 2017

Bubur Lambuk

Hari tu tanya kawan Cik Yan kalau bubur kosong, ikan bilis takde dalam peti apa yang sedap nak di makan bersama (untuk kanak2 riang tu). Dia cakap nak mudah semua ada, masak bubur lambuk dan resepi tu ada kat my resepi sebab dia tak simpan cuma tau sumber je.

Cik Yan google dan jumpa resepi yang dimaksudkan (dia cakap mungkinla), tengok macam tak menyusahkan sangat maka terus siap2 kat dapo.

Resepi dari http://www.myresipi.com/recipes/5478-bubur-lambuk

Bahan-bahan

  • 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
  • daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
  • segenggam udang kering
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil jintan kasar
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 3 biji bawang putih - hiris
  • 2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
  • 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
  • 6 biji bawang merah - buat bawang goreng
  • daun sup dan daun bawang
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya

Cara memasaknya

  • Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
  • Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
  • Lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
  • Dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Masukkan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
  • Selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
  • Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
  • Bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Nota :
Cara Cik Yan buat mengikut nasihat kawan tadi tu camni,
  • Masak bubur macam biasa
  • Tumis bawang sampai naik bau dan masukkan daun pandan serta segala jenis rempah. Masukkan daging (Cik Yan guna daging cincang je) sehingga kering air daging tu 
  • Masukkan air halia dan biar mendidih, 
  • Curah hasil tumisan ke dalam bubur tadi beserta serbuk lada hitam dan udang kering
  • Masukkan santan ikut kepekatan diingini diiringi daun bawang atau bawang goreng.
  • Cik Yan masukkan juga lobak parut dan kacang tanah buat tambah lagi kepelbagaian rasa dalam bubur tu.



Monday, 19 December 2016

Nasi Ayam Mudah Bagi Cik Yan

Dulu pernahla membuat nasi ayam ikut apa kawan ajar. Dia dah mudahkan cara masak tapi Cik Yan terasa sangat susahnya pastu En Suami langsung tak jamah (keje smpi malam pastu x lalu makan). Masa tu terus cakap tak kuasala nak masak benda2 gini. Kalau rasa nak nasi flavored, baik buat  butter garlic rice je (kononla).

Tapi satu hari ni terasa sangat nak makan ayam cumanya boring kot ayam masak merah tak pun berkaitan ayam dengan kicap. Dalam hati terasa nak cuba lagi nasi ayam tapi kali ni baca resepi bebetul biar makin mudah cara.

Turn out, puas hati dan terasa macam eh mudahla jugak masak nasi ayam ni.

Resepi adaptasi dari :
  1. Hanieliza
  2. Fiza's Cooking

Bahan-bahan
(Cik Yan olah untuk kami sekeluarga makan ~1 adult, 2 kanak-kanak)
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 cwn beras
  • 5 cwn air / stok ayam ~ bergantung pada beras masing2, Cik Yan guna beras cap Serindit masa ni
  • 3 ulas bawang putih [ketuk]
  • 1 inci halia[ketuk]
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 helai daun pandan [simpulkan]
  • garam secukupnya

Cara Memasaknya 

Nasi & Ayam
  • Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Bila sudah mendidih angkat dan toskan ayam.
  • Lumurkan kicap, minyak bijan dan madu pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
  • Ambil 5 cwn air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
 Sup
  •  Air rebusan yg lebih tadi masukkan batang celery dan perasakan dengan garam. Tabur daun sup jika suka
Kicap
  •  Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.
Cili
  •  Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.


Sunday, 7 August 2016

Nasi Minyak

Resepi adaptasi dari http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html

Bahan-bahan :
  •     1 sudu bawang mesin
  •     2 sudu Butter cup
  •     1 biji bawang besar di potong mayang
  •     1/2 tin susu cair
  •     3cm halia di ketuk
  •     Minyak masak
  •     Pewarna
  •     4 cawan Beras
  •     4 cawan air
  •     2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  •     1 kuntum bunga lawang
  •     5 biji bunga cengkih
  •     kulit kayu manis
Cara-cara
  •  Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  • Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  • Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  • Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  • Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  • Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air. Biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  • Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Wednesday, 3 August 2016

Butter Rice

Ni antara resepi yang Cik Yan dok teringat lepas kawan sebut butter rice. Sebab dia juga mengajar mana resepi yang semua orang suka, simpan dan tak yahla berpaling lagi.

Tapi still la ada perasaan next time akan ku cari resepi2 lain jugak. Hahaha

Resepi ni buat Cik Yan tersuka sebab memudahkan keje memasak lagi2 kalau rasa nak makan nasi lain tapi nak tumis bagai tu buat kita rasa malas.

Resepi Adaptasi dari : http://nasilemaklover.blogspot.my/2010/10/butter-rice.html


Bahan2

  • 3 cwn beras Basmathi (Cik Yan guna beras Siam cap serindit je)
  • 5-6 cwn air ikut sukatan Basmathi atau beras pilihan
  • 5 ulas bawang putih di cincang halus
  • 40g butter
  • 1 1/4 tsp garam atau mengikut citarasa
  • Secubit Serbuk kunyit
  • 3 tbsp lobak merah yang disagat

Cara membuatnya
Masuk je semua dalam rice cooker pastu tunggu masak. Bila dah masak gembar gemburkan dengan garfu dan sedia untuk di makan.

Biasanya Cik Yan masak rendang untuk dijadikan lauk bersama nasi ni. Kira okla lepas rasa makan nasi selain dari nasi putih tapi malas nak masak tahap2 nasi tomato ke nasi beriani ke.