Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Craving List

Diam tak diam, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 25 kehamilan kedua, kiranya dah nak masuk 6 bulan la kan. 3 bulan lagi Insya Allah akan lahir seorang bayi lelaki, sepasang dah tu..pastu leh tengok mana lagi lasak, Baby Mia ke Baby Jr ni.

Too much things kot yang Cik Yan rasa kena buat kalau berkesempatan dan makan dan minum sebelum kembali kepada keadaan pantang 44 hari dan pantang setahun..bye-bye air sejuk..bye-bye laksa..Insya Allah nekad ni untuk melakukan apa saja sama macam Baby Mia dulu.

Kekadang, En Suami macam tak perasan kot yang Cik Yan ni dah macam kesuntukan masa...hahahhaa. Bukanla penting sangat tapi kekadang ok apa beri keutamaan pada Cik Yan yang sedang membawa kandungan ni. Kekadang rasa macam dia pun rushing siapkan apa yang dia nak as if dia yang akan berpantang later on padahal masa dia panjang la sangat. Tu yang a bit upset bila dia sibuk plan for long ride dengan kenkawan tanpa fikir soon, my wife akan terkurung dalam rumah..soon my wife akan hadap insan kerdil dan insan kecil yang aktif..soon my wife dah xleh nak kuar sesaja sebab dia nekad nak susukan baby selama 2 tahun..why not i fulfill dulu apa dia suka, why not i kurangkan keje dulu, kurangkan jumpa orang waktu malam, kurangkan aktiviti yang memenatkan supaya dapat cater bila isteri kata nak itu..nak ini..Tapi tulah keadaannya..kalu fikir sentiasa rasanya Cik Yan akan jadi wanita mengandung yang sentiasa dalam kesedihan kot..

Cik Yan pun, kekadang amik mudah, konon kandungan kedua jadi barang macam tak perlu nak siapkan sangat macam masa Baby Mia dulu tapi sebenarnya banyak juga barang Mia yang dah xleh guna pakai atau kena improve. Tak tau nape..mesti Baby Jr sedih kan tengok macam Cik Yan tak excited prepare things for him. Whyla Cik Yan too depends kat En Suami ek padahal dulu main beli je, mungkin pasal masa Mia dulu dia xde so Cik Yan nak kali ni dia involve, pilih untuk baby tapi tulah jadi gini..he is too buzy and tertiba rasa sedih sebab Cik Yan being unfair..Bila tengok staff En Suami bawak isteri turun KL untuk survey barang, siap plan lagi nak datang time Baby Expo bagai, rasa cemburu gak tapi dalam hati tertanya, will he do the same for his next baby?

Next week baby, after our appointment with Dr Ashar, mama will all out for you. Nanti mama buat list dari minyak telon sampai la apa saja yang mama fikir perlu untuk anak mama. I knew one things for sure, Insya Allah when u came into our house, rumah tak teruk masa Baby Mia mula masuk. Sian Baby Mia dulu sebab rumah berhabuk sebab ayah kemas separuh jalan, bulu kucing bersepah sampaikan at the age of 12 days old, Baby Mia disahkan ada minor lung infections..Alhamdulillah sekejap je dan sampai skang kalau mama tanya Dr Iean, (yes, baby! Dr Iean akan jadi your pediatric jugak) Baby Mia tiada masalah peparu setakat ni.

Okay..ni craving list yang lepas ni kena pantang setahun atau selagi Mama tak ngandung kali ketiga..atau bagus tak buat sebab tak nak mudaratkan Baby Jr atau memang mama nak sangat walaupun boleh je lepas bersalin..


  1. Makan apa saja sebab mama tak tau apa yang sedap kat Dip N Dip.
  2. Laksa
  3. Melepak kat Baskin Robin, makan suka2 
  4. Jenjalan kat Johor (Legoland, Hello Kitty World)
  5. Jenjalan kat Sabah ke Langkawi ke Penang ke..bosanla East Coast je. 
  6. Jenjalan Melaka. Nak gak balik Merlimau sebab situ sah2 ada kehijauan luar rumah (i miss tempat dibesarkan dulu)
  7. Hong Kong Disneyland
  8. Makan ketam..(ni sebab kes dah lama tak makan..hahahah)
  9. Breakfast at Coffee Bean (cukupkan makan 3 set breakfast yang biasa) 
  10. Bawak Mia lelari kat garden tak kirala Botanical Garden, Tasik Perdana, Tugu Negara ke..
Craving tu ngidam kan..maksudnya apa yang orang pregnant sibuk terasa nak makan tapi Cik Yan punya mengidam campur aduk..tapi yang penting dapat buat best kan..tak dapat buat sebab ada orang buzy nak buat camner. Pasrah..bukan Redha..

Thursday, 17 January 2013

Selepas pantang

Merdeka la kan kononnya sebab dah abis pantang jadi pasal En Suami baru balik dari offshore terus kena masuk opis, Cik Yan wat la kuih bakar sebab teringin nak makan. Itulah projek pertama kuih muih Cik Yan dan Alhamdulillah bila En Suami suka maka bertambahla lagi kuih muih yang Cik Yan leh wat sendiri.

Apa yang best lepas pantang? Leh makan sesuka hati la kononnya selepas mennghadap makanan pantang selama 44 hari. Tapi proses pantang Cik Yan berterusan lagi dan kali ni bertambah susah sebab dah banyak leh makan jadi susah nak monitor apa yang tak sesuai dengan perut Mia. Sah-sah minuman berais kena elak sebab Mia dulu kena minor lung infection kan masa umur 12 hari makanya aiskrim semua tu tak jamah lagi la termasuk air sejuk. AlphaBET pun kalau bagi masuk jap, jarang bagi dekat sangat dan apa saje barangan Mia tak bagi dorang dekat.

Oh ya..share sikit pengalaman pantang hari tu walaupun ada yang Cik Yan buat pepandai sendiri. Orang ramai cakap time pantang takleh amik kafein apa tah lagi menyusukan budak dan ubat2 yang di makan akan kurang berkesan. Tapi ada gak yang cakap kafein terutamanya kopi tu elok untuk pengaliran susu jadi skang pasal kita je yang tau keupayaan badan kita, takyah la dengar cakap orang. Cik Yan cakap camtu sebab Cik Yan kan suka kopi. Hehehe.

Okay, Cik Yan amik kopi hari ke4 selepas bersalin iaitu dah balik rumah kan sebab kakak kat opis cakap kopi leh melancarkan aliran susu kita cuma jangan amik time malam ke apa takut baby takleh tido lak..Jadi Cik Yan amik waktu breakfast je itupun kalau masa breakfast makan berat. Kalau takat makan nestum je, Cik Yan telan la air horlick (sebab baca kat website memana horlick leh tambah susu).

Cakap pasal kopi dan ubat-ubatan, kira pasal takut gak la tak dapat zat dari ubat yang di makan, Cik Yan pastikan minum selepas makan ubat dengan jarak 2 jam. Motif? ni pepandai tau korang jangan lak gi tanya doctor ke apa ke..Bagi Cik Yan, bila dah makan ubat, sah2 dia amik masa 2 jam untuk penghadaman jadi bila kita minum kopi lepas tu dia tak effect la ubat kita sebab ubat dah terserap dalam badan..Hehehe.
Tukang urut pun cakap minum kopi leh kecutkan rahim sebab panas kan tapi pastikan kopi standard kampung la jangan nescafe ke expresso ke mocha ke..tu kopi yang dah banyak proses.

Apa lagi ek bebenda yang Cik Yan wat, rasanya tang kopi jela lain dari orang sikit sebab rata2 elakkan pengambilan kafein. Ada orang kata time pantang minum milo je tapi bagi Cik Yan lagi bagus minum koko sebab kurang proses dan tak manis walaupun setakat bancuh milo dengan air. Milo ni macam nescafe la kiranya banyak sangat mengalami proses pembuatan..

Cik Yan tak taulah korang camner kan..Mia sangat sensitif kalau Cik Yan makan sos cili tapi makan lauk asam pedas takde menda lak..Seperti Mia ni tak leh terima makanan yang di proses tapi yang fresh boleh..Tapi tadi kan masa buat post natal check up dengan Dr Ashar, dia gelak je dan cakap kebetulan je tu..korang rasa camner? Kekadang orang terlibat dengan modern medicine memang tak percaya tang pantang2 ni kan...


Sunday, 21 October 2012

Doa untuk wanita yang akan melahirkan anak..

Amik dari blog resepirahsiaku..



Surah Al-A'Raaf: Ayat 54.




Maksudnya:

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas 'Arsy[548]. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

20th Oct 2012

Semalam pertama kalinya dapat tgk 4D scan Baby Mia..pandai la pengganti Dr Ashar tu..dia tepuk2 perut sebab Baby Mia dok sujud je..pastu baby pun tayang muka jap..

Kuar je dari bilik Doctor dan sambil tunggu lif, update En Suami apa yang Dr Vijay jawab tentang semua soalan Cik Yan. Sebelum dia tanya lebih lanjut..terus Cik Yan whatsApp gambar baby dan terus dia melafazkan kesyukuran sebab berpeluang untuk menatap wajah baby dalam kandungan tu.

En Suami : Baby Mia wat pe tu..
Cik Yan : Em..hisap jari kaki.
En Suami : Berat dia? Dr Vijay cakap apa
Cik Yan : Berat 2.3kg, position sujud..memang dia dah ready in delivery position..
En Suami : Dr Vijay cakap apa lak pasal mama dia?
Cik Yan : Bp ok, kandungan gula semua ok, uri terletak, baby dah penuhkan ruang..
En Suami : Hidung nampak macam mancung
Cik Yan : Eh, dah hidung kita pun mancung..boleh la dia pun mancung gak kan...
En Suami : Muncung macam mak dia...
Cik Yan : Dia marah Dr Vijay sound dia hisap kaki (dalam hati, alamak masa awal2 dulu mulut Cik Yan muncung ke..jangan baby terikut sampai besar sudah).

Hari ni, genap sebulan lagi tinggal mengikut perkiraan jangkaan Dr Ashar.. Ingatkan kalau lewat ke 27 Nov kan best..Hari tu date kitorang couple dan Alhamdulillah sampai ke ikatan perkahwinan. Tapi kalau Mia kuar awal pun takpe asalkan En Suami dah balik, barang2 semua berjaya dilengkapkan..



Saturday, 13 October 2012

List utk suami tercinta

Semalam Cik Yan amik EL padahal memula tu takat bgtau kawan Cik Yan masuk lambat. Sebabnya sakit sangat kat pinggang tu sampai nak gerak pun terasa mencucuk. Sakit tu bermula hari Khamis masa Cik Yan menunggu masuknya waktu Maghrib. Alang-alang waktu pun tak lama mana, Cik Yan dok la mengaji sambil tunggu masuk waktu tapi bila nak solat Maghrib je terasa sakit amat tapi tahan jap. Sakit berterusan dan membuatkan Cik Yan tido awal je.

Semalam sakit tu tak hilang gak..biasanya sejak pregnant ni kalau bangun kul 5am rasa tak sedap badan, Cik Yan akan tido balik sampai la kul 6 lebih (ikut bila Alpha kejut) selalunya memang rasa segar dan leh siap gi keje tapi yang kali ni memang x nampak bayang opis la. Mula risau macam-macam sebab sebelum tu terbaca kawan ni admitted la due to mild contraction, adik sorang ni lah doctor operate sebab kedudukan bayi melintang ke apa (songsang faham sgt la tapi smpi operate sebelum masanya..mesti ada pape). Tapi Baby Mia aktif je cuma Cik Yan perasan dia lebih kepada belah kiri dan tidak di tempat yang sakit.

Kebetulan kapal En Suami ada kat port..kesian dia..dahla tengah penat kena menghadap drill melibatkan DOE, APMM semua tu dapat lak tau Cik Yan tak sihat. Mujur mak abah ada kalau tak, sian dia sure tak senang buat keje. Dalam masa Cik Yan berehat, rupanya dia dok WhatsApp tanya nak dia balik awal tak. Ikut plan asal balik dalam minggu raya haji tapi Cik Yan cakap tak perlula sebab keadaan takla teruk mana.
Rupanya syarikat dia dah mencari pengganti dan bebila masa En Suami boleh cuti memandangkan mereka tau keadaan Cik Yan skang.

Cik Yan lak terasa awalnya kalau dia balik skang sebab barang baby hampir siap semuanya dan Cik Yan pulak ada lagi sebulan dari tarikh jangkaan bersalin kan. Karang cuti awal, dia kena gi keje awal lak, kan tak best..Jadi okayla memandangkan keadaan tak memaksa,  En Suami akan terus bekerja tapi penggantinya dah diberitahu supaya sentiasa on stand by jadi bebila En Suami nak balik..dia leh balik. En Suami pesan dalam masa ni siapkan list barang yang Baby Mia lum ada lagi dan apa yang Cik Yan nak sebelum dan selepas bersalin..Terasa indah yang amat sangat bila dia cakap tak sabar nak menjaga Cik Yan dan Alphabet dan menunggu masa Baby Mia lahir ke dunia dan menjaga kami dan rumah kami..

Jadinya..ni jelah list yang tinggal kot..ingatkan weekend ni dapatla shopping tapi dah tak sihat..better dok rumah je dari merisaukan semua orang yang terlibat dengan Cik Yan.

  1. Baby tub with hammock
  2. Toiletries for baby (mcm nak Johnson..tapi Pureen pun ok gak kan), bedak, lotion
  3. Cotton bud, cotton yg gulung2 tu untuk wipe time Baby Mia poo poo tak pun wee wee. Cotton wipe yang mcm wet tissue tu rasa cam tak practical kalau utk kegunaan kat rumah
  4. Minyak telon ke minyak yuyi limau
  5. Pampers baby
  6. Mainan Baby Mia (En Suami kata nak gak walaupun Cik Yan cakap time baby meragam, sua kan je Alpha kat baby) - ni nak cari warna merah pasal tak jumpa la Cik Yan tak beli-beli
  7. Cadar extra untuk tilam playpen dengan set tilam lagi satu tu
  8. Bedung baby
Ni lak list yang Cik Yan nak sebelum bersalin dan menempuh tempoh pantang..
  1.  Durian..
  2. Butter prawn/ nestum ke oats prawn
  3. Chili crab kat tmpt Cik Yan suka
  4. Nak makan ikan bakar kat Ikan Bakar Ana petai (ni samada En Suami tapau kat Tg Lumpur ataupun gi mkn kat Bangi tu)
  5. Menu untuk pantang (decided time pantang, En Suami jaga tanpa kacau mak abah sebab time dorang bermula bila Cik Yan keje..lagipun anak kan terjadi hasil suami isteri kan..watpe kacau dorang)..
  6. En Suami nak pasang besi halus cepat-cepat untuk keselesaan AlphaBET jadi dorang leh menikmati udara segar di balcony
  7. Tilam untuk Cik Yan berurut ataupun lepak depan TV..
  8. Set dvd korean/ japanese (ni macam tak applicable je kalau En Suami ada rumah)
  9. Jual Ogawa dgn Treadmill (sape nak beli...Cik Yan nak exercise pakai bola dgn pilates je pasni..jadi lapang giler rumah nanti)..
Tu jelah kot list yang ada sebab Alhamdulillah yang lain dah berjaya beli sikit2 dengan mak abah, kakak n adik dan ONLINE..siapkan duit saja (Tenkiu En Suami atas unlimited budget)..




Saturday, 29 September 2012

Kecik hati i


Hari ni gi check up lagi dengan Dr Ashar. Alhamdulillah dah 8 bulan dan hari ni pertama kali dapat jumpa doktor pada hari Sabtu. Oh ya...kali ni merupakan kali ketiga gi check up tanpa En Suami.

Dari semalam lagi En Suami dah mengharap sangat agar dapat tengok gambar baby dalam bentuk 4D. Topik whatsapp kitorang semalam lebih kepada pengharapan kami untuk diberi peluang menatap wajah baby. Pastinya kami mengharapkan baby dalam keadaan terbaik semua.

Sementara menunggu, baby memang sangat aktif kan..senget perut Cik Yan dibuatnya dan nasib baik takde orang lelaki..i terasa malu okay nak usap perut depan kaum berlainan..Pastinya setiap 15 min En Suami akan mintak update. Oh ya..thanks to technology ya..whatsapp ngan wifi kapal memang sangat membantu kami yang berjauhan ni..

Tapi memang kecik i tau..masuk je jumpa doktor, baby gerak dengan perlahan tak aktif macam masa menunggu pastu bila masa scan je..frustnya..baby dok sujud lagi..haloooo...nak tayang tulang belakang kamu yang cantik tu ye??dan lagi i kecik hati..baby langsung tak nak bagi muka sampai doktor cakap this time memang takleh nampak pape..Mujur doktor pandai amik hati i terus dia warnakan jantung baby dan tunjukkan kadar degupan kamu. Alhamdulillah semua bagus dan baby dah mencapai berat 2 kg..Cik Yan baca dalam babycentre patutnya berat pada usia ni dalam 1.7kg..hilang kerisauan kerana masa bulan ke 7, berat baby kurang 200 g dari berat sepatutnya..

Update En Suami dan mula la kami membayangkan kenakalan baby yang memang saje nak suprise kan kami kan..tau tak punyala tak sabar nak tengok wajah kamu tapi apakan daya..sabar jelah menunggu hari nya..Baby Mia, we love you..nanti dah kuar, sihat tubuh badan semua kita carik white kitten buat kamu ek..semoga kami berjaya memberikan kamu zat yang terbaik ketika dalam kandungan..memberikan kamu rasa taat kepada Allah..kuat antibodi..terhindar dari segala kesakitan dan membesar sebagai anak yang solehah..





Sunday, 23 September 2012

Cik Yan cakap...

Sewaktu WhatsApp dengan En Suami..tertiba dia cakapla yang dia asyik terbayang berkejar-kejaran dengan Baby Mia..eh, mana boleh..lambat lagila budak tu nak boleh berlari..ni masih dalam perut lagi..rabu depan genap 8 bulan dalam kandungan Cik Yan. Moga selamat hingga ke akhirnya.

Cik Yan cakapla kat En Suami wat masa ni baik fikir masa bergurau ngan dia. Maksud Cik Yan mengagah  biar baby gelak mengekek-ngekek..Sure comel sebab dulu selalu buat kat adik Cik Yan dan sudahnya memalam mengingau sampai mak takleh tido..

Cik Yan cakap lagi, En Suami kenalah sedia untuk berjaga malam dan susukan baby ketika hari Cik Yan bekerja..Nanti Cik Yan siap2kan la susu dalam botol jadi sampai masa En Suami kena bangun panaskan dan layan baby sambil check diaper atau pape yang patut. Alhamdulillah semua cakap Cik Yan tu diterima dengan positif dan harapnya memang menjadi kenyataan.

Cik Yan cakap lagi baby takde mainan dan terasa seperti perlu jugak ada sikit mainan kan..watnye baby meragam, takkan Cik Yan nak bagi Alpha atau Beta kat baby..Masa ni terbayang seperti mainan itu akan menjadi mainan AlphaBET pulak..Takpela, pasni concentrate bebenda gitula untuk baby sebab takmoh dah carik baju..Skang ni kena cari barang untuk mak baby dan tempat baby tido, mandi semua..

Life kitorang lak sure berubah kan..kalau dulu ada masa terus gi sana sini..banyak sangat unplanned holiday jadi skang selain kena fikir tentang kesesuaian baby, kena ingat lak AlphaBET tu..takkan nak angkut sana sini gak, sian kucing-kucing Cik Yan tu..Kitorang jugak kena gegilir la supaya life kitorang tak berubah sepenuhnya maksud Cik Yan, kami masih boleh wat aktiviti sendiri secara adil tanpa meninggalkan Mia sepenuhnya.

Kitorang plan kononnya jika cuaca mengizinkan, En Suami gilah riding sekejap takpun jika ada slot yang sesuai, Mia tinggal ngan En Suami dan Cik Yan gi spa memanjakan diri jap..Weekend sebolehnya kami taknak kacau mak abah untuk jaga Mia cukuplah hari kami bekerja je.

Kalau boleh, biarlah Cik Yan tidak menjadikan alasan ada anak kecil untuk tidak memasak atau baking..Sebolehnya nak bagi anak makan macam-macam yang berkhasiat takpun kalau manis pun,..terkawal..Tu yang suka sangat tengok Kitchen Boss sebab dia menjadikan memasak untuk family itu sesuatu yang seronok dan Cik Yan asyik terbayang resepi dia untuk memastikan anak kecil minat untuk makan sayur.

Oooooo baby Mia..tak sabar nak lahirkan kamu, besarkan kamu..Doakan kamu sentiasa selamat, menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya dan memiliki budi pekerti yang terpuji.




Saturday, 1 September 2012

AlphaBET & Cik Yan


Alpha dan Beta adalah 2 ekor kucing comel yang Cik Yan miliki pada tanggal 22 Januari 2012. Ketika itu Alpha masih lagi berusia 3 minggu dan bersaiz kurang sikit dari tapak tangan Cik Yan dan masa tu nak jalan pun terketar-ketar dan tido di tempat yang kurang cahaya. Skang ni tempat tido buatan dia tu dah jadi tempat mainan tatkala terasa nak bermain di celah2 sofa. Beta pula ketika itu berusia hamper 3 bulan dan memang diala yang membuatkan Cik Yan nekad untuk membela kucing setelah melihatnya dia Petsave Melati Utama. Kedua nama mereka Cik Yan gabungkan maka terhasil la AlphaBET dengan surname mereka CENTAURI. Alpha dan Beta Centauri tu adalah antara nama bintang tercerah yang terdapat di galaksi kita (Cik Yan kan minat astronomi).

Sejak membela mereka, bertambah terhibur rasa dan perasaan nak pulang ke rumah dengan segera melonjak2 sebab tak sabar nak melihat dan melayan mereka. En Suami yang tak berapa berani dengan kucing (sebab dorang suka kuarkan kuku) makin lama makin berani dan rajin melayan mereka. Perasaan nak berjalan-jalan pun dah kurang sebab sian tinggalkan dorang setelah 5 hari kita bekerja kan. Kadangkala terasa macam nak berhenti keje dan menghadap je dorang ni..

Tanggal 15 Mac, Cik Yan dapat tau Cik Yan mengandung dan keesokkan harinya Cik Yan pergi ke klinik untuk membuat pengesahan dan Alhamdulillah sesuatu yang dinanti datang akhirnya. Rahmat melimpah tak terhingga buat kami berdua dan bermula perjalanan yang lebih nikmatnya dari dulu dan makin bertambah sayangnya Cik Yan dan En Suami kepada AlphaBET. Bestnya dan tak sabar untuk menjaga baby dan AlphaBET.

AlphaBET di sepanjang tempoh kehamilan ni memang terasa betapa bernilainya mereka cuma ada sekali tu rasa syahdu sikit sebab Beta rindukan En Suami yang bekerja sampai abis baju En Suami dia bawak tido dan kerap menunggu depan pintu. Pilu hati Cik Yan tapi bila En Suami cuti, Beta tak heran sangat pulak dan asyik menghadap Cik Yan je..Alpha tak yah citer la, tu memang dah berubah sayangnye dari En Suami ke Cik Yan. Bila balik keje, AlphaBET akan mengikut masuk ke bilik dan bergolek atas katil mintak dibelai. Comel sangat tau.

Makin lama, kehamilan Cik Yan makin ketara dan setiap kali balik keje mesti penat tambahan pulak bulan pose. Dah la sesorang kan pastu sampai rumah memang letih sangat dan mesti terlelap sekejap sambil ditemani AlphaBET. Beta pulak pandai mengambil hati ngan mengurut Cik Yan..sedap tu tapi part dia terkuarkan kuku tu mula takleh tahan la..Alpha lak akan menjadi teman yang setia tatkala bersahur dan sentiasa minta balasan teman dia makan selepas Cik Yan selesai bersahur. Dia jugala tukang kejut time sahur dan juga waktu untuk solat Subuh. Baguskan Alpha siap tepuk2 kepala Cik Yan dan jika dibiarkan, Alpha akan mula menguasai bantal Cik Yan dan ketika itu confirm dah memang Cik Yan kena bangun untuk bersiap.
Beta

Alpha

Sejak En Suami pesan kat AlphaBET untuk jaga Cik Yan dan baby sebelum gi keje mulala episod kawalan dari AlphaBET. Setiap pergerakan Cik Yan akan diperhati dan mereka bertindak seperti Bodyguard yang mengawal pergerakan Cik Yan tak kira masa. Boleh tu sedap2 tido, mereka takpun salah sekor akan bangun mencari Cik Yan di mana dan jika berada di dapur, AlphaBET akan bermain di hadapan kawasan dapur dan menunggu sampai Cik Yan selesai masak dan kadangkala kesian tengok dorang tertido sebab Cik Yan tak selesai memasak lagi.

Waktu malam pula, dulu Cik Yan memang akan kejar dorang bawak masuk bilik tapi sejak trimester ke2, Cik Yan biar je dorang kalau dorang taknak masuk bilik tapi baru je sedap nak tido mulala Alpha akan mengiau dan mencakar pintu minta masuk. Jadi sejak dari tu, kalau degil sangat tak nak masuk, Cik Yan buka je pintu sedikit dan bila terjaga nanti pastinya AlphaBET akan berada di dalam bilik. Tapi kadangkala datang nakal dorang mula la bertukar jadi tupai dan kera..Beta seperti tupai melompat2 atas katil dan Alpha lak kera yang memanjat grill tingkap sampai terganggu tido.

Paling tak boleh Cik Yan lupa pada satu malam tu tak tau nape tapi takleh tido..baby lak dok gerak sana sini. Makin kita usap perut sambil selawat, zikir semua, makin dia bergerak sana sini dan masa tu lak terasa penat jadi tak lah kuar amik ipad (selalu kalau xleh tido, buka youtube pilih surah AlQuran bagi baby dengar). Beta tertiba masuk bilik dan terus nak tido di sisi, pada masa tu macam nak marah je sebab dahla Cik Yan takleh tido, ntah apa mimpi nak tido dekat sisi kita pulak tapi taklah marah sebab sibuk layankan baby. Bila Beta baring je kat bantal Cik Yan dan merapati badan, serta merta baby senyap dan bergerak perlahan dan akhirnya Cik Yan tertido. Bila citer kat En Suami, dia dok cakap kita sayangkan AlphaBET dan seperti dia memahami keadaan kita. Logik ke orang kata kucing atau binatang leh berinteraksi dengan baby dalam perut.

Ada satu masa tu lak, Cik Yan mengadu kat En Suami dalam telefon yang ada bahagian sakit. Puasla En Suami memujuk tapi time tu kan macam nak manja2 kan jadi panjangla citernya. Datang pulak Alpha cium muka Cik Yan dan Beta pula segera mengurut di kawasan yang Cik Yan kata sakit tu. Ya Allah, terharunya rasa..binatang leh faham keadaan kita dan menolong setakat yang mereka mampu..Sejak dari itu, Beta memang akan mengurut di kawasan yang sakit tu setiap kali Cik Yan duduk diam menonton tv.

Diharapkan bila baby dah lahir nanti, AlphaBET akan jaga baby sebagaimana mereka jaga Cik Yan.
Cik Yan harap sangat yang kami takkan mengabaikan AlphaBET bila baby dah kuar nanti. Cik Yan dan En Suami nak bagi yang terbaik untuk baby dan juga AlphaBET. Kehadiran mereka sangat bermakna dalam hidup Cik Yan..Cik Yan dicintai, disayangi En Suami..dapat pulak AlphaBET..dan dikurniakan rezeki anak setelah 4 tahun kami berkawin. Rezeki pula terasa melimpah ruah tak kira dari segi apa pun..dan semoga ini tidak melekakan kami dan membuatkan kami makin dekat kepada Pencipta kami.


Sunday, 15 July 2012

Baby apa?

Setelah 3 kali reschedule check up, maka 11hb Julai tu dengan ditemani En Suami pergilah kami berjumpa Dr Ashar. 3 kali tu tukar date sebab En Suami cakap kalau boleh nak ikut gi check up.

Pepagi tu post kat facebook pasal jantina baby ni..Kekadang ada gak terasa macam orang salah faham niat kita. As if kita tak bersyukur sebab sibuk nak tau jantina padahal niat sebenar kita orang tak tau.

Masa jumpa Dr Ashar, dia dok tanya kesihatan kita sebelum mula scan keadaan baby. Jadi sempatlah Cik Yan meluahkan kemusykilan tentang jumlah kalsium yang Cik Yan perlukan. Puas hatilah dengan penjelasan dia..ingatkan dapat dose lagi tinggi untuk pil kalsium tapi tak pun. Dia kata pemakanan kita pun ada kalsium gak..tak perlu bergantung pada pil semata-mata.

Masa nak scan, Dr Ashar minta kepastian sama ada Cik Yan dan En Suami dah tau jantina baby atau belum. Cik Yan pun gelak-gelak dan terus dia check..Tapi saat paling gembira bila Dr Ashar menerangkan keadaan baby yang setakat ni perkembangan dia bagus, degupan jantung yang normal, aktif bersilat (nampak dia tendang-tendang dan tangan macam menumbuk)..mestilah kan..dulu Cik Yan kan join Tae Kwon Do..takat tendang2 ngan tumbuk2 tu memang mainan biasa je. Alhamdulillah, telah melepasi separuh masa tempoh kehamilan..ketika check up tu genap usia kandungan Cik Yan 21 minggu.

Maka dengan ini, senang jelah nak fikir nama..Wat masa ni Cik Yan memang tak bagitau kenkawan pun. Jadi bila ada kawan tanya nak bagi apa..Cik Yan cakap bagila pape asalkan purple sebab warna universal kan..baby boy leh pakai, baby girl pun leh pakai..

Kawan En Suami juga ada yang bertanya tapi En Suami cuma cakap doakan keselamatan baby sudah..kawan dia pun sibuklah bercerita tentang pengalaman isterinya yang scan awal2 dan membuat persiapan mengikut jantina ketika itu tapi masuk bulan ketujuh, jantina lain sebenarnya.

Cik Yan senyum je sebab Cik Yan dah tekankan awal-awal pada En Suami, jika ada yang bertanya kerana nak beli hadiah, mintak saje baju atau barangan warna purple. Kat Malaysia je yang suka buat biru untuk baby boy, pink untuk baby girl.


Saturday, 23 June 2012

Julai nak menjelma

Lagi 7 hari bulan Julai nak menjelma..tak sabar rasanya kot selain berdebar menantikan Ramadhan tu. Macam-macam benda Cik Yan nak buat Julai ni itu pun kalau diizinkan dan diberi kesihatan yang baik. Risau gak nak menempuh Ramadhan tapi bila terbaca banyak buku-buku menggalakkan orang mengandung berpuasa sunat sepanjang tempoh kehamilan, pastinya puasa Ramadhan lagi mendapat berkat.

En Suami pun dalam beberapa hari lagi akan pulang bercuti sekejap dan harapnya sempatla dia temankan Cik Yan untuk check up kali kelima dengan Dr Ashar. Kali ni mungkin dah leh tengok jantina kan jadi leh siap2kan nama. Penat ar nak pikir nama untuk lelaki dan perempuan jadi bila dah spesifik, senang sikit kot.

Bulan Julai ni, Cik Yan plan takpun ingatkan En Suami tentang :

  1. Emergency lighting - ni kes blackout last Sunday yang merisaukan dia. Padahal masa tu rumah taklah gelap mana sebab dari balkoni dapat cahaya lampu jalan cuma panas jelah kan. Cik Yan cakap baik pasang generator ke backup power supply ke..nanti panas Cik Yan pening kan..
  2. Beli barang baby macam katil, stroller, traveling bag ke traveling mat ke - biarlah orang kata awal ke apa ke tapi Cik Yan dah pikir masak2 dan kena beli gak. Sebabnya En Suami akan bekerja sampaila Oktober ataupun awal November. Takkan Cik Yan nak gi beli barang2 beso tu takpun sape nak pasang katil..takkan nak suruh abah kot..sian dia. Barang kecik2 tu takpela, Cik Yan leh beli online je takpun shopping ngan kenkawan..Ada jugak beberapa barang yang nak beli tapi taknak En Suami tau..Hehehe
  3. Start study or handle hal strata rumah Cik Yan ni - memula En Suami kata nak buat tapi mana nak sangka dah Cik Yan pregnant jadi dia merancang keje je dulu sebab nak cuti lama selepas Cik Yan bersalin. Ngam-ngam habis pantang, dia start belajar lak..Jadi harus Cik Yan study dan urus sikit2 sampai settle dan harapnya taklah sampai ke bulan November.
  4. Rearrange or relocate barang - ni penting gak ni...karang mana nak letak baby kalau Cik Yan nak tengok tv..takkan nak biar je dalam bilik. Pastu takkan nak letak area ogawa ngan treadmill Cik Yan..terasa macam jauh dan tempat tu lak dekat dengan sliding..macam tak sesuai je.
Ada 4 point je kan tapi bab barang baby tu kena pikir bebetul kan supaya tak membazir..Mana tau Cik Yan excited sangat, En Suami lak tak sampai hati nak stop, nanti sedap je Cik Yan memborong. Not to worry kalau beli online..shopping online kurang sikit feel dia berbanding kuar membeli dengan En Suami..


Tuesday, 19 June 2012

Saya yang menurut perintah!

En Suami banyak kali bagitau yang dia risau setiap kali Cik Yan mop lantai tak kira guna mop yang mana tapi Cik Yan pulak jenis lagi suka mop, dah kering vakum..terasa puas hati. En Suami dari masa ke semasa asyik pesan panggil maid datang rumah, pesan Cik Yan dok rehat je dan juga tak bagi drive kalau rasa tak sedap badan (dulu kena marah kalau malas drive)..tapi Cik Yan asyik lupa je nak call maid for service.

Sabtu hari tu kan hari2 Cik Yan menghadap dapur..memula buat soto ayam petang tu lak dok buat pavlova. Sambil tu dok mengemop lantai sekali lalu pastu tinggal dan ngadap oven Cik Yan tu. Nak jadi citer masa mop lantai tu adalah kawasan yang berlopak depan bilik air tu. Time beringat memang mengelak kawasan tu tapi nak jadi citer, pasal kelam kabut, terlalu kawasan itu dan tergelincir dan mujur sempat bertahan pada tiang pintu toilet. Terkejut Cik Yan, terdiam sekejap sambil minum air zam zam tenangkan perasaan. Bila sms bagitau En Suami, apa lagi kerisauan dia melanda dan siapla mintak janji jangan mop lantai. Pesan mintak ikut cakap dia untuk panggil maid buat keje semua tu.

Cik Yan bukan apa..orang lain pregnant gak tapi buat semua. Ada kawan tu lagila duk lama kat spital pastu gi keje drive sendiri pasal berlainan jalan dengan suami dia. Dia siap cakap buat apa buang masa di perjalanan..Masa tu dah dup dap gak sebab En Suami hari tu siap ada plan pasal risau Cik Yan gi keje sendiri. Banyaklah yang berlaku di sekeliling yang buat Cik Yan suka cakap "No. No. No" kat apa saja cadangan En Suami.

Tapi pasal dah incident tergelincir ni, mengenangkan pulak nanti dia tak senang buat keje dan mendatangkan bahaya atas diri En Suami pulak, maka dengan ini saya, Cik Yan akan menjadi tuan puteri jelah..petik jari siap semua..Hahha..taklah siap segera..maksudnya ikut je cakap En Suami panggil maid wat keje. Kita mulakan dengan panggilan telefon ke Procleaners Services, mintak 2 maids for 4 hours kasi cuci rumah, tempat AlphaBET ngan dapur..Nanti antar baju2 gi dobi takyah nak gosok2 banyak2 macam selalu..

Si Besar dan Si Kecik? Si Kecik bawak gi keje pepagi parking kat lrt tapi mengenangkan asyik takleh bangun awal, maka panaskan je enjin dia kalau lama tak berjalan. Si Besar? rutin dia adalah ke Jusco tak pun balik rumah family Cik Yan..mintak-mintak Si Besar tak due for services dalam bulan ni..Jenuh kot nak menunggu kat service centre.

AlphaBET lak? antar grooming? macam malas lak tapi rasa macam sukanya kalau kuku budak 2 ekor tu dipotong..nanti mesti sedap time Beta urut Cik Yan..

Makan apa? ni takleh petik jari..takleh selalu tapau tapi leh selang seli dengan masakan simple..Cakap pasal masak ni..hari tu belila talapia merah kat Jusco..terbayang ikan talapia goreng makan dengan sambal belacan..tapi bila nak masak..dok kira-kira sanggupkah Cik Yan menghidu bau ikan yang di dalam minyak panas itu..makanya panggang je ikan tu dan makan dengan sambal belacan..Bila bagitau En Suami, dia pun galakkan Cik Yan buat gitu katanya lagi healthy..

Okayla..jadi tuan puteri la wat masa ni..cant wait untuk En Suami abis keje..nak makan ikan pape masak rasa khas kat De Templer..


Sunday, 3 June 2012

Kenangan First Trimester

Alhamdulillah, berjaya sudah melepasi trimester pertama kehamilan tanpa sebarang alahan yang teruk. Selain kerana rezeki yang dah sampai, rasanya penggunaan chlomid kali ketiga pada dose yang tinggi, biodex dan adanya AlphaBET memainkan peranan juga. First confirmation on pregnancy was done with pregnancy test kit on 15th March setelah lewat 2 hari dan keesokan harinya pulak double check dengan Doctor di Klinik Mediviron Setiawangsa. Bila kata dah confirm terus esok harinya buat appointment dengan Dr Ashar untuk check up seterusnya. Pada masa tu juga En Suami sangat excited dan meminta menggunakan test kit lagi dan itu menandakan 3 kali penggunaan pregnancy test kit untuk pengesahan kehamilan.


Sunday, 27 May 2012

Masa memula dulu...

Masa memula pregnant, Cik Yan suka la sangat minum air sirap. Masa ada appointment Dr Ashar, En Suami akan bawa Cik Yan breakfast dekat Pelita Ampang Point dan mesti air sirap di order tak kirala sirap kosong, sirap limau ke sirap laici ke..Tak abih situ, asal dia kuar meeting atau balik dari opis, Cik Yan akan pesan beli air sirap kat kedai mamak memana dia jumpa. Jadi satu hari tu, Cik Yan beli je sirap kordial dari F&N dan setelah 3 kali bancuh..terus Cik Yan tak sentuh dah..Kini Cik Yan beralih kepada fresh orange lak..

Setiap kali Cik Yan atau En Suami tak sempat masak atau malas masak, En Suami akan belikan Cik Yan tomyam dan telur bungkus takpun takat telur dadar je. Kekadang dah masak pun still rasa nak tom yam jadi terpaksa la En Suami gi beli kat gerai memana yang berdekatan. Kalau lunch time orang ajak ke Cozy Corner, memang tau aja nak order apa. Tom Yam kat situ memang sedap dari dulu lagi. Satu hari tu En Suami jumpa kawan dia untuk urusan kontrak lantas Cik Yan cakap nak Tom Yam kat restoran sebelah tu. Dan memang permintaan ditunaikan dan itu juga la yang buat Cik Yan stop makan tom yam..Sebabnya tom yam itu di campur dengan lala, ketam semua ngan santan..terus tengok tom yam rasa nak muntah tapi tak muntah la..

Lepas tom yam, suka pulak makan sushi lagi-lagi masa tu abang ipar dok ajak makan sebab dia harap Cik Yan jelah yang leh teman dia makan dengan seronoknya. Masa tu teringat kitorang kenakan abang sepupu yang tak tau akan rasa sebenar wasabi. Punyala banyak dia letak kat sushi dia dan terus telan, hasilnya kena bagi air masak banyak-banyak sebab tengok mata dia berair. Wasabi tu kan menyengat kat lelangit kita dan bila itu berlaku kan terasa pedih kejap..Selang beberapa hari dari itu, Cik Yan dapat cuti panjang sebab batuk dan doctor nasihatkan untuk berehat kat rumah..Tapi pasal lapar, lepas jumpa doctor, Cik Yan cakapla nak makan sushi sebab hari tu tak dapat makan kacang edameme dengan tempura udang. Kali ni Cik Yan dapat makan semua tapi terasa muak..Minggu berikutnya kawan opis ajak makan sushi kat KLCC pulak dan kali ni pilihan tak banyak jadi Cik Yan cuma makan dalam 3 pinggan je. Sejak dari tu, terasa tekak dah muak jugak ngan sushi...

Hari tu Cik Yan dok menghitung hari nak minum kopi sebab kawan cakap jangan amik masa 1st trimester. Ibarat lagu Kris Dayanti tu, Cik Yan asyikla mengira dah lepas belum..sebab tak sabar nak pekena kopi pantry opis yang menggunakan serbuk kopi dari San Francisco Coffee takpun lepak di Starbuck masa bebila Cik Yan nak duk baca buku dan pekena Caramel Machiato...Dan akhirnya, lepas sudah 1st trimester tapi pada hari itu, Cik Yan bau kopi kawan Cik Yan seberang sempadan tu pun dah buat pening..terus Cik Yan lupakan saje hasrat nak minum kopi tu..

Lepas ni nanti nak tengok apa pulak yang Cik Yan suka sangat dan jadi tak suka..Yang pasti kan...kalau tukar keta baru, warna pilihan bukan lagi merah..:)




Saturday, 14 April 2012

Dapat dah

Isnin baru ni, Cik Yan berpakat ngan kawan opis nak lunch kat Tabung Haji. Patutnya nak update saving book sekali tapi lupa bawak.

Memula agak frust skit melihatkan lauk yang tak banyak pilihan tu tapi tujuan asal harus diutamakan. Alhamdulillah, apa yang dicari, ada. Suka sangat.

 

 Ada tambahan, beli kismis jugak..sebab kan ada petikan memana ntah cakap kita mkn 21 biji kismis, terhapus lendir2 dalam badan.

Alhamdulillah, the first trimester Cik Yan dah amalkan makan kurma, minum air zam zam, makan kismis dan prune. Setakat ni memang ngelak makan jeruk jadi bila tekak terasa nak sesuatu yang masam, epal hijau lah jawabnya.

Semoga pemakanan ni betulla dan menjamin kesihatan baby dan lindung dia dari bahaya pape..

Sunday, 8 April 2012

Kena kejar masa

Semalam, best je post kat FB status yang dalam masa 6 minggu Cik Yan akan melepasi 1st trimester (insya Allah, semoga selamat semuanya) dan minggu ke 14 pulak nak minum kopi sikit. Tu la kan..terbayang2 rasa kopi tapi nak rasa je, takdela minum cam dulu. Kiranya kalau minum caramel machiato tu, kena minum sikit jelah dalam 2 cm air tu (ukur pakai pembaris je) balance? bagi En Suami la sebab mesti dia tengah cuti pulak kot time tu.

Tapi..tapi kan...ada benda yang Cik Yan tak sempat buat lagi dalam 1st trimester ni. Cik Yan boleh terlupa tentang air zam zam dan makan kismis. Setiap pagi memangla dengan perut kosong, Cik Yan jamah sebiji kurma sementara tunggu air zam zam tapi asyik lupa beli je. Kismis pun asal gi kedai bole tak perasan. Padahal tak perlu la nak beli kismis spesial mana pun kan. Takat sekotak sehari okay kot..

Jadi esok, harus Cik Yan mencari air zam zam di bangunan Tabung Haji tu, beli sekali la kismis kalau ada jual..Mana tau kismis dari Mekah ke Madinah, lagi sedap. Dan Cik Yan nak jadikan kismis tu sebagai bahan kudapan ketika tertiba terasa nak air manis..Ada kakak tu pesan bawak bekal kurma gi opis tapi Cik Yan bawak bekal buah je selalu.

Apa lagi ek harus dikejarkan dalam 1st trimester ni..Semoga takdelah yang Cik Yan terskip atau tak sempat buat.


Saturday, 7 April 2012

Me and the cats

Sebelum membela AlphaBET, sebenarnya dah lama En Suami offer nak bagi anak kucing lagi2 time tu dia dapat offer dari kawannya untuk memberi seekor persian. Tapi time tu Cik Yan taknak sebabnya time tu sibuk nak try to get pregnant tambahan keadaan rumah sewa yang takde balcony jadi sah2 bau najis kucing akan berlegar dalam rumah dan itu sangat bahaya.

Jadi setelah hampir 4 tahun kami berkahwin, maka bulan Januari 2012 kami telah membela AlphaBET tambahan En Suami makin menjadi suka tengok kucing walaupun dia tak suka kucing serbu. Lokasi sangkar mereka adalah di balcony jadi senang nak cuci2 sangkar. Kehidupan sejak ada AlphaBET ni merubah perjalanan hidup Cik Yan dan En Suami. Awal pagi sebelum mandi, kena kemas kawasan sangkar dorang, isi makanan dan jugak bekas air AlphaBET. Balik keje pun skang asyik terbayang je 2 ekor ni sampai kekadang kalau En Suami kata ada meeting, mulala Cik Yan kelam kabut nak balik mengenangkan kesian dorang kena tinggal lama.

Setiap kali balik dari keje, AlphaBET ni akan menunggu di mana2 pada hari yang berbeza contohnya hari ni atas meja makan, esok kat coffee table lusa lak atas alas kaki depan pintu tapi pandai lak dorang adjust kedudukan dorang sebab bila buka pintu memang tak kena 2 ekor ni. Dah masuk rumah, pastinya 2 ekor ni akan mengekor masuk bilik, naik atas katil sambil tunggu Cik Yan tanggal lense, mekap semua. Pastu kalau baringkan badan jap, bukan main Beta akan jilat pipi dan Alpha duk telentang kat sebelah.

Jadinya, setelah 2 bulan membela mereka, rezeki baru mendatang pulak. Apa yang kami idamkan selama ni, usahakan selama ni akhirnya sampai kepada kami. Alhamdulillah happy sangat. Sejak dari itu, mulalah AlphaBET pun semakin pandai mendengar kata dan buat kita makin geram atas kelincahan mereka tu.

Cik Yan tau buruk baik bela kucing ni mengikut kata orang2 tua, saintifik semua tapi Cik Yan tak moh semua tu jadi penghalang antara Cik Yan dan AlphaBET. En Suami pun dah mula mengambil alih mengemas kawasan AlphaBET ni..dan jika En Suami sibuk, Cik Yan kemas jugak dengan menggunakan mask dan cuci badan semua dengan Dettol. Doa berbanyak agar membela kucing tidak menjadi punca atas segala kesakitan ke apa ke ke atas Cik Yan dan baby.

Agaknya la kan..selain dari rezeki yang Allah dah nak kurniakan tu, kerajinan Cik Yan jumpa Dr Ashar tu (Cik Yan kan liat jumpa O&G), amik Biodex bela pulak AlphaBET, tu seperti satu kurniaan terhebat. Mungkin AlphaBET ni mengalirkan tenaga negatif Cik Yan dan tukar kepada positif. Release tension okay balik keje pepenat tengok2 AlphaBET dok tunggu dengan muka comel. Pastu kekadang leh lawan ngan En Suami pulak sape akan ikut sape (dulu Alpha sure akan gi kat En Suami, Beta ikut Cik Yan).

Tak sabar rasanya nak tunggu si JR dan nak lihat camner la agaknya AlphaBET ni. Semoga si JR takde alahan, Cik Yan pun takde masalah sepanjang kehamilan ini. Berangan jap..mana tau tertiba ada pulak rezeki beli rumah kat Sunway Montana..makin bestla AlphaBET bermain2 nanti..Skang, mari simpan duit..Cik Yan kena slow down la skit kan..jadi duit En Suami leh bulat2 masuk kat fund rumah..


Monday, 2 April 2012

New wishlist

Awal tahun dulu punyala buat macam2 wishlist kan. Antaranya adalah dengan mengikuti at least 5 kelas baking, try recipe baru dan promote kek tu untuk dijual.

Sudahnya skang, dengan keadaan Cik Yan yang dimurahkan rezeki ini dan semoga rezeki ini berkekalan sehingga kesudahannya, maka list baru tercipta sesuai dengan keadaan semasa.

Dulu Cik Yan ada terbaca, ketika mengandung elok amalkan beberapa surah antaranya yang dapat Cik Yan ingat adalah :

  1. Surah Maryam - Memohon anak soleh/ solehah
  2. Surah Yusuf - Memohon anak yang comel/ cantik
  3. Surah Lukman - Memohon anak yang bijak/ pandai
  4. Surah Al Imran - Memohon anak yang baik
  5. Surah Yaasin
  6. Surah Al Fatihah
  7. Ayat Kursi
Tu yang Cik Yan ingat la tapi kalau ada sesapa terbaca entri ni, sila la bagi komen di sini atau facebook Cik Yan ek.

Jadi dengan itu, jika diizinkan, Cik Yan ingin pastikan sepanjang tempoh kehamilan ni, Cik Yan dapat membaca surah2 ini dan juga surah2 yang diberi untuk amalan oleh Pusat Rawatan Al-Hidayah.

Orang ramai berpesan tentang cara pemakanan, cara kita menguruskan kehidupan ketika hamil dan tak salah juga kita menambah lagi amalan membaca Al-Quran sambil berniat keselamatan kandungan kita kan.

Kalau boleh, setiap masa terluang (ketika menunggu giliran ke..naik taxi ke) Cik Yan nak kerapkan lagi membaca doa Nabi Zakaria.

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." (Surah Ali Imran: Ayat 38)