Showing posts with label Us. Show all posts
Showing posts with label Us. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

Senario masa pantang

Senario yang biasa terjadi masa Cik Yan dalam pantang.

Situasi 1 :
En Suami rajin masak.
Cik Yan malas makan.

En Suami : Nanti abg masak lauk ni lauk tu, Yan makan ek.
Cik Yan : Ala, x payah masak la. Tak rasa nak makan pun.
En Suami : Yan kan breastfeeding Mia, nanti cepat lapar. Camne nk nyusu kalu x makan
Cik Yan : Org Afrika tu x makan berhari-hari, boleh je nyusu baby. Dorang lagi xde duit nak beli susu formula. Takat skip 1 meal apa la kesan sangat..

Sudahnya Cik Yan kena makan gak sebab En Suami wat muka garang.

Situasi 2
En Suami kepenatan atau xde mood masak.
Cik Yan asyik nak makan.

Cik Yan : Laparla.
En Suami : Tadi kan dah makan.
Cik Yan : Memangla dah makan tapi lapar. Yan kan breasfeeding Mia, mestila kena makan selalu sebab cepat lapar. Nanti karang sian Mia x dapat susu.
En Suami : Beli je ek ke nak kena masak jugak?

Hehe. En Suami takdela menjawab macam Cik Yan jawab tang orang Afrika tu. Untuk mengelakkan Cik Yan kelaparan, dia pun stok biskut yang Cik Yan suka makan, buah prune ngan buah berbanyak jadi bila jadi situasi Cik Yan nak makan sangat, Cik Yan makan la berbenda tu semua sementara menanti waktu makan yang sebenar. Time pantang memang Cik Yan tak dibenarkan masak cuma sekali tu je sebab dia demam, nak makan bubur. Jadi Cik Yan masaklah bubur je dengan sambal bilis kering, ikan masin, bawang putih goreng sebagai penambah selera dia. En Suami tak nak makan kalau bibik masak, wat masa ni la..

Tuesday, 18 December 2012

Hadiah dari En Suami

Insya Allah, kalu jadi...En Suami nak hadiahkan keta apa yang Cik Yan nak sebab nak tukar dengan Si Besar. Besar? ha sebab si Kecik takleh tukar kerana senang nak bergerak kat bandar tak pun parking LRT.

Masa dia tanya nak ke tak..Cik Yan leh lagi tanya pasal keta lain tapi memandangkan Cik Yan pun tak pandai sangat pasal spec keta ni..Cik Yan pilih jelah keta ni. Tahun lepas dah test drive pun dan memang berkenan abis tapi En Suami dok cakap kalau beli macam la drive sangat jadi terus Cik Yan senyap. Kali ni memang dia pun kata takkan cakap pape dan marah jika tak drive. Wah apa lagi..peluang dah datang jangan lak di tolak..

Skang ni tengah pikir lak warna apa sebab rasa2 macam takde warna merah untuk spec yang En Suami nak beli. Takkan pasal warna, kita nak lupakan kemampuan kita takat mana kan. Jadi tengah menunggu En Suami balik untuk tunjukkan warna yang ada. No plat pun En Suami nak yang Cik Yan suka..Jadi ada tiga pilihan iaitu birthday Cik Yan, tarikh akad nikah kami takpun birthday Mia. Tapi karang kalu ada rezeki anak lain takkan nak beli keta lain lak sebab kena bagi adil letak birth date tu kat keta kan..Tengok jelah mana yang dapat..

Next week birthday En Suami, patutnya Cik Yan la pikir nak bagi apa kan tapi dia pulak nak bagi hadiah..terbayang dah Cik Yan mem baking kek kegemaran dia. Last year time birthday dia baru kuar spital sebab minor surgery kan jadi Cik Yan tak buat kek pun cuma buat congo bars yang akhirnya memang dia suka sangat. Kali ni Insya Allah nak buat kek kegemaran dia dan rasanya boleh kot duk dapur sebab ada kakak orang gaji kan..

Nilah keta idaman..tak kirala orang nak cakap keta lama ke apa ke..yang penting kita yang pakai, kita yang bayar...bonet dia luas tau sebab hari tu memang dah cakap keta kena ada bonet yang luas sebab balik Besut sure banyak barang Cik Yan dan ni dah ada Baby Mia..lagilah penuh bonet kan..






Monday, 17 December 2012

En Suami...

Dalam Islam ada berpesan..seorang isteri tidak boleh membuka aib suaminya pada orang kan tak kira apa keadaan pun. Kalau kita tengah marah sekalipunn sesekali tak boleh bagitau pada umum tentang kekurangan atau kesilapan dia kan..Tapi bab puji takpe kan..biar pujian yang orang dengar tapi jangan keaiban dia..

Selama ni, bukan la taktau betapa sayangnya En Suami pada Cik Yan kan. Kalau ada rezeki lebih dan time tu lak tertiba ada benda baru atau teringin makan pape, mesti dia akan penuhi kehendak semua tu. Tapi kadang-kadang kita jadi lupa sebab datang rasa "ala kebetulan tu..takpun ala kalau dia tak bagi pun, kita nak sangat, leh beli sendiri..."

Time mengandung, banyakla pantang larang dia sampai ada teman cakap jangan manjakan diri, buat keje rumah semua tapi En Suami akan cakap, kalau jadi pape pada Cik Yan, bukan teman tu yang susah tapi dia sebagai suami. Biarlah orang cakap apa pun, bagi dia selagi Cik Yan ikut cakap dia, dia rasa senang hati dan mudah nak buat keje. Tu yang start dengan weekend cleaner semua tu sebab taknak En Suami risau. 

Saat menanti masa untuk melahirkan Mia, hati terusik sikit bila dengar dia cakap kat nurse tu, "saya tak mampu nak watpe..kalaula leh share sakit dia ni, saya sanggup amik semua". Asal Cik Yan mintak dia urut belakang pinggang untuk legakan sakit, cepat je dia buat walaupun sampai satu masa tu tenaga dia dah berkurangan dan dia mengantuk amat sangat. Masa tu pulak, mana leh urut pelan, tak rasa apa sampai la dia urut dengan botol air..lega rasanya. 

Saat kena meneran tu pulak, tak abis2 dia bagi kekuatan, dorongan tapi ada masa tu Cik Yan rasa macam nak je cakap kat Dr Ashar tu operate jelah..Heheh. Tulah degilkan..tak amik epidural langsung dan awal2 dah bagitau nurse Cik Yan tak nak. mana tau nanti ada pulak kuasa veto yang buat keputusan kan..baik khabar awal.

Apabila kena tumpah darah lepas lahirkan Mia tu, rupanya keadaan tu menggusarkan dia tapi Cik Yan tak nampak. Dengan keadaan kami yang tak pandai nak attend Mia yang masih kecik tu rupanya dia dah kerisauan yang amat dan dia berkongsi rasa dengan abangnya. Masa tu Cik Yan tak tau lagi sebab memang dia cover abis.

Keesokan hari ketika dia meluahkan segalanya, Cik Yan dengan lantas mencantas dan membangkang segala idea dia. Itu membuatkan dia bertambah rasa tertekan dan risau dengan Cik Yan. Teman rapat Cik Yan pada mulanya sokong gak Cik Yan tapi bila mendengar alasan En Suami, dia pun macam bersetuju. Abang dia? Memang menjadi tempat Cik Yan mencari alasan sebenar dan akhirnya Cik Yan bersetuju. Tapi sudahnya, En Suami sendiri yang menarik keputusannya. Bila masa yang sesuai, Cik Yan tanyalah nape kan..ketika tu rasa nak tumpah air mata atas kasih sayang dia.
 
Mungkin ramai lagi yang baik kan tapi dah suami Cik Yan ni En Suami sorang kan, jadi bagi Cik Yan apa yang dia buat ni memang menyentuh perasaan abis. Dia nakkan yang terbaik untuk Cik Yan tak kira apa, masalah nak berikan yang terbaik bukan halangan bagi dia asalkan Cik Yan dapat yang terbaik.

Betul la yang Cik Yan cakap kat teman rapat Cik Yan dan adiknya..masa bersalin tu terasa betapa sayangnya suami pada isteri dan segala sakit kita ketika mengandung, bersalin terubat dengan kasih sayang yang dia tunjukkan. Kira time bersalin tu nampak la dengan mata besar kan..kalu tak asyik la nak fikir bebukan kan..

Ni lagi rasa best sebab time berurut En Suami call cakap nak tukar Si Besar dan tanya pendapat tentang kereta pilihannya yang dulunya Cik Yan suka sangat. Tapi kali ni ada keta lain lak yang Cik Yan suka dan dia cakap dia ikut pilihan Cik Yan selagi within the budget. Bila cakap biar En Suami pilih sebab Cik Yan tak drive long distance, En Suami janji takkan cakap pape. Wah..suka suka suka..Dulu bila Cik Yan berangan pasal keta, dia selalu tanya Cik Yan akan drive selalu tak, auh mana nak bawak..tu yang buat takut nak cakap pasal my dream car. Jadinya kalu sungguh rezeki tu milik Cik Yan...Besar berganti dengan XV takpun Teanna...xpun...x tukar pun...

Saturday, 13 October 2012

Weekend

Anda ada kereta..

Tapi anda sakit..x pun anda xleh drive atau partner anda xde

Tapi ni weekend la..

Dah seminggu penat keje..

Apa anda nak buat?

Mengeluh kebosanan?

Marah partner anda???

Saya tak..Alhamdulillah tak pernah rasa marah akan ketiadaan dia..

Alhamdulillah tak pernah rasa kebosanan/ tension..sedih pilu sebab xleh kemana-mana

Lagi lak skang ni..

Skang saya dok menikmati weekend saya dengan...

Melayan AlphaBET saya..

Menemani mereka melepak di balcony..

Ngadap dorang makan wetfood

Bergolek dengan dorang...

Happy rasa...

Bermakna sungguh weekend saya

Walaupun tidak kemana-mana

Walaupun tak dapat makan kat luar

Yang penting..

Saya berjaya menggembirakan diri saya..

Tidak membuatkan si Dia rasa bersalah..terbeban dengan kejanya..

Dan dia sentiasa mendoakan keselamatan, kebahagiaan, kesihatan saya tak kira masa.. 

Dan yang membuatkan saya terasa bahagia dan teruja sangat apabila dia mengatakan yang dia harus lebih rajin mengerjakan solat hajat dan solat sunat yang lain supaya dipermudahkan proses bersalin nanti...

 
To En Suami...
We (Cik Yan, Alpha, Beta & Baby Mia) love you so much.

 

 

Sunday, 1 July 2012

Kan saya dah kata, Dia cepat risau..

Dua hari Cik Yan tak gi opis sebab demam dan kaki cramp. Ada plan nak buat sonortron therapy tapi bila bertanyakan kawan2 doktor, maka plan tu tak dapat dilaksanakan kerana response yang tak bagus dari mereka. Masa pregnant harus dengar cakap doktor sebab kita tak tahu keupayaan badan kita sebenar. Nak buat kuat gak? kalau tak jadi pape bagusla tapi macam mana nasib kurang baik?

Sabtu, badan dah sihat sikit, kaki pun takde cramp sebab tetiap hari tak gi keje tu dok rendam air garam dan tido berstokin. Cik Yan demam ni memang tak gi jumpa doktor, guna je cuti tahunan sebab tahun ni tak cuti raya pastu cuti bersalin lak..karang rugi cuti sebab company kasi carry forward sikit je.

Pepagi tu lepas sarapan semua, Cik Yan mulakan operasi kemas dan lap perabot bilik Cik Yan. Pastu dok vakum satu bilik sambil ditemani budak 2 ekor tu Alpha ngan Beta. Kali ni dorang tak cabut lari pulak dengar vakum cuma semua berlonggok atas katil. Baru tukar cadar tapi dorang rasmikan dulu..aishhh. Dari bilik Cik Yan vakum luar pulak..abih 3/4 kawasan rumah kena vakum sebab malas nak sapu sampah. Sakit pinggang tu menyapu..

Memalam seperti biasa En Suami akan call minta update apa Cik Yan buat hari ni. Memula mintak izin dulu sebab nak kuar lunch dengan kawan Ahad ni. Memandangkan hari Sabtu, En Suami membuat andaian Cik Yan cuma berehat je (baju antar dobi jadi takde dah gosok lelama, ikut arahan dia). Cik Yan pun citer yang Cik Yan dan AlphaBET buat operasi kemas, lap perabot bilik dan vakum satu rumah. Terus dia tanya pegang mop tak..mula kedengaran suara dia kerisauan walaupun Cik Yan tak sempat jawab lagi. Cik Yan cakap last week kan cleaner dah mop satu rumah jadi minggu ni Cik Yan vakum jelah. Baru dengar suara dia ok balik..

Cik Yan tak citer la yang Cik Yan lap lantai sikit-sikit (ada spot yang kotor - nampak kesan tapak kaki AlphaBET) menggunakan kain je. Takde la lap beria cuma hilangkan kotoran atas lantai tu je sekali lalu. Dia tak bagi pegang mop kan..Cik Yan guna kain buruk je..Jadi Cik Yan still tak langgar arahan dia kan.

Ada orang dok cakap tak buat keje, manjakan badan semua nanti susah nak bersalin..Tapi mana yang penting sekarang? Yang akan kerisauan En Suami dan family Cik Yan..camne kalau Cik Yan ter slip, trip & fall semua dan En Suami jadi risau sampai takleh wat keje bebetul..Nanti dia tak alert pula dengan keadaan sekeliling dan mendatangkan bahaya pada dia dan crew dia. Orang yang dok cakap tak mengalami keadaan yang sama dengan Cik Yan..jadi dari cakap yang tak elok gitu, baik doakan je semua selamat. Betul tak.

Macam Cik Yan cakap dalam previous entry, Cik Yan memang tak dibenarkan buat keje rumah tapi tau tak yang Cik Yan tak drive sangat sekarang ni masa gi LRT. Sebabnya Cik Yan akan berjalan dari rumah menuju ke perhentian teksi dan dari LRT Ampang ke opis. Tu dah aktiviti exercise gak tu sambil petang2 walking ngan AlphaBET kat koridor rumah. Jenuh gak berlari sikit untuk pastikan tak jauh dari Alpha ngan Beta. Dorang tu bila keluar koridor mesti nak turun naik tangga dan Cik Yan layankan aje.

Kadang-kadang orang tak sedar dengan kemudahan yang ada skang tu yang selalu orang amik permanent maid semua. Bagi Cik Yan tak moh lagi sebab hilang privacy kat rumah dan kita nak bersama gurau2 dengan suami pun terbatas. En Suami ni jenis yang suka dok rumah ngadap tv dan cari info perubatan, kerjaya kat internet. Kalau kuar pun pasal ada discussion dengan client takpun siapkan tender paper. Kekadang je lepak sesaje bila kawan baik dia semua turun KL dan pastinya Cik Yan tak suka nak join. Dia bukan jenis tinggal isteri untuk memancing ke main games ke semua..Nak gi riding pun dia amik masa ketika Cik Yan kat opis tapi datang angin tu sebab nak dapatkan cuaca yang baik, mulalah tanya nak tak buah berangan Genting Sempah...Tu pun Cik Yan mengomel gak tapi datang mood Cik Yan sangat baik, Cik Yan akan suruh dia kuar sebab Cik Yan nak tengok citer2 menarik kat TV. Heheeheh

Thursday, 7 June 2012

Our 4th Anniversary

Alhamdulillah..4 tahun sudah kami merasmikan ikatan cinta kami dengan pernikahan yang berlaku jam 9.00 malam pada 7th Jun selepas 3 hari birthday Cik Yan.

4 tahun bersama mengharungi cabaran sebagai suami isteri, suka duka, susah dan senang dan juga sebuah penantian selama 2 tahun..Insya Allah baby coming in November nanti..Nape kata 2 tahun ek..sebab masa tunang pun melihatkan keadaan masa itu, En Suami pulak sentiasa takde, jadi Cik Yan cakap 2 tahun kita enjoy pepuas dulu dan dia concentrate dalam karier dia, mak dia dan kukuhkan kewangan adiknya..Tu yang tahun ketiga perkahwinan baru Cik Yan bersungguh buat treatment sana sini. Heheh.

Lagu ni tergiang kat telinga tatkala terjaga dari tido kerana lapar..Alhamdulillah, berkawan, bercinta, bertunang dan berkahwin. Semoga ikatan ini kekal selamanya dan diberkati Allah.