Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, 7 June 2017

Pancake tanpa susu

Entah kenapa kebelakangan ni kanak-kanak riang rumah ni suka sangat pancake. Resepi pancake Cik Yan pula menggunakan susu dan jadi masalah bila dorang mintak, susu tiada. Atau ngam2 ada susu, salah sorang tu asyik nak susu kotak sampai la jadi tak cukup.

Jadi satu hari tu terjumpa resepi ni dan kejadian pancake dia menarik jugak. Resepi asal kata dorayaki tapi Cik Yan buat asyikla tak jadi bentuk dorayaki sebenar maka Cik Yan anggap je ni adalah alternate recipe for pancake.

Resepi Adaptasi dari Blog Aku Bukan Master Chef

Bahan-bahan

  • 100g tpg gandum
  • 1/2 tsp baking soda
  • 2 biji telur
  • 50g gula
  • 1 tbsp madu
  • 2 tsp air


Cara membuatnya

  • Pukul telur kemudian masukkan gula sehingga sebati
  • Masukkan madu dan pukul sebati
  • Tepung dimasukkan bersama baking soda
  • Gaul dan masukkan air dan biar sebati
  • Biar di dalam peti ais selama 30 minit
  • Panaskan kuali dan masak pancake mengikut size di kehendaki
  • Untuk mendapat permukaan yang cantik, tunggu sehingga berbuih bari diterbalikkan.

Nota:
Resepi ini sesuai digunakan apabila nak buat pancake dalam kuantiti yang sedikit walaupun ada stok susu dalam peti.


Saturday, 5 November 2016

Butter Rolls



Resepi ni Cik Yan ambil masa dok tengok2 Instagram Baking Delights. Tergerak nak mencubanya sebab dulu pernah gak cuba buat butter rolls ni kalau tak silap dari Blog Daily Delicious. Masa tu memang uli tangan la dan hasil tak seberapa sebab tangan Cik Yan memang tak kuat. Sakitnya tangan tu berhari-hari padahal roti dah abis sekejap je sebab bawak opis.

Memandangkan Cik Yan ni walaupun dah 8 tahun memiliki mixer tu, tapi hook tu baru-baru ni je cuba pakai (buat pau). Lelama rasa seronok lak gunakan hook tu dan bertepatan la dengan resepi ni yang menggunakan mixer.

Bahan-bahan

  • 30g butter sejuk - potong kiub
  • 300g tepung roti ~ Cik Yan campur dengan tepung gandum sebab tak cukup
  • 1 butir telur
  • 30g gula
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 150ml air

Cara membuatnya
  • Tepung dan butter diramas sehingga terjadi seperti serbuk yang sekata
  • Masukkan telur, gula dan yeast ke dalam tepung
  • Putar sehingga tepung dan bahan telur melekat
  • Masukkan air dan putar lagi sehingga doh tidak berapa melekat pada mixer bowl
  • Griskan bekas dan alih adunan doh ke dalam bekas kemudian dibiarkan mengembang
  • Adunan adalah sedikit melekit dan bolehla sapukan tepung pada jari ketika nak alih ke dalam bekas
  • Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagi dua
  • 2 bahagian itu di bulatkan dan dibiar 5 minit
  • Ambil 1 bahagian dan canai menjadi segiempat dan kemudian dipotong-potong menjadi segitiga. Di bahagian yang lebar tu belah skit untuk mudah proses penggulungan
  • Sapukan butter dan tabur sedikit gula sebelum di gulung (macam buat croissant tu)
  • Biarkan selama 5 minit dan kemudian sapu susu jika suka
  • Bakar pada suhu 160C selama 15 minit atau mengikut kepanasan oven memasing.

Friday, 4 November 2016

Dinner rolls


Another tested recipe for homemade dinner rolls. I make it halves of the recipe.



Recipe from http://thestayathomechef.com/
Author : Rachel Farnsworth

Ingredients
  • 2 cups warm milk
  • 2 tablespoons instant dry yeast
  • ¼ cup white granulated sugar
  • 2 teaspoons salt
  • 6 tablespoons salted butter, softened
  • 2 large eggs
  • 6 cups all-purpose flour
  • 1 tablespoon melted butter

Instructions
  • In the bowl of a stand mixer, combine warm milk, yeast, sugar, salt, butter, and eggs.
  • Add in 5½ cups of flour. Using a dough hook, turn the mixer on to a low speed. Once the flour starts to incorporate into the dough, increase the speed to a medium range. Slowly add the remaining ½ cup of flour until the dough pulls away from the sides of the bowl. The dough mixture should be slightly sticky and soft.
  • Transfer the dough to a lightly greased mixing bowl. Cover with a towel and let rise 90 minutes.
  • Lightly grease a baking sheet. Punch down the dough and form into 24 rolls. Place on the greased baking sheet in six rows of four.
  • Cover and let rise 1 hour.
  • Preheat oven to 375 degrees. Bake the rolls for 12 to 14 minutes, until lightly browned.
  • Remove rolls from oven and brush with melted butter.
  • Serve the rolls warm, or to cool, let rest on the pan for 15 minutes before transferring to a wire cooling rack. Once cooled completely, store in a plastic bag.

Friday, 7 October 2016

Roti Butterscotch

Resepi roti ni terjumpa dalam group FB rasanya tapi tak pasti group yang mana. Apa pun resepi ni memang sedap dan menjadi kegemaran Mia. Buat kali kedua menggunakan breadmaker sepenuhnya (masa kali pertama, bakar menggunakan oven). Memula takde niat pun nak mengulang dalam masa terdekat tapi bila Mia tanya boleh tak buat roti ni (sambil dia makan) untuk bawa ke sekolah nak share dengan kawan & teachers, tunaikan ajala.

Masa kali pertama tu, butterscotch chip tu tak berselerak sangat dan terkumpul maka roti tu nampak la kesan macam kita letak filling. Jadi bila kita makan, chip tu macam terlampau banyak pada setengah bahagian tapi kat tempat lain langsung takde ataupun sikit je. Chip juga tak mencair bila gunakan oven jadi dapat ke budak2 ni, ada masa dia jilat dulu bahagian chip yang tebal tu.


Kejadian kali kedua memuaskan sebab chip tu jadi bersepah dan cair maka roti tu nampak la macam kesan2 garis cantik skit.



Bahan-bahan
  • 270g tpg roti
  • 30g tpg gandum
  • 35g gula pasir
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 15g susu tepung ~ Cik Yan xde maka memang tak letak jadi sukatan tepung tambah sikit
  • 40g plain yogurt
  • 125ml full cream milk
  • 1 butir telur ~ Cik Yan guna 2 butir sebab telur gred B
  • 3/4 tsp garam
  • 1 cwn butterscotch chip
Cara membuatnya 
  • Satukan kesemua bahan dan uli sehingga elastik. Ini agak mengambil masa sedikit kerana bahan2 yang digunakan
  • Rehat doh selama 60 minit
  • Canai doh sehingga menjadi segiempat dan lipat 3
  • Canai lagi dan tabur chip kemudian lipat 3 semula
  • Canai menjadi bentuk segiempat dan gulung kemas
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di gris dan biarkan mengembang sehingga 3/4 bekas
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 min.
Jika menggunakan breadmaker,
  • Masukkan bahan mengikut aturan breadmaker anda.
  • Chip diletakkan pada bahagian fruit & nut
  • Pilih option Basic atau Sweet
  • Crust, pilih Light atau Medium
  • Tekan Nut (atau jadikan yes pada paparan Nuts?)
  • Tunggu sehingga masak dan siap..

Wednesday, 14 September 2016

Bread Machine Cinnamon-Raisin Bread

Cik Yan dalam mood meroti tambahan lagi dah beli tepung roti atau nama lain high protein flour dan 500g instant yeast. Kisahnya beli banyak gitu sebab jenama SAF takde stok dalam bentuk kotak macam Mauripan tu.

Nak buat donut, kids kena HFMD jadi memang cuba elakkan dorang dari makan gula sebab sah2 minuman bagai pun ada gula kan.

Roti pilihan kali ni adalah roti loaf yang ber kismis.
Adaptasi dari Betty Crocker
Bread Machine Cinnamon - Raisin Bread



Bahan-bahan

  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter or margarine, softened
  • 3 cwn tepung roti
  • 3 tbsp gula
  • 1 1/2 tsp garam
  • 1 tsp serbuk kayu manis
  • 2 1/2 tsp instant yeast
  • 3/4 cwn kismis

Cara membuatnya
  • Sukat setiap bahan dan masukkan segala bahan-bahan kecuali kismis ke dalam bekas roti. Kismis diletakkan pada bekas fruit/nut pada bread machine tersebut kalau tak pun, masukkan kismis pada 5-10 minit terakhir kneading cycle ~ ni pepandai la yer mengenal bread machine anda
  • Tekan pilihan SWEET atau BASIC/WHITE
  • Pilihan crust LIGHT / MEDIUM 
  • Tukar pilihan NO NUT kepada YES
  • Tunggu sehingga masak, keluarkan dari bekas dan sejukkan sebelum disimpan 

Tuesday, 30 August 2016

Roti Paung

Roti ni resepi dapat dari kawan. Masa dia buat, cantiknya kejadian tapi nak buat sendiri masa tu bahan takde. Memula takde tepung, ok ngam la masa beli barang dapo borong sekali. Lepas tu telur pulak takde, maka tertunda.

Lepas seminggu kot dari dia buat (dia sampai dah berulang kali buat), maka terjadila cubaan pertama tapi malangnya atas roti tu rentung sebab terlampau panas (ada tangan halus membantu). Rasanya sangat sedap yelah bayang jelah dah la rentung tapi isi dia lembut dan sedap.



Kali kedua buatnya, memang mengelak kejadian yang sama berulang maka puas hati skit kali ni.



Bahan-bahan

  • 600 g tepung gandum
  • 200 g gula
  • 300 g air
  • 4 biji telur
  • 10 g instant yeast

Cara membuat nya..

  • Masuk semua bahan ikut turutan breadmaker pastu pilih option DOUGH. 
  • Bila dah siap, bulat2 kecik dan biarkan sampai kembang (30-60 minit)
  • Sebelum masuk oven kalau suka boleh renjis susu
  • Bakar pada suhu 200C selama 15-20 min
  • Dah siap, sapu permukaan roti dengan butter cair
Note : 
  • Doh adalah sangat sticky. pakai minyak pada tangan tak sesuai dengan Cik Yan maka guna tepung. Baru kemas skit bentukkan kecik2 tu.
  • Cik Yan buat separuh adunan je dan 2 kali buat adunan masa dalam breadmaker cair je jadi tambah tepung sesikit sampai nampak tak berapa cair. Cik Yan anggarkan sukatan tepung yang sesuai untuk separuh adunan adalah 500 g melainkan kalau guna telur ayam kecik kot..






Sunday, 21 August 2016

Banana Bread

Another simple recipe for Banana Bread..

Adaptasi dari Joy Of Baking

Ingredients :
  • 1 cup (115 grams) walnuts or pecans, toasted and coarsely chopped (optional)
  • 1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (150 grams) granulated white sugar
  • 1 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • 2 large eggs, lightly beaten
  • 1/2 cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
  • 3 ripe large bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
Methods :
  • Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place oven rack to middle position.  Butter and flour (or spray with a non stick vegetable/flour spray) the bottom and sides of a 9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan.  Set aside.
     
  • Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 to 10 minutes or until lightly toasted.  Let cool and then chop coarsely. 
     
  • In a large bowl combine the flour, sugar, baking powder, baking soda, salt, cinnamon, and nuts.  Set aside.
     
  • In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla.  With a rubber spatula or wooden spoon, lightly fold the wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients just until combined and the batter is thick and chunky.  (The important thing is not to over mix the batter.   You do not want it smooth.  Over mixing the batter will yield tough, rubbery bread.)  Scrape batter into prepared pan.  Bake until bread is golden brown and a  toothpick inserted in the center comes out clean, about 55 to 60 minutes.  Place on a wire rack to cool and then remove the bread from the pan.  Serve warm or at room temperature. This bread can be frozen.
     
  • Makes 1 - 9 x 5 x 3 inch loaf. 

Tuesday, 9 August 2016

Fluffy Pancake

Hari ni Mia tak gi sekolah sebab demam panas dan masa bangun pagi tu pun memang dia kata tak larat. Takdela dia reti lagi nak cakap tak larat tapi dia kata I am not strong mama... Selamat Cik Yan sebab dia dah kata gitu maknanya takdela dia marah sebab tak antar gi sekolah.

Petang2 ni makin panas suhu dia tapi masih berselera nak makan. Lepas makan laksa untuk lunch, tido pastu terjaga mintak nasi. Pastu tanya mama nak buat pape tak dan Cik Yan terbayang lempeng dengan sambal sardin tapi awal2 dimatikan dengan permintaan Mia nak pancake.

Bila kata nak pancake, terus teringat resepi pertama pancake yang terserlah kegebuan tatkala kali pertama membuatnya. Maknanya sebelum tu buat pancake macam lempeng je kejadiannya tapi tebal sikit. Jadi ni salah satu resepi pancake buat masuk dalam list dan digunakan mengikut apa bahan yang ada.

Adaptasi resepi dari AllRecipe.

Bahan-bahan.

  • 3/4 cwn susu
  • 2 tbsp cuka ~ Cik Yan guna cuka epal
  • 1 cwn tepung
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 1 butir telur
  • 2 tbsp butter yang dicairkan
Cara membuatnya
  • Gabungkan susu dan cuka kemudian biar seketika untuk dijadikan susu masam. Boleh juga digantikan dengan buttermilk kalau ada.
  • Tepung, baking powder dan baking soda diayak sebati kemudian dimasukkan gula dan garam
  • Masukkan telur, butter dan campuran susu tadi. Whisk sehingga tidak terdapat sebarang ketulan
  • Panaskan kuali leper, spray dgn cooking spray atau butter atau minyak dan masak pancake. 

Cara Cik Yan, tuang bancuhan tu pastu biar sampai berbuih2 permukaan tu baru dibalikkan.



Roti Bun Kukus

Resepi ni jumpa dalam group Masak Apa Hari Ni jugak. Sebab bahan mudah, Cik Yan try dan mendapat sambutan dalam rumah ni. Lagi2 bila makan cicah kuah kari ke apa memang cepat jelah abis walaupun doh ni dapat banyak.

Bahan-bahan
  • 3 cwn tepung pau
  • 5 tbsp gula castor
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 2 tsp baking powder
  • 1 1/3 cwn susu segar
  • 1 tbsp minyak jagung / melted butter / minyak sayuran
Cara membuatnya
  • Masuk semua bahan mengikut arahan pada bread machine (cecair, bahan kering last sekali instant yeast).
  • Pilih cycle DOUGH dan tunggu sampai berbunyi (Cik Yan nyer amik masa 1 1/2 jam).
  • Bulat2 doh atau bentuk ikut apa kita nak, letakkan dalam pan yang dah bergris kemudian biar kembang sekali ganda atau mungkin selama 30-40 minit.
  • Panaskan api kukusan sementara tunggu doh mengembang pastu kukus selama 30 min atau sampai masak.
Note: Pernah try bakar, lembut gak kejadian dia tapi tak sesedap dikukus..mungkin sebab tu terlebih masa kot. Heheheh.



Sunday, 7 August 2016

Banana Bread

Resepi ni amik dari insta Kak Rima dan harus diabadikan dalam blog ni sebab jenuh nak mencari semula. Pepaham jelah kan dulu screenshot simpan dalam hp, tapi hp ku lesap pastu tak transfer dlm pc, maka alamatnye sendiri la susah sebab mana ada function search dalam insta kan.

Simple recipe tapi mudah sebab guna tangan je semua tu. Bila cakap gunakan tangan maknanya sesuka hatila lenyek pisang tu dengan tangan ikutla cara camne asalkan tangan bersih.

Bahan-bahan

  • 3 biji pisang dilenyek
  • 1/3 cwn butter cair
  • 1/2 - 1 cwn gula (ikut tahap kemanisan yang kita suka)
  • 1 butir telur dipukul dengan garfu
  • 1 tsp vanila
  • 1 tsp baking soda
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Secubit garam

Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 150C
  • Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul dengan tangan sehingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam bekas yang telah di gris (Kak Rima guna 9*4/4 ~ ai is hentam saje)
  • Masuk dalam oven dan bakar selama 50 min atau sehingga masak sempurna.






Wednesday, 3 August 2016

Dinner Rolls




Godaan membuat roti sangat kuat penangan kawan dok whatsapp aktiviti meroti. Memula leh je wat tak tau sebab terasa malas nak kuarkan bread maker dari almari tapi lelama tak tertahan. Selalunya guna resepi lain tapi sebab full cream milk tak banyak mana tinggal makanya tertarik nak guna resepi dari Betty Crocker ni.

Adaptasi resepi dari Betty Crocker


Bahan2
  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter 
  • 1 biji telur
  • 3 1/4 cwn tepung roti ~ Cik Yan guna 3 3/4 cwn tpg gandum
  • 1/4 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 3 tsp instant yeast ~ Cik Yan guna sepaket instant yeast (adalah dlm 2 1/4 tsp)
Cara2

Masuk bread maker mengikut susunan bread maker. Macam Cik Yan memula masuk air, gula, telur dan garam dipukul sedikit, butter, tepung seterusnya yeast.

Pilih option Dough dan biarkan maker buat keje dia. Tamat dough cycle tu (1 1/2 jam masa dari bread maker Cik Yan) kuarkan dough dan letak dalam bekas bertepung sikit. Biar selama 10 minit sebelum mula dibentuk.

Selepas dibentuk dan diletakkan pada pan yang telah disapu butter atau shortening, biarkan sehingga dia kembang (Resepi asal kata 30 - 40 minit camtu). Renjis susu jika suka pastu bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.

Bila dah masak, sapukan butter cair atas permukaan rolls tu dan biar sejuk atau leh makan segera.



Saturday, 30 July 2016

Bread & Butter Pudding With Sos Vanilla

Hari tu buat bread & butter pudding sebab tengok2 roti nak dekat expired. Teringat masa Muhammad kecik ada simple recipe tapi tak jumpa. Jadi google dan guna pakai je mana yang rasa boleh diterima.

Tengah update blog sesambil tengok file dalam desktop ni terjumpa resepi ni dan Cik Yan nak abadikan dalam blog buat tatapan kalau rasa2 nak buat bread & butter pudding yang simple.

Resepi dari Izah Muffin.

Bahan2 Pudding :
  • 300 ml susu
  • 3 biji telur 
  • 70 g gula
  • 10 keping roti
  • esen vanila
  • kismis atau mixfruit
  • butter secukupnya
  • serbuk cinnamon jika suka
Campurkan susu, gula, telur dan vanilla kemudian kacau sehingga gula hancur. Ketepikan.
Butter disapu pada permukaan bekas, dan juga depan belakang roti. Kemudian roti disusun berlapis dalam bekas dan ditabur kismis atau mix fruit pada setiap lapisan. Pada lapisan terakhir, roti dipotong dua dan disusun bertindan.
Akhir sekali, curahkan campuran telur tadi ke dalam bekas roti dan bakar selama 45-60 minit pada suhu 150C menggunakan teknik water bath.

Bahan2 Sos Vanilla
  • 200 ml susu (boleh juga gunakan susu cair)
  • 4 tbsp gula
  • 1 tbsp tepung kastard
  • esen vanilla
Masakkan semua bahan2 sos di atas api sehingga pekat.















Friday, 29 July 2016

No Fail Breadmaker Cinnamon Buns Recipe

Seriously, harus rajin update resepi dalam blog kalau rasa memang suka sangat ngan resepi tu selain dari screenshot ke snap ke pastu simpan dalam hp. Nanti2 lupa nk transfer ke desktop pastu terjadi pape mula la mencari2 resepi apa yang kita guna. Kalu leh ingat sumber2 xpe gak tapi kalau jenis sekali lalu atas masa screenshot tak masuk sekali dari tuan empunya resepi kan dah susah.Contohnya tadi resepi ni, menggagau cari tapi takleh nak jumpa sebab salah eja nama blog tu.

Resepi ni 1st time try terus jatuh cinta pastu bila buat lagi, bagi kat mak yang memang ada masalah makan dessert2 berempah ni pun terjatuh cinta.

Ku terlihat resepi ni di insta Kak Rima pastu ku susur galur tuan empunya nye sebab macam tak faham kan tapi sebenarnya apa Kak Rimau buat tu lagi senang faham. Ni Cik Yan type resepi ni ikut step2 dan apa Cik Yan buat. Cik Yan akan type resepi keseluruhan buat mudah nak sedia bahan atau pun tengok dalam peti cukup ke tidak pastu Cik Yan asingkan pulak ikut step2 yang perlu dalam menjadikan cinnamon bun ni.

Resepi Asal : http://chachingonashoestring.com

Bahan2 Keseluruhan : ~~mudah nak tgk berapa byk nk guna

  • 1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu
  • 2 biji telur dipukul dgn garfu
  • 4 cwn tepung roti - Cik Yan guna tepung gandum je
  • 1 tsp garam
  • 1/4 cwn plus 1 tsp gula kastor
  • 1 cwn plus 2 Tbsp butter 
  • 1 pkg. active dry yeast (2 1/4 tsp.)
  • 1 1/2 cup brown sugar
  • 1 tbsp cinnamon powder
Bahan Doh - xdelah pening nak kira2.
  •  1/2 cwn air
  • 1/2 cwn susu
  • 2 biji telur dipukul dgn garfu
  • 4 cwn tepung roti - Cik Yan guna tepung gandum je
  • 1 tsp garam
  •  1/4 cwn plus 1 tsp gula kastor
  •  1/4 cwn butter dicairkan
  •  1 pkg. active dry yeast (2 1/4 tsp.) 
 Masukkan semua bahan doh ke dalam bread machine pastu set machine to Dough.


Sugar Glaze 

  • 3/4 cwn butter
  • 3/4 cwn brown sugar

Cairkan butter dan brown sugar atas api kemudian curahkan dengan sekata di atas pan bersaiz 9"x13" or two 8" round pans.

Sugar dust & Melted butter

  • 3/4 cwn brown sugar *
  • 1 tbsp cinnamon powder *
  • 2 tbsp melted butter
Campurkan dedua bahan bertanda * ni dan ketepikan.


Bila adunan doh dah siap (breadmaker Cik Yan amik masa 1 jam lebih x silap), roll jadikan bentuk 4 segi kalau boleh size 18"X14". Sapukan dengan melted butter tu dan tabur campuran bahan bertanda * atas melted butter.

Pastu roll bulat dan kemudian potong gunakan pisau dan letakkan dalam prepared pan (yang ada sugar glaze tu). Biarkan doh kembang dalam masa 1 jam dan kemudian bakar dalam oven pada suhu 170C selama 25-30 minit.

Cinnamon bun ni dah sedap dah dan tak perlukan glazing yang lain.

Sunday, 5 January 2014

American White Sandwich Bread

Rasanya banyak kali mencuba mendapatkan resepi roti putih yang kena pada tekak Cik Yan..asyik cuba resepi dari satu blog je sebabnya resepi dia memang kalu buat menjadi tapi lelama terasa lak internet tu punyala banyak sumber jadi naper nak guna sepenuhnya.

Pagi ni memang nekad nak buat white loaf sebab nanti senang leh buat biskut instant Mia dan Cik Yan nak minum kopi cicah roti pun ada kan...

Gigih google resepi sambil makan sarapan...Cik Yan buat nasi lemak je..dan Mia tu Cik Yan lecek telur rebus bagi makan dengan hash brown dan daging burger.. home made ek semua..

Bahannya

3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu kecil garam
1 cawan susu full cream suam
1/3 cawan air suam
2 sudu besar unsalted butter di cairkan
3 sudu besar madu
2 1/4 instant yeast - opkos Cik Yan guna Mauri Pan..
1 sudu kecil bread improver - Cik Yan pepandai tambah

Resepi asal (chefinyou.com) guna tangan je tapi tangan Cik Yan manala larat nak menguli jadi mestilah masuk dalam bread machine..

Cara Cik Yan buat..

Panaskan susu dengan butter pastu biarkan sejuk. Kalu rasa susu tu panas sangat, air tu takyah guna air suam..

Jadinya tuangkan susu dengan butter tu ke dalam bekas penguli roti diikuti dengan air dan madu.

Ayak tepung roti dengan bread improver pastu masukkan garam dan akhir sekali taburkan yeast tu kat atas. Pastu tekan la bread machine tu dan pilih crust mana yang mahu dan Cik Yan kali ni memilih light crust je sebab biasanya medium.

Tengok timing kat bread machine dia amik masa dalam 2 jam lebih je.



Monday, 24 October 2011

Scone

Sejak Cik Yan merasa keenakan scones di Smoke House Cameron Highland (ada org kata sedap, try jelah) terus terjatuh cinta lagi lak Smoke House tu indah betul suasananya..berangan jadi omputih jap..yelah nak gi negara omputih tu kena la kumpul duit dulu kan...jadi x salah berangan di tempat yang sesuai.

Bila En Suami ajak ke Fraser Hill, Cik Yan cakapla kat situ pun ada Smoke House gak..lantas dia pun setuju untuk menjamu scones di situ..yang mana hasilnya seperti entri terdahulu. Terasa seperti honeymoon dan candle light lunch pulak.

Perasaan membuak2 untuk mencuba resepi Scones bila buat blog walking. Rata-rata yang suka baking mesti dah buat scones sendiri untuk santapan bersama keluarga. Cik Yan rasa teruja la kan memandangkan bahannya ada je kat rumah tu...Tapi sebelum buat tu, Cik Yan mintak En Suami janji kalu scones menjadi, dia masih lagi akan belanja Cik Yan makan scones jika kami melawat Cameron atau Fraser Hill. Confident jadi dan sedapla konon kan..Dan Alhamdulillah memang sedap dan berbaloi membuatnya kerana En Suami enjoy makan camtu tu je sebab Cik Yan tak sempat buat devonshire cream dan dia xnak strawberry jam.

Bahan-bahan

2 cups (260 grams) Self Raised Flour
1/4 cup (50 grams) castor sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (76 grams) cold butter, cut into pieces
1 large egg, lightly beaten
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) whipping cream or milk -
next round Cik Yan guna whipping 100ml je sebab sukatan ni lembik, kena tambah SFR beberapa sudu besar.

Cara buat

Oven panaskan pada suhu 200C

Whisk tepung, gula, baking powder dan garam  sebelum masukkan cold butter tu. Ramas sampai jadi bentuk serbuk. Sesape dah buat pastry mesti pandai ni...
Pastu dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan whipping cream dan juga vanilla. Kemudian curahkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sehingga adunan boleh di uli.

Ala..gambo xde time ni sebab tangan kena menguli kan..x kuasa Cik Yan nak cuci tangan semata-mata nak amik gambo..

Pastu bulat2 kan dia takpun kalu nak comel..canaikan dia dan terap sesuka hati dan bakar sampai masak.

Cik Yan dapat 8 ketul kot dari resepi ni. Cik Yan terlupa yang scones makan dulu tu xde pulak telur kuning atas kan...konon nak cantik tapi isk..merosakkan permandangan scones Cik Yan je..pehal pun, rasa memang sedap, nampak keras tapi bila potong, isi berlapis dan gebu.

Perbandingan scones Cik Yan ngan Smoke House..hehhe




Ni yang belah pulak



Sunday, 29 May 2011

Cik Yan dan Churros

 Gambar ni amik dari fb kawan Cik Yan..

Kisahnya bermula bila Cik Yan tertiba macam suka la sangat nak makan cinnamon roll. Dedulu kat KLCC ada satu tempat tu nama Cinnabon..Best tau tapi skang dah takde. Masa borak ngan dia..kawan ni citer pasal Churros ni..memula Cik Yan tak leh nak bayang camner rupa bentuknya..

Masa Cik Yan carik resepi cinnamon roll (kalu korang perasan ada satu entry gambar cinnamon roll yang besar..)..terjumpa lah resepi churros ni..maka terkenang kembali masa berjalan2 di Tokyo Disneyland..Cik Yan ada beli benda ni dan juga air kopi untuk isi perut.

Maka pada hari ni, Cik Yan pun mulalah try resepi churros ni. Bahan agak mudah takdela yang pelik2 kan. Cik Yan rasa dapur yang sentiasa berasap pun sure leh buat kalu nak..sebabnya x perlu guna mixer, x perlu guna oven.

Ni resepi nya :

Bahan Doh

2 cwn air
1/4 cwn + 1 cmb gula castor
1 tsp garam
1/4 cwn minyak sayuran
2 cwn tepung serbaguna (Cik Yan guna Self Flour Raise)
Minyak untuk menggoreng

Topping

1 cwn gula castor
2 tsp serbuk kayu manis
 * whisk gula dan serbuk kayu manis*

Campuran air, garam, gula dan juga minyak sayuran di letakkan atas api. Biarkan mendidih dan alih dari api.
Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung tadi dan kacau sehingga berbentuk bulat. Kemudian masukkan ke dalam piping bag menggunakan star nozzle yang besar. Cik Yan guna cookies decorator je..senang.

Pipekan atas bekas yang telah di taburkan tepung untuk mengelakkan dia melekat.



Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan. Toskan minyak dan gaul dengan topping tadi.. 


 Bahan topping, gula dan serbuk kayu manis



Cubaan..

Churros Cik Yan...jenuh ok nak ketuk2 buang gula dia balik..hehhe

Wednesday, 18 May 2011

Tolongla buatkan.....



Giant Cinnamon Roll Dough
1/3 cup warm water
1 tablespoon instant yeast
1/3 cup milk
1/2 cup (1 stick) unsalted butter, diced
2 tablespoons granulated sugar
1 teaspoon salt
1/2 teaspoon freshly grated nutmeg
3 cups all-purpose flour
2 eggs
Cinnamon Sugar Filling
4 tablespoons butter, melted
1 cup brown sugar
2 teaspoon cinnamon
Cinnamon Roll Glaze
1 cup powdered sugar
1/2 teaspoon vanilla extract
2 tablespoon milk

Directions for the Giant Cinnamon Roll:



In a large bowl, combine warm water, sugar, eggs and yeast. Let the mixture rest for 5 minutes or until the yeast begins to bubble. In a medium, microwave safe bowl heat the milk and butter in the microwave until the butter is soft and begins to melt.

Pour the warm milk mixture into the egg mixture and whisk until combined. Add the nutmeg and salt. Continue whisking until well blended.

Add 1 cup of flour and mix with a mixing spoon. Add the remaining flour and continue mixing to form a soft dough. Transfer dough to a floured counter and knead by hand for 3-5 minutes. Cover and let the dough rise until it doubles in size; about 1 hour.

In a small bowl, mix together the brown sugar and cinnamon; set aside. Return dough to a floured counter and press it into a rough rectangle. Use a rolling pin to roll the dough into 9 X 30-inch rectangle. Brush the melted butter across the surface of the dough.

Sprinkle the dough with the cinnamon-sugar mixture. Roll the dough along the long side to form a long, tight roll. Use a bench scrape or knife to cut the roll in half lengthwise so the cinnamon filling is facing up.

Spray a large cookie sheet or pizza pan with nonstick cooking spray. Start coiling the dough on the pan until all 60 inches are wrapped in a large spiral. Cover with plastic wrap and let rise for another 30 minutes. While dough is rising, preheat oven to 350° F. Bake cinnamon roll for 25-30 minutes; or until golden brown. In a small bowl, whisk together powdered sugar, vanilla and milk to form a smooth glaze. Drizzle glaze over the baked cinnamon roll.

Thursday, 17 March 2011

Roti Pertama Cik Yan - Basic Butter Rolls

Selama ni kan asyik duk buat cookies ngan kek je kan..jadi pada hari ni, Cik Yan buat roti lak memandangkan hari tu ada beli tepung roti. Cik Yan cari resepi yang tak guna bread improver dan jugak bread improver. Jadi hasilnya Cik Yan tak taulah jadi betul atau tidak sebab roti tu tengah panas..Kalu dah sejuk, dia tak keras dan liat, kira berjaya lah tu kot..

Gambar xde sebab Cik Yan kena menguli pakai tangan yer.  Tapi gambar selepas dia hampir disiapkan tu adalah. Maybe next time Cik Yan put in details ek..

Resepi :
300g tepung roti
4g garam
30g gula
40g butter
30g telur - pukul dulu (mcm telur ayam Cik Yan size L, jadi pukul dan timbang, amik utk adunan dan balance utk sapuan)
6g instant yis (letak air sikt biar 10 min)
150ml air

Ayak tepung, letak gula dan garam. Lepas tu masukkan telur, air, bancuhan yis tadi dan juga butter. Uli sampai lembut. Nanti korang google la yer cara menguli yang berkesan..Cik Yan uli sampai 20 min lelebih. Masa uli tu jangan lupa tarik2 dia pastu tolak ngan bawah tapak tangan kita biar dia jejauh..jangan risau..dia kan elastik dah. Pastu rasa2 dah nampak cam berkilat tu dan bila korang tarik2 dia x putus sangat, terus simpan dalam bekas yang dah disapu butter. Pastu peram/ simpan dan tutup ngan plastic wrapper ke, tuala bersih ke. Biar selama sejam ataupun adunan naik sekali ganda. Nanti bila dah naik tu..mesti best main2 ngan adunan tu..hehehe

Pastu korang buatlah bulat2 kecik. Macam Cik Yan buat leh dapat 12 biji pastu korang canai..Masa canai tu kan dah jadi bulat leper kan, korang amik (bayang sendiri ek) hujung bulat dedua dan jadikan macam kon. Pastu korang canai lagi..Nanti nampak lah sesuatu bentuk yang dari melebar ke tirus. Pastu korang start dari yang lebar tu gulung sampai ke tirus..Biar selama 30 minit atau naik sekali ganda lagi saiz tu dan sapukan telur atas tu. Pastu bakar pada suhu 180C selama 20 minit.


owh ku tersiksa..sempit ni camner nk membesar

Jeritan ku kedengaran, separuh pindah tray lain

Sedang mengalami proses pembakaran
Tukar tempat

Saya dah masak...




Dengan tertiba Cik Yan menjadi sangat lapar maka dengan segera mengambil nutela dan sapu pada roti. Alhamdulillah, macam ok je..heheh