Sunday, 30 December 2012
Rawatan dalam pantang Spa Cintasari
Ketika memasuki trimester kedua kehamilan, Cik Yan dah decide untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh tempat Cik Yan selalu gi spa. Keputusan diambil sebab tak nampak atau jumpa memana orang yang leh wat rawatan dalam pantang dan sah2 majority yang ada cuma akan mengurut je.
Bagi Cik Yan, walaupun dari kecik besar kat bandar tapi tang pantang nak ikut style tradisional. Kenapa, mengapa? Entah.
Memula Cik Yan amik pakej untuk 2 weeks tapi bila dah bayar deposit, En Suami cakap kalau boleh commit, nape tak sebulan je maka esok harinya terus telefon Kak Su untuk tambah lagi 2 weeks. Wat kat rumah je kan bukan kena kuar rumah..
Pakej sebulan tu bukanla bermaksud sampai 30 hari tapi 18 hari je..2 minggu pertama, rawatan mengambil masa selama 12 hari dan 2 minggu terakhir pulak 6 hari. Setiap sessi rawatan berlangsung selama 4jam atau lebih..kalu baby baik, cepatlah abis..Peringatan..sila buat stok susu ek kalu breastfeeding..mudah keje.
Ni treatment dia..kalu nak lagi details, leh tgk link ni http://www.cintasari.com/services.html
Untuk ibu
Mandi Rempah Siram - Daun Asam Jawa, Serai Wangi, Daun Pandan, Mengkudu dan Daun Jambu
Bertangas Dupa
Bertungku Batu/ Tuam
Massage - Slimming Cream / Oil
Ikat Bengkong dan Barut - Disediakan
Jamu Akar Kayu (Kacip Fatimah, Mas Cotek, Serapat, Bunga Cengkih)
Untuk baby
Mandi Baby
Barut Baby Disediakan
Massage
Tuam - Daun Sireh
Treatment di Spa (ibu je..kalu baby..uiks..karang dah besar asyik nak ke spa pulak)
Facial whitening - em..Cik Yan tak suka facial..nak minta benda lain la..
Body scrub - ni memang suka dedulu
Seaweed treatment -
Flower & milk bath - halus gebu kulit nanti..sendiri puji la..
Tak taulah bila nak ke spa kan..macam tak sampai hati je tinggal Mia walaupun En Suami dah pesan gi bebila free untuk segarkan badan sebab Mia dah pandai minum susu dari botol (ayat sebenar adalah: Cik Yan dah rajin pam buat stok).
Secara keseluruhannya memang recommend la sesapa yang nak berpantang secara tradisional ni amik pakej sebegini..ongkosnya memang la buat terbeliak mata kan..tapi tulah gunanya money management..simpan duit awal2 jadi time kena bayar takdelah terasa sempit. Zaman skang..asal menyimpan Insya Allah boleh je kita dapat apa kita nak..
Memandangkan kita ni beranak sulung, macam2 leh tanya kat therapist tu, Iera. Dia tak lokek berkongsi ilmu dan kita pun tak rasa kekok nak tanya walaupun soalan bodoh. Most of the time Cik Yan dok tanya hal makanan la..Cik Yan sedang mengalami sindrom Pantang Tengok. Almaklumla, duk tengok tv pastu channel AFC lak tu, mulala nampak sedap je semua makanan tu..
Lupa nak citer, Baby Mia bukan main suka bila di tuam dan diurut..mentang2 dah pandai angkat kepala..nampak macam bos je kekadang takpun macam keadaan di dalam spa bebetul dengan jarinya bersilang bawah dagu dan lentok..aisy terasa macam Cik Yan lak sebab dalam spa memang suka wat gitu..
Friday, 28 December 2012
List makan dan minum selepas pantang..
Saje wat peringkat supaya terkawal permakanan jadi taklah naik mendadak setelah berjaya kurus skit dari sebelum mengandung...
Cukup 44 hari
Nasi lemak
Tiramisu buatan sendiri
Macaron Kak Rima
Chili crab - i dah leh mkn cili ke?
Udang nestum ke oat ke
Mee udang Mak Jah
Japanese Souffle Cheese Cake - ada masa ke nk wat? I just cant take my eyes on Mia Deena la..
Durian - eh..breast feeding blh ke mkn durian?
Durian crepe - tertiba perasaan ingin rasa datang...
Cukup 100 hari
Aiskrim Baskin Robin
Nescafe O ais
Laksa Mak Mah
Cendol
Rojak mamak
Kek aiskrim
Buah berangan
Tapai pulut - nak skit setelah setahun setengah berenti makan
Puding koktel
Creme brulee
Cream caramel
Kuih Gandus
Lepas 100 hari kira dah 3 bulan la kan..semoga Cik Yan rajin exercise jugak...
Friday, 21 December 2012
Baby Mia
Selama ni saje la tak pernah mention full name Baby Mia ni sebabnya takut tertukar lagi. Dulu Addeena tu bukan nama asal tapi nama lain yang memang dah dipersetujui En Suami tapi bila tengok macam2 ejaan, jadi confuse jap. Tu yang tertiba je tukar ke Addeena tapi lupa bagitau En Suami..Oh ya..bab nama memang En Suami serahkan kepada Cik Yan dengan syarat jangan nama pelik2, kebaratan dan biar ada makna yang bagus.
Lepas En Suami tau pasal Addeena ni, Cik Yan rasa senang hati skit pastu time dok sesaja layan la youtube. Masa tu terjumpa klip video Al Hijrah tapi sorry Cik Yan tak tau nama tapi siaran tu selalunya selepas ke sebelum waktu solat. Dalam klip tu dia ada cakap tentang Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan 4 puteri dan betapa beruntungnya pasangan suami isteri yang mempunyai 4 puteri.
Dalam tu, Cik Yan saja relate kan dengan nama Baby Mia ni. Mengikut beberapa rujukan Cik Yan, Nur Damia Addeena bermaksud Cahaya Keberkatan/ Kebijakan AgamaKu. Ya Allah, ketika itu rasa beruntung dan bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan ni. 4 tahun berumah tangga kemudian disahkan hamil dan anak pertama kami adalah seorang puteri.
Terlalu awal untuk kita merencanakan kehidupan Baby Mia tapi yang pastinya persiapan untuk Baby Mia di masa hadapan bermula di saat jantungnya berdegup. Semoga kami dapat memberikan yang terbaik untuknya dan Baby Mia dapat menjadi anak yang solehah, taat pada ibu bapa, hormat orang tua dan disenangi ramai dari segi tutur kata dan tingkah laku. Kami mungkin bukan yang terbaik tapi biarlah dia mewarisi apa yang baik dari kami dan tidak mewarisi sebarang keburukan kami. Selebihnya Allah Maha Mengetahui dan Allah la perencana yang terbaik.
Baby Mia mungkin berada dalam keadaan tidak susah tapi kami berharap Baby Mia tidak sombong atau alpa dengan apa yang ada..Semoga kami dapat berikan yang terbaik, tidak terlampau manjakan dia tapi tidak membiarkan dia kekurangan kasih sayang..Peringatan buat Cik Yan gak supaya tak terikut sangat perasaan nak wat birthday party la, barang branded la (???) sebab tau dah bila cakap je, En Suami mesti relakan aje...
Lupa...En Suami suka kacang macadamia..beli biskut famous amos mesti pesan nak yang ada macadamia..kalu Cik Yan buat chocolate cookies, mesti minta letak kacang macadamia tu sampai satu masa Cik Yan wat biscotti letak macadamia..Nanti Mia dah besar leh ar wat gurau yang nama dia dari kacang macaDAMIA...anak ayah kan...
Thursday, 20 December 2012
Pengalaman Bersalin
Ni Cik Yan akan mengomel je apa yang Cik Yan alami tapi sorryla kalau tak teratur..Cik Yan citer mana yang teringat je ek atau rasa macam kena share. Sebelum terlupa, Cik Yan mengandung sampai ke minggu ke 40 yer..
Masa nak dekat bersalin memang dok makan prune sebagai persiapan tak sembelit lepas bersalin. Teringat Cik Yan dah memalam leh Cik Yan mintak En Suami beli nescafe o ais kat mamak. Padahal dah tengah malam tu tapi En Suami tunaikan gak walaupun kedai mamak berdekatan tutup jadi kena carik tempat lain. Bila dapat, senyum tak sudah..2 hari lepas tu ada show sikit kat seluar jadi gi spital. Wat CTG ngan VE kot tapi baru buka 1 cm je dan contraction pun tak kuat mana (masa ni kan Cik Yan gi keje lagi tau tapi masuk lambat, gi makan dulu konon half day kan, sampai opis gi toilet terus gi spital) dan balik cakap nak nescafe o ais lagi tapi En Suami cakap dia watkan jelah..memang best. Malam tu lak pekena laksa Mak Mah ngan otak-otak kempas. Eh, meleret tapi takpe la..citer je..
Jam 1 pagi, terasa sakit yang kuat sikit dan ianya seperti period pain. Jadi Cik Yan senyap je sebab dah kata first baby akan amik masa kekadang sampai 5 hari untuk buka dengan besar. Cik Yan dok main mesej dengan kawan baik Cik Yan dan dia pesan untuk kira tempoh contraction tu..Dia cakap kalau selang 5 minit gi la spital. Jadinya jam 1 ptg contraction tu dah selang 5 minit tapi sakit tu boleh tahan lagi..Ala period pain je kan..lainlah sakit yang buat kita tak tahan. Maka Cik Yan leh duk makan tengah hari bersama En Suami dan anak buah lauk daging singgang dengan sambal. Best makan bertambah-tambah dan masih monitor contraction tu.
Memalam En Suami kuar jap cari kurma yang Cik Yan nak sambil carik cheezel sekali. Jam 8 malam wasap dengan kawan kelas dulu yang keje doktor. Dia pun kata dah sampai masa gi spital tu tapi memandangkan tak dinner dan cheezel tak dapat lagi, Cik Yan biar dulu. Masa yang sama gak, nurse Dr Ashar dok wasap tanya berita dan bila cerita terus dia cakap cepat gi spital. Kepada mereka ni Cik Yan jawab jap lagi sebab tak dinner dan masih tak dapat cheezel lagi. En Suami sampai rumah, dia suruh siap segera tapi Cik Yan cakap tak dinner lagi jadi dalam masa dia masak nasi Cik Yan makan cheezle sebanyak boleh.
Lebih kurang kul 10 malam baru gi spital dan Cik Yan terus dimasukkan ke labour room. Nurse kat situ tanya apa plan Cik Yan. Cik Yan cakap tak nak epidural dan apa saja sewaktu dengannya. Dia pesan amik etonox tu tapi Cik Yan kata tak pe..Tapi kan bila kul 2 lebih tu baru terasa sakit giler kat belakang pinggang dan En Suami kena urut selalu (ni korang baca kat previous entry la). Nurse pun ajar camner nak guna etonox tu tapi takde rasa beza pun. Cik Yan tido sampaila bila nurse kata nak check dan kul 4 lebih kot dia membesarkan laluan tu dan baru dia percaya bila Cik Yan kata etonox tu takde sebab memula tu dia kata Cik Yan salah sedut.
Cik Yan dok tanya bila Dr Ashar nak sampai spital dan rupanya dari jam 2 pagi lagi dia dah berada di spital dan akan turun jika kepala baby kelihatan. Sampai masa kena teran..ni yang terasa macam kelakar jap. Cik Yan buat pernafasan ala-ala pilates tu rupanya salah. Pernafasan itu cuma berkesan ketika menahan kesakitan ketika nak check laluan dan pernafasan untuk mengeluarkan bayi adalah dengan menarik nafas panjang dan teran ketika merasa sakit. Bab teran nila Cik Yan dok tanya orang sebab korang taukan kita meneran selalu kuar apa dan laluan itu adalah tempat lain kan. Masa dalam labour room tu lah baru kita merasa meneran tapi kuar tempat lain. Time baby nak hampir kuar tu tak rasa apa pun cuma berpandukan apa En Suami update dan masa Dr Ashar datang tu kira dah pandai la nak meneran siap cakap kat Dr tu cepat sikit sebab sakit dan dah ready nak teran. Secara jujurnya ada gak terasa nak je cakap suruh Dr operate je tapi masih ingat lagi Dr ni jenis galak lahir normal selagi tiada masalah. Oh ya..jangan lupa ek rasa je contraction pertama kali sentiasa la berzikir dan baca doa Nabi Yunus as tu sebanyak boleh. Jangan fikir sakit ke apa tapi fikir kita nak lahirkan bayi ini secara normal dan selamat.
Ok..balik rumah pantang sendiri dan menggunakan pakej post natal dari Cintasari spa. Spa ni la yang Cik Yan dok gi untuk memanjakan badan kan. Memang best. Citer lanjut kat entry lain la ek..
Memandangkan Dr cuma prescribe Ferum Sulphate, symplex (x makan pun sebab tak sakit) dan Duphalac..En Suami memberikan supplement lain untuk Cik Yan. Rasanya bagus gak untuk dikongsi kerana bukan pepandai tapi minta nasihat dari pharmacist.
Luka jahitan - Iodin (sapu kat maternity pad dan pakai seperti biasa. luka tu akan intact kat iodin)
Pil Kalsium - Pompuan bersalin perlukan banyak kalsium sebab masa mengandung kan kalsium kita di ambil oleh bayi
Gamat Healin Zaniplus - Merawat luka dalaman. (memula mintak En Suami Gamogen tapi pharmacist cakap akan effect ke bayi sebab menyusu badan)
Cik Yan tak gunakan memana pencuci wanita tu sebab pharmacist tu cakap akan mengakibatkan pedih pada luka dan pepaham jelah luka bersalin tu kat mana..
Ada masa dan ketika, najis kita leh jadi keras tau dan kita terpaksa meneran dan Cik Yan lak takutla meneran sebab takutj adi buasir kan..maka lembutkan najis tu dengan memakan Duphalac. Jangan memain ek..tukang urut Cik Yan citer boss dia dahla kena jahit bawah pastu c-sect dan kena sembelit..dok meneran sampai jadi buasir. Doktor siap nak operate tapi mujur leh di masukkan dengan cara bertungku, duk atas thermal blanket semua.
Oh ya..tang pantang lak..Cik Yan amal cara tradisional dan moden gak. Amalkan minum air yang banyak, makan buah dan sayur supaya tak kena sembelit, badan sihat. Kalau ikut cara tradisional, air leh minum takat 2 ruas jari je..dan hasilnya sembelit la korang. Konon orang tua cakap nanti urat kembang la semua tapi sebenarnya kalau kita berurut, nak risau apa. Sanggup ke amik risiko ke buasir semata takutkan urat kembang..Kalau menyusu anak..kita cepat dahaga tau dan cara nak banyakkan susu pun kena banyak minum air..Takkan pasal nak ikut sangan tradisional sanggup kita bagi susu formula kat anak padahal kat kilang susu kita tu ada cuma tunggu pelincir je. Lainla dah usaha memacam tapi susu takde tu barulah kita beralih kan.
Lupa, masa kat spital pasal kolustrum tak kuar, hospital rakan bayi akan tengok kadar gula dalam badan bayi camner. Dorang takkan semudahnya bagi susu formula sampai la satu masa tu kalau gula dah turun, bayi harus disusukan..Relakan je tau..jangan pasal nak susu badan korang sanggup biar bayi kita lapar..Secara normal kolustrum atau susu akan kuar dalam masa 3 hari kita bersalin takkan korang sampai hati biar dia lapar kot. Setiap kali dia pas menyusu formula, bila bayi dekat ngan kita, pastikan dia hisap puting badan supaya badan kita dapat stimulate dan menghantar signal ke otak. Niat dalam hati susu formula sementara saja dan yakin susu badan kita ada untuk bayi.
Ada gak orang tua akan cakap "Eh, susu badan sikit kot, bayi tak puas" biarkan aja kata-kata itu. Bila susu formula, bayi memangla jarang menyusu sebab perut dia dok bersusah payah nak hadam susu tu tapi dengan susu badan lak..cepat je proses tu yang bayi lapar..dan kata dalam pantang..apa salahnya bagi bayi menyusu selalu..bonding time kan..jangan kata tak cukup rehat bagai..masa menyusu badan pun leh tido kan...
Apa lagi ek nak share..kalau teringat Cik Yan buat another entry la..
Tuesday, 18 December 2012
Hadiah dari En Suami
Masa dia tanya nak ke tak..Cik Yan leh lagi tanya pasal keta lain tapi memandangkan Cik Yan pun tak pandai sangat pasal spec keta ni..Cik Yan pilih jelah keta ni. Tahun lepas dah test drive pun dan memang berkenan abis tapi En Suami dok cakap kalau beli macam la drive sangat jadi terus Cik Yan senyap. Kali ni memang dia pun kata takkan cakap pape dan marah jika tak drive. Wah apa lagi..peluang dah datang jangan lak di tolak..
Skang ni tengah pikir lak warna apa sebab rasa2 macam takde warna merah untuk spec yang En Suami nak beli. Takkan pasal warna, kita nak lupakan kemampuan kita takat mana kan. Jadi tengah menunggu En Suami balik untuk tunjukkan warna yang ada. No plat pun En Suami nak yang Cik Yan suka..Jadi ada tiga pilihan iaitu birthday Cik Yan, tarikh akad nikah kami takpun birthday Mia. Tapi karang kalu ada rezeki anak lain takkan nak beli keta lain lak sebab kena bagi adil letak birth date tu kat keta kan..Tengok jelah mana yang dapat..
Next week birthday En Suami, patutnya Cik Yan la pikir nak bagi apa kan tapi dia pulak nak bagi hadiah..terbayang dah Cik Yan mem baking kek kegemaran dia. Last year time birthday dia baru kuar spital sebab minor surgery kan jadi Cik Yan tak buat kek pun cuma buat congo bars yang akhirnya memang dia suka sangat. Kali ni Insya Allah nak buat kek kegemaran dia dan rasanya boleh kot duk dapur sebab ada kakak orang gaji kan..
Nilah keta idaman..tak kirala orang nak cakap keta lama ke apa ke..yang penting kita yang pakai, kita yang bayar...bonet dia luas tau sebab hari tu memang dah cakap keta kena ada bonet yang luas sebab balik Besut sure banyak barang Cik Yan dan ni dah ada Baby Mia..lagilah penuh bonet kan..
Monday, 17 December 2012
En Suami...
Selama ni, bukan la taktau betapa sayangnya En Suami pada Cik Yan kan. Kalau ada rezeki lebih dan time tu lak tertiba ada benda baru atau teringin makan pape, mesti dia akan penuhi kehendak semua tu. Tapi kadang-kadang kita jadi lupa sebab datang rasa "ala kebetulan tu..takpun ala kalau dia tak bagi pun, kita nak sangat, leh beli sendiri..."
Time mengandung, banyakla pantang larang dia sampai ada teman cakap jangan manjakan diri, buat keje rumah semua tapi En Suami akan cakap, kalau jadi pape pada Cik Yan, bukan teman tu yang susah tapi dia sebagai suami. Biarlah orang cakap apa pun, bagi dia selagi Cik Yan ikut cakap dia, dia rasa senang hati dan mudah nak buat keje. Tu yang start dengan weekend cleaner semua tu sebab taknak En Suami risau.
Saat menanti masa untuk melahirkan Mia, hati terusik sikit bila dengar dia cakap kat nurse tu, "saya tak mampu nak watpe..kalaula leh share sakit dia ni, saya sanggup amik semua". Asal Cik Yan mintak dia urut belakang pinggang untuk legakan sakit, cepat je dia buat walaupun sampai satu masa tu tenaga dia dah berkurangan dan dia mengantuk amat sangat. Masa tu pulak, mana leh urut pelan, tak rasa apa sampai la dia urut dengan botol air..lega rasanya.
Saat kena meneran tu pulak, tak abis2 dia bagi kekuatan, dorongan tapi ada masa tu Cik Yan rasa macam nak je cakap kat Dr Ashar tu operate jelah..Heheh. Tulah degilkan..tak amik epidural langsung dan awal2 dah bagitau nurse Cik Yan tak nak. mana tau nanti ada pulak kuasa veto yang buat keputusan kan..baik khabar awal.
Apabila kena tumpah darah lepas lahirkan Mia tu, rupanya keadaan tu menggusarkan dia tapi Cik Yan tak nampak. Dengan keadaan kami yang tak pandai nak attend Mia yang masih kecik tu rupanya dia dah kerisauan yang amat dan dia berkongsi rasa dengan abangnya. Masa tu Cik Yan tak tau lagi sebab memang dia cover abis.
Keesokan hari ketika dia meluahkan segalanya, Cik Yan dengan lantas mencantas dan membangkang segala idea dia. Itu membuatkan dia bertambah rasa tertekan dan risau dengan Cik Yan. Teman rapat Cik Yan pada mulanya sokong gak Cik Yan tapi bila mendengar alasan En Suami, dia pun macam bersetuju. Abang dia? Memang menjadi tempat Cik Yan mencari alasan sebenar dan akhirnya Cik Yan bersetuju. Tapi sudahnya, En Suami sendiri yang menarik keputusannya. Bila masa yang sesuai, Cik Yan tanyalah nape kan..ketika tu rasa nak tumpah air mata atas kasih sayang dia.
Mungkin ramai lagi yang baik kan tapi dah suami Cik Yan ni En Suami sorang kan, jadi bagi Cik Yan apa yang dia buat ni memang menyentuh perasaan abis. Dia nakkan yang terbaik untuk Cik Yan tak kira apa, masalah nak berikan yang terbaik bukan halangan bagi dia asalkan Cik Yan dapat yang terbaik.
Betul la yang Cik Yan cakap kat teman rapat Cik Yan dan adiknya..masa bersalin tu terasa betapa sayangnya suami pada isteri dan segala sakit kita ketika mengandung, bersalin terubat dengan kasih sayang yang dia tunjukkan. Kira time bersalin tu nampak la dengan mata besar kan..kalu tak asyik la nak fikir bebukan kan..
Ni lagi rasa best sebab time berurut En Suami call cakap nak tukar Si Besar dan tanya pendapat tentang kereta pilihannya yang dulunya Cik Yan suka sangat. Tapi kali ni ada keta lain lak yang Cik Yan suka dan dia cakap dia ikut pilihan Cik Yan selagi within the budget. Bila cakap biar En Suami pilih sebab Cik Yan tak drive long distance, En Suami janji takkan cakap pape. Wah..suka suka suka..Dulu bila Cik Yan berangan pasal keta, dia selalu tanya Cik Yan akan drive selalu tak, auh mana nak bawak..tu yang buat takut nak cakap pasal my dream car. Jadinya kalu sungguh rezeki tu milik Cik Yan...Besar berganti dengan XV takpun Teanna...xpun...x tukar pun...
Sunday, 21 October 2012
Penapis Santan
Hari tu ada orang ibaratkan aliran duit keluar ibaratkan santan yang mengalir dari penapis. Makin besar penapis tu, makin banyak santan yang boleh keluar dari situ. Dari segi rasional nya..setuju..samala dengan perumpamaan makin besar periuk nasi, makin besarla permukaan kerak..Tu peringatan sesesorang dalam menguruskan kewangan atau kehidupan
Tapi Cik Yan fikir-fikir balik..Cik Yan tak setujula dengan pernyataan tu sangat sebabnya..kita lagi kena ingatkan mereka yang mempunyai kelapa parut yang banyak tapi penapis nya kecil saje. Sebab nak santan yang banyak, dia dok push penapis yang kecil sampai patah penapis dan terpaksa meminta bantuan. Ok, mungkin tak minta tapi orang sekeliling tak sampai hati dan terus menghulurkan penapis mereka.
Ada jugak penapis santan dia besar sangat tapi dia pandai..dia menggunakan bekas yang kecil untuk menakung santan tu..jadi ketika menggunakan penapis tu, dia berhati-hati supaya santan tidak keluar dari kawasan yang tidak mempunyai bekas tu..Selalunya orang yang mempunyai penapis yang besar lagi bijak menggunakannya banding dengan orang yang mempunyai kelapa yang banyak tapi tak punya penapis yang sesuai. Maksudnya ramai orang yang punya keinginan yang melampau (nak baju up to date, barang kemas, bisnes itu ini) tapi tak punya modal yang cukup atau kemampuan tak setanding keinginan yang ada.
Ada keadaan ni, duit dia kuar ibarat air mengalir tapi bila di tegur, dia mengatakan jumlah itu kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh orang yang menegur..Tapi pada hakikatnya, kerana jumlah kecil itulah, benda perlu seperti bil air, letrik, telefon semua tertunggak. Dia tak sedar orang yang menegur tu berbelanja setelah mendapat duit lebih (dah bayar ansuran rumah, keta, utilities, saving).
Lagi satu, jangan kita terlampau mengejarkan investment sana sini sehingga benda wajib ada jika mampu tidak kita miliki. Ada duit, beli rumah..tak kirala kecil atau besar tapi ikut kemampuan. Jangan terlampau beli yang mahal sehingga duit bulanan abis pada ansuran dan kita tidak dapat menikmati nikmat yang lain kerana duit tak cukup.
Bagi Cik Yan, jika kita ada RM 10K dalam tangan, belanjala separuh atau invest atau nak renovate pape pun..selebihnya simpan supaya jika keadaan mendesak, kita ada lagi bakinya. Jangan kita abiskan kesemuanya pada barang, renovate ke apa tapi bila nak menikmati hari seterusnya kita kena berpinjam atau ikat pinggang..
Jangan terlampau menyimpan di fund yang kita terikat dengan syarat tertentu seperti buat ASB loan, unit trust sampaikan mengacau komitment apabila kita nak membuat pinjaman perumahan atau kereta. Unit trust tu ok..tapi janganla abiskan semua duit simpanan kita dalam tu..kena fikir jika keadaan kecemasan, boleh ke kita kuarkan sekelip mata? Simpanla dalam akaun bank lain, jangan asyik memikirkan pulangannya tapi fikir kalau nak kuar duit ketika keadaan mendesak, senang je..Tapi janganla pulak asyik kuar duit pasalnya nak samakan diri dengan orang lain dari segi barang kemas, pakaian semua..
Kalau duit banyak sangat kan, Cik Yan fikir baik beli rumah ataupun istilah En Suami pelaburan tak mati..maksudnya beli rumah pastu leh bagi sewa..kalau beli tanah banyak2 tapi tak plan wat pape..kan ke rugi..lainlah beli tanah pastu buat rumah pastu duduk..takpun sewa..monthly dapatla pulangan. Ataupun cari tanah yang strategik dan sewakan pada Felda ke Risda ke..jadi dapat gak duit..hehhee
Dulu Cik Yan rasa diri kami ibarat kerdil bila di asak orang tentang perbelanjaan..En Suami tu sampai ada orang datang kat Cik Yan perlekehkan dia..tu lum lagi yang dok perli2 Cik Yan pasal En Suami dok belikan barang..Cik Yan cuma leh cakap Cik Yan akan kepoh apa yang kami beli..tapi sesekali Cik Yan takkan kepoh atau citer tentang plan simpanan kami. Biar orang sangka buruk pada kami tapi pada hakikatnya orang tu jauh dibelakang dari kami. Okay..ada orang kata patutnya En Suami ada sekian-sekian..tapi semua harus sedar sekian-sekian itu dia laburkan untuk masa depan ibunya dan keluarganya sebelum kami berkahwin..nak kutuk dia lelebih? apa korang buat?
Cik Yan suka dengan apa yang ada adik sorang tu citer dalam blog dia..bermewah tak salah jika kita boleh tapi tak lah sampai ikat pinggang..Kita keje, nikmatila hasil titik peluh kita skang..jangan asyik kata nak nikmat pada masa hadapan, watnya umur pendek camne..TAPI jangan la pulak tak bersiap untuk masa hadapan sebab nanti bila kita dah tua..takkan nak duk keje lagi kot pasal masa tu kita baru terhegeh-hegeh nak beli rumah dengan keta..
Resepi pantang lagi
PERIA MASAK ASAM
Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan.
Info: Pengambilan peria dapat membantu ibu dalam pantang yang mengalami kesukaran membuang air besar, disamping menambah susu ibu.
Ia juga membantu membersih dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh jika diamalkan.
AYAM MASAK KERING
Bahan-bahan:
200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.
Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.
Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.
PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.
Doa untuk wanita yang akan melahirkan anak..
Surah Al-A'Raaf: Ayat 54.
Terukir Di Bintang
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
>>>> {En Suami kata, ada rezeki dapatla asalkan anak appreciate}
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
>>>> {Mak bapak mana la yang tak nak berusaha untuk bagi yang terbaik untuk anak}
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
>>>> {Walaupun ada rezeki anak yang lain, kasih sayang tetap sama apa ntah lagi anak pertama ni di tunggu sekian lama, datang mu pulak dengan pelbagai rahmat, murah rezeki kami, permudahkan perjalanan kami}
Hati ini bukan milik ku lagi
>>>> {Hati kami untuk kamu Mia dan jika ada rezeki untuk adik2 jugak}
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
>>>> {2 tahun kan kami menantikan kamu sebab tempoh 2 tahun tulah yang baru kami berusaha jumpa doctor semua tu, 2 tahun terawal tu kami bersukaria sambil berkata ada rezeki kami terima kamu dengan hati terbuka}
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
>>>> {Kami akan berusaha untuk memberikan segala yang terbaik untuk Mia dan adik2 dan hati kami penuh dengan kasih sayang buat kamu dan adik2 nanti}
20th Oct 2012
Kuar je dari bilik Doctor dan sambil tunggu lif, update En Suami apa yang Dr Vijay jawab tentang semua soalan Cik Yan. Sebelum dia tanya lebih lanjut..terus Cik Yan whatsApp gambar baby dan terus dia melafazkan kesyukuran sebab berpeluang untuk menatap wajah baby dalam kandungan tu.
En Suami : Baby Mia wat pe tu..
Cik Yan : Em..hisap jari kaki.
En Suami : Berat dia? Dr Vijay cakap apa
Cik Yan : Berat 2.3kg, position sujud..memang dia dah ready in delivery position..
En Suami : Dr Vijay cakap apa lak pasal mama dia?
Cik Yan : Bp ok, kandungan gula semua ok, uri terletak, baby dah penuhkan ruang..
En Suami : Hidung nampak macam mancung
Cik Yan : Eh, dah hidung kita pun mancung..boleh la dia pun mancung gak kan...
En Suami : Muncung macam mak dia...
Cik Yan : Dia marah Dr Vijay sound dia hisap kaki (dalam hati, alamak masa awal2 dulu mulut Cik Yan muncung ke..jangan baby terikut sampai besar sudah).
Hari ni, genap sebulan lagi tinggal mengikut perkiraan jangkaan Dr Ashar.. Ingatkan kalau lewat ke 27 Nov kan best..Hari tu date kitorang couple dan Alhamdulillah sampai ke ikatan perkahwinan. Tapi kalau Mia kuar awal pun takpe asalkan En Suami dah balik, barang2 semua berjaya dilengkapkan..
Saturday, 13 October 2012
Resepi ketika pantang
Sebab kita pun jenis yang suka mencuba dan mencari..apa kata kumpul resepi ketika pantang supaya ketika sampai waktunya, banyak pilihan menu ada dan kita boleh pilih ikut keadaan tekak kita nak makan apa time tu kan..Cik Yan jumpa resepi ni dari blog Teratak Chetam..semoga Allah membalas di atas kesudian beliau berkongsi resepi ni dengan semua..
Resepi ni kiranya persediaan untuk En Suami la..sah-sah dia yang kena masak nanti since dia cakap nak jaga Cik Yan dan baby di sepanjang tempoh berpantang. Jadi dari dia kena dok mencari sana sini..apa salahnya Cik Yan list sikit-sikit..Orang nak tolong kita..kita cari la jalan permudahkan dia kan..
Ayam Halia Kukus
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan
Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.
Ikan Masak Pindang
2 keping ikan merah/ tenggiri (yang dah siap dipotong tu)
2 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
10-15 biji lada hitam (ditumbuk)
garam secukup rasa
1-2 keping asam keping (asam jawa pun boleh)
2 cawan air (agak-agak la jangan banyak sangat)
1/2 cm isi kunyit segar (ditumbuk)
Potong bawang merah, bawang putih dan halia nipis-nipis. Sediakan air dalam periuk kemudian masukkan semua bahan-bahan kecuali ikan. Bila dah mendidih masukkan ikan. Akhir sekali masukkan garam mengikut rasa.
p/s Halia dan bawang putih tu lagi banyak lagi bagus, untuk buang angin.
Lada hitam tu kalau anak menyusu badan, hendaklah dikurangkan sikit.
SUP LOBAK PUTIH – Utk Menambahkan susu (Cina)
1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan.
Ikan bilis masak lemak lada hitam
Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam
Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam
Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak
Ikan Panggang Halia Muda
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Cara
1. Lumurkan bahan perap pada ikan. Perap selama ½ jam. Kemudian panggang ikan hingga masak.
2. Tumis bahan B hingga naik bau. Tabur atas ikan. Siap untuk dihidang.
Petua Orang Tua : Orang-orang Melayu memperakui halia salah satu herba serta ubat tradisional yang mempunyai banyak khasiat iaitu dapat membantu penghadaman, melembutkan perut, mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani, membuang angin, menghilangkan bau mulut, memanaskan badan dan melancarkan perjalanan darah.
Ayam Kukus Cuka
Bahan A (diperap sebelum dikukus)
8 potong ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 cm halia – ditumbuk
Garam secukupnya
Bahan B
3 sudu makan cuka
30 gm ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
Cara
1. Lumurkan ayam dengan bawangputih, halia dan garam. Perap ayam selama ½ jam. Kemudian kukus hingga masak.
2. Tuangkan cuka dan tabur ke semua bahan B ke atas ayam. Kukus sekejap lagi dan boleh dihidangkan.
Petua Orang Tua : Masakan mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin keran cuka dipercayai dapat mengecut perut dan rahim.
Sup Sayur Campur
Bahan
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
50 gm suun
40 gm kek ikan
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak
Cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Masukkan suun. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.
Petua Orang Tua : Walaupun ada yang mengatakan ibu selepas bersalin tidak digalakkan menikmati makanan berkuah, tetapi harus diingat masalah sembelit mudah berlaku sekiranya mereka hanya ingin mengamalkan makanan kering. Sayur-sayuran tetap diperlukan oleh setiap ibu yang sedang berpantang.
Sape yang menjengah blog Cik Yan ni..harapnya leh ar berkongsi ilmu tentang pemakanan ketika pantang. Boleh ke makan makanan yang bergoreng atau berminyak?
Eggplant Parmesan
Terbayang lagi ketika menyaksikan Carlo menunjukkan cara bagaimana untuk mengajar anak kecil nya supaya suka makan sayur di dalam rancangan Kitchen Boss. Walaupun makanan ni nampak kurang healthy tapi kalau sesekali dan di ikuti dengan aktiviti pembakaran kalori..boleh kot bagi anak kita makan..Kata untuk menjadi seorang ibu bapa harus kreatif kan dalam menyediakan makanan anak-anak kita..
Ni resepi yang Cik Yan tengok dan terus rasa bagusnya kalau dapat bagi anak-anak kecil makan nanti..kita tengok dia suka ke tak.
2 | medium-large eggplants, peeled |
2 | cups Breadcrumbs |
1/2 | cup grated parmesan plus 6 Tablespoons |
1 | cup all purpose flour |
6 | large eggs, beaten with 1/2 cup grated parmesan cheese |
12 | ounces sliced mozzarella |
6 | Tablespoons grated parmesan |
3 | cups favorite marinara - <<<guna sos prego je senang |
Olive oil as needed for frying |
- Cut eggplant into 1/4" rounds. Salt liberally and allow to weep set in colander for one hour. Press eggplant dry between paper or tea towels.
- Preheat oven to 375°, middle rack. Lightly oil a shallow glass or ceramic 9" x 13" baking dish and cover bottom with a layer of marinara sauce. Combine breadcrumbs with the half cup parmesan in a pie plate. Set up dredging station of flour, beaten eggs, and breadcrumbs.
- Heat a large skillet medium-high. Pour in enough oil to come 1/4" up the sides. Dredge eggplant in flour, tapping off excess, then egg, dripping excess into plate. Coat in crumbs. Fry in hot oil, adjusting heat accordingly, until golden brown on each side. Set cooked eggplant to drain on paper towel-lined baking sheet. Lightly salt one side of the eggplant.
- Place an overlapping layer of eggplant in the sauced baking dish. Sprinkle on two tablespoons of parmesan. Ladle over another layer of sauce. Cover with a layer of mozzarella. Repeat layer of eggplant, parmesan, sauce, mozzarella, and finish with two more tablespoons of parmesan.
- Bake until cheese is hot and bubbling and dish is hot throughout, approximately 20-30 minutes. Let stand 10 minutes before serving.
Weekend
Tapi anda sakit..x pun anda xleh drive atau partner anda xde
Tapi ni weekend la..
Dah seminggu penat keje..
Apa anda nak buat?
Mengeluh kebosanan?
Marah partner anda???
Saya tak..Alhamdulillah tak pernah rasa marah akan ketiadaan dia..
Alhamdulillah tak pernah rasa kebosanan/ tension..sedih pilu sebab xleh kemana-mana
Lagi lak skang ni..
Skang saya dok menikmati weekend saya dengan...
Melayan AlphaBET saya..
Menemani mereka melepak di balcony..
Ngadap dorang makan wetfood
Bergolek dengan dorang...
Happy rasa...
Bermakna sungguh weekend saya
Walaupun tidak kemana-mana
Walaupun tak dapat makan kat luar
Yang penting..
Saya berjaya menggembirakan diri saya..
Tidak membuatkan si Dia rasa bersalah..terbeban dengan kejanya..
Dan dia sentiasa mendoakan keselamatan, kebahagiaan, kesihatan saya tak kira masa..
Dan yang membuatkan saya terasa bahagia dan teruja sangat apabila dia mengatakan yang dia harus lebih rajin mengerjakan solat hajat dan solat sunat yang lain supaya dipermudahkan proses bersalin nanti...
We (Cik Yan, Alpha, Beta & Baby Mia) love you so much.
List utk suami tercinta
Semalam sakit tu tak hilang gak..biasanya sejak pregnant ni kalau bangun kul 5am rasa tak sedap badan, Cik Yan akan tido balik sampai la kul 6 lebih (ikut bila Alpha kejut) selalunya memang rasa segar dan leh siap gi keje tapi yang kali ni memang x nampak bayang opis la. Mula risau macam-macam sebab sebelum tu terbaca kawan ni admitted la due to mild contraction, adik sorang ni lah doctor operate sebab kedudukan bayi melintang ke apa (songsang faham sgt la tapi smpi operate sebelum masanya..mesti ada pape). Tapi Baby Mia aktif je cuma Cik Yan perasan dia lebih kepada belah kiri dan tidak di tempat yang sakit.
Kebetulan kapal En Suami ada kat port..kesian dia..dahla tengah penat kena menghadap drill melibatkan DOE, APMM semua tu dapat lak tau Cik Yan tak sihat. Mujur mak abah ada kalau tak, sian dia sure tak senang buat keje. Dalam masa Cik Yan berehat, rupanya dia dok WhatsApp tanya nak dia balik awal tak. Ikut plan asal balik dalam minggu raya haji tapi Cik Yan cakap tak perlula sebab keadaan takla teruk mana.
Rupanya syarikat dia dah mencari pengganti dan bebila masa En Suami boleh cuti memandangkan mereka tau keadaan Cik Yan skang.
Cik Yan lak terasa awalnya kalau dia balik skang sebab barang baby hampir siap semuanya dan Cik Yan pulak ada lagi sebulan dari tarikh jangkaan bersalin kan. Karang cuti awal, dia kena gi keje awal lak, kan tak best..Jadi okayla memandangkan keadaan tak memaksa, En Suami akan terus bekerja tapi penggantinya dah diberitahu supaya sentiasa on stand by jadi bebila En Suami nak balik..dia leh balik. En Suami pesan dalam masa ni siapkan list barang yang Baby Mia lum ada lagi dan apa yang Cik Yan nak sebelum dan selepas bersalin..Terasa indah yang amat sangat bila dia cakap tak sabar nak menjaga Cik Yan dan Alphabet dan menunggu masa Baby Mia lahir ke dunia dan menjaga kami dan rumah kami..
Jadinya..ni jelah list yang tinggal kot..ingatkan weekend ni dapatla shopping tapi dah tak sihat..better dok rumah je dari merisaukan semua orang yang terlibat dengan Cik Yan.
- Baby tub with hammock
- Toiletries for baby (mcm nak Johnson..tapi Pureen pun ok gak kan), bedak, lotion
- Cotton bud, cotton yg gulung2 tu untuk wipe time Baby Mia poo poo tak pun wee wee. Cotton wipe yang mcm wet tissue tu rasa cam tak practical kalau utk kegunaan kat rumah
- Minyak telon ke minyak yuyi limau
- Pampers baby
- Mainan Baby Mia (En Suami kata nak gak walaupun Cik Yan cakap time baby meragam, sua kan je Alpha kat baby) - ni nak cari warna merah pasal tak jumpa la Cik Yan tak beli-beli
- Cadar extra untuk tilam playpen dengan set tilam lagi satu tu
- Bedung baby
- Durian..
- Butter prawn/ nestum ke oats prawn
- Chili crab kat tmpt Cik Yan suka
- Nak makan ikan bakar kat Ikan Bakar Ana petai (ni samada En Suami tapau kat Tg Lumpur ataupun gi mkn kat Bangi tu)
- Menu untuk pantang (decided time pantang, En Suami jaga tanpa kacau mak abah sebab time dorang bermula bila Cik Yan keje..lagipun anak kan terjadi hasil suami isteri kan..watpe kacau dorang)..
- En Suami nak pasang besi halus cepat-cepat untuk keselesaan AlphaBET jadi dorang leh menikmati udara segar di balcony
- Tilam untuk Cik Yan berurut ataupun lepak depan TV..
- Set dvd korean/ japanese (ni macam tak applicable je kalau En Suami ada rumah)
- Jual Ogawa dgn Treadmill (sape nak beli...Cik Yan nak exercise pakai bola dgn pilates je pasni..jadi lapang giler rumah nanti)..
Tuesday, 9 October 2012
Yeah..Blackwood dari Sri Gombak...
Sekali sms di terima dan tadaaaa...makanan AlphaBET sampai sudah...
Lega rasa..Baby Mia pun dari sejak dapat sms tu bukan main aktif lagi. Cik Yan lagi la happy sebab Beta tak sempat la mogok lapar. Teringat masa dedulu bukan main susah nak carik Blackwood pastu Beta langsung tak nak jamah makanan yang lain. Mujur ada stok wet food tapi jenuh la nak membeli sebab sekali buka untuk sekali makan kan jadi sehari kena bagi 3 tin..
Meh nak kempen jap..dulu En Suami selalu tanya nape bulu Alpha tak macam Beta..tapi sejak dorang makan Blackwood ni, ekor Alpha cantik sangat..bulu yang lembut bertambah lembut lagi.
Sempat gak Cik Yan baca komen seorang bekas pekerja pet shop. Rasanya pengetahuan dia tentang pemakanan kucing sangat bagus. Dia cakap Royal Canin ni memang sah mengandungi lemak binatang yang haram tapi dekat packaging dia cuma letak animal protein melainkan kat jenis regal fit memang terang2 letak nama binatang tu. Lagipun ikut logik la dia cakap kalau satu bahan mengandungi benda haram ni sah bekas nya yang lain pun terkena benda ni gak kan..Lagi satu dia cakap mentaliti orang kita asalkan benda mahal je konon bagus padahal RC ni rupanya mengandungi perasa tu yang kekadang kucing mengalami masalah untuk bertukar kepada makanan lain..Yelah tu..macam kes Beta..punyala susah nak terima makanan lain (Alpha tu telan la jugak Iams)..
Apa pun...suka sangat..dapat dah penjual Blackwood yang berdekatan pada harga yang munasabah dan tadi pun dah beli stok 6kg..jadi masa pantang takyah fikir kot makanan dorang ni..Jangan tertiba AlphaBET taknak makan Blackwood sudah..bagi nasi je karang dengan ikan kembung rebus..Hahaha..
Saturday, 6 October 2012
Prenatal Pilates- im loving it
Ni tak best sangat..sebab berdiri kan..hahah
Ni best untuk core muscle..terasa relax sikit pasal ada bantal kan...
Satu badan punya.tapi suka sebab pakai dumb bell kecik tu
The best one...
Tak jadilah nak exercise atas treadmill balik..baik pilates je..kalau rajin, berdiri, kalau malas buat sambi baring atas katil pun boleh..yang penting Cik Yan tak malas la..
Pas bersalin kita kembali susun workout schedule sebab dengan cara pemakanan sihat dan exercise, Insya Allah badan kita segar kembali kan..lagipun Rasulullah SAW pun suruh umatnya bersenam kan..
Ragam AlphaBET
Beta mengiau time Cik Yan masak air :
maknanya kenala bancuh susu untuk dia dan kalau air terlampau panas, Beta akan ke hulu hilir dulu pastu abiskan susu sekali hadap..Tapi kalau air suam..dia akan minum berulang kali atau erti kata yang lain susu lambat abis.
Alpha mengiau time Cik Yan tido :
Dulu tak faham tapi lately terasa dia nak mengajar Cik Yan supaya bersedia untuk berjaga tak tentu masa untuk melayan Mia. Bila Alpha mengiau, Cik Yan ajak dia baring dan tepuk dia..kekadang Alpha ajak bermain-main dan gigit rambut. Tapi selalunya Cik Yan berjaya buat dia tido..
Mainan bersepah depan pintu kayu :
Cik Yan balik lambat sangat la tu sampai standby memain depan pintu. Dulu masa ada carpet depan pintu, abis bergulung carpet tu sampai Cik Yan takleh buka pintu..
Beta bawak mainan ke mana Cik Yan ada :
Beta sangat pandai tau..dia tau keadaan Cik Yan jadi kalau dia terasa nak bermain dengan Cik Yan dia akan membawa mainan kegemaran dia kepada Cik Yan sambil mengiau..Jadi Cik Yan faham la dan masa tu memang bila di layan, nampak la dia buat somersault semua. Alpha pun akan join sama jadi kekadang berlaku perlanggaran udara sebab dedua melompat macam tupai.
Alpha pukul dahi Cik Yan sambil baring berdepan muka Cik Yan :
Tu maknanya sampai masa untuk Cik Yan meninggalkan katil atau Cik Yan dah melepasi masa paling lewat meninggalkan katil. Biasanya waktu keje, alarm Cik Yan berbunyi pada pukul 5.30am jadi Cik Yan akan terjaga jap dan kadang2 pejamkan mata kembali tapi kalau dah melepasi 6.15am, Alpha akan memainkan peranannya..
AlphaBET dok berdekatan kawasan keje Cik Yan :
Maknanya tu Cik Yan tengah mop lantai tapi Cik Yan tandakan kawasan laluan dengan kerusi makan. AlphaBET akan berada di kawasan kerusi itu supaya Cik Yan lalu di kawasan yang sepatutnya. Skang ni dah tak panggil dah cleaner sebab Cik Yan dah masuk 8 bulan kan jadi dah bolehla wat apa yang patut tapi lebihkan tumpuan supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada diri dan menyusahkan En Suami dan keluarga Cik Yan.
AlphaBET berkawal kawasan dapur :
Tu maknanya Cik Yan baking..dorang takkan berganjak sampaila oven di tutup. Kekadang Alpha akan masuk ke dapur dan memerhatikan oven yang sedang membakar sesuatu. Mereka akan tido jugak kat tepi-tepi tu kalau Cik Yan tak kuar dari dapur.
Em..tu je yang ketara sebab yang lain tu memang macam perangai kucing biasala kan..Beta suka urut Cik Yan sambil kekadang macam memain kat perut ketika Mia dok bergerak2..kalau gerakan yang kuat, Beta akan duk diam atas perut dan seakan berkomunikasi dengan Mia sebab kaki dia akan bergerak mengikut arah Mia..
Harapnya baby Cik Yan nanti takdela masalah dengan AlphaBET..risau gak bila ramai mengatakan baby mudah kena lelah jika terdedah kepada kucing tapi kami hanya mampu berdoa. Banyak jasa AlphaBET di sepanjang kehamilan ni dan pastinya kami tak mau ketinggalan mengecapi saat indah Baby Mia tanpa AlphaBET.
Sunday, 30 September 2012
Bubye kempen Kusama
Lagi satu perangai lak, kalau En Suami offer sesuatu secara tertiba dan Cik Yan terima, mula la nanti akan ada episod kesinambungan offer tu nanti..Pertama kali di offer, kali kedua atau seterusnya akan berkempen sampai la satu tahap En Suami pun pelik..
Kisahnya kan Cik Yan ter suka akan semua koleksi Kusama tu..dahla masa masuk butik tu tak tau pun kewujudan koleksi tu..tapi bila dah nampak, suka..En Suami terus beli. Bermula kisah Cik Yan tengok semua koleksinya di internet dan berkempen cara halus dengan En Suami. Nak beli sendiri? boleh! abih kena marah nanti.
Satu hari En Suami tanya..ada nak beli pape tak..sebabnya sian Cik Yan pening-pening tengok barang si Mia yang tak terbeli-beli tu,,pastu dia cakap tengok Rayures kat mana ntah tapi harga melampau-lampau..orang tu beli sebab dia nak buat bisnes jual barang-barang special limited. Cik Yan cakapla skang Kusama je yang menarik dan dia terus bertanyakan harga. Manala Cik Yan tau kan..
Jadi Jumaat hari tu call la jap customer service dia sebab masa tu macam decide nak purse je. Sekali orang yang melayan tu sangat baik dan siap interview Cik Yan camner tau pasal Kusama ni semua. Bila dia tanya camne leh beli terus Cik Yan cakap incident..berterus terang dengan dia memula Cik Yan tak tau pun, masuk butik tengok-tengok terus berkenan..
Sudahnya ha..harga purse tu tak jauh dari harga beg tu..dan beg tu lak tak sangka pulak Cik Yan harga dia tak lebih dari beg yang Cik Yan beli. Selalunya beg macam Cik Yan ada tu, harga rendah tapi tak tau nape koleksi ni jadi terbalik lak..Terus whatsapp En Suami dan En Suami lak bagi total amaun sampai Cik Yan terkejut..
Ok..tapi pasal tu time keje, Cik Yan cakap malam la discuss dan bila dalam lrt..sekali lagi terfikir macam-macam.. Jadinya malam tu ketika kami ber whatsapp En Suami bangkitkan lagi tentang beg tu.. Cik Yan cakapla macam cukup jela apa yang ada. Dia pelik. Cik Yan pun pelik gak sebab kenapa dia tak suruh fikir bebetul pun..Cik Yan pun tanya nape bagi camtu je sedangkan baru bagi beg.. En Suami jawab mungkin sebab baby Mia yang buat Cik Yan nak beg tu..WHAT!!! maknanya lepas ni Cik Yan hilang hak keistimewaan la bila baby Mia kuar...
TIDAAAKKKK...!!! maka dengan ini..bubye KUSAMA..cukupla satu yang ada tu..sangat cantik dan syukurla berpeluang memilikinya..karang banyak beg kang takde pulak tempat simpan buku-buku Cik Yan...
Saturday, 29 September 2012
Harapan Cik Yan
Kali ni berharap sangat cuti 60 hari tu dapat dinikmati tanpa gangguan. Cukupla selama event penting dalam hidup Cik Yan ada je gangguan. Kali ni Cik Yan nak menikmati saat bersama baby atau keluarga tanpa gangguan.
Pertama kali, ketika Cik Yan bertunang..ada sorang budak tu dengan baik hatinya call Cik Yan a day before dan bagitau hal keje..rosak mood. Sudahnya dari nak cuti 2 hari tolong mak kemas rumah, Cik Yan tinggal rumah gi keje..
Kedua, ketika Cik Yan berada dalam cuti panjang akibat pembedahan kaki..sedar je dari pembedahan, bila check handphone bukan khabar yang di tanya tapi hal keje..Tu lum lagi dengan ketidak sudian budak itu menolong Cik Yan amik surat doctor kerana bos mintak. Budak tu leh kata naik je tinggal kat reception padahal ketika itu Cik Yan bertongkat..
Ketika kawin lak..masa sibuk di majlis rumah suami..ingatkan leh la cuti kan tapi kena gi keje..Orang lain yang leh ganti tu dorang tak panggil pulak..kita yang baru kawin kena panggil..Tapi takpe..keje..enjoy je. Sebab terasa keadaan taklah teruk mana kalau Cik Yan tinggal rumah dan gi keje.
Yang takleh nak blah..bila mak mertua sakit..Cik Yan sms mintak sampai pesan kat bos yang Cik Yan terpaksa cuti..jawab nye..bagitau bos sendiri lah..Orang tengah kalut tapi itulah yang Cik Yan kena.
Masa Cik Yan operation ovarian cyst pulak..ada orang lain dengan memandai nya plan for something yang Cik Yan dah kata taknak buat..Sudahnya bila Cik Yan naik cuti..dapat tau Cik Yan kena handle sebab dia kata ada kelas on weekend..Perghh...memang sakit hati..
Oh ya..ada orang tak nak kawan Cik Yan..kononnya pasal Cik Yan selalu mc la..tinggal keje untuk dia buat..padahal selama ni bukan Cik Yan ke yang backup time dia sibuk social meeting..Kalau ye dia backup keje Cik Yan..nape setiap kali big event Cik Yan..Cik Yan jugak kena naik keje bila ada pape..Doktor bagi cuti lama tapi Cik Yan mampu gi opis, Cik Yan gi opis gak kan..dah Cik Yan sakit..nak gi keje camner.
Mujur juga Bos Cik Yan tukar Cik Yan ke section lain..jadi kawan Cik Yan lagi sorang ni dah amik mana yang patut jadi bila Cik Yan cuti nanti..takdela teruk sangat handover ke. Supervisor Cik Yan ngan bos setuju untuk Cik Yan handle keje ni sebab kawan Cik Yan baru lagi dan kakak kesayangan kami yang expert dalam bidang tu dah resign. Cuma ada satu keje ni je yang bos tak sangka Cik Yan dok buat lagi. Tu Cik Yan tak tau camner.
Harapnya untuk benda besar dalam hidup Cik Yan ni..yang kami nantikan selama ni..dapatla Cik Yan nikmati tanpa kena gangguan keje..
Kecik hati i
Hari ni gi check up lagi dengan Dr Ashar. Alhamdulillah dah 8 bulan dan hari ni pertama kali dapat jumpa doktor pada hari Sabtu. Oh ya...kali ni merupakan kali ketiga gi check up tanpa En Suami.
Dari semalam lagi En Suami dah mengharap sangat agar dapat tengok gambar baby dalam bentuk 4D. Topik whatsapp kitorang semalam lebih kepada pengharapan kami untuk diberi peluang menatap wajah baby. Pastinya kami mengharapkan baby dalam keadaan terbaik semua.
Sementara menunggu, baby memang sangat aktif kan..senget perut Cik Yan dibuatnya dan nasib baik takde orang lelaki..i terasa malu okay nak usap perut depan kaum berlainan..Pastinya setiap 15 min En Suami akan mintak update. Oh ya..thanks to technology ya..whatsapp ngan wifi kapal memang sangat membantu kami yang berjauhan ni..
Tapi memang kecik i tau..masuk je jumpa doktor, baby gerak dengan perlahan tak aktif macam masa menunggu pastu bila masa scan je..frustnya..baby dok sujud lagi..haloooo...nak tayang tulang belakang kamu yang cantik tu ye??dan lagi i kecik hati..baby langsung tak nak bagi muka sampai doktor cakap this time memang takleh nampak pape..Mujur doktor pandai amik hati i terus dia warnakan jantung baby dan tunjukkan kadar degupan kamu. Alhamdulillah semua bagus dan baby dah mencapai berat 2 kg..Cik Yan baca dalam babycentre patutnya berat pada usia ni dalam 1.7kg..hilang kerisauan kerana masa bulan ke 7, berat baby kurang 200 g dari berat sepatutnya..
Update En Suami dan mula la kami membayangkan kenakalan baby yang memang saje nak suprise kan kami kan..tau tak punyala tak sabar nak tengok wajah kamu tapi apakan daya..sabar jelah menunggu hari nya..Baby Mia, we love you..nanti dah kuar, sihat tubuh badan semua kita carik white kitten buat kamu ek..semoga kami berjaya memberikan kamu zat yang terbaik ketika dalam kandungan..memberikan kamu rasa taat kepada Allah..kuat antibodi..terhindar dari segala kesakitan dan membesar sebagai anak yang solehah..
Jangan berlagak sangat la..
Cik Yan tak nak mengulas panjang lebar sebab Cik Yan tak ikut pun tapi cuma tak sukala orang dok condemn sana sini..Sampai satu tahap terasa macam sombongnya dorang ni..berlagaknya dorang ni..padahal dok tazkirah sana sini, nasihat orang sana sini..
Kenapa kita perlu nak bising kakitangan kerajaan dapat bonus? Tau tak setinggi mana dorang belajar pun kekadang gaji dorang tu lebih kurang gaji kerani kat syarikat minyak..dan sedar tak kekadang mereka tu terdiri daripada anak orang susah? Kesian tak kat dorang yang nak belajar tapi keluarga orang susah dan mengharapkan duit bantuan tak kira kerajaan atau swasta.. Berapa kerat sangatla dorang ni yang terdiri dari anak orang susah yang leh dapat bantuan dari swasta?
Kenapa kita nak bising-bising pasal dorang dapat bonus, cukai kita (kakitangan swasta) kena potong banyak..Eh, bukan kakitangan kerajaan pun kena potong gak ke? Apa kata kita niatkan saja duit cukai tu untuk kebaikan rakyat tanpa nak fikir 100% abis kepada pemerintah?
Ya, dulu Cik Yan terfikir gak..Cik Yan cakap eleh korang sedapla dapat bonus,..amik duit cukai kitorang..tapi korang jangan lupa..kegunaan duit tu bukan untuk mereka saje..Fikir tak mereka yang di luar bandar, di pedalaman yang memang sah-sah bukan kakitangan kerajaan mahupun swasta. Jika tanpa duit cukai, bagaimana dengan belanja perubatan mereka? Maksud Cik Yan fikirla bagaimana hospital nak berikan harga yang murah kepada pesakit ni?
Fikir jugak lah bukan semua kakitangan swasta leh gi hospital swasta untuk mendapat rawatan. Ada setengah syarikat swasta tak cover pun rawatan perubatan dan kita ni, berlagak sangat kenapa padahal bila sakit gi sana sini tapi claim insurans kan...bukan semua sektor swasta ni offer macam oil & gas industry..Contoh pekerja kilang..dorang swasta kan..ada dapat bonus macam kita kat syarikat minyak ni? ada dapat coverage macam kita? Jadi bila sakit dorang gi mana? pilihan yang ada hospital kerajaan je..
Janganla pasal selama ni kita tak makan gaji dengan kerajaan kita dengan lantang nak hentam sana sini..suarakan pendapat tak salah tapi tak perlu nak kata orang itu bodoh ke apa..amik pedoman. pastikan diri kita tak jadi macam pemimpin yang tak bagus tu..pastikan kita, perempuan tak jadi macam wanita yang ramai tak suka tu..yang lelaki pulak sedap je kutuk bini orang kan..kamu dapat didik ke isteri kamu?? Sesilap isteri kamu lagi teruk tapi pasa kamu tak masuk politik..orang satu dunia tak nampak..
Dua orang kakak Cik Yan dan adik merupakan OKU..dorang cacat pendengaran..kalau tak kerana wanita yang kita pandang hina tu..nasib mereka dan golongan mereka tak pernah terbela pun..wanita yang teruk tu jugak yang memastikan ada bantuan buat mereka..ingat senang golongan OKU nak buat pinjaman bank untuk buat modal kalau nak berniaga?
Cuba tengok ada ke sekolah swasta yang memang khas untuk golongan OKU? Eh kaya mana kamu tu..kalau ada anak OKU..mesti masuk sekolah kerajaan jugak la sebab lagi terjamin pelajarannya..melainkan kamu malu nak mengaku kamu ada keturunan OKU..
Memang skang kita semua dah pandai..generasi kita dah nampak bagaimana politik ni memecahbelah kan orang..dan kita nampak juga bagaimana orang menjadi bodoh, gelap hati kerana bencikan sesetengah parti atau pemimpin. Tapi pasti kah kita keadaan akan berubah menjadi lebih bagus jika berlaku perubahan..lihat je negara jiran..tak suka pemimpin, guling..sudahnya sampai ke mana negara mereka? Korang orang kaya leh ar..bawak keluarga lari gi oversea tapi orang2 susah camner? Bila berlaku macam negara jiran..bukan mereka makin tersiksa ke..?
Thursday, 27 September 2012
Personal Shopper
Kenapa lak kan pasal personal shopper ni..sebabnya Cik Yan nak membeli tapi malas nak browse thru sesatu apa ntah lagi gi kedai tatkala En Suami bekerja ni..kalau boleh nak orang siapkan semua je tapi mengikut citarasa Cik Yan..Boleh ke gitu?
Kisah bermula apabila Cik Yan mengomel kat En Suami barang baby tak siap lagi dan Cik Yan macam dah tension kot. Orang lain nak membeli tapi kekangan kewangan, Cik Yan pulak kekangan KEMALASAN dan ketidak laratan untuk berjalan..Bukan takleh jalan tapi malas, baik duk rumah layan AlphaBET.
Sampai satu masa tu En Suami dok cakap Cik Yan cerewet sangat dan teringat kisah stroller di mana dari cerah sampai ke malam baru la Cik Yan jumpa stroller yang berkenan di hati itu pun dalam diam setelah beberapa hari terasa 'ala...tak nak color ni'..nak tukar pulak padahal color yang Cik Yan beli tu memang favourite Cik Yan.
Baju-baju semua boleh stopla..Semua dah kata banyak since 4 kali shopping kot..tu lum lagi ngan En Suami dan online..keje masa pantang la tu..time tu kan dah tau baby besar mana..skang ni kalau beli takut lak tak muat atau terlampau besar..
Satu hari tu setelah mendapat syarahan yang panjang lebar dari En Suami maka Cik Yan pun merelakan hati menerima barang seadanya tapi masih gak tak terbeli..dulu konon pasal color, tapi ni pasal tengok2 ada different price with free delivery pulak..Jadi sejak tu Cik Yan senyap je tak bising kat En Suami tentang barang baby ni..
Kalau ada personal shopper kan senang..kita cakap je nak macam tu macam ini, dia padankan apa yang patut, bagi best option dan juga carik tempat mana (kedai ke online ke) yang bagi best package..Keje Cik Yan kuarkan duit jelah..En Suami pun dok cakap dia keje penat-penat untuk Cik Yan dan baby jadi gunakan la sepenuhnya kan selagi tak membazir..
Ada sesapa nak tolong Cik Yan buat keje ni? Cik Yan bagila kedai mana dan website mana pastu orang tu kena study benda tu elok ke tak dan apa orang review setakat ni. Cik Yan penat sebenarnya..review Cik Yan bukan takat pengguna sini je..siap tengok mat saleh cakap apa..Tu yang tergendala je proses pembelian Cik Yan..
Tapi ni dah confident sikit..jadi terus plan akan spend certain limit untuk hari ni dan esok dan esok..dan sampai puas hati..Betulla abang ipar cakap baby nanti mesti over sebab mak dia pun ter OVER..tu lum lagi niat bapak baby yang nak bagi LV kecik kat dia... mak baby cakap bagi beg plastik je..HEHEHEH.
Sunday, 23 September 2012
Rest In Peace Cheetah
Cheetah, meninggal pada umur 15 tahun kerana sakit tua..Masa mak bawak gi klinik pun, doctor dah cakap Cheetah dah terlampau tua dah dan bagitau umur dia mungkin tak panjang mana nanti..Akhirnya setelah 3 hari Cheetah gi wat selamanya...
Cheetah macam Beta cuma hidung dia sangat mancung tak macam Beta yang separuh penyek tu..Still leh bacakan Al Fatihah ngan Yaasin untuk dia kan sebab dia makhluk Allah gak...
Cik Yan cakap...
Cik Yan cakapla kat En Suami wat masa ni baik fikir masa bergurau ngan dia. Maksud Cik Yan mengagah biar baby gelak mengekek-ngekek..Sure comel sebab dulu selalu buat kat adik Cik Yan dan sudahnya memalam mengingau sampai mak takleh tido..
Cik Yan cakap lagi, En Suami kenalah sedia untuk berjaga malam dan susukan baby ketika hari Cik Yan bekerja..Nanti Cik Yan siap2kan la susu dalam botol jadi sampai masa En Suami kena bangun panaskan dan layan baby sambil check diaper atau pape yang patut. Alhamdulillah semua cakap Cik Yan tu diterima dengan positif dan harapnya memang menjadi kenyataan.
Cik Yan cakap lagi baby takde mainan dan terasa seperti perlu jugak ada sikit mainan kan..watnye baby meragam, takkan Cik Yan nak bagi Alpha atau Beta kat baby..Masa ni terbayang seperti mainan itu akan menjadi mainan AlphaBET pulak..Takpela, pasni concentrate bebenda gitula untuk baby sebab takmoh dah carik baju..Skang ni kena cari barang untuk mak baby dan tempat baby tido, mandi semua..
Life kitorang lak sure berubah kan..kalau dulu ada masa terus gi sana sini..banyak sangat unplanned holiday jadi skang selain kena fikir tentang kesesuaian baby, kena ingat lak AlphaBET tu..takkan nak angkut sana sini gak, sian kucing-kucing Cik Yan tu..Kitorang jugak kena gegilir la supaya life kitorang tak berubah sepenuhnya maksud Cik Yan, kami masih boleh wat aktiviti sendiri secara adil tanpa meninggalkan Mia sepenuhnya.
Kitorang plan kononnya jika cuaca mengizinkan, En Suami gilah riding sekejap takpun jika ada slot yang sesuai, Mia tinggal ngan En Suami dan Cik Yan gi spa memanjakan diri jap..Weekend sebolehnya kami taknak kacau mak abah untuk jaga Mia cukuplah hari kami bekerja je.
Kalau boleh, biarlah Cik Yan tidak menjadikan alasan ada anak kecil untuk tidak memasak atau baking..Sebolehnya nak bagi anak makan macam-macam yang berkhasiat takpun kalau manis pun,..terkawal..Tu yang suka sangat tengok Kitchen Boss sebab dia menjadikan memasak untuk family itu sesuatu yang seronok dan Cik Yan asyik terbayang resepi dia untuk memastikan anak kecil minat untuk makan sayur.
Oooooo baby Mia..tak sabar nak lahirkan kamu, besarkan kamu..Doakan kamu sentiasa selamat, menjadi hamba Allah yang taat pada perintahNya dan memiliki budi pekerti yang terpuji.
Saya suka kamu
Saya sangat sukakan kamu..adakah ini kerana saya benar-benar sukakan kamu atau hormon saya tidak betul?
Tak pernah saya terasa nak miliki kamu dalam bentuk yang lain tapi kali ini memang mencabar keinginan saya..
Mungkin inikah yang dikatakan apabila diberi tanpa kita sangka, kita akan terasa nak dan nak lagi atau dalam erti kata lain mengambil kesempatan..
Ada orang cakap belilah sendiri tapi saya tau, jika saya suarakan begitu, confirm saya kena marah. Ye tak En Suami? atau tak kena marah pun, akan ada ayat yang membuatkan saya berfikir sedalam-dalamnya..
Mungkin itula hikmah disebalik hubungan kami,..apa yang saya nak boleh ditunaikan tapi berpada-pada dan jika saya diberi kebebasan seperti orang lain, mesti berlaku pembaziran kewangan dan lambakan barang seperti mempunyai beg bentuk yang sama tapi keluaran lain, kasut yang memenuhi rak, baju yang melambak semua tu..dan kesudahannya ciput je leh allocate untuk saving. Tapi bab barang dapur, itu saya yang punya decision sebab saya yang banyak guna tapi lum mula lagi la..
Owh suka kamu...gila kamu...
Saturday, 22 September 2012
Luruh Jantung ku
Alpha gi pulak di penjuru balcony dan dengan sekali lompat je dah bertenggek kat bucu railing tu. Masa tu Cik Yan takleh bayang pape rasa nak nangis pun ada segera peluk Alpha dan membawa Beta masuk sekali sambil tutup pintu sliding tu. Alpha seperti tak puas hati dan tapi dalam masa yang sama Cik Yan nampak dia bernafas dengan kencang dan seperti tak keruan.
Kebetulan En Suami ber WhatsApp dan segera Cik Yan citer kejadian yang baru berlaku tu. En Suami suruh Cik Yan marah Alpha tapi Cik Yan bagitau yang Cik Yan belai, peluk Alpha sambil cakap kerisauan Cik Yan jika berlaku apa-apa pada dia atau Beta dan dalam masa yang sama dok selawat kat dia sampai dia bernafas macam biasa.
Em..Cik Yan bukan pemarah lagi nampaknya. Sama ada umur atau keadaan nak menjadi mak budak ni yang membuat Cik Yan menggunakan pendekatan yang lain dari dedulu. Panas baran Cik Yan pun dah takde..wah..sukanya..okay..lari dari topik pulak..
Makanya, keesokan paginya, kena bangun awal pagi untuk tukar pasir toilet dorang dan meletakkannya di dalam bilik air. Ini kerana selama ni pasir tu diletakkan di dalam sangkar kat balcony tu tapi pasal Alpha dah mula meniti kat situ, takdenya sliding door akan dibuka..
Beta pula muka macam tak puas hati kerana selalunya ketika Cik Yan bersiap untuk gi keje, dia akan melepak melihat permandangan dari balcony tu tapi pagi tu tak dapat lagi la..Tengok dia pun macam taknak kawan Alpha tapi kejap je..
Sudahnya, bila En Suami balik nanti, harus Cik Yan korbankan balcony tu dengan memasang jeriji halus di sepanjang balcony tu..Keselamatan AlphaBET sangat penting dan Cik Yan pula tak selesa membiarkan toilet mereka berada dalam rumah..rasa macam nak buat terus je takyah tunggu En Suami tapi takkan Cik Yan nak cuti pulak kan dan takkan Cik Yan nak duk rumah dengan pekerja2 lelaki itu..ooo...tidak..
Monday, 17 September 2012
Beta yang berharga
Beta Centauri, kucing yang Cik Yan tengok kat Petsave Melati Utama dan membuatkan niat membela kucing diluahkan kepada En Suami. En Suami tidak mengalami masalah untuk memberikan keizinan tapi dia mahu mencari di Mudah.com.my dahulu. Tu yang jadinya kisah si Alpha di beli di depan parking Zoo tu..
Beta di beli juga ketika kami ingin mencari sangkar, beli susu dan mintak pekerja Petsave mencuci matanya yang comot tu. Ketika itu Beta sekor je dalam bilik kaca dan begitu aktif. Memula taknak beli dah sebab risau dengan keadaan Alpha yang kecik jadi takut tak terjaga. Tapi ketika En Suami mintak final say nak beli atau tak, Beta ni berdiri sambil tangan menadah simpati dan terus la Cik Yan cakap beli dan diberikan nama Beta Centauri.
Napa Alpha, nape Beta? Sebab masa sekolah dulu, Cik Yan kelas Alpha dan kawan baik Cik Yan kelas Beta. Dalam buku astronomi pun memang ada nama bintang Beta Centauri. Beta ni masa beli berusia 2 bulan lebih dan dah pandai bermain tak macam Alpha yang menggigil ketika berjalan.
Beta ni memang pada mulanya lebih rapat dengan Cik Yan banding En Suami kerana dia dah pandai bermain dan melompat-lompat manakala Alpha pula masih dengan sifat baby nya dan sesuai dengan En Suami yang sedang membiasakan dirinya dengan kucing. Balik keje, Beta mesti ikut Cik Yan masuk bilik dan Alpha ikut En Suami tapi lama kelamaan, dedua ni nak jugak Cik Yan..tu yang orang tu tak puas hati tu dan nak beli kucing yang ikut cakap dia. Hahahha
Beta ni memang manja dan tak kisah di peluk berbanding Alpha. Kalau kita dukung Beta ni, best je sebab dia tak kisah dan tidak meronta seperti Alpha. Sangat aktif dan masa memula dulu, abis tisu dalam kotak dikerjakannya..Beta suka minum susu dan kalau dia terasa nak, time Cik Yan masak air, mesti dia dok mengiau dan buat manja. Tu yang bila bancuh je susu dia, cepat je dia minum kalau tak panas sangat.
Dalam masa dia dok dengan Cik Yan je, tertiba terkejut Cik Yan bila Beta berubah murung tatkala En Suami pergi keja. Malam pertama tanpa En Suami, dia tido di perosok langsir padahal selama ni tido atas katil dan paginya itu mata berair. Balik keje pulak, dok tunggu depan pintu walaupun Cik Yan dah masuk bilik dan paling memilukan bila dia bawa sekali baju kotor En Suami ke atas sofa dan tido di dalamnya. Setiap masa akan menunggu depan pintu menantikan pintu dibuka oleh En Suami dan kalau lepak kat balkoni pun, badan mesti menghala ke arah pintu supaya dapat berlari jika En Suami balik kot.
Nak jadi citer, masa tu jugakla kena berubah makanan dan jenuh nak bagi Beta makan kerana tak nak jamah langsung. Hampir seminggu juga mencari makanan yang sesuai tapi sudahnya bagi je wet food memandangkan banyak kedai tak menjual brand makanan yang Cik Yan cari. Tapi satu hari tu, bila En Suami lari balik jap sambil nak teman Cik Yan check up dan bila dia sampai rumah, Beta pun macam excited jap tapi lepas tu dok ngan Cik Yan gak. Sejak dari itu, takdenya dia heran kat En Suami sangat seolah memahami kalau dia murung, Cik Yan akan sedih dan mungkin juga pasal En Suami dok cakap ngan dia yang En Suami keje, mintak jaga Alpha, Cik Yan dan baby.
Sejak tu, Beta ngan Alpha akan ikut je ke mana Cik Yan pergi tu yang sampai tertido kat depan dapur sebab teman Cik Yan memasak. Dorang ni tak masuk dapur jadi akan bermain sampai tido kalau lama sangat kat kawasan tentang dapur tu. Bila selesai masak je, terusla mengekor ke mana saja dan cuma akan duk diam kalau Cik Yan bergolek depan hall.
Beta ni rajin urut Cik Yan, memula dulu takat urut bahu je tapi satu hari tu masa mengadu kat En Suami over the phone, Beta datang dan urut tempat sakit tu sampai Cik Yan suruh berhenti sebab makin lama dia dah mula lupa simpan kuku tu. Sejak tu, asal Cik Yan duduk je datang urut dan kadang2 macam nak tengok keadaan perut Cik Yan sambil letak kaki depan dia check perut Cik Yan.
Masuk trimester ketiga, balik keje makin penat kan jadi bila dia rasa nak main, Beta akan membawa mainannya kepada Cik Yan dan bila Cik Yan layan je mulala lompat sana sini dan lari mengejar mainan tu sambil kadang tu Alpha pun join sekali. Pandai kan kucing ni mintak perhatian tapi tak susahkan orang.
Beta ni kalau amik gambo memang tak nampak cantik sangat pun tapi Cik Yan geram sangat kat dia ni sebab manja dan tak kisah di belai. Oh ya, bila emosi terganggu, Cik Yan tertiba jadi sedih ke, diala akan meneman Cik Yan sambi baring di tempat yang sama dengan Cik Yan sampai la Cik Yan ok. Bila dah bangun, masa tu baru Alpha pulak mengambil peranan menjadi penghibur.
Ni lah kurniaan terhebat yang Allah berikan pada Cik Yan selepas En Suami..soon Baby Mia lak. Harapnya Baby Mia pun takde masalah dengan AlphaBET pastu nanti leh belikan lagi sekor untuk Baby Mia lak..
Sunday, 16 September 2012
Cinta Pandang Pertama
Kebetulan ada kawan ni kena travel to US maka dalam email siapla bertanya kot-kot tak menyusahkan dia untuk membelikan Cik Yan..kalau kat US sure harga lagi rendah kan berbanding Malaysia tambahan pulak kat sini tak kuar lagi pun..Bila bagitau En Suami, dia cakap beli je kalau nak tapi fikirlah bebetul. Masa tu terdetik perasaan tapi tak tau apa. Keesokkan harinya ketika dalam LRT, leh pulak terfikir tentang cara pemakaian beg tu yang macam tak sesuai ketika dengan baby nanti. Terus je Cik Yan bagitau En Suami yang Cik Yan tak nak dah beg tu. Dia pulak terkejut dan bertanya sekiranya Cik Yan buat keputusan begitu kerana kata-katanya semalam tapi pastinya tidak kan.Jadi plan nak beg baru tak menjadilah.
Masa sesaja citer kat kawan yang Cik Yan nak beg ni, dia ada menjawab yang skang ni tumpuan lebih kepada persiapan menyambut bayi. Memangla kan tapi still terasa nak gak..asyik barang baby je kan dan tengok En Suami okay je..mintak jelah..Dapat ke tak tu lain citer tapi tup tup tengok-tengok kawan tu pun ada terasa nak beg gak. Ha..kalau dulu memang dia kaki beli beg, mahunya leh menahan perasaan kot lagilak dia bukan macam Cik Yan..kalau nak, beli je..kita ni menumpang duit En Suami karang beli sendiri mula kena marah...
Jumaat baru ni (14th Sept), En Suami berkesempatan untuk pulang sekejap. Maklumla selain rindu kat Cik Yan yang comel ni, sah-sah dia nak tengok AlphaBET gak kan. Balik keje je, lepas solat Asar, terus berangkat ke The Garden sebab nak amik Satio yang dah siap repair tu. Alang-alang dah sampai situ, singgah juga ke kedai Samsung untuk beli cover handphone Cik Yan tu..Bila dah settle urusan tu, dalam perjalanan menuju ke Mid Valley pulak, lalu la di depan butik ni dan En Suami kata masukla. Cik Yan pun menonong masuk dan try satu beg ni sebab hari tu nampak ada sorang kawan ni dok try kot. Tak best la handle dia..tak selesa bila letak kat bahu jadi Cik Yan beralih ke section lain lak..
Mata terpandang akan satu beg ni yang terdapat 3 warna..Kuning, merah dan hitam dan pastinya Cik Yan mintak hitam untuk dicuba. Berkenan terus dan terbayang akan Rayures yang tak berkesampaian tu. Kebetulan En Suami pun duk kat sebelah terus Cik Yan buat muka comel. En Suami cakap nak..beli. Tapi mendengar harganya dan interior design bag tu rasa tak sepadan pulak. Jadi Cik Yan dengan berat hati kata takpela sebab En Suami takde dok belek sama bag tu..Bila sales person tu letak balik, En Suami terkejut dengan tindakan Cik Yan dan terus tanya nape taknak.
En Suami macam faham lak jadi dia bertanya tentang design bag tu dan dari situ taulah citer yang ni merupakan hasil sentuhan pereka Jepun dan merupakan edisi terhad. Bila dengar tu je terus Cik Yan tanya sama dengan Rayures ke..bila orang tu jawab ye, terus Cik Yan kata dalam hati kena beli ni karang naya je kena carik sana sini..Sebelum tu Cik Yan sempat gak tanya nape setengah bag keluaran lain beli mahal-mahal tapi tak lama atau bebila nanti ada sales gegiler sampai 70%. Ni kes beg Ferragamo la harga mahal giler masa berkenan tapi setahun lepas tu tengok sales sampai banyak tu..kalau beli hari tu tak ke rugi..Jawapan diberikan memuaskan hati dan terus Cik Yan cakap kat En Suami, beg ni takdenya turun harga..kalau x beli skang, jadi macam kes Rayures la..takkan nak cari sampai Milan lagi kot..Hahhaha.
Maka proses pembayaran berlaku dan jadila dia milikku..Wah, tak sangka dalam masa siapkan barang baby, En Suami masih lagi ada allocation untuk Cik Yan yang comel ni..Dan pada hari ni, hari shopping untuk Cik Yan saje..barang Mia xde ye sayang..baju-baju Mia tu rasanya cukup la dulu dan macam nenek cakap, rumah ada dryer xde masalah basah ke apa..Nanti-nanti kita beli barang untuk Mia tido dengan selesa je dan diharapkan Mia x allergic dengan bulu-bulu AlphaBET..kita suruh ayah vakum setiap hari ek..
Cover handphone dapat, TER dapat lak beg baru..dan ketika mencari barang En Suami kat Mid Valley, singgahla kat Mother Club dan dapat lagi seluar yang selesa dipakai waktu keje ataupun jenjalan. Nasib ada sales lagi takpun mungkin kerana pakai Citibank Credit Card kot..En Suami dok cari recorder di Sony Mid Valley sebab The Garden xde stock dan yang bestnya free kot sebab Cik Yan gunakan Maybank point. Almaklumla dengan kad ni, jarang Cik Yan guna untuk redeem point jadi memang cukup sangatla untuk digunakan.
Okay, semua barang dah dapat maka balik la Cik Yan untuk makan chili crab kat tempat kegemaran Cik Yan. Sebelum tu..tak sangka En Suami masih ingat favourite drink Cik Yan kat Starbuck..Eh, macam ntah pape je kan tapi tak sangka sebab lama kot Cik Yan tak beli dan ini merupakan kali pertama minum sejak pregnant. Masa dia nak order tu, En Suami dan sepupu dia suruh Cik Yan pilih tempat dan Cik Yan dah wondering air apa dia nak beli sebab niat En Suami nak bagi sepupu dia minum..Cik Yan tak taula air mana yang sepupu dia suka bila pertama kali En Suami memesan kat Kuantan tapi rupanya air yang Cik Yan suka Caramel Machiato. Tak sangka gak time dia bukan bersama Cik Yan, dia memilih untuk memesan air itu..
Ni la chili crab Cik Yan tapi kalau order Cik Yan akan cakap sweet sour crab..