Sunday, 30 September 2012

Bubye kempen Kusama

Cik Yan perasan sangat yang Cik Yan akan berubah tak pun tinggal terus jika apa yang Cik Yan nak tu sentiasa ditunaikan atau diberi kebenaran untuk membuatnya.

Lagi satu perangai lak, kalau En Suami offer sesuatu secara tertiba dan Cik Yan terima, mula la nanti akan ada episod kesinambungan offer tu nanti..Pertama kali di offer, kali kedua atau seterusnya akan berkempen sampai la satu tahap En Suami pun pelik..

Kisahnya kan Cik Yan ter suka akan semua koleksi Kusama tu..dahla masa masuk butik tu tak tau pun kewujudan koleksi tu..tapi bila dah nampak, suka..En Suami terus beli. Bermula kisah Cik Yan tengok semua koleksinya di internet dan berkempen cara halus dengan En Suami. Nak beli sendiri? boleh! abih kena marah nanti.

Satu hari En Suami tanya..ada nak beli pape tak..sebabnya sian Cik Yan pening-pening tengok barang si Mia yang tak terbeli-beli tu,,pastu dia cakap tengok Rayures kat mana ntah tapi harga melampau-lampau..orang tu beli sebab dia nak buat bisnes jual barang-barang special limited. Cik Yan cakapla skang Kusama je yang menarik dan dia terus bertanyakan harga. Manala Cik Yan tau kan..

Jadi Jumaat hari tu call la jap customer service dia sebab masa tu macam decide nak purse je. Sekali orang yang melayan tu sangat baik dan siap interview Cik Yan camner tau pasal Kusama ni semua. Bila dia tanya camne leh beli terus Cik Yan cakap incident..berterus terang dengan dia memula Cik Yan tak tau pun, masuk butik tengok-tengok terus berkenan..

Sudahnya ha..harga purse tu tak jauh dari harga beg tu..dan beg tu lak tak sangka pulak Cik Yan harga dia tak lebih dari beg yang Cik Yan beli. Selalunya beg macam Cik Yan ada tu, harga rendah tapi tak tau nape koleksi ni jadi terbalik lak..Terus whatsapp En Suami dan En Suami lak bagi total amaun sampai Cik Yan terkejut..

Ok..tapi pasal tu time keje, Cik Yan cakap malam la discuss dan bila dalam lrt..sekali lagi terfikir macam-macam.. Jadinya malam tu ketika kami ber whatsapp En Suami bangkitkan lagi tentang beg tu.. Cik Yan cakapla macam cukup jela apa yang ada. Dia pelik. Cik Yan pun pelik gak sebab kenapa dia tak suruh fikir bebetul pun..Cik Yan pun tanya nape bagi camtu je sedangkan baru bagi beg.. En Suami jawab mungkin sebab baby Mia yang buat Cik Yan nak beg tu..WHAT!!! maknanya lepas ni Cik Yan hilang hak keistimewaan la bila baby Mia kuar...

TIDAAAKKKK...!!! maka dengan ini..bubye KUSAMA..cukupla satu yang ada tu..sangat cantik dan syukurla berpeluang memilikinya..karang banyak beg kang takde pulak tempat simpan buku-buku Cik Yan...




No comments:

Post a Comment