Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Friday, 28 April 2017

Chocolate Ice Cream (No Chunk)




Resepi ni menjadi simpanan agak lama dah, baik dari kawan yang hantar ke, tengok IG mereka2 yang suka dessert lebih kurang je resepi nya, Tak faham tengok kat sini, tengok situ. Gitulah yang Cik Yan buat dan tak lupa juga tengok Youtube..

Resepi ni tak silap macam electronic book version untuk buku Nigella Lawson. Tapi tak taula betul ke tak kan..


Adaptasi dari Blog http://thedomesticgoddesswannabe.com

Bahan-bahan
  • 1/2 cwn + 2 tbsp susu pekat (150ml)
  • 3 tbsp serbuk koko (Cik Yan guna Van Houten)
  • 1 cwn whipping cream

Cara membuatnya
  • Putar susu pekat dengan serbuk koko sehingga sebati, ketepikan
  • Whipping cream dipukul sehingga stiff peak
  • Masukkan sedikit whipping cream yang telah kental ke dalam campuran susu, gaul
  • Kemudian tuang campuran susu tadi ke dalam whipping cream dan sebatikan semuanya
  • Simpan dalam peti beku sekurang-kurangnya 6 jam sebelum di makan
  • Nak makan pulak, biarkan 5 minit pada suhu bilik baru la mudah nak mengambilnya
Nota:
Tengok resepi lain, kalau tak nak menggunakan serbuk koko, maksudnya nak guna perisa lain seperti vanilla je ke atau oreo crumb ke, putar je whipping cream tu kemudian baru masukkan susu pekat dan perisa dikehendaki.


Wednesday, 26 April 2017

Non Bake Oreo Cheese Cake




Lama sungguh tak makan non bake cheese cake tapi perasaan nak buat tu malas. Selalu tengok ada kawan sorang ni buat kat instagram dia. Dia share web mana resepi tu dan Cik Yan baca terus ingat. Ntah nape website tu macam mudah ingat je.

Bila rasa nak buat, kebetulan memang keluar rumah maka singgahla bakery supply tapi asyikla philly cream cheese takde. Cik Yan tak berapa nak guna yang lain jadi tolak tepi la rancangan nak buat resepi ni dulu.

Lama gak kot tak de stok, dekat Aeon semua ada tapi bila tau harga yang jauh beza..lagi lak macam confirm balik rumah terus buat. Maka takdela membeli walaupun banyak kali kuar masuk area cheese kat Aeon tu.

Satu hari tu bawa Muhammad ke klinik untuk confirm kena measles atau heat rashes, kuar klinik Muhammad refuse masuk keta tapi ajak jalan kaki terus ke satu tempat. Memula tak perasan sekali eh eh kedai bakery tula dan tengok2 ada philly cheese. Terus Cik Yan beli 750g (1 pack 500g, 1 pack 250g). Happy kann.

Tapi still amik masa membuatnya sebab tertiba Cik Yan kena tonsil. Tapi bila sihat.. terus buat sebab tak mengambil masa yang lama pun (sebab baca dan tengok youtube bebetul).

Resepi dari http://www.bearnakedfood.com/2015/08/14/no-bake-oreo-cheesecake/



Bahan-bahan

Untuk Crust

  • 250g digestive biscuit - hancurkan sehingga halus
  • 90g unsalted butter - cairkan


Cik Yan guna oreo crumb je, masuk dalam food processor dengan melted butter tu. Pulse sampai bergumpal lepas tu tekan dalam bekas (spring form size 8-9 inch)

Cream Cheese Filling

  • 450 g Cream Cheese
  • 2 cups (450 ml) whipping cream
  • 140 g confectioners’ / icing sugar
  • 1 tbsp lemon juice
  • 2 tsp vanilla extract
  • 200 g Oreo cookies – crushed

Cara membuatnya

  • Memula pukul cream cheese dan masukkan gula diikuti lemon juice dan vanilla. Pukul sehingga kembang atau gebu dan ketepikan.
  • Menggunakan bekas yang lain, whipping cream diputar sehingga soft peak.
  • Masukkan cream cheese tadi ke dalam whipping cream dan putar sekitar untuk sebatikan. Biasanya selama 30 saat. Jika terlebih putar, tekstur akan bergumpal atau menjadi kasar
  • Masukkan oreo crush, Ratakan dan tuang pada bekas berisi crust tadi.
  • Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 6 jam.
  • Untuk mendapat potongan yang kemas, pisau di celup air panas sebelum dipotong.



Wednesday, 29 March 2017

Dadih Susu Segera

Resepi dadih ini merupakan hasil dari pembelian serbuk dadih segera yang Cik Yan jumpa tatkala membeli barang dapo. Sebab dok baca orang mention Happy Grass, time cari santan tengok2 Happy Grass depan mata maka Cik Yan pun amik paket kecik (360g) perisa anggur.



Kali ni nekad nak ikut arahan seperti pada paket tu dan hasilnya Mia suka sampai bertambah dan sanggup ambil sendiri. Jadi kesimpulan Cik Yan, setiap paket tu berbeza arahan dia dan ikut je bulat2 sontoh hari tu, paket tu suruh letak air je, Cik Yan gi tambah gula, letak susu cair bagai dan hasilnya manis dan Mia cakap tak sedap. Paket kedua pula, memang ikut arahan pada label walaupun buat separuh je (180g) dan Cik Yan sendiri terasa nikmat dadih tu padahal tak berapa suka.

Bahan-bahan

  • 1 paket serbuk dadih Happy Grass mengikut perasa pilihan
  • 3 liter air
  • 400 ml susu cair
  • 100 g gula


Cara membuatnya

  • Air dan gula di masak bersama sehingga mendidih sedikit
  • Masukkan susu diikuti serbuk dadih (dalam paket ada 2 plastik; yang besar serbuk dadih, yang kecil gula buah)
  • Tutup api dan masukkan gula buah kemudian kacau sebati. Boleh la juga nak rasa kot dah sesuai manis tu sebelum masuk gula buah
  • Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Sunday, 26 March 2017

Dadih susu segera

Suatu pagi tatkala dalam perjalanan ke sekolah Mia, Mia merajuk setelah Muhammad menyakat. Kebetulan jalan agak jem, dapatla tengok dekat gerai-gerai kuih tepi jalan tu. Cik Yan offer Mia untuk beli "pink dalam bekas" iaitu dadih di gerai yang biasa Cik Yan beli kuih.

Beli 3 bekas dan terasa macam emm mahal gak ni sedangkan bahan dia setau Cik Yan takdela mahal mana. Memula cuba buat sendiri menggunakan serbuk agar-agar tapi sukatan air yang sikit menjadikan ianya seperti agar-agar. Next time kalau nak cuba resepi tu, Cik Yan nak tambah sukatan air yang diberi. Kalau dapat kelembutan yang diingini, Cik Yan masukkan resepi tu dalam blog nanti.

Masa membeli ayam di AzZain, terpandangla rak dadih segera ni, memula nampak yang besar (400g) tapi lepas tu mata terpandang pada pek kecik (200g). Hati terus kata mehla cuba instant lak.

Hari ni Cik Yan adaptasi resepi dari Blog Dairi@Hatiku dan mengikut sukatan yang terdapat pada pek instant dadih tu.

Bahan-bahan
  • 200g serbuk dadih 
  • 400ml susu cair
  • 600 ml air
Cara membuatnya
  • Panaskan air, kemudian masukkan susu
  • Curahkan serbuk dadih dan kacau supaya sebati
  • Masukkan pula paket kecil yang mengandungi perasa dadih tersebut
  • Biarkan sehingga mendidih dan tuang dalam bekas
Note:
  • Cik Yan ikut resepi blog tu kata letak gula skit, jadi kejadian agak manis 
  • Blog tu lak instant dadih dia ada gula lain
  • Cik Yan simpulkan, sukatan cecair je kita blh tukar
  • Tak yah pepandai tambah gula kalau kat pek tu takde nyatakan.


Tuesday, 1 November 2016

Kandi Kelapa

Kebiasaanya, sekolah Mia mesti akan menyambut setiap perayaan yang diraikan masyarakat Malaysia. Ianya lebih kepada nak bagi kanak2 suka sesambil berkongsi makanan yang ibu bapa bekalkan. Jadi memandangkan salah sorang class teacher dia meraikan Diwali, Cik Yan tergerak untuk merancang membuat kandi kelapa ni sebagai salah satu makanan untuk Mia bawa tatkala sambutan di sekolah. Yelah mana tau selama ni, teacher dia tu tak dapat nak makan2 sangat sebab vegetarian ke atau ada daging2 lembu ke. 

Memandang pengalaman yang lalu, buat kandi ni tak berapa jadi dengan bau minyak sapi bagai, kali ni Cik Yan mencuba resepi lain dan juga tip yang Cik Yan dapati dari group di facebook. Resepi kat facebook tu tak bagi sukatan susu sebenar jadi Cik Yan agak kerisauan sedikit.




Resepi adaptasi dari Blog Citarasawan, olahan Cik Yan

Bahan-bahan
  • 500g kelapa putih
  • 500g susu pekat (1 tin)
  • 350g gula pasir
  • 2 tbsp butter
  • 1 tsp vanilla
  • Pewarna disukai
Cara membuatnya
  • Kelapa, susu pekat dan gula digaul rata dan dimasak atas api kecil
  • Kacau sehingga menjadi pekat
  • Sebelum masukkan vanilla, butter dan pewarna, ambil secubit campuran kelapa tu dan bulatkan. Masukkan ke dalam air kosong dan lihat jika masih kekal, maknanya kandi kelapa hampir tersedia. Jika bulatan kelapa tu pecah, kacau lagi sehingga ianya tidak pecah ketika dalam air.
  • Apabila kandi kelapa itu berbentuk kekal dalam air, masukkan vanilla, butter dan pewarna. (Jika masukkan pewarna awal-awal, ianya akan menjadi semakin pudar)

  • Kacau sehingga sebati dan tutup api
  • Lengser acuan dengan butter atau minyak sapi dan tekan kelapa tadi sehingga padat
  • Guna butter atau minyak sapi pada kuantiti minima dalam proses nak memampatkan kelapa tu supaya ianya tahan lama
  • Cik Yan padatkan menggunakan penekan kek lapis tu.
  • Biarkan sejuk sedikit atau boleh terus potong mengikut bentuk kita suka
  • Kalau dari blog Citarasawan, dia gunakan acuan untuk coklat berbentuk segiempat
  • Bila dah sejuk bebetul, boleh la simpan dalam bekas bertutup.

Friday, 16 September 2016

Puding Karamel

Ini merupakan resepi kedua Cik Yan cuba demi untuk mendapatkan tekstur yang En Suami inginkan. Katanya cuba buat macam kita beli kedai (yang jual dalam bekas microwave kecik2 tu) sebab tekstur yang Cik Yan buat tu tak selembut mana sebab bagi Cik Yan keadaan tu sesuai dah bila kita potong dia, cantik lagi baki2 yang lain.

Adaptasi dari Tertunailah Hasrat Di Hati

Bahan-bahan

Bahan untuk puding

  • 6 butir telur 
  • 1 tin susu sejat 
  • 1 tin air 
  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 1 sudu teh esen vanilla 

Bahan untuk karamel

  • 1/2 cawan gula pasir 
  • 2 tbsp air

Cara penyediaan karamel

  • Panaskan gula di dalam kuali/periuk hingga gula cair dan bertukar warna kuning keemasan. 
  • Masukkan air, kacau sehingga kesemua larut dan tuangkan ke dalam bekas 

Penyediaan puding

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang
  • Masukkan susu dan air
  • Curahkan esen vanila
  • Tapis adunan kemudian tuang ke dalam bekas berisi karamel
  • Kukus selama 20-25 minit
  • Apabila puding dah sejuk sedikit, terbalik kan dan simpan dalam peti seketika
Notes:
Cik Yan dapat tekstur yang diingini En Suami tapi tak berapa suka dengan hasil kejadian yang berlubang2. Teringat tengok rancangan masakan, itu tandanya terlebih pukul telur takpun terlebih kukus.
Maka akan datang, Cik Yan nak gunakan resepi yang sama tetapi menggunakan teknik bain marie.



Thursday, 15 September 2016

S'more Dip

Time Raya Haji baru ni, kami terkurung la di dalam rumah dek kerana kanak2 riang dedua tu kena jangkitan HFMD. Plan asal nak balik beraya kampung En Suami tak kesampaian sebab risau nanti anak-anak buah kena lagilak ada baby dalam 3 bln gitu umur lagilah kita harus risau.

Sampai satu masa tu En Suami ajak gi KLIA just untuk bagi kanak2 riang tu tengok kapal terbang dengan lebih dekat. Yelah nak gi bercuti naik kapal terbang agak tak sesuai sangat la skang .. duit yang ada harus berjimat cermat jadi leh selalu shopping barang baking dan mengopi..HAAA over tak.

Masa nak balik tu, En Suami bermurah hati nak belikan kanak2 riang tu coklat dan kanak2 riang no 1 telah memilih marshmallow dalam paket yang sangat besar dan En Suami ok kan aje. Coklat lain menarik tau tapi bila Cik Yan kata eh nak la this one (Lindt dark choc x silap), En Suami cakap tunggu dia bisnes travel nanti leh beli kat duty free. Emmmmm. Sabo jelah.

Maka selepas beberapa hari marshmallow itu disorok En Suami dan kanak2 riang lupa akannya, pagi ni Cik Yan terasa untuk mencuba resepi ni yang dah lama dibaca dan pernah try tapi tak berapa menjadi.

Resepi asal dari http://www.fivehearthome.com/2014/08/10/smores-dip-baked-in-skillet-oven/

Ingredients

  • 1/2 tablespoon butter
  • 1 1/2 cups chocolate chips (semi-sweet, milk chocolate, or a combo) ~ ai guna dark compound coin
  • 15 jumbo marshmallows, halved ~ eh x perasan..ai x halve
  • Graham cracker squares ~ ai cicah cream cracker aje..tu pun sikit.

Instructions

  • Adjust rack to center position of oven and place 8-inch cast iron skillet on rack. 
  • Preheat oven to 450°F with skillet inside. 
  • Once oven is preheated, use a pot holder to remove hot skillet from the oven. 
  • Place pat of butter in the skillet and use a pot holder to hold the handle and swirl the skillet so that the melted butter coats the bottom and sides. 
  • Pour chocolate chips in an even layer into the bottom of the skillet. 
  • Taking care not to burn fingers on the sides of the skillet, arrange marshmallow halves over the surface of the chocolate chips, covering the chocolate completely. 
  • Bake for 5 to 7 minutes or until marshmallows are toasted to your preference (watch closely!). 
  • Use an oven mitt to remove the skillet from the oven and allow to rest for 5 minutes. Serve immediately with graham cracker squares or sticks...but be careful, because the dip (and the skillet) will be very hot!

Notes
  • You may use another type of oven-safe baking dish, but it should be noted that the chocolate will probably melt more evenly (and stay melted more consistently) using a heavy cast iron skillet, which retains heat better than other types of dishes.
  • Be sure to let the skillet rest for 5 minutes before serving so that the residual heat from the skillet can finish melting the chocolate chips. Some of the chocolate chips may retain their shape, but once you dip a graham cracker into them, they should be fully melted (in the same way that chocolate chips melted in the microwave hold their shape until stirred).
  • Adjust the proportions of chocolate and marshmallows to your liking or to the size of the skillet or baking dish that you use, but don't make the layer of chocolate chips too thick or they may not fully melt.
  • You may use whatever type of chocolate or marshmallows you have on hand...finely chopped chocolate, mini chocolate chips, regular chocolate chips, mini marshmallows, (halved) jumbo marshmallows, etc.

Cara ai....

  • Calit butter dekat bekas, ai guna ramekin sebab xnak banyak2 nanti kanak2 riang overdose sugar
  • Tabur dark compound coins tu bagi jangan bertimbun
  • Susun marshmallow, letak butter skit atas dia
  • Masuk oven bakar temp 200C selama 20 minit ke 10 minit ~ nanti ai ulang buat, ai update ek
  • Memula guna bottom heat dulu kasi coklat cair
  • Pastu top heat untuk brownish the marshmallow 
  • Pastu use both heat sekejap
  • Kuarkan dari oven, biar seketika pastu amik sudu dan biskut terus makan. 
Best tau sebab marshmallow it self memang takleh tekak telan rasa macam getah kan tapi bila dah bakar sedapnya sangat2. Lagi hangus, lagi sedap selagi tak mencapai tahap hangit atau rentung kot.





Monday, 15 August 2016

Agar-agar santan

Agar-agar santan ni menjadi kegemaran Cik Yan selepas aktiviti membuatnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Yelah untuk membuatnya macam sama je dengan agar-agar lain tapi tang nak menjadikan berlapis tu agak menyeronokkan dan kadang-kadang tertanya gak eh jadi ke lapis ni nanti.

Resepi rujukan dari Azie Kitchen.

 Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar 
1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
Secubit garam

Bahan bahan air gula:
1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara: 
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Saturday, 30 July 2016

Bread & Butter Pudding With Sos Vanilla

Hari tu buat bread & butter pudding sebab tengok2 roti nak dekat expired. Teringat masa Muhammad kecik ada simple recipe tapi tak jumpa. Jadi google dan guna pakai je mana yang rasa boleh diterima.

Tengah update blog sesambil tengok file dalam desktop ni terjumpa resepi ni dan Cik Yan nak abadikan dalam blog buat tatapan kalau rasa2 nak buat bread & butter pudding yang simple.

Resepi dari Izah Muffin.

Bahan2 Pudding :
  • 300 ml susu
  • 3 biji telur 
  • 70 g gula
  • 10 keping roti
  • esen vanila
  • kismis atau mixfruit
  • butter secukupnya
  • serbuk cinnamon jika suka
Campurkan susu, gula, telur dan vanilla kemudian kacau sehingga gula hancur. Ketepikan.
Butter disapu pada permukaan bekas, dan juga depan belakang roti. Kemudian roti disusun berlapis dalam bekas dan ditabur kismis atau mix fruit pada setiap lapisan. Pada lapisan terakhir, roti dipotong dua dan disusun bertindan.
Akhir sekali, curahkan campuran telur tadi ke dalam bekas roti dan bakar selama 45-60 minit pada suhu 150C menggunakan teknik water bath.

Bahan2 Sos Vanilla
  • 200 ml susu (boleh juga gunakan susu cair)
  • 4 tbsp gula
  • 1 tbsp tepung kastard
  • esen vanilla
Masakkan semua bahan2 sos di atas api sehingga pekat.















Saturday, 18 January 2014

Muffin Raspberry dgn repui (crumble la)...:)

Semalam sesambil teman Mia, konon nak cari resepi makan tengah hari dia tapi ntah naper google tang dessert. Maka terjadila kisah pembuatan muffin untuk Mia dan secara tak langsung dapat la mengurangkan stok raspberry Mia yang terlebih beli semalam. Cik Yan try makan, memang sedap sampai tak sedar dah makan 2 biji sebelum Mia rasa.


Sape nak buat, trylah..bukan untuk bebudak je (tau kan Cik Yan strict tentang pemakanan Mia).

Muffin
 1 1/2 cups all-purpose flour
3/4 cup gula
1/2 teaspoon garam - Cik Yan abaikan
2 teaspoons baking powder
1/3 cup minyak sayur - nak guna butter cair pun boleh
1 egg
1/3 cup susu
1 cup fresh raspberry

Crumble
3/8 cup gula - Cik Yan guna 1/4 cup + 2 tbsp
1/4 cup all-purpose flour
1/4 cup butter, cubed


Memula panaskan oven pada suhu 200C.
Ayak tepung dengan baking powder pastu gaul sebati dengan gula.
Satukan minyak, telur dan susu dalam measurement cup size 1 cup tu. Kalau tak penuh, campurkan susu lagi (memula pukul sikit telur tu pastu baru tambah susu sampai penuh).
Tuangkan sedikit demi sedikit kat campuran tepung tadi dan gaul sebati. Kemudian masukkan raspberry tadi dan leh letak dalam muffin cup / tray.

Untuk Crumble pulak :
Guna garfu untuk gaulkan tepung, gula dan butter kemudian tabur atas adunan tadi yang dah siap dalam cup/ tray.

Bakar untuk jangka masa 20 minit atau bila pencucuk tu bersih / tak melekit lagi.


Sebenarnya kan,,,,resepi asal adalah blueberry tapi  Cik Yan  mana leh sentuh blueberry sebab favourite Mia tu. Raspberry terlebih beli dan selalu untuk masak dengan oats je..dia kan tak tahan lama..nanti kita try blackberry lak...

Saturday, 30 June 2012

Projek Dapur & Oven

Julai menjelma kembali..nanti 10 Julai, genap 2 tahun Cik Yan duduk rumah skang..rumah yang dibeli sebelum kitorang kawin sebagai persiapan. Memang senang rasa hati sebab tak perlu mengeluarkan duit yang banyak selepas kawin kerana komitmen lain yang ada. Jadi sesape yang merancang nak kawin, kalau ada duit lebih, cepat2 usahakan sebuah rumah..

Jun ni, rasanya Cik Yan agak suka benda-benda manis..tapi yang buat sendiri la..Gambar yang ada, setakat mana yang Cik Yan rasa jarang buat dan suka makan..






Em..macam every week ada je kan projek..Cik Yan memangla dah takleh wat keje rumah (ikut arahan En Suami) tapi tak bermakna duduk saje..Cik Yan memasak, baking dan kemas dapur. Ada orang kata dia pregnant tapi buat semua dengan bantuan suami..Well, En Suami bekerja dan jika dia ada sekali pun, dia akan buat sorang tanpa membenarkan Cik Yan membantu. Jadi kalau nak kata bukan2, agak2 kalau suami tu mampu, dia pasti akan hire orang, hire driver untuk kamu..Jangan kerana kekurangan kita, kita mengutuk kelebihan orang. Setiap yang berlaku ada sebabnya jadi apa yang tersurat terima dengan ikhlas, jangan ada perasaan sakit hati, cemburu semua. Kadang2 Cik Yan lebih pada bahagian ini tapi pasti ada kekurangan di bahagian lain. Allah itu Maha Adil.

Creme Brulee


 
Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya Cik Yan dapat gak resepi Creme Brulee ataupun cara yang betul untuk membuatnya. Asal buat dulu failed je tapi still sedap cuma texture dia seperti puding gula hangus..gula atas tu pulak tak menjadi sangat jadi niat nak membeli chef torch tu diketepikan..

Satu hari tu, Cik Yan buka you tube dan cuba mencari klip membuat creme brulee dan rupanya tak jauh beza dengan apa Cik Yan buat tapi agaknya la mungkin pasal selama ni tak menggunakan teknik bain marie ketika membakarnya..Tang gula tu? no comment..mesti pasal tengok tak jadi..jadi buat gula pun ala kadar dan yang paling best la kan..En Suami makan buang gula tu sebab katanya hangus. Betul la dia cakap hangus sebab bukan gula terhangus tapi creme tu yang hangus..

Jadi kat sini saje nak share resepi yang bagi Cik Yan simple tapi menjadi..

Bahan yang kita perlukan :

2 cwn whipping cream
5 bii kuning telur (telur putih leh wat pavlova ke macaron ke..heheh)
1/3 cwn + 2 cmb gula (next time Cik Yan nak guna 1/3 cwn je sbb manis bagi Cik Yan)
1/2 cmt vanila
Secubit garam (kalau xleh agak..letak je 1/4cmt)

Whipping cream letakkan di atas api dan biarkan dia mendidih disekelilingnya..jangan sampai mendidih sepenuhnya.

Whisk kuning telur dan gula didalam bekas yang lain bersama vanila dan garam dan tuangkan sedikit cream tadi dan whisk lagi supaya telur tidak menjadi masak. Tuang cream sedikit demi sedikit sampai abis dan pastikan sebati.

Pasal Cik Yan takde ramekin, Cik Yan gunakan baking tray yang ada dan campuran cream tadi dituangkan ke dalam tray itu. Buang buih yang ada (kalau ada chef torch, ala kan kejap supaya buih hilang).

Bakar menggunakan kaedah bain marie (letak air dalam tray yang besar dan kemudian letakkan baking tray yang berisi cream tadi) selama 45 min pada suhu 160C ataupun sampai masak. Cik Yan suggest jangan gunakan api atas bawah sebab nanti cepat gelap permukaannya. Cukup guna api bawah je. Sejuk kan sebelum buat proses seterusnya.

Maka terjadila creme kita..

Untuk brulee pulak, kita taburkan gula atas permukaan creme tadi dan bakar menggunakan mode grill pada oven pada suhu 250C selama 10 minit..Siap sudah....




Sunday, 13 May 2012

Puding Berkuah Sos Kastard Cocktail

Sabtu 12th May, memang hari rajin Cik Yan kot sebab seawal pagi dah bangun siapkan beef lasagna (resepi share kemudian sebab hasil x cantik..hehehe). Resepi ni Cik Yan amik dari blog Daya :
http://pamabearlilangel.blogspot.com/2011/03/lasagna-daging-mystyle.html

Cik Yan suka resepi ni sebab cuma gunakan cheddar cheese je, payah betul Cik Yan nak jumpa Mozarella ngan Parmesan Cheese brand apa ntah..Dulu dah pernah buat dan masa tu duk kat Mawar Sari jadi senang je dapat cheese tu kat Aeon AU2 tu..Brand lain ada tapi ntahla x suka kot.

Masa kemas kabinet, Cik Yan jumpala sebungkus agar-agar terus terbayangkan sesuatu yang manis tambahan ada fruit cocktail. Jadi selepas cleaners dari ProCleaners siapkan keje, terus Cik Yan masuk ke dapur sambil tengok resepi mana jadi pilihan. Dulu dah pernah buat sekali dan En Suami sangat suka siap ajak kawan makan bersama tapi kali ni Cik Yan tak nak guna resepi tu sebab tak suka akan rasa pudingnya yang kosong gitu je.


Dua resepi menjadi pilihan iaitu :
Puding nya dari blog Kak Ungku : http://kakungku.blogspot.com/2007/11/puding-kastard-berkuah-cocktail.html
Sos nya pula di ambil dari blog seorang Cikgu di Johor : http://soulain.blogspot.com/2010/08/resepi-puding-kastard-berkuah-yang.html

Kalau malas nak buka link tu, ni Cik Yan typekan di sini..tapi Cik Yan tak ikutla bulat2..

Resepi Puding
1 bungkus agar-agar
7 cawan air
3/4 cawan gula
1 tin susu cair - Cik Yan guna 200ml santan kotak
2 cmb tepung kastard
1 cmt vanila

Cara membuatnya :
Masakkan agar-agar dengan air sehingga hancur dan masukkan gula. Menurut Kak Ungku lagi sedap kalau masa masak agar-agar tu letak daun pandan. Cik Yan xde stok dalam fridge jadi x letak la..
Bancuh susu cair dengan tepung kastard supaya tidak berketul dan tapis ke dalam agar-agar tu dan masukkan vanila. Kacau perlahan-lahan dan bila rasa kastard tu dah masak, tutup api. Tuangkan ke dalam bekas yang di ingini dan biarkan mengeras.

Resepi Sos Kastard Berkuah
1  tin susu cair
1 cawan air
1 tin fruit cocktail
4 cmb gula pasir
2 cmb tepung kastard

Cara membuatnya :
Campurkan kesemua bahan dan masak dengan api perlahan. Kacau supaya tidak melekit bahagian bawah dan sehingga gula hancur. Tutup api jika merasakan kepekatan sos itu bersesuaian dan sejukkan.










Sunday, 4 December 2011

Butter Bread Pudding with Custard Sauce

Bangun pagi tadi terus terasa bagus gak kalu buat puding ni sebab nak bawak balik ke rumah mak. Konon nak buat kek hujung minggu..pas buat RVC untuk kawan opis, terus malas dah rasa nak timbang2 ke guna mixer ke.
Kebetulan bahan semua ada..jadi mula la projek puding roti butter. Dulu dah pernah buat tapi yang kali ni guna resepi lain. Resepi dulu tu pun ntah mana.



10 keping roti (Cik Yan guna Gardenia Butterscotch..org kata nk lagi sedap guna crossaint)
1 cwn gula
2 cwn fresh milk
2 cwn whipping cream
6 biji telur
1 tsp vanila
Serbuk kayu manis, kismis..

Memula, sapu butter di sekeliling bekas yang kita nak guna tu. Kemudian susun roti. Cik Yan tak buang pun kerak2 roti tu..
Dalam bekas lain, pukul telur, gula sampai larut kemudian masukkan susu, cream, vanila. Tuang bancuhan tadi ke dalam bekas berisi roti dan biarkan selama sejam.

Apabila nak bakar, Cik Yan taburkan serbuk kayu manis dan juga gula perang sikit..pastu pasal kismis memang xde dan Cik Yan pun bukanla penggemar kismis, Cik Yan cincang kurma dan tabur atas puding tu. Bakar selama 30 - 45 min pada suhu 160C atau bergantung pada oven sendiri.

Untuk sos kastard

1 tin susu cair
2 tbsp tepung kastard
2 tbsp gula

Panaskan susu kemudian masukkan gula..Kacau hingga gula larut dan akhir sekali masukkan kastard. Siap dah...




Wednesday, 26 October 2011

Puding Horlick

Sejak2 operation buang cyst tu, Cik Yan xlah minum Horlick lagi sebab nak kurangkan pengambilan bijirin dan carbo. Yelah, nak buang nasi xleh..jadi bebenda camni la Cik Yan avoid..karang ikut sesungguh, kek pun x dapat makan kan..Hilang nikmat dunia..

Jadi botol Horlick yang ada ni tak tau nak wat apa. Mak kata dia takleh terima horlick jadi xlah antar ke sana. Jadinya simpan jela sebab En Suami pun tak gemarkan Horlick. Punyala berangan nak buat kek lapis kan tapi En Suami dok asyik jenjalan je..tak kuasa i nak duk ngadap dapur pastu siap2 untuk jenjalan.

Sampaila satu masa terjumpa resepi ni..maka terjadilah projek puding Horlick ni. Sedap rasanya cuma masa buat tu agak manis walaupun Cik Yan pepandai tukar resepi. Kalu ikut resepi asal lagi manis kot..

Resepi :

Sebungkus agar2 
6 cwn air
1 cwn gula - mungkin kena jadikan 1/2 atau 3/4 cwn je sebab manis
1 tin susu pekat
1 tin susu cair (Cik Yan tukar ngan full cream milk)
4 biji telur
1 cwn Horlick
1 cmb tepung kastard
1 sdt vanila

Cara buat :

Biarkan agar2 dan air sehingga larut kemudian masukkan gula
Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur hingga kembang, masukkan vanila, susu pekat dan full cream milk. Bila adunan sebati, masukkan tepung kastard dan pastikan tidak berketul.
Masukkan adunan telur tadi ke dalam agar2 dan kacau perlahan2. Kemudian masukkan horlick dan kacau sehingga horlick larut dan agar2 tadi menjadi pekat.
Tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.



Cik Yan letak je dalam bekas muffin tray yang ada..masa ni barulah nekad kan nak membeli acuan agar2 atau puding. Dulu dok tengok je kat kedai tapi nak beli untuk apa. Time tu tak nampak keperluan dia..tapi skang..tidak lagi..harus ku beli apa saja yang ada. Lagipun cabinet dah susun..nampak dah space untuk barang2 gini. Hehehe.


Ni yang kuar dari bekas awal2..pastu pack siap2 untuk bagi kawan En Suami dan bawak ke opis. Best kan rasa bila teragak nak buat, kita ada bahan2 available kat rumah takyah sesusah nak mencari. Kalu perlu carik pun xlah sampai kena gi pasaraya besar kan..takat kedai runcit pun adoooo...


Wednesday, 13 July 2011

Tertiba je


Hari ni, dari kat opis lagi takde rasa nak masak. Konon kalu lapar makan jela biskut ke roti ke atau tahan jela sampai pagi esok. Gigih la konon nak kuruskan badan kan..Tapi serius, part yang merisaukan adalah dagu. Camner nak hilangkan double chin ni.

Balik rumah dalam kutip2 baju nak basuh, terbayang fruit cocktail tapi malas lah nak duk dapur tu kan. Sambil tengok2 tv boleh pulak ada kertas kat kerusi ni. Tengok2 resepi pavlova. Cik Yan baca jelah sekali lalu. Pastu tengok Nigella. Dalam iklan tu boleh lagi tengok resepi pavlova dan terus ke dapur.

Bab yang melibatkan asingkan putih dan kuning telur memang jadi kegemaran setakat ni lagi2 lak kena pukul sampai bertanduk. Jadi terus nekad membuat pavlova berbuahkan cocktail tadi tu.

Ni adalah pertama kali Cik Yan buat yer. jadi ada gak try and error. Macam tadi tertiba boleh pulak kuning telur terpecah sama..pastu cepat sangat masuk gula sudahnya meringue x jadi. Last sekali lak whipping cream x tau masa bila nak stop sudahnya dia cair balik.

Sesape nak try, ni resepi dia :

4 biji telur putih
1 cwn gula castor
1 tbsp corn flour
1 tsp vanila
1 tsp cuka putih

Hiasan
1/2 cwn whipping cream (Cik Yan guna 1 cwn terus)
Buah2 pape yang patut..Cik Yan pakai fruit cocktail je..


Memula amik baking sheet ke aluminium foil ke pastu korang buat lah bentuk apa nak dan letak atas tray..Bukan apa, senang nak adjust bentuk dia nanti.

Panaskan oven pada suhu 140C.

Putih telur tu pukul sampai kembang..selepas berbuih dia macam kilat2 sikit. Masa tu masukkan gula sikit2 sampai abis. Jangan masuk semua terus. Abis je gula tu kan..ngam2 putih telur  tu sikit je lagi nak jadi bertanduk. Jadi bila dia bertanduk tu..nampak kental, shining gegiler tau. Masa tu tabur tepung jagung tadi pastu masukkan cuka ngan vanila. Guna kaedah kaup balik nak sebatikan tu.


Adunan tadi tuang atas aluminium tadi. Make sure tepi dia lagi tinggi dari tengah tu tau. Pastu masukkan ke dalam rak tengah oven. Bakar la sampai dia masak ataupun bertukar jadi warna kulit telur..Jangan pulak compare dgn kulit telur angsa atau itik..tu confirm tak masak tu.




Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan dia menyejuk dalam tu. Semerbak bau vanila dan teringat lak pavlova kat Bisou tu.. Agak2 dah sejuk tu..mohlah kita pukul whipping cream tu sampai stiff. Berdasarkan kesalahan yang telah berlaku tadi, Cik Yan rasala masa terbaik nak stop mixer adalah apabila kat cream tu dah makin ketara bentuk alunan dia. Kena ingat stiff dia xlah macam meringue yer..





Curahkan atas bahan bakar tadi dan hias ngan buah pilihan. Macam Cik Yan  kan letak je fruit cocktail. Dengan itu, jadilah PAVLOVA.

Sunday, 13 March 2011

Macaron

Sebelum ni kan ada citer pasal macaron kan..Cik Yan jumpala satu resepi ni. Sangat simple sebab author ni permudahkan dari resepi yang asal. Cik Yan ada terbaca resepi dia yang memula tu sangat2 lah terasa susahnya padahal bahan yang sama cuma method je berbeza. Bahan semua ada kecuali ground almond maka bila tengok wayang citer I am number 4 kat Wangsa Walk, apa lagi Cik Yan pun menyimpang ke Cold Storage sekejap. Sukanya rasa sebab ada stock ground almond dan memandangkan ini percubaan pertama, maka Cik Yan beli nutella sebagai pelekat macaron tu nanti.


Resepi macaron Cik Yan mudah je, nanti kalu dah pandai, leh try yang complicated tu lak..heheh

Benda ni kena pukul sampai kembang atau dalam istilah baking soft peak atau pun meringue
60g telur putih,
20 caster sugar
secubit Cream of Tartar

Yang ni lak kena ayak tapi ground almond takyah la kan..
110g icing sugar
20g cocoa powder
65g ground almond

Pastu campur bahan kering ni dalam meringue dalam 3-4 tuang. Maksudnya campur sikit2 lah kan..
Pastu pipe kat tray dan biar sejam sebelum bakar pada suhu 150C.

Masa Cik Yan belek resepi2 macaron kat blog sesapa lah kan, semua ada mention pasal pengalaman membuat macaron ni..ada yang kata retak permukaan retak seribu, ada yang kata penyek/ gempeng dan ada jugak cakap pasal kaki..memula Cik Yan x faham jugak tapi bila tengok semua gambar2 macaron barulah faham istilah kaki tu..Jadi ni nak bagitaula yang cubaan Cik Yan pertama kali tu berkaki..hahaha. Rupa bentuk memang la x secantik mana tapi itu kita leh betulkan nanti Insya Allah..

Kaki macaron...


Cik Yan x amik banyak gambar sebab ini pertama kali Cik Yan guna piping bag..terkial2 tadi pastu resepi tu cuma menghasilkan sedikit je macaron ni..Sebenarnya masa dah pipe atas tray tu nampak buruk sangat tapi xpelah dah niat kata nak rasa macaron ni camner..

Nilah hasil pertama macaron Cik Yan yang berintikan Nutella. Resepi asal guna coklat Mars masak dengan whip cream tapi dari mengeluarkan kos yang tinggi buat benda tak tau jadi ke tak..Cik Yan pakai Nutella je.

Maka dengan ini tamatla perasaan nak tahu rasa macaron ni dan makin excited pulak nak mencuba lagi supaya dapat yang comel2 macam gambar2 kat internet.


Saturday, 26 February 2011

Hari ini 26th Feb 2011

Hari ni macam Cik Yan rajin kot..lepas solat subuh konon nak tido balik tapi otak berligat membayangkan kuih apam..Kebetulan anak sepupu En Suami ada rumah..jadi macam okaylah nak makan apam kan..En Suami lak gi beratur membayar saman bersama anak sepupu tu jadi ngam2 dorang balik rumah..siapla apam tu kan..Pasal apam tu kan lama nak masak..nak tunggu sejuk, nak tunggu dorang balik..perut Cik Yan lak dah lapar..karang lambat makan gastrik la..abih lah hari sabtu Cik Yan..

Jadi Cik Yan teringat yang semalam anak sepupu tu ada beli roti gardenia sebuku..Cik Yan lak ada tuna dalam tin..maka dengan segera Cik Yan menggiling roti tu dan letak lah tuna tadi tu..Tapi sebelum tu tuna tu Cik Yan gi perah air limau, letak mayonis, daun thyme ngan letak black pepper sikit..Pastu golek2 dalam telur dan goreng..abis satu tin Cik Yan buat..



Hehe..sebenarnya ada 6 keping tadi tapi Cik Yan telah makan separuh sebab yang 3 tu Cik Yan letak pedas-pedas..Jadi balance ni untuk En Suami dan anak sepupu..Dorang bukan pemakan sangat tu..jadi okla setakat bagi rasa..Hahaha..sebelah tu apam..Favourite En Suami..Jangan x tau sampaikan biras Cik Yan masa duk rumah ni jap hari tu mintak ajar sebab Mak suka..Memula dia lupa nama kuih ni apam..dia gi cakap kuih yang Cik Yan selalu buat bagi Mak makan..dia cakap Mak suka sangat..dan sesuai la ngan selera orang tua..Owh lupa masa dia belajar tu Mak duk kat rumah family dia jugak..

Memula buat apam ni tak jadi okay..memula kawin dulu macam2 usaha..cari internet semua tapi x menjadi sangat..rerupanya tau pasal apa...pasal pengukus Cik Yan kecik..memula x tau gak tapi satu hari di bulan puasa, Cik Yan buat adunan apam ni tapi nak 2 kali kukus..jadinya dapat lah 2 apam kan..sebab sebiji tu nak bawa berbuka kat rumah Pak Usu Cik Yan..cantik gila apam tu jadinya..dari situ Cik Yan sedarla setiap kali nak buat apam selagi tak upgrade pengukus tu...kena bahagi dua resepi tu..
Ni kalu rasa-rasa nak try lah..

1/2 cwn gula merah
1/2 cwn gula putih
3 cwn air putih..

ni masak atas api sampai gula larut, biar sejuk tau..En Suami suka putih plain je jadi Cik Yan pakai gula putih je..

Kat bekas lain letak 500g tepung gandum ngan 1 paket instant yeast (kalu mauripan tu 11g per packet)..

Jadi bila gula dah sejuk tuang kat adunan tepung dan kacau..lagi bagus pakai tangan kita sebab nak bagi enzim tangan..heheh..biar dalam bekas tu sampai dia naik...pastu kacau lagi..tengok naik lagi tak..dalam masa yang sama panaskan pengukus..Owh ye..kalu suka color2..letak la perwarna..Cik Yan buat plain je..

Pastu lepak2 main fb sampai terlupa lak dah janji nak masak asam pedas daging..Ni kira 2nd time buat asam pedas daging...1st time hari tu En Suami x dapat rasa....maka dengan segera mengeluarkan daging dan hati (En Suami nak goreng kunyit) dari freezer..sambil tunggu tu siapkan bahan2 masak...ni kalu rasa nak try gak gunalah resepi Cik Yan ni..(dari internet gak tapi ada gak bahan x tambah contoh mcm kerisik, belacan)..

daging sesuka hati direbus sampai empuk yer..air rebusan jangan buang..


bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, kunyit hidup ditumbuk bersama jintan putih, jintan manis dan buah keras..

bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, biji sawi, biji cengkih ngan daun kari ditumis dulu baru masuk bahan tumbuk tadi dengan serai..pastu masuk cili giling sesuka hati gak..kacau sampai naik minyak..pastu masukkan sikit air supaya bahan tadi leh masak dan sebati..

kemudian masukkan daging dan air rebusan tadi...biarkan sampai daging sebati ngan kuah tu...sambil tu masukkan gula dan garam secukup rasa...kemudian..barulah masukkan air asam..peringatan yer..kalu daging x cukup empuk masa rebus..jangan masuk air asam awal2 sebab nanti daging jadi makin liat/ keras..jadi pastikan daging bebetul dah leh makan..baru letak air asam...pastu masuk la tomato sebagai penyeri kuah..heheh..


Pasal sukatan bawang semua tu..bagi Cik Yan..bila bebenda tumis ni banyak..maka kuah asam pedas kita nanti xlah terasa air sangat..dan kalu terlebih masam..bila tambah air tu xlah jadi cair kan..lagi satu yang Cik Yan perasan..kalu nak kuah asam pedas jadi sedap..biar dia reneh lelama..nanti memang dia pekat sedikit dan rasa asam pedas dia ketara..


Nilah lunch air tangan Cik Yan pada hari ni..tapi gambar lauk untuk makan lupa amik..heheh







Wednesday, 23 February 2011

Kek Coklat Donna Hay

Akhirnya..Cik Yan telah mencuba resepi kek yang membuatkan Cik Yan stress tu..Tapi xdela buat sampai 4 layer tu kan...

Step by step..resepi click sini


Memula butter milk..rupanya butter milk dlm bahasa kita susu masam atau tairu..



Pastu cairkan butter dgn air dan serbuk koko



Masuk dan whisk dalam campuran tepung



Ni lak telur ngan butter milk tadi..jgn lupa vanila..



Ni lak buat cream dia...



Belah 2 kek..xleh ar belah 4..heheh






Sapu cream pastu telangkupkan..heheh


Ni lak dah sapu semua..


Jadilah lepas rasa nak makan kek coklat..maka dengan ini..hilang sudah stress ku ini..heheh