Selama ni saje la tak pernah mention full name Baby Mia ni sebabnya takut tertukar lagi. Dulu Addeena tu bukan nama asal tapi nama lain yang memang dah dipersetujui En Suami tapi bila tengok macam2 ejaan, jadi confuse jap. Tu yang tertiba je tukar ke Addeena tapi lupa bagitau En Suami..Oh ya..bab nama memang En Suami serahkan kepada Cik Yan dengan syarat jangan nama pelik2, kebaratan dan biar ada makna yang bagus.
Lepas En Suami tau pasal Addeena ni, Cik Yan rasa senang hati skit pastu time dok sesaja layan la youtube. Masa tu terjumpa klip video Al Hijrah tapi sorry Cik Yan tak tau nama tapi siaran tu selalunya selepas ke sebelum waktu solat. Dalam klip tu dia ada cakap tentang Nabi Muhammad SAW yang dikurniakan 4 puteri dan betapa beruntungnya pasangan suami isteri yang mempunyai 4 puteri.
Dalam tu, Cik Yan saja relate kan dengan nama Baby Mia ni. Mengikut beberapa rujukan Cik Yan, Nur Damia Addeena bermaksud Cahaya Keberkatan/ Kebijakan AgamaKu. Ya Allah, ketika itu rasa beruntung dan bersyukur atas nikmat yang Allah SWT kurniakan ni. 4 tahun berumah tangga kemudian disahkan hamil dan anak pertama kami adalah seorang puteri.
Terlalu awal untuk kita merencanakan kehidupan Baby Mia tapi yang pastinya persiapan untuk Baby Mia di masa hadapan bermula di saat jantungnya berdegup. Semoga kami dapat memberikan yang terbaik untuknya dan Baby Mia dapat menjadi anak yang solehah, taat pada ibu bapa, hormat orang tua dan disenangi ramai dari segi tutur kata dan tingkah laku. Kami mungkin bukan yang terbaik tapi biarlah dia mewarisi apa yang baik dari kami dan tidak mewarisi sebarang keburukan kami. Selebihnya Allah Maha Mengetahui dan Allah la perencana yang terbaik.
Baby Mia mungkin berada dalam keadaan tidak susah tapi kami berharap Baby Mia tidak sombong atau alpa dengan apa yang ada..Semoga kami dapat berikan yang terbaik, tidak terlampau manjakan dia tapi tidak membiarkan dia kekurangan kasih sayang..Peringatan buat Cik Yan gak supaya tak terikut sangat perasaan nak wat birthday party la, barang branded la (???) sebab tau dah bila cakap je, En Suami mesti relakan aje...
Lupa...En Suami suka kacang macadamia..beli biskut famous amos mesti pesan nak yang ada macadamia..kalu Cik Yan buat chocolate cookies, mesti minta letak kacang macadamia tu sampai satu masa Cik Yan wat biscotti letak macadamia..Nanti Mia dah besar leh ar wat gurau yang nama dia dari kacang macaDAMIA...anak ayah kan...
No comments:
Post a Comment