Sunday, 30 December 2012
Rawatan dalam pantang Spa Cintasari
Ketika memasuki trimester kedua kehamilan, Cik Yan dah decide untuk menggunakan pakej yang disediakan oleh tempat Cik Yan selalu gi spa. Keputusan diambil sebab tak nampak atau jumpa memana orang yang leh wat rawatan dalam pantang dan sah2 majority yang ada cuma akan mengurut je.
Bagi Cik Yan, walaupun dari kecik besar kat bandar tapi tang pantang nak ikut style tradisional. Kenapa, mengapa? Entah.
Memula Cik Yan amik pakej untuk 2 weeks tapi bila dah bayar deposit, En Suami cakap kalau boleh commit, nape tak sebulan je maka esok harinya terus telefon Kak Su untuk tambah lagi 2 weeks. Wat kat rumah je kan bukan kena kuar rumah..
Pakej sebulan tu bukanla bermaksud sampai 30 hari tapi 18 hari je..2 minggu pertama, rawatan mengambil masa selama 12 hari dan 2 minggu terakhir pulak 6 hari. Setiap sessi rawatan berlangsung selama 4jam atau lebih..kalu baby baik, cepatlah abis..Peringatan..sila buat stok susu ek kalu breastfeeding..mudah keje.
Ni treatment dia..kalu nak lagi details, leh tgk link ni http://www.cintasari.com/services.html
Untuk ibu
Mandi Rempah Siram - Daun Asam Jawa, Serai Wangi, Daun Pandan, Mengkudu dan Daun Jambu
Bertangas Dupa
Bertungku Batu/ Tuam
Massage - Slimming Cream / Oil
Ikat Bengkong dan Barut - Disediakan
Jamu Akar Kayu (Kacip Fatimah, Mas Cotek, Serapat, Bunga Cengkih)
Untuk baby
Mandi Baby
Barut Baby Disediakan
Massage
Tuam - Daun Sireh
Treatment di Spa (ibu je..kalu baby..uiks..karang dah besar asyik nak ke spa pulak)
Facial whitening - em..Cik Yan tak suka facial..nak minta benda lain la..
Body scrub - ni memang suka dedulu
Seaweed treatment -
Flower & milk bath - halus gebu kulit nanti..sendiri puji la..
Tak taulah bila nak ke spa kan..macam tak sampai hati je tinggal Mia walaupun En Suami dah pesan gi bebila free untuk segarkan badan sebab Mia dah pandai minum susu dari botol (ayat sebenar adalah: Cik Yan dah rajin pam buat stok).
Secara keseluruhannya memang recommend la sesapa yang nak berpantang secara tradisional ni amik pakej sebegini..ongkosnya memang la buat terbeliak mata kan..tapi tulah gunanya money management..simpan duit awal2 jadi time kena bayar takdelah terasa sempit. Zaman skang..asal menyimpan Insya Allah boleh je kita dapat apa kita nak..
Memandangkan kita ni beranak sulung, macam2 leh tanya kat therapist tu, Iera. Dia tak lokek berkongsi ilmu dan kita pun tak rasa kekok nak tanya walaupun soalan bodoh. Most of the time Cik Yan dok tanya hal makanan la..Cik Yan sedang mengalami sindrom Pantang Tengok. Almaklumla, duk tengok tv pastu channel AFC lak tu, mulala nampak sedap je semua makanan tu..
Lupa nak citer, Baby Mia bukan main suka bila di tuam dan diurut..mentang2 dah pandai angkat kepala..nampak macam bos je kekadang takpun macam keadaan di dalam spa bebetul dengan jarinya bersilang bawah dagu dan lentok..aisy terasa macam Cik Yan lak sebab dalam spa memang suka wat gitu..
Labels:
Birth story,
Something to share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I liкe the helpful information you provide in your articles.
ReplyDeleteI will bookmarҝ yօur blοg and check again here rеgularly.
I'm ԛuite sure I wіll learn a lot of new stuff right here!
Best of luϲk for the neхt!
І all tthe time used to read artіhle in neԝs papers but now as I am a user of nnet tһus from
ReplyDeletenow I am usіng net forr poѕts, thanks to web.