Insya Allah, kalu jadi...En Suami nak hadiahkan keta apa yang Cik Yan nak sebab nak tukar dengan Si Besar. Besar? ha sebab si Kecik takleh tukar kerana senang nak bergerak kat bandar tak pun parking LRT.
Masa dia tanya nak ke tak..Cik Yan leh lagi tanya pasal keta lain tapi memandangkan Cik Yan pun tak pandai sangat pasal spec keta ni..Cik Yan pilih jelah keta ni. Tahun lepas dah test drive pun dan memang berkenan abis tapi En Suami dok cakap kalau beli macam la drive sangat jadi terus Cik Yan senyap. Kali ni memang dia pun kata takkan cakap pape dan marah jika tak drive. Wah apa lagi..peluang dah datang jangan lak di tolak..
Skang ni tengah pikir lak warna apa sebab rasa2 macam takde warna merah untuk spec yang En Suami nak beli. Takkan pasal warna, kita nak lupakan kemampuan kita takat mana kan. Jadi tengah menunggu En Suami balik untuk tunjukkan warna yang ada. No plat pun En Suami nak yang Cik Yan suka..Jadi ada tiga pilihan iaitu birthday Cik Yan, tarikh akad nikah kami takpun birthday Mia. Tapi karang kalu ada rezeki anak lain takkan nak beli keta lain lak sebab kena bagi adil letak birth date tu kat keta kan..Tengok jelah mana yang dapat..
Next week birthday En Suami, patutnya Cik Yan la pikir nak bagi apa kan tapi dia pulak nak bagi hadiah..terbayang dah Cik Yan mem baking kek kegemaran dia. Last year time birthday dia baru kuar spital sebab minor surgery kan jadi Cik Yan tak buat kek pun cuma buat congo bars yang akhirnya memang dia suka sangat. Kali ni Insya Allah nak buat kek kegemaran dia dan rasanya boleh kot duk dapur sebab ada kakak orang gaji kan..
Nilah keta idaman..tak kirala orang nak cakap keta lama ke apa ke..yang penting kita yang pakai, kita yang bayar...bonet dia luas tau sebab hari tu memang dah cakap keta kena ada bonet yang luas sebab balik Besut sure banyak barang Cik Yan dan ni dah ada Baby Mia..lagilah penuh bonet kan..
No comments:
Post a Comment