Beberapa minggu yang lalu, Cik Yan terpikat la dengan beg dari newsletter Coach siap letak dalam FB semua. Bila ber WhatsApp dengan En Suami, pastinya diselitkan gambar beg tu dan sukala rasa sebab dia kata kalau ada Malaysia belilah.
Kebetulan ada kawan ni kena travel to US maka dalam email siapla bertanya kot-kot tak menyusahkan dia untuk membelikan Cik Yan..kalau kat US sure harga lagi rendah kan berbanding Malaysia tambahan pulak kat sini tak kuar lagi pun..Bila bagitau En Suami, dia cakap beli je kalau nak tapi fikirlah bebetul. Masa tu terdetik perasaan tapi tak tau apa. Keesokkan harinya ketika dalam LRT, leh pulak terfikir tentang cara pemakaian beg tu yang macam tak sesuai ketika dengan baby nanti. Terus je Cik Yan bagitau En Suami yang Cik Yan tak nak dah beg tu. Dia pulak terkejut dan bertanya sekiranya Cik Yan buat keputusan begitu kerana kata-katanya semalam tapi pastinya tidak kan.Jadi plan nak beg baru tak menjadilah.
Masa sesaja citer kat kawan yang Cik Yan nak beg ni, dia ada menjawab yang skang ni tumpuan lebih kepada persiapan menyambut bayi. Memangla kan tapi still terasa nak gak..asyik barang baby je kan dan tengok En Suami okay je..mintak jelah..Dapat ke tak tu lain citer tapi tup tup tengok-tengok kawan tu pun ada terasa nak beg gak. Ha..kalau dulu memang dia kaki beli beg, mahunya leh menahan perasaan kot lagilak dia bukan macam Cik Yan..kalau nak, beli je..kita ni menumpang duit En Suami karang beli sendiri mula kena marah...
Jumaat baru ni (14th Sept), En Suami berkesempatan untuk pulang sekejap. Maklumla selain rindu kat Cik Yan yang comel ni, sah-sah dia nak tengok AlphaBET gak kan. Balik keje je, lepas solat Asar, terus berangkat ke The Garden sebab nak amik Satio yang dah siap repair tu. Alang-alang dah sampai situ, singgah juga ke kedai Samsung untuk beli cover handphone Cik Yan tu..Bila dah settle urusan tu, dalam perjalanan menuju ke Mid Valley pulak, lalu la di depan butik ni dan En Suami kata masukla. Cik Yan pun menonong masuk dan try satu beg ni sebab hari tu nampak ada sorang kawan ni dok try kot. Tak best la handle dia..tak selesa bila letak kat bahu jadi Cik Yan beralih ke section lain lak..
Mata terpandang akan satu beg ni yang terdapat 3 warna..Kuning, merah dan hitam dan pastinya Cik Yan mintak hitam untuk dicuba. Berkenan terus dan terbayang akan Rayures yang tak berkesampaian tu. Kebetulan En Suami pun duk kat sebelah terus Cik Yan buat muka comel. En Suami cakap nak..beli. Tapi mendengar harganya dan interior design bag tu rasa tak sepadan pulak. Jadi Cik Yan dengan berat hati kata takpela sebab En Suami takde dok belek sama bag tu..Bila sales person tu letak balik, En Suami terkejut dengan tindakan Cik Yan dan terus tanya nape taknak.
En Suami macam faham lak jadi dia bertanya tentang design bag tu dan dari situ taulah citer yang ni merupakan hasil sentuhan pereka Jepun dan merupakan edisi terhad. Bila dengar tu je terus Cik Yan tanya sama dengan Rayures ke..bila orang tu jawab ye, terus Cik Yan kata dalam hati kena beli ni karang naya je kena carik sana sini..Sebelum tu Cik Yan sempat gak tanya nape setengah bag keluaran lain beli mahal-mahal tapi tak lama atau bebila nanti ada sales gegiler sampai 70%. Ni kes beg Ferragamo la harga mahal giler masa berkenan tapi setahun lepas tu tengok sales sampai banyak tu..kalau beli hari tu tak ke rugi..Jawapan diberikan memuaskan hati dan terus Cik Yan cakap kat En Suami, beg ni takdenya turun harga..kalau x beli skang, jadi macam kes Rayures la..takkan nak cari sampai Milan lagi kot..Hahhaha.
Maka proses pembayaran berlaku dan jadila dia milikku..Wah, tak sangka dalam masa siapkan barang baby, En Suami masih lagi ada allocation untuk Cik Yan yang comel ni..Dan pada hari ni, hari shopping untuk Cik Yan saje..barang Mia xde ye sayang..baju-baju Mia tu rasanya cukup la dulu dan macam nenek cakap, rumah ada dryer xde masalah basah ke apa..Nanti-nanti kita beli barang untuk Mia tido dengan selesa je dan diharapkan Mia x allergic dengan bulu-bulu AlphaBET..kita suruh ayah vakum setiap hari ek..
Cover handphone dapat, TER dapat lak beg baru..dan ketika mencari barang En Suami kat Mid Valley, singgahla kat Mother Club dan dapat lagi seluar yang selesa dipakai waktu keje ataupun jenjalan. Nasib ada sales lagi takpun mungkin kerana pakai Citibank Credit Card kot..En Suami dok cari recorder di Sony Mid Valley sebab The Garden xde stock dan yang bestnya free kot sebab Cik Yan gunakan Maybank point. Almaklumla dengan kad ni, jarang Cik Yan guna untuk redeem point jadi memang cukup sangatla untuk digunakan.
Okay, semua barang dah dapat maka balik la Cik Yan untuk makan chili crab kat tempat kegemaran Cik Yan. Sebelum tu..tak sangka En Suami masih ingat favourite drink Cik Yan kat Starbuck..Eh, macam ntah pape je kan tapi tak sangka sebab lama kot Cik Yan tak beli dan ini merupakan kali pertama minum sejak pregnant. Masa dia nak order tu, En Suami dan sepupu dia suruh Cik Yan pilih tempat dan Cik Yan dah wondering air apa dia nak beli sebab niat En Suami nak bagi sepupu dia minum..Cik Yan tak taula air mana yang sepupu dia suka bila pertama kali En Suami memesan kat Kuantan tapi rupanya air yang Cik Yan suka Caramel Machiato. Tak sangka gak time dia bukan bersama Cik Yan, dia memilih untuk memesan air itu..
Ni la chili crab Cik Yan tapi kalau order Cik Yan akan cakap sweet sour crab..
Yan, Kelas baby bag Yan ;). Btw mengancam nye chili crab tu. kat resto mana tu?
ReplyDelete