Sunday, 21 October 2012
Penapis Santan
Hari tu ada orang ibaratkan aliran duit keluar ibaratkan santan yang mengalir dari penapis. Makin besar penapis tu, makin banyak santan yang boleh keluar dari situ. Dari segi rasional nya..setuju..samala dengan perumpamaan makin besar periuk nasi, makin besarla permukaan kerak..Tu peringatan sesesorang dalam menguruskan kewangan atau kehidupan
Tapi Cik Yan fikir-fikir balik..Cik Yan tak setujula dengan pernyataan tu sangat sebabnya..kita lagi kena ingatkan mereka yang mempunyai kelapa parut yang banyak tapi penapis nya kecil saje. Sebab nak santan yang banyak, dia dok push penapis yang kecil sampai patah penapis dan terpaksa meminta bantuan. Ok, mungkin tak minta tapi orang sekeliling tak sampai hati dan terus menghulurkan penapis mereka.
Ada jugak penapis santan dia besar sangat tapi dia pandai..dia menggunakan bekas yang kecil untuk menakung santan tu..jadi ketika menggunakan penapis tu, dia berhati-hati supaya santan tidak keluar dari kawasan yang tidak mempunyai bekas tu..Selalunya orang yang mempunyai penapis yang besar lagi bijak menggunakannya banding dengan orang yang mempunyai kelapa yang banyak tapi tak punya penapis yang sesuai. Maksudnya ramai orang yang punya keinginan yang melampau (nak baju up to date, barang kemas, bisnes itu ini) tapi tak punya modal yang cukup atau kemampuan tak setanding keinginan yang ada.
Ada keadaan ni, duit dia kuar ibarat air mengalir tapi bila di tegur, dia mengatakan jumlah itu kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh orang yang menegur..Tapi pada hakikatnya, kerana jumlah kecil itulah, benda perlu seperti bil air, letrik, telefon semua tertunggak. Dia tak sedar orang yang menegur tu berbelanja setelah mendapat duit lebih (dah bayar ansuran rumah, keta, utilities, saving).
Lagi satu, jangan kita terlampau mengejarkan investment sana sini sehingga benda wajib ada jika mampu tidak kita miliki. Ada duit, beli rumah..tak kirala kecil atau besar tapi ikut kemampuan. Jangan terlampau beli yang mahal sehingga duit bulanan abis pada ansuran dan kita tidak dapat menikmati nikmat yang lain kerana duit tak cukup.
Bagi Cik Yan, jika kita ada RM 10K dalam tangan, belanjala separuh atau invest atau nak renovate pape pun..selebihnya simpan supaya jika keadaan mendesak, kita ada lagi bakinya. Jangan kita abiskan kesemuanya pada barang, renovate ke apa tapi bila nak menikmati hari seterusnya kita kena berpinjam atau ikat pinggang..
Jangan terlampau menyimpan di fund yang kita terikat dengan syarat tertentu seperti buat ASB loan, unit trust sampaikan mengacau komitment apabila kita nak membuat pinjaman perumahan atau kereta. Unit trust tu ok..tapi janganla abiskan semua duit simpanan kita dalam tu..kena fikir jika keadaan kecemasan, boleh ke kita kuarkan sekelip mata? Simpanla dalam akaun bank lain, jangan asyik memikirkan pulangannya tapi fikir kalau nak kuar duit ketika keadaan mendesak, senang je..Tapi janganla pulak asyik kuar duit pasalnya nak samakan diri dengan orang lain dari segi barang kemas, pakaian semua..
Kalau duit banyak sangat kan, Cik Yan fikir baik beli rumah ataupun istilah En Suami pelaburan tak mati..maksudnya beli rumah pastu leh bagi sewa..kalau beli tanah banyak2 tapi tak plan wat pape..kan ke rugi..lainlah beli tanah pastu buat rumah pastu duduk..takpun sewa..monthly dapatla pulangan. Ataupun cari tanah yang strategik dan sewakan pada Felda ke Risda ke..jadi dapat gak duit..hehhee
Dulu Cik Yan rasa diri kami ibarat kerdil bila di asak orang tentang perbelanjaan..En Suami tu sampai ada orang datang kat Cik Yan perlekehkan dia..tu lum lagi yang dok perli2 Cik Yan pasal En Suami dok belikan barang..Cik Yan cuma leh cakap Cik Yan akan kepoh apa yang kami beli..tapi sesekali Cik Yan takkan kepoh atau citer tentang plan simpanan kami. Biar orang sangka buruk pada kami tapi pada hakikatnya orang tu jauh dibelakang dari kami. Okay..ada orang kata patutnya En Suami ada sekian-sekian..tapi semua harus sedar sekian-sekian itu dia laburkan untuk masa depan ibunya dan keluarganya sebelum kami berkahwin..nak kutuk dia lelebih? apa korang buat?
Cik Yan suka dengan apa yang ada adik sorang tu citer dalam blog dia..bermewah tak salah jika kita boleh tapi tak lah sampai ikat pinggang..Kita keje, nikmatila hasil titik peluh kita skang..jangan asyik kata nak nikmat pada masa hadapan, watnya umur pendek camne..TAPI jangan la pulak tak bersiap untuk masa hadapan sebab nanti bila kita dah tua..takkan nak duk keje lagi kot pasal masa tu kita baru terhegeh-hegeh nak beli rumah dengan keta..
Labels:
Something to share
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment