Eh, ada ke title ni sebenarnya..macam terbayang keje Becky Bloomwood dalam citer Shopaholic tu. Sape tak tau..cuba carik buku dia under author Sophie Kinsella..Best tau.
Kenapa lak kan pasal personal shopper ni..sebabnya Cik Yan nak membeli tapi malas nak browse thru sesatu apa ntah lagi gi kedai tatkala En Suami bekerja ni..kalau boleh nak orang siapkan semua je tapi mengikut citarasa Cik Yan..Boleh ke gitu?
Kisah bermula apabila Cik Yan mengomel kat En Suami barang baby tak siap lagi dan Cik Yan macam dah tension kot. Orang lain nak membeli tapi kekangan kewangan, Cik Yan pulak kekangan KEMALASAN dan ketidak laratan untuk berjalan..Bukan takleh jalan tapi malas, baik duk rumah layan AlphaBET.
Sampai satu masa tu En Suami dok cakap Cik Yan cerewet sangat dan teringat kisah stroller di mana dari cerah sampai ke malam baru la Cik Yan jumpa stroller yang berkenan di hati itu pun dalam diam setelah beberapa hari terasa 'ala...tak nak color ni'..nak tukar pulak padahal color yang Cik Yan beli tu memang favourite Cik Yan.
Baju-baju semua boleh stopla..Semua dah kata banyak since 4 kali shopping kot..tu lum lagi ngan En Suami dan online..keje masa pantang la tu..time tu kan dah tau baby besar mana..skang ni kalau beli takut lak tak muat atau terlampau besar..
Satu hari tu setelah mendapat syarahan yang panjang lebar dari En Suami maka Cik Yan pun merelakan hati menerima barang seadanya tapi masih gak tak terbeli..dulu konon pasal color, tapi ni pasal tengok2 ada different price with free delivery pulak..Jadi sejak tu Cik Yan senyap je tak bising kat En Suami tentang barang baby ni..
Kalau ada personal shopper kan senang..kita cakap je nak macam tu macam ini, dia padankan apa yang patut, bagi best option dan juga carik tempat mana (kedai ke online ke) yang bagi best package..Keje Cik Yan kuarkan duit jelah..En Suami pun dok cakap dia keje penat-penat untuk Cik Yan dan baby jadi gunakan la sepenuhnya kan selagi tak membazir..
Ada sesapa nak tolong Cik Yan buat keje ni? Cik Yan bagila kedai mana dan website mana pastu orang tu kena study benda tu elok ke tak dan apa orang review setakat ni. Cik Yan penat sebenarnya..review Cik Yan bukan takat pengguna sini je..siap tengok mat saleh cakap apa..Tu yang tergendala je proses pembelian Cik Yan..
Tapi ni dah confident sikit..jadi terus plan akan spend certain limit untuk hari ni dan esok dan esok..dan sampai puas hati..Betulla abang ipar cakap baby nanti mesti over sebab mak dia pun ter OVER..tu lum lagi niat bapak baby yang nak bagi LV kecik kat dia... mak baby cakap bagi beg plastik je..HEHEHEH.
No comments:
Post a Comment