Ok..kali ni kat memana orang dok perkatakan hal belanjawan 2012. Tapi kan, Cik Yan tak tau la secara terperinci cuma pastinya kakitangan kerajaan dapat bonus, pinjaman pelajaran di beri diskaun kan..pastu skim rumah ntah apa nama tu di naikkan nilai pendapatan kan..
Cik Yan tak nak mengulas panjang lebar sebab Cik Yan tak ikut pun tapi cuma tak sukala orang dok condemn sana sini..Sampai satu tahap terasa macam sombongnya dorang ni..berlagaknya dorang ni..padahal dok tazkirah sana sini, nasihat orang sana sini..
Kenapa kita perlu nak bising kakitangan kerajaan dapat bonus? Tau tak setinggi mana dorang belajar pun kekadang gaji dorang tu lebih kurang gaji kerani kat syarikat minyak..dan sedar tak kekadang mereka tu terdiri daripada anak orang susah? Kesian tak kat dorang yang nak belajar tapi keluarga orang susah dan mengharapkan duit bantuan tak kira kerajaan atau swasta.. Berapa kerat sangatla dorang ni yang terdiri dari anak orang susah yang leh dapat bantuan dari swasta?
Kenapa kita nak bising-bising pasal dorang dapat bonus, cukai kita (kakitangan swasta) kena potong banyak..Eh, bukan kakitangan kerajaan pun kena potong gak ke? Apa kata kita niatkan saja duit cukai tu untuk kebaikan rakyat tanpa nak fikir 100% abis kepada pemerintah?
Ya, dulu Cik Yan terfikir gak..Cik Yan cakap eleh korang sedapla dapat bonus,..amik duit cukai kitorang..tapi korang jangan lupa..kegunaan duit tu bukan untuk mereka saje..Fikir tak mereka yang di luar bandar, di pedalaman yang memang sah-sah bukan kakitangan kerajaan mahupun swasta. Jika tanpa duit cukai, bagaimana dengan belanja perubatan mereka? Maksud Cik Yan fikirla bagaimana hospital nak berikan harga yang murah kepada pesakit ni?
Fikir jugak lah bukan semua kakitangan swasta leh gi hospital swasta untuk mendapat rawatan. Ada setengah syarikat swasta tak cover pun rawatan perubatan dan kita ni, berlagak sangat kenapa padahal bila sakit gi sana sini tapi claim insurans kan...bukan semua sektor swasta ni offer macam oil & gas industry..Contoh pekerja kilang..dorang swasta kan..ada dapat bonus macam kita kat syarikat minyak ni? ada dapat coverage macam kita? Jadi bila sakit dorang gi mana? pilihan yang ada hospital kerajaan je..
Janganla pasal selama ni kita tak makan gaji dengan kerajaan kita dengan lantang nak hentam sana sini..suarakan pendapat tak salah tapi tak perlu nak kata orang itu bodoh ke apa..amik pedoman. pastikan diri kita tak jadi macam pemimpin yang tak bagus tu..pastikan kita, perempuan tak jadi macam wanita yang ramai tak suka tu..yang lelaki pulak sedap je kutuk bini orang kan..kamu dapat didik ke isteri kamu?? Sesilap isteri kamu lagi teruk tapi pasa kamu tak masuk politik..orang satu dunia tak nampak..
Dua orang kakak Cik Yan dan adik merupakan OKU..dorang cacat pendengaran..kalau tak kerana wanita yang kita pandang hina tu..nasib mereka dan golongan mereka tak pernah terbela pun..wanita yang teruk tu jugak yang memastikan ada bantuan buat mereka..ingat senang golongan OKU nak buat pinjaman bank untuk buat modal kalau nak berniaga?
Cuba tengok ada ke sekolah swasta yang memang khas untuk golongan OKU? Eh kaya mana kamu tu..kalau ada anak OKU..mesti masuk sekolah kerajaan jugak la sebab lagi terjamin pelajarannya..melainkan kamu malu nak mengaku kamu ada keturunan OKU..
Memang skang kita semua dah pandai..generasi kita dah nampak bagaimana politik ni memecahbelah kan orang..dan kita nampak juga bagaimana orang menjadi bodoh, gelap hati kerana bencikan sesetengah parti atau pemimpin. Tapi pasti kah kita keadaan akan berubah menjadi lebih bagus jika berlaku perubahan..lihat je negara jiran..tak suka pemimpin, guling..sudahnya sampai ke mana negara mereka? Korang orang kaya leh ar..bawak keluarga lari gi oversea tapi orang2 susah camner? Bila berlaku macam negara jiran..bukan mereka makin tersiksa ke..?
ermmmm suka post nie, frist time baca pekerja swasta yang tak bias hehe...tu lah sejauh mana pun "aku kata ko,ko kata aku" kita tak sedar sebenarnya swasta gan gomen sama2 saling berkait...sama2 saling memerlukan....kita sama2 bayar cukai walau cukai kfc...tapi kita sering terlupa, cukai yang kita bayar sangat2 bermakna untuk orang2 kawasan pendalaman,untuk ank2 kita masa depan....kita kena pandang dgn mata hati.....
ReplyDeletesejauh mana perbezaan politik kita,kita sering lupa satu benda....kita bawah agama yang sama....
Tulah masalahnya bila politik melebihi agama. Dalam agama tak suruh kita menghina org kan..tak kira la sape betul sape salah..
ReplyDeleteYang dok komplen tu kekadang ada yg bercakap besar mengatakan selama dia membesar tak pernah makan hasil kerajaan..orang kaya boleh la cakap camtu..dah keje pun cari tempat yang tanggung medical semua..tu bukan kira macam bantuan gak ke.