Dulu bila dengar lagu ni..terbayangkan pengorbanan dan kesediaan En Suami dalam melayani kerenah Cik Yan. dialah tempat mengadu, tempat meminta pendapat, sokongan yang tak berbelah bagi, nasihat dan segalanya. Tapi ketika dalam teksi semalam..ketika mendengarkan lagu ni terus Cik Yan terbayangkan apa yang kami sanggup lakukan untuk bayi kami ni..
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
>>>> {En Suami kata, ada rezeki dapatla asalkan anak appreciate}
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
>>>> {Mak bapak mana la yang tak nak berusaha untuk bagi yang terbaik untuk anak}
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
>>>> {Walaupun ada rezeki anak yang lain, kasih sayang tetap sama apa ntah lagi anak pertama ni di tunggu sekian lama, datang mu pulak dengan pelbagai rahmat, murah rezeki kami, permudahkan perjalanan kami}
Hati ini bukan milik ku lagi
>>>> {Hati kami untuk kamu Mia dan jika ada rezeki untuk adik2 jugak}
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
>>>> {2 tahun kan kami menantikan kamu sebab tempoh 2 tahun tulah yang baru kami berusaha jumpa doctor semua tu, 2 tahun terawal tu kami bersukaria sambil berkata ada rezeki kami terima kamu dengan hati terbuka}
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
>>>> {Kami akan berusaha untuk memberikan segala yang terbaik untuk Mia dan adik2 dan hati kami penuh dengan kasih sayang buat kamu dan adik2 nanti}
No comments:
Post a Comment