Showing posts with label For our children. Show all posts
Showing posts with label For our children. Show all posts
Thursday, 6 April 2017
Mandarin class
Rancangnya Mia ke SJKC, tapi lepas cikgu tadika sendiri pesan supaya Mia lebih menguasai percakapan (kalau tak leh cakap mandarin, tak fasih, macam mana nak faham apa cikgu ajar). Untuk tukar Mia ke tadika lain macam tak nak je. Jadi amik keputusan bagi Mia class yang leh ajar communication in Mandarin dan sedikit penulisan asas.
Tu aktiviti hari pertama. Tutor tu pandai menangani suasana (what to expect budak 5 thn, kena belajar). Nampak je Mia ngantuk, dia suruh Mia menulis, padankan gambar bagai. Suara Mia dari nak dengar tak dengar terus kuat semula. Ingat dia serik dah tapi masih lagi Mia excited menanti kelas berikutnya.
Sunday, 6 November 2016
Home made Finger Paint
Ha.....ada tepung jagung expired kat rumah tak? Pastu ada kanak2 riang? Mehla test resepi ni. Cik Yan nak beli2 rasa macam nanti tersimpan je jadi memandangkan bahan2 ni ada kat rumah, terus buat bila free.
Resepi dari page Martha Stewart
Bahan-bahan
Resepi dari page Martha Stewart
Bahan-bahan
- 1/2 cwn tepung jagung
- 2 cwn air
- 4 tbsp gula
- Pewarna
Cara membuatnya
- Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dalam periuk dan panaskan. Kacau bahan tersebut sehingga mula memekat. Tutup api (kerana ianya akan memekat juga bila sejuk)
- Bahagikan mengikut pewarna diingini dan simpan dalam bekas
Nota
- Cik Yan pernah buat dulu tapi letak kat luar je jadi lelama ianya berkulat. Kali ni Cik Yan simpan dalam peti sebaris dengan playdoh tu. Esok Mia balik sekolah leh test macam mana keadaan pewarna tu
Friday, 4 November 2016
Home made Playdoh
Mia dengan Muhammad ni suka sangatla main playdoh tapi bila main sesama, tak terkawal perangai. Memasing ada nak buat ikut otak sendiri pastu kalau sorang pegang color merah, lagi sorang pun mula nak gak warna merah. Bila gaduh atau tak puas hati mula la warna lain jadi mangsa dengan cara lenyek2 atas lantai sampai terkeluarla api dari mulut naga.
Kitorang ada je set baru play doh tapi nak bagi main tu macam kena fikir penat ke tak, leh layan je ragam dorang ke tak. Leceh kan nak lap2 playdoh tu jadi kebanyakan masa disorok termasukla set yang dibeli time2 offer kat lobby Curve tu.
Hari tu kat fb, keluar lagi cara buat playdoh dan ntah kenapa terasa nak try (sebabnya favourite flour Cik Yan masih ada promo), Buatnya mudah je dan jika kerana cream of tartar tu masih banyak, rasanya leh lagi buat dan buat,
Resepi ni adaptasi dari SweetBonda Stories

- 1 cwn tpg gandum
- 1 cwn air suam
- 1/4 cwn garam
- 2 tbsp cream of tartar
- 2 tbsp minyak masak
- Pewarna makanan
Cara membuatnya
- Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati
- Panaskan atas api dan kacau sehingga memekat dan melekat
- Tutup api dan letakkan doh atas papan pencanai
- Apabila telah sejuk, uli sehingga lembut
- Simpan dalam ziplock dan letak di chiller untuk tahan lebih lama
Nota
- Bahan-bahan yang digunakan takdela merisaukan sangat kan,
- Kegunaan garam adalah untuk menambah ketahanan playdoh (pengawet)
- Cream of tartar pula mengikat dan melembutkan lagi playdoh tu. Kalau kehabisan cream of tartar leh ganti dengan cuka atau lemon
Tuesday, 13 October 2015
Anak Kita, Cara Kita
Entri ni bukan nak tunjukkan sikap orang lain takleh beri pendapat dalam penjagaan anak tapi luahan dari apa yang Cik Yan alami. Masa tu tak cakap pape sebab tak nak rasa terasing..pelik atau janggal..
Mia & Muhammad pakai mosquito patch + bracelet. Sama ada ada orang tanggalkan atau orang akan tanya2 kenapa..rasanya macam cukup 4W 1H. Sampai satu masa sebab orang ramai sangat Cik Yan tak pakai kan Mia. Hasilnya Mia confirm kulit sensitif sampai luka2 yang akhirnya dapat tau itulah IMPETIGO atau kudis api.
Mia diberi makan sambal cili. Masa tu dia excited dan Cik Yan tak nak potong angin dia yang suka sangat nak orang2 suap. Memang seronok tertiba dia selera makan lauk nasi + daging semua (Mama dia takyah cakap la..memang suka makan lauk2 tu). Tertiba ada orang sekat selera dia dengan suap sekali sambal cili yang Cik Yan sendiri rasa pedas. Terus Mia tak jadi makan dan orang lain kata ala Mia, Mia makanla macam2 yang ada ni. Mia sampai leh cakap pedas pedas Mama... salah sape? Salah Mama sebab tak nak Mia jadi lain sangat banding yang lain.
Mia main2 rasa dahaga, orang lain baik hati bagi minum teh tanpa tanya Cik Yan. Memula tak tau gak sampai la satu hari tu, orang yang bagi tu tanya kenapa takleh minum teh. Sebelum tu pun ada orang lain depan mata nak tuangkan teh sebab dia nak bagi kat anak dia yang umur setahun. Orang tu mengaku dia bagi Mia minum air dan masa tu Cik Yan cakap dalam hati wah..mujur takde pape. Tapi sebenarnya sehari sebelum tu Mia dah alami sembelit dan memang lain la hasil kumuhan dia. Talked to her Paed, tak boleh some more nape nak introduce caffein at early stage? Tengok mama dia, dah besar sesuka je leh amik caffein kan.
Jadi.. biarlah pelik asalkan tak salah dari agama.. nak sangat tak nampak pelik tapi susahkan sikit.. kalau2 jadi susah banyak macam mana? Apa yang bagus untuk anak2 Cik Yan tak semestinya bagus untuk anak2 orang..dan apa yang Cik Yan praktik tak semestinya orang takleh consider meskipun kita baru je ada anak dan orang lain dah beranak pinak besar2 belaka. Ilmu berubah2 ikut zaman, dan sensitivi, gene manusia tak sama antara satu sama lain.

Thursday, 16 July 2015
Perjalanan Penyusuan Kedua
Pengalaman menyusukan Baby Muhammad tak lah semudah yang dijangka walaupun kali ni tiada lagi asakan untuk memberi susu formula.
Pada hari ketiga pantang rasanya, Cik Yan mengalami bengkak susu yang mana nak mintak tolong Mia pun tak berhasil. Puasla tuam dengan air panas yang diisi dalam botol tapi tak berjaya gak. Mandi air panas (dalam pantang sahlah air panas kan) pun tak berkesan sampailah satu tahap kawan cadangkan penggunaan daun kubis. Cik Yan risau sangat sebab biasanya daun itu digunakan untuk memberhentikan aliran susu jadi Cik Yan google banyak-banyak dan tengok cara penggunaan yang betul. Owh lupa..Mia tak berjaya, pam pun tambah lagi sakit tapi Alhamdulillah baby takdela merengek lapar.
Cuma Cik Yan berasa tak selesa tambahan abang En Suami ada dirumah jadi rasa macam-macam la..Maka bila dah decide nak guna daun kubis tu, En Suami beli dan Cik Yan amik daun yang paling besar dan lekap 5 minit je. Nape 5 minit je sebab lepas tu baby dah nangis nak susu. Esoknya Alhamdulillah, pam pun tak sakit dah (masa tu ingat pam rosak ke sebab sebelum tu tak terfikir pasal bengkak susu).
Cik Yan tak dapat buat stok waktu malam padahal ketika itu orang kata susu tengah banyak kan..sebabnya bila pam dalam bilik, Mia akan terganggu tidonya. Nak kuar pam kat luar, malu ok sebab abang En Suami ada. Kot la dia terjaga kan...Memang rasa susah sangatla nak pam dan memang perancangan Allah tu terbaik kan..bayang jelah kalau keje..ntah macam mana nak buat stok susu banyak2 sebab nak pam siang, baby pun nak menyusu gak.
Selama 2 bln jugakla Mia masih menyusu skali sampai satu masa Cik Yan berhentikan terus sebab Cik Yan risau akan baby dan juga kesihatan diri Cik Yan. Harus ingat ye walaupun menyusukan anak, kita perlu juga pastikan diri kita cukup zat bagai supaya kita boleh jaga anak2 kita. Lagipun Mia dah cukup dah tempoh penyusuan 2 tahun tu, jadi apa yang ada skang adalah milik baby pulak kan. Nanti entry lain Cik Yan citer pasal macam mana Mia berhenti menyusu.
Lepas dari bengkak susu tu..terjadi pulak kisah pam rosak. Cik Yan biasa pam lepas kul 8 sebab masa tu abang En Suami dah kuar gi opis. Aman la pam tanpa kacau Mia dan Baby dan Cik Yan tak pam habis sebab lepas pam je (cukupkan 15-20 minit) terus Cik Yan direct latch Baby. Nasibla dah belajar dari pengalaman, Cik Yan anta pam untuk dibaiki kat tempat Cik Yan beli dan rasanya repair tu dalam rm 150 je dahla siap ada replacement pump sementara nak tunggu dibaiki.
Amalan doa sama je Cik Yan amalkan dari zaman Mia, amik gak Shaklee tapi asyik ter skip je tapi Cik Yan yakinkan je diri susu tu ada dan Alhamdulillah masih bertahan harapnya (skang baby umur 7 bln) sehingga 2 tahun. Doa-doakan sesama ye..
Last nak share, kot la kaum lelaki terbaca blog ni..masa isteri pantang tu janganla bagi orang lelaki lain bermukim. Kesian kot kat isteri dalam pantang, kena lak menutup aurat tak pun terkurung je dalam bilik. Kena tau ek, baby masa dalam umur 2-4 minggu asyik nak menyusu je..Isteri tengah sedap2 tengok tv terpaksa gerak masuk bilik sebab ada lelaki lain yang bukan mahramnye.
Pastu tolongla..kalau rasa terpaksa gak biarkan bukan mahram tu bermukim, selalu la melepak bersama isteri. Dahla bertarung nyawa kuarkan baby, berpantang pastu buat isteri rasa terkurung sampai ada satu masa, macam meroyan kot sebab tertekan dengan keadaan. Cik Yan rasa hampir terkena, ada suara suruh terjun tingkap sebab katanya En Suami macam suka Cik Yan takde. Masa tu memang En Suami banyak habiskan masa dengan abang dia sebab hal pejabat. Nasibla takde apa kan...dalam kita jaga2 semua,,leh gak terkena godaan melampau tu.

Thursday, 19 December 2013
Haaaaaaa..tak faham tau.
Masa pantang orang dok cakap eh takleh itu takleh ini..orang tua kata itu ini..nanti jadi itu ini. Padahal kalu kat spital doktor kata ok je..pastu tanya nurse yang ada..dorang siap jawab saya ni pun mengandung, bersalin, berpantang gak..saya makan je takde pantang2 sampai nak minum air masak banyak2 pun tak boleh.
Bila sesaja tegur orang, orang suka cakap eh doktor kata boleh..ikutla cakap doktor..kita ni sape, doktor lagi tau apa yang suai atau x..DAH tu time pantang nape tak ikut cakap doktor leh makan itu ini asalkan moderate? Tak berani pulak kan……takkan tang diri kita je ikut orang tua, amalan dolu2 tapi tang anak tak ikut..Harus ingat, doktor kanak2 cuma doktor je…pasal tu kalu ibu nak susukan anak..dia bukan jumpa doktor kanak2 tapi jumpa pakar laktasi..some more ada kes..doktor pakar kanak2 suruh bagi susu formula tapi pakar laktasi bising2 kenapa ibu itu ikut dan tak usaha untuk bagi susu badan…Melalut ke? Kesimpulannya, tang pemakanan, walaupun doktor itu DOKTOR, dia perubatan je..sakit apa cik, ada pening..ada muntah…tapi makanan harusla pakar nutrisi..
Cik Yan layankan aja..mana yang baik ikut, mana tak baik tak ikut setelah dapat memikirkan alasan logik setiap pantang larang tu. Contohnya kat spital dorang bagi makan telur lepas je sehari bersalin tapi En Suami tak bagi la makan…pastu time pantang, tukang urut bagitau kalu nak makan telur, cari telur ayam kampung sebabnya dia cakap telur ayam kampung ni jarang ada bahan cucuk2 ni..sudahnya tak makan pun..ada ke patut kalu makan, pastu dorang (En Suami dan maid) tak nak bagi makan benda lain..Lapar la i..jadinya harus demand pepagi sebelum mandi air rebusan tu makan dulu horlick+nestum…pastu in between asalkan belum urut lagi ada la yang suap makanan lain..heheheh.
Lagi satu, ada kawan ni cakap jangan minum air banyak sangat, orang tua kata nanti urat kembang bagai..tapi Cik Yan dok baca untuk menjayakan penyusuan badan, harus ada bendalir yang banyak dalam badan..jadinya ku abaikan saja tapi kalu betul la..jangan la kembang urat..huhu. Pastu makan lak orang tua kata nasi dengan ikan bakar kering tu semua..Cik Yan nak makan macam tu? Oooooo tidak…walaupun orang kata time pantang time untuk kuruskan badan, makanan harus seimbang supaya segala dalaman yang putus tu leh pulih semula…agak2 la kot orang bersalin tu macam tulang dia retak ke patah banyak2 pastu nak bagi benda zat sikit2…tapi nak selit sini boleh??? Cik Yan minum air suam banyak2…makan berzat banyak2 termasukla telan pegaga, peria dan ulam pape ntah yang pahit (kalu x, dulu mana makan) berat turun sampai 15 kg ye….padahal I duk pantang jadi macam Raja sebab En Suami tak kasi buat apa melainkan susukan Mia dan layan AlphaBET. Tengok power tak penangan air masak??
Pastu ni kisah bila nak bagi solid food kat baby..
Ada je dok ngomel eh pe benda ko bagi anak ko makan..eh anak ko ni vegetarian ke…ku layangkan ulang semula LAYANG bukan layan..ibarat masuk telinga kiri kuar telinga kanan. Instinct ku kuat…keyakinan bertambah bila mintak petunjuk dariNya dan itulah yang di lakukan. Bahan bacaan semua memberikan alasan yang kukuh, logik dan bila tengok rata2 penulisan bukan la pengalaman ibu semata tapi ibu yang bergelar doktor, pakar nutrisi dan pakar kanak2.
Bahan rujukan Cik Yan mengenai pemakanan bayi ketika masuk umur 6 bulan adalah dari group Facebook (HSFFYB) yang dah tak wujud lagi dan http://wholesomebabyfood.momtastic.com/..Banyak ilmu panduan dan resepi yang menjadi rujukan Cik Yan..tu yang bila dok post dalam FB, Cik Yan bagitau zat apa yang terkandung sebab dah baca kan..hehhe. Tang makanan baby ni punyalah kuat gak cabaran dia sebab doktor Mia asyik mention bagi cerelax..niat dia baik sebab dia tau Cik Yan keje jadi dia kata cerelax semua ada jadi tak susahkan para ibu untuk fikir zat makanan buat bayi. Pastu dok sibuk suruh bagi jus itu inilah..Cik Yan senyumkan aje…
Bagi Cik Yan, kalu dalam pantang pun Cik Yan amalkan apa yang logik jadi pemakanan bayi pun sama je sebab bila baca artikel tu semua, dorang buat berdasarkan kajian yang bagi Cik Yan logik la. Ulang semua, LOGIK bagi Cik Yan. Contohnya kenapa anggur di perkenalkan kepada bayi ketika umur 8 bulan ke atas? Alasannya peparu bayi belum cukup matang lagi dan rata2 bayi mengalami masalah pernafasan, pneumonia atau apa je masalah peparu termasuk lelah kerana makan anggur ketika peparu lum matang. Orang kekadang sesuka je cakap pemakanan sunnah bagai…kalau makan pun tapi tak kena cara, kesesuaian masa tak kena jugak..kena ingat pemakanan sunnah juga melibatkan pemakanan yang menyihatkan badan bukan memudaratkan badan..Bila sesaja tegur orang, orang suka cakap eh doktor kata boleh..ikutla cakap doktor..kita ni sape, doktor lagi tau apa yang suai atau x..DAH tu time pantang nape tak ikut cakap doktor leh makan itu ini asalkan moderate? Tak berani pulak kan……takkan tang diri kita je ikut orang tua, amalan dolu2 tapi tang anak tak ikut..Harus ingat, doktor kanak2 cuma doktor je…pasal tu kalu ibu nak susukan anak..dia bukan jumpa doktor kanak2 tapi jumpa pakar laktasi..some more ada kes..doktor pakar kanak2 suruh bagi susu formula tapi pakar laktasi bising2 kenapa ibu itu ikut dan tak usaha untuk bagi susu badan…Melalut ke? Kesimpulannya, tang pemakanan, walaupun doktor itu DOKTOR, dia perubatan je..sakit apa cik, ada pening..ada muntah…tapi makanan harusla pakar nutrisi..
KENA ingat gak satu ni >
“Saiyidina Ali pernah berkata, didiklah anak-anakmu mengikut zamannya, jgnlah kamu mendidik mereka mengikut zaman kamu.”
Jadi jangan nak guna pakai ayat dulu mak pak kita ajar camni..camtu…masa berubah..ikut mana yang baik seiring dengan waktu..siapkan diri anak2 kita untuk hadapi masa hadapannya yang pasti sangat berbeza dengan zaman kita…siapkan agamanya, pupuk imannya dari kecil supaya bila besar nanti dia dapat menghadapi cabaran…
Eh apa kena mengena kan dengan makanan2 tadi…
Nak cakap jangan asyik nak kata dulu mak pak kita bagi makan camni je..besar jugak, hidup senang gak..Tengok diri kita, betul ke kita ikut landasan Islam..tengok kekurangan kita jangan fikir kita bagus tapi bersediala untuk menerima pandangan orang dan fikirkan sedalamnya. Jangan mudah nak kata mak pak kita camtu camni. Zaman mereka lain dengan zaman kita…zaman kita pula lain dengan zaman anak2 kita..Bukan itu aja..zaman mereka zaman tak tercemar mana pun lagi kalu nak kata tang pemakanan tapi zaman kita ni banyak sangat modified..buah2 dah ada istilah GMO (genetically modified organism)..dorang makan ubi kayu dari tanah yang subur tanpa bahan kimia..zaman kita ni tanah, air semua tercemar..jadi usahla nak samakan apa yang dorang bagi kita dulu.
Friday, 11 October 2013
Mitos bayi susu ibu...
Perasan tak kita seringkali baca tentang keadaan bayi susu ibu berbanding dengan bayi susu formula. Dalam pembacaan yang Cik Yan asyik jumpa, mesti dia kata bayi susu ibu badan comel, semangat, cepat itu cepat ini. Kita pun mula menghafal pernyataan tersebut sampai la pada suatu ketika kita dapati semua itu takde pada baby kita? Ni antara dua yang Cik Yan duk hafal pastu tengok ada tak pada Mia.
Badan naik cepat..
Tak pun berlaku pada Mia. Mia tu masa check up 2 bulan, paed dia siap cakap mungkin susu tak cukup jadi kalau boleh top up formula 1 oz pada setiap penyusuan. Ini tidak Cik Yan lakukan pun cuma pasal dah keje jadi Cik Yan siapkan 3oz susu badan sebanyak 6 botol. Pada masa itu Cik Yan cuma fikir bila baby menyusu direct, kita tak dapat agak dia dah puas sebab mesti baby tertido.
Pasal kena tambah susu formula ni menjadi topik pergaduhan kami sebab En Suami risaukan keadaan Mia dan Cik Yan yang dah mula masuk keje. Pasal nak sedapkan rasa hati (masa tu rasa susu i ada tapi zat tak cukup), Cik Yan pun ikut kata kawan baik Cik Yan untuk mencuba Shaklee set asas. Set asas ni adalah Vit C, B Complex, Iron dan Alfalfa. Jadi bila rasa badan segar, tengok2 time mengepam, pekat susu itu walaupun takdelah pam sampai berbelas oz sekali pam. Bila kawan baik setiap wanita menjelma, maka Cik Yan mulakan pula dengan pengambilan ESP yang mana secara tak langsung mengenyangkan seketika selepas pam di waktu awal pagi. Bila gigi terasa sakit, Cik Yan tambah pulak Osteomatix dengan alasan Cik Yan tak minum susu lembu.
Baby cepat meniarap la, duduk la, tumbuh gigi la
Tak juga pada Mia. Tak ingat exact month tapi yang pastinya memang dia lambat banding ngan junior dia yang lewat kuar. Cuma bila dia try memang jadi terus tapi sentiasa tak nak try sebab dia asyik request orang gaji dukung dan tak tinggal dia atas lantai. Yang pasti masa tu perangai dia memang macam madam sebab nak tido, orang gaji takleh duduk, kena dodoi dan berjalan. Orang gaji atau pun makcik gelaran dia, berenti jap je terus mata bulat dan garang.
Ada orang duk cakap eh anak aku sekian sekian dah pandai dah..anak ko tak boleh lagi ke..bukan anak ko lahir dulu ke? Masa tu memula berdesing gak tapi mula teringat yang Mia sangat baik, adil dan saksama. Dia tak nak bagi ayah dia terlepas sebarang perkembangan dia. Ayah balik ada je benda baru tapi ayah keje, statik je budak ni.
Hakikat sebenar bayi menyusu ibu yang berlaku pada Cik Yan adalah...dimana jarang kita jumpa atau Cik Yan yang tak jumpa carik kot...
Bayi kita tak tembam, berat pun cukup2 je melepasi line selamat tapi Mia ni badan memanjang, kepala besar ikut line yang betul (bukan cukup2 nak selamat, doktor cakap tau sebab jangan tanya Cik Yan line selamat tak selamat camne). Kalu ibu baru yang breasfeeding baby rasa was2, kira berapa kali tukar diapers tu. Baby menyusu badan ni badan kecik je tapi solid, kulit tegang pastu happy selalu. Nape dia happy? Sebab dia sentiasa dekat dengan kita, bau badan kita tak kiralah kita wangi ke busuk ke pastu sentuhan kulit ke kulit. Pastu kalu dia nyusu susu kita dalam botol sah2 dia merasa sama sikit la dengan apa yang dia hisap kat badan kita kan.
Cakap pasal kulit tegang semua tu, ada satu masa Cik Yan bawak jumpa Dr Ashar sebab Cik Yan amik cucuk HPV tu. Doktor bila tengok je dia, terus tanya fully ke camner. Bila tanya nape, dia kata badan Mia tegap, kulit tegang, pipi kembung tu pun tak jatuh. Bila badan Mia diperiksa, sambil senyum dia cakap budak takde lemak sebab daging je balut tulang ni. Alhamdulillah mendapat galakan dari doktor O&G Cik Yan dalam memberi susu badan pada baby. Siap dia menawarkan pertolongan sekiranya memerlukan khidmat pakar laktasi atau kumpulan sokongan susu ibu.
Mia memang lambat la nak meniarap semua tu tapi dia cepat sangat tersenyum dan juga mulut bising. Mia juga senang bersama orang yang baru jumpa tanpa Cik Yan perlu berada bersama. Tapi pastinya bukanla dengan orang asing kan, maksud Cik Yan bila ada majlis, sedara mara yang kita jarang jumpa tu, Mia ok je bila dorang nak dukung.
Lagi satu kan, jika kena dengan gaya, baby ni akan jadi confident je nak buat pape pasal tu Cik Yan cakap bila Mia nak meniarap terus jadi tapi jenuhla menunggu kot sebab kekadang cemburu gak tengok anak kawan dah ada perkembangan. Paed Mia selalu pesan sentiasa bercakap dengan baby tak kira sibuk camner pun sebab dari situ dia tau yang kita ada untuk melindunginya. Teori yang ni Cik Yan tak tau betul atau tak tapi paed dia yang bagitau. Masa tu Cik Yan dalam tak sedar membaca pada Mia sesambil tunggu giliran. Tak perasan paed dia lalu masa Cik Yan membaca dengan nada ikut buku tu. Bila waktu rawatan, Mia bagi senyuman kat paed sampai terpaku paed tu. Paed dia pesan supaya Cik Yan sentiasa melakukan apa yang Cik Yan buat tadi. Bila tanya apa Cik Yan buat, dia kata zaman skang jarang ibu bapa nak membaca pada anak jadi anak tu hilang keyakinan. Tak nampak mana rasional dia sebab rata2 kawan Cik Yan pun rajin berciter kat baby mereka.
Ada satu cucuk ni memang menyakitkan Mia kot tapi Mia nangis kejap je dan bila kita dodoi dia, senyap. Paed pun cakap bila kita rajin berciter, bercakap dengan bayi, dukung dia, sentuhan badan ke badan akan membuatkan baby rasa selamat dan tau kita ada untuk lindung dia. Oh ya....memula suruh top up formula kan.....ha pastu bila jumpa banyak kali, puji pulak Cik Yan yang bersungguh nak bagi susu badan padahal keje. Ada sekali tu paed tanya tak letih ke jaga Mia bila En Suami keje dan bagi Mia susu badan. Cik Yan jawab, i enjoy doing it. Berbaloi tunggu lama untuk dapat Mia jadi benda2 letih ni kita tak rasa apa sangat.
Lupa lak, orang suka cakap kan baby susu badan tak kena sakit sangat tapi sebenarnya tak semua begitu. Mia sendiri pada umur 12 hari kena batuk dan selsema sampai kena buat x-ray dan makan antibiotik. Pastu ni umur 10.5 bulan kena demam campak setelah 3 malam panas badan. Masa Mia panas tu, dia aktif macam biasa pastu guna termometer kat rumah asyik tunjuk 36.5 je jadi takde la jumpa paed dia tapi bila En Suami tak sedap hati...sekali jumpa doktor kat klinik setiawangsa suhu Mia dah 38.8. Dapat ubat demam, air garam semua tapi memandangkan kat rumah ada ubat yang Paed dia suruh standby jadi Cik Yan tak bagila ubat doktor tu.
Ahad lak, En Suami kena warded untuk angiogram kat HUKM jadi berkampung kat wad sutera 11. Tak dapat nak tido sebab suhu Mia statik 39 je tapi Mia lena je tido. Siang tu, doktor on call kat wad tu macam nak tak nak je bawak gi emergency sebab dia kata kalu tak cakap, tak nampak Mia tu demam. Dia advise untuk increase dose panadol Mia tu je dan nak bagi ubat masuk kat punggung tapi tak bagi2. Mia panas amat, En Suami lak bersedia nak kena angiogram. Tercabar rasa hati ni namun doa je mampu supaya segala dipermudahkan. Cik Yan lap2 je badan Mia, tinggikan suhu aircond bilik tu, tido atas lantai dengan tilam nipis dan tilam Mia dan setiap 10 minit rendam tuala dengan air dan letak atas kepala Mia. Dahi lak dah tampal cool fever yang mana bila letak gambo kat facebook, kawan kata lekat kat kaki tak pun pada belakang badan antara ketiak supaya cool fever dapat berfungsi dengan betul.
Lantai yang sejuk, bilik yang sejuk sampai En Suami kena guna 2 selimut menjadi tak sejuk mana bagi Cik Yan sebab peluk Mia. Kawan sekolah dalam Whatsapp membantu dalam masa bila nak panik. Ok tak ayat panik tu...Panik adalah apabila suhu badan 39 ke atas, diaper x banyak tukar dan tak nak menyusu atau makan. Jadi Cik Yan tak lah panik teramat..mengapa Cik Yan guna gak ayat panik...sudah pastinya Cik Yan panik gak walaupun ada kat spital.
Balik rumah, Mia tetap panas jadi jumpa la paed dia dan paed dia pun cuma cakap tekak tu merah dan suruh bagi makan ais krim skit. En Suami macam dah tau je reaksi muka Cik Yan...paed dia bekalkan kit untuk amik urine sekiranya badan Mia panas..selain tu ubat masuk punggung dan air garam kot yang mana balik rumah tak bagi makan pun cuma asyik tenung dan check je suhu Mia sampai tak lena tido. Paginya bila makcik mandikan Mia....En Suami cakap Mia kena campak..bintik merah dikeliling leher, belakang badan. Mujur masa tu Cik Yan guna daging untuk pasta bolognaise Mia di mana kalau ayam digunakan...kenala Cik Yan tambah garam dan makan sendiri.
Kebetulan nurse paed Mia call dan terus kami dinasihatkan je emergency sebab paed Mia cuti untuk confirm campak atau cacar atau ruam je. Baru ingat leh masuk opis dah kena extend jadi terus tak masuk langsung. Masa confirm tu memang terasa gak. Nape Mia kena padahal dia susu badan..nape antibodi dia tak kuat. Mujur dapat kata penyejuk doktor kecemasan tu di mana dari situ, ibu2 semua ingatla anak kita yang susu badan, orang kata antibodi kuat tapi kena sakit memacam....sakit dia tu sebenarnya dah kurang dah sebab antibodi yang dapat dari susu ibu. Mia tu masa doktor sibuk nak check bukan main ramah lagi sampai doktor tanggal name tag untuk bagi Mia main. Lampu yang nak tengok cacar ke campak tu pun dia bawak main sampai doktor kata aktif betul budak ni.
Dalam masa kami nak berbincang dengan doktor tu, nurse bawak kuar dan dikerumuni nurses yang bertugas sampai dorang cakap nak mintak tolong jaga pun takpe. Mia tu mulala lupa mama kalau tak sampai masa menyusu lagi...
Jadinya....entrinya ni sila semat dalam minda kalau tertiba kita rasa down dengan keadaan anak kita susu badan tapi tak macam baby susu formula. Ni bukan nak kata formula tak bagus atau apa ..setiap ciptaan manusia ni, pemikiran tu datang dari Allah jugak. Bayang jelah tiada susu formula bagaimana nasib anak kecik yang kematian ibu semua tu kan....kalau tak dapat bagi susu badan setelah beribu ikhtiar, susu formula la jawabnya tapi jangan kerana malas nak ikhtiar, nak senang..kita bagi formula...
Saturday, 6 April 2013
Tabungan masa perlu
Alhamdulillah, asyik bertangguh je pastu bila rajin tengok2 system down, akhirnya berjaya gak buka akaun Mia Deena.
Simpan sesikit lelama banyak la dan semoga Mia Deena akan minat menabung jugak. Cik Yan takleh la nak janjikan kat Mia Deena duit berjuta in 16 years or what so ever tapi Insya Allah Cik Yan akan pastikan duit sentiasa masuk supaya leh la membantu sedikit bila keadaan Mia Deena memerlukannya.
Kenapa Maybank? Mudah Cik Yan nak Maybank2u je almaklumla malas nak gi kaunter selalu. Jangankan kaunter, ATM pun jarang gi tu yang sampai En Suami kena kuar duit bagi Cik Yan selalu sebab isteri dia malas amik kat ATM tapi tang transfer2 semua akaun Cik Yan rajin handle.
Pasni meh kita pakat Mia, kalau Ayah cakap nak simpan deposit untuk another motor, kita cecepat mintak dia masukkan dalam akaun Mia dengan alasan untuk masa depan tapi kalau Mama nak beli handbag baru, Mia jangan lak nak against Mama..Hehehe.

Subscribe to:
Posts (Atom)