Dulu ada kuih koci pulut hitam sedap jual petang2 kat area Secret Recipe Tmn Melawati tu. Dorang tu siap sorok kuih koci tak letak dalam bekas2 kuih yang lain. Kalau Cik Yan ke sesape beli terjenguk2 carik kuih koci, pakcik ke makcik tu mula tanya nak apa. Kalau jawan koci dia mula tanya berapa nak dan setakat masa mengandungkan Muhammad memang sentiasa mudah nak dapat cuma skang jela payah.
Lepas tau atau PERASAN kuih ni lebih kurang je terus rasa nak mencuba lagi2 kawan2 ada yang dok buat jual tapi jauh tu. Nak jadi citer dapat beli kelapa putih maka memula buat jelah inti kelapa gula merah tu. Lepas tu tengok ada lak daun pisang maka try layur dan menjadi layuran tu dan bancuhan tepung tu taklah sesusah mana.
Resepi dari FB Tahrunnisah Jali
Doh
- 2 cwn tepung pulut
- 2 tbsp beras pulut hitam di kisar dan tapis
- 1 cwn air
- Sedikit garam
Satukan bahan2 kering dan air dicurah sikit-sikit sehingga membentuk doh dan tidak melekat. Biarkan seketika.
Inti Kelapa
- 1 biji kelapa parut /kelapa segera/kelapa kering(guna sedikit air panas tuk lembapkannya)
- 1 biji gula melaka
- 3/4 cwn gula pasir
- 1 sudu besar tepung gandum dibancuh dgn sedikit air sahaja
- daun pandan disimpul
Caranya
- masak gula melaka, 3/4 cawan gula pasir daun pandan dgn sedikit air..masak sehingga gula melaka hancur...kemudian tapis..
- masukkan kelapa parut tadi..kalau takde kelapa parut guna kelapa kering(kelapa kering tambah sikit air panas tuk lembapkannya) masak sekejap atas dapur..agak2 dah kering masukkan bancuhan tpg gandum tadi..masak sehingga ia lembap2 ..kemudian sejukkan
- bulat2kan inti tersebut
- daun pisang dilayur atas api... saiz dia 5inci X 5 inci sebaik2nya daun muda la senang nak lipat
Kuah Santan Pekat
- 2 sudu besar tpg beras
- 2cawan santan pekat
- sedikit garam
Caranya
- Campurkan tpg beras dlm santan pekat..kacau sebati dan masukkan garam...masak adunan ni sehingga pekat... ketepikan
Cara memasak koci
- masakkan air rebusan dalam satu periuk tuk masak kuih koci ni
- ambil sedikit adunan tpg pulut tadi..sebesar onde2 tu... bulatkan kemudian leperkan diatas tangan..masukkan inti kelapa tadi...tutup dan bulatkan balik..buat sampai habis doh
- air rebusan dah mendidih..masukkan doh2 kuih koci ni dlm air rebusan sehingga kuih koci ni terapung dan angkat...
- masukkan pula kuih koci ni dlm adunan campuran santan dan tepung beras
- guna sudu ambil doh koci sekali ngan adunan santan tadi letak atas daun pisang yang disapu minyak...bungkus mcm bantal atau nasi lemak pun boleh..
- kemudian kukus la sekejap dlm 7 minit tuk bagi aroma daun pisang..siap...
Notes :
Cik Yan bila tang letak kat daun pisang tu memang tak masak macam resepi asal. Cik Yan bungkus terus semua pastu kukus 10-20 min.
Bila Cik Yan menjadikan Badak Berendam baru Cik Yan masak kuih tu macam onde2. Pastu lebihkan air dalam sukatan Kuah Santan Pekat supaya tidak begitu pekat.
No comments:
Post a Comment