Monday, 13 February 2017

Kari Ikan Masin (Tumis Darat)

Alkisahnya En Suami nak makan ikan masin berkuah tapi dia kata cuba masak selain dari masak lemak tu. Teringat nampak pek serbuk rempah kari ikan masin kat kedai langsung terfikir untuk cuba masak kari ikan masin tapi malangnya serbuk rempah kari ikan masin tu takde, jadi guna yang biasa aje.

Resepi adaptasi dari Sajian Dapur Bonda


Bahan-bahan

  • Beberapa keping ikan kering talang besar - dipotong kecil (anggaran 15 keping)
  • 4 biji ubi kentang saiz sederhana - dibelah dua
  • Nanas manis - dihiris
  • 3 biji cili hijau - dibelah dua memanjang (Jangan sampai putus)
  • 1 sudu besar pati asam jawa Extra ADABI - dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1 cawan pati santan - dibancuh dengan 3 cawan air
  • 1 sudu kecil perasa (jika suka)
  • Garam sekiranya perlu


Bahan-bahan dikisar:
  • 1 ulas bawang besar saiz sederhana
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 sudu besar (sudu makan) rempah ikan
  • Air secukupnya 

Bahan-bahan ditumis:
  • 3 ulas bawang kecil (bawang merah) - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • Halba 
  • 2 tangkai daun kari

Cara memasaknya
  • Rendam ikan kering talang di dalam air yang dicampur dengan garam kira-kira 30 minit. Proses ini adalah untuk mengurangkan rasa masin pada ikan kering talang. Kemudian basuh dan toskan.
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama ikan kering talang. Tambah air secukupnya supaya ikan kering terendam di dalam bahan kisar tadi. Masak sehingga mendidih dan naik bau.
  • Kemudian masukkan air asam jawa dan garam. Kacau rata.
  • Masukkan santan, diikuti dengan ubi kentang. Masak sehingga ubi kentang empuk.
  • Selepas ubi kentang empuk, bolehlah dimasukkan ikan kering dan hirisan nanas. Masak sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan cili hijau. Ketepikan.
  • Tumis Darat: Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bawang kecil , bawang putih, halba campur dan daun kari sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian tuangkan ke dalam periuk kari tadi. Tutup dengan tudung periuk supaya aromanya tidak keluar.
  • Sebelum menghidang, kacau rata kuah kari supaya bahan-bahan yang ditumis tadi bergaul mesra.


No comments:

Post a Comment