Pengalaman pertama kali melahirkan Mia memberikan satu jawapan, perasaan yang selama ni tidak pernah kita alami. Dengan teknologi yang ada pada masa ini, kedai buku sana sini, pergaulan dengan teman-teman, menimbulkan pelbagai soalan tapi bila mereka memberikan jawapannya kita tak dapat bayangkan. Lagi lak lain orang, lain buku lain citernya, pengalaman mereka berbeza-beza dan kita tak tau mana pulak pengalaman kita.
Ni Cik Yan akan mengomel je apa yang Cik Yan alami tapi sorryla kalau tak teratur..Cik Yan citer mana yang teringat je ek atau rasa macam kena share. Sebelum terlupa, Cik Yan mengandung sampai ke minggu ke 40 yer..
Masa nak dekat bersalin memang dok makan prune sebagai persiapan tak sembelit lepas bersalin. Teringat Cik Yan dah memalam leh Cik Yan mintak En Suami beli nescafe o ais kat mamak. Padahal dah tengah malam tu tapi En Suami tunaikan gak walaupun kedai mamak berdekatan tutup jadi kena carik tempat lain. Bila dapat, senyum tak sudah..2 hari lepas tu ada show sikit kat seluar jadi gi spital. Wat CTG ngan VE kot tapi baru buka 1 cm je dan contraction pun tak kuat mana (masa ni kan Cik Yan gi keje lagi tau tapi masuk lambat, gi makan dulu konon half day kan, sampai opis gi toilet terus gi spital) dan balik cakap nak nescafe o ais lagi tapi En Suami cakap dia watkan jelah..memang best. Malam tu lak pekena laksa Mak Mah ngan otak-otak kempas. Eh, meleret tapi takpe la..citer je..
Jam 1 pagi, terasa sakit yang kuat sikit dan ianya seperti period pain. Jadi Cik Yan senyap je sebab dah kata first baby akan amik masa kekadang sampai 5 hari untuk buka dengan besar. Cik Yan dok main mesej dengan kawan baik Cik Yan dan dia pesan untuk kira tempoh contraction tu..Dia cakap kalau selang 5 minit gi la spital. Jadinya jam 1 ptg contraction tu dah selang 5 minit tapi sakit tu boleh tahan lagi..Ala period pain je kan..lainlah sakit yang buat kita tak tahan. Maka Cik Yan leh duk makan tengah hari bersama En Suami dan anak buah lauk daging singgang dengan sambal. Best makan bertambah-tambah dan masih monitor contraction tu.
Memalam En Suami kuar jap cari kurma yang Cik Yan nak sambil carik cheezel sekali. Jam 8 malam wasap dengan kawan kelas dulu yang keje doktor. Dia pun kata dah sampai masa gi spital tu tapi memandangkan tak dinner dan cheezel tak dapat lagi, Cik Yan biar dulu. Masa yang sama gak, nurse Dr Ashar dok wasap tanya berita dan bila cerita terus dia cakap cepat gi spital. Kepada mereka ni Cik Yan jawab jap lagi sebab tak dinner dan masih tak dapat cheezel lagi. En Suami sampai rumah, dia suruh siap segera tapi Cik Yan cakap tak dinner lagi jadi dalam masa dia masak nasi Cik Yan makan cheezle sebanyak boleh.
Lebih kurang kul 10 malam baru gi spital dan Cik Yan terus dimasukkan ke labour room. Nurse kat situ tanya apa plan Cik Yan. Cik Yan cakap tak nak epidural dan apa saja sewaktu dengannya. Dia pesan amik etonox tu tapi Cik Yan kata tak pe..Tapi kan bila kul 2 lebih tu baru terasa sakit giler kat belakang pinggang dan En Suami kena urut selalu (ni korang baca kat previous entry la). Nurse pun ajar camner nak guna etonox tu tapi takde rasa beza pun. Cik Yan tido sampaila bila nurse kata nak check dan kul 4 lebih kot dia membesarkan laluan tu dan baru dia percaya bila Cik Yan kata etonox tu takde sebab memula tu dia kata Cik Yan salah sedut.
Cik Yan dok tanya bila Dr Ashar nak sampai spital dan rupanya dari jam 2 pagi lagi dia dah berada di spital dan akan turun jika kepala baby kelihatan. Sampai masa kena teran..ni yang terasa macam kelakar jap. Cik Yan buat pernafasan ala-ala pilates tu rupanya salah. Pernafasan itu cuma berkesan ketika menahan kesakitan ketika nak check laluan dan pernafasan untuk mengeluarkan bayi adalah dengan menarik nafas panjang dan teran ketika merasa sakit. Bab teran nila Cik Yan dok tanya orang sebab korang taukan kita meneran selalu kuar apa dan laluan itu adalah tempat lain kan. Masa dalam labour room tu lah baru kita merasa meneran tapi kuar tempat lain. Time baby nak hampir kuar tu tak rasa apa pun cuma berpandukan apa En Suami update dan masa Dr Ashar datang tu kira dah pandai la nak meneran siap cakap kat Dr tu cepat sikit sebab sakit dan dah ready nak teran. Secara jujurnya ada gak terasa nak je cakap suruh Dr operate je tapi masih ingat lagi Dr ni jenis galak lahir normal selagi tiada masalah. Oh ya..jangan lupa ek rasa je contraction pertama kali sentiasa la berzikir dan baca doa Nabi Yunus as tu sebanyak boleh. Jangan fikir sakit ke apa tapi fikir kita nak lahirkan bayi ini secara normal dan selamat.
Ok..balik rumah pantang sendiri dan menggunakan pakej post natal dari Cintasari spa. Spa ni la yang Cik Yan dok gi untuk memanjakan badan kan. Memang best. Citer lanjut kat entry lain la ek..
Memandangkan Dr cuma prescribe Ferum Sulphate, symplex (x makan pun sebab tak sakit) dan Duphalac..En Suami memberikan supplement lain untuk Cik Yan. Rasanya bagus gak untuk dikongsi kerana bukan pepandai tapi minta nasihat dari pharmacist.
Luka jahitan - Iodin (sapu kat maternity pad dan pakai seperti biasa. luka tu akan intact kat iodin)
Pil Kalsium - Pompuan bersalin perlukan banyak kalsium sebab masa mengandung kan kalsium kita di ambil oleh bayi
Gamat Healin Zaniplus - Merawat luka dalaman. (memula mintak En Suami Gamogen tapi pharmacist cakap akan effect ke bayi sebab menyusu badan)
Cik Yan tak gunakan memana pencuci wanita tu sebab pharmacist tu cakap akan mengakibatkan pedih pada luka dan pepaham jelah luka bersalin tu kat mana..
Ada masa dan ketika, najis kita leh jadi keras tau dan kita terpaksa meneran dan Cik Yan lak takutla meneran sebab takutj adi buasir kan..maka lembutkan najis tu dengan memakan Duphalac. Jangan memain ek..tukang urut Cik Yan citer boss dia dahla kena jahit bawah pastu c-sect dan kena sembelit..dok meneran sampai jadi buasir. Doktor siap nak operate tapi mujur leh di masukkan dengan cara bertungku, duk atas thermal blanket semua.
Oh ya..tang pantang lak..Cik Yan amal cara tradisional dan moden gak. Amalkan minum air yang banyak, makan buah dan sayur supaya tak kena sembelit, badan sihat. Kalau ikut cara tradisional, air leh minum takat 2 ruas jari je..dan hasilnya sembelit la korang. Konon orang tua cakap nanti urat kembang la semua tapi sebenarnya kalau kita berurut, nak risau apa. Sanggup ke amik risiko ke buasir semata takutkan urat kembang..Kalau menyusu anak..kita cepat dahaga tau dan cara nak banyakkan susu pun kena banyak minum air..Takkan pasal nak ikut sangan tradisional sanggup kita bagi susu formula kat anak padahal kat kilang susu kita tu ada cuma tunggu pelincir je. Lainla dah usaha memacam tapi susu takde tu barulah kita beralih kan.
Lupa, masa kat spital pasal kolustrum tak kuar, hospital rakan bayi akan tengok kadar gula dalam badan bayi camner. Dorang takkan semudahnya bagi susu formula sampai la satu masa tu kalau gula dah turun, bayi harus disusukan..Relakan je tau..jangan pasal nak susu badan korang sanggup biar bayi kita lapar..Secara normal kolustrum atau susu akan kuar dalam masa 3 hari kita bersalin takkan korang sampai hati biar dia lapar kot. Setiap kali dia pas menyusu formula, bila bayi dekat ngan kita, pastikan dia hisap puting badan supaya badan kita dapat stimulate dan menghantar signal ke otak. Niat dalam hati susu formula sementara saja dan yakin susu badan kita ada untuk bayi.
Ada gak orang tua akan cakap "Eh, susu badan sikit kot, bayi tak puas" biarkan aja kata-kata itu. Bila susu formula, bayi memangla jarang menyusu sebab perut dia dok bersusah payah nak hadam susu tu tapi dengan susu badan lak..cepat je proses tu yang bayi lapar..dan kata dalam pantang..apa salahnya bagi bayi menyusu selalu..bonding time kan..jangan kata tak cukup rehat bagai..masa menyusu badan pun leh tido kan...
Apa lagi ek nak share..kalau teringat Cik Yan buat another entry la..
No comments:
Post a Comment