Monday, 17 September 2012

Beta yang berharga


Beta Centauri, kucing yang Cik Yan tengok kat Petsave Melati Utama dan membuatkan niat membela kucing diluahkan kepada En Suami. En Suami tidak mengalami masalah untuk memberikan keizinan tapi dia mahu mencari di Mudah.com.my dahulu. Tu yang jadinya kisah si Alpha di beli di depan parking Zoo tu..

Beta di beli juga ketika kami ingin mencari sangkar, beli susu dan mintak pekerja Petsave mencuci matanya yang comot tu. Ketika itu Beta sekor je dalam bilik kaca dan begitu aktif. Memula taknak beli dah sebab risau dengan keadaan Alpha yang kecik jadi takut tak terjaga. Tapi ketika En Suami mintak final say nak beli atau tak, Beta ni berdiri sambil tangan menadah simpati dan terus la Cik Yan cakap beli dan diberikan nama Beta Centauri.

Napa Alpha, nape Beta? Sebab masa sekolah dulu, Cik Yan kelas Alpha dan kawan baik Cik Yan kelas Beta. Dalam buku astronomi pun memang ada nama bintang Beta Centauri. Beta ni masa beli berusia 2 bulan lebih dan dah pandai bermain tak macam Alpha yang menggigil ketika berjalan.

Beta ni memang pada mulanya lebih rapat dengan Cik Yan banding En Suami kerana dia dah pandai bermain dan melompat-lompat manakala Alpha pula masih dengan sifat baby nya dan sesuai dengan En Suami yang sedang membiasakan dirinya dengan kucing. Balik keje, Beta mesti ikut Cik Yan masuk bilik dan Alpha ikut En Suami tapi lama kelamaan, dedua ni nak jugak Cik Yan..tu yang orang tu tak puas hati tu dan nak beli kucing yang ikut cakap dia. Hahahha

Beta ni memang manja dan tak kisah di peluk berbanding Alpha. Kalau kita dukung Beta ni, best je sebab dia tak kisah dan tidak meronta seperti Alpha. Sangat aktif dan masa memula dulu, abis tisu dalam kotak dikerjakannya..Beta suka minum susu dan kalau dia terasa nak, time Cik Yan masak air, mesti dia dok mengiau dan buat manja. Tu yang bila bancuh je susu dia, cepat je dia minum kalau tak panas sangat.

Dalam masa dia dok dengan Cik Yan je, tertiba terkejut Cik Yan bila Beta berubah murung tatkala En Suami pergi keja. Malam pertama tanpa En Suami, dia tido di perosok langsir padahal selama ni tido atas katil dan paginya itu mata berair. Balik keje pulak, dok tunggu depan pintu walaupun Cik Yan dah masuk bilik dan paling memilukan bila dia bawa sekali baju kotor En Suami ke atas sofa dan tido di dalamnya. Setiap masa akan menunggu depan pintu menantikan pintu dibuka oleh En Suami dan kalau lepak kat balkoni pun, badan mesti menghala ke arah pintu supaya dapat berlari jika En Suami balik kot.

Nak jadi citer, masa tu jugakla kena berubah makanan dan jenuh nak bagi Beta makan kerana tak nak jamah langsung. Hampir seminggu juga mencari makanan yang sesuai tapi sudahnya bagi je wet food memandangkan banyak kedai tak menjual brand makanan yang Cik Yan cari. Tapi satu hari tu, bila En Suami lari balik jap sambil nak teman Cik Yan check up dan bila dia sampai rumah, Beta pun macam excited jap tapi lepas tu dok ngan Cik Yan gak. Sejak dari itu, takdenya dia heran kat En  Suami sangat seolah memahami kalau dia murung, Cik Yan akan sedih dan mungkin juga pasal En Suami dok cakap ngan dia yang En Suami keje, mintak jaga Alpha, Cik Yan dan baby.

Sejak tu, Beta ngan Alpha akan ikut je ke mana Cik Yan pergi tu yang sampai tertido kat depan dapur sebab teman Cik Yan memasak. Dorang ni tak masuk dapur jadi akan bermain sampai tido kalau lama sangat kat kawasan tentang dapur tu. Bila selesai masak je, terusla mengekor ke  mana saja dan cuma akan duk diam kalau Cik Yan bergolek depan hall.

Beta ni rajin urut Cik Yan, memula dulu takat urut bahu je tapi satu hari tu masa mengadu kat En Suami over the phone, Beta datang dan urut tempat sakit tu sampai Cik Yan suruh berhenti sebab makin lama dia dah mula lupa simpan kuku tu. Sejak tu, asal Cik Yan duduk je datang urut dan kadang2 macam nak tengok keadaan perut Cik Yan sambil letak kaki depan dia check perut Cik Yan.

Masuk trimester ketiga, balik keje makin penat kan jadi bila dia rasa nak main, Beta akan membawa mainannya kepada Cik Yan dan bila Cik Yan layan je mulala lompat sana sini dan lari mengejar mainan tu sambil kadang tu Alpha pun join sekali. Pandai kan kucing ni mintak perhatian tapi tak susahkan orang.

Beta ni kalau amik gambo memang tak nampak cantik sangat pun tapi Cik Yan geram sangat kat dia ni sebab manja dan tak kisah di belai. Oh ya, bila emosi terganggu, Cik Yan tertiba jadi sedih ke, diala akan meneman Cik Yan sambi baring di tempat yang sama dengan Cik Yan sampai la Cik Yan ok. Bila dah bangun, masa tu baru Alpha pulak mengambil peranan menjadi penghibur.

Ni lah kurniaan terhebat yang Allah berikan pada Cik Yan selepas En Suami..soon Baby Mia lak. Harapnya Baby Mia pun takde masalah dengan AlphaBET pastu nanti leh belikan lagi sekor untuk Baby Mia lak..


No comments:

Post a Comment