Showing posts with label Wishlist. Show all posts
Showing posts with label Wishlist. Show all posts

Monday, 8 September 2014

Craving List

Diam tak diam, Alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu ke 25 kehamilan kedua, kiranya dah nak masuk 6 bulan la kan. 3 bulan lagi Insya Allah akan lahir seorang bayi lelaki, sepasang dah tu..pastu leh tengok mana lagi lasak, Baby Mia ke Baby Jr ni.

Too much things kot yang Cik Yan rasa kena buat kalau berkesempatan dan makan dan minum sebelum kembali kepada keadaan pantang 44 hari dan pantang setahun..bye-bye air sejuk..bye-bye laksa..Insya Allah nekad ni untuk melakukan apa saja sama macam Baby Mia dulu.

Kekadang, En Suami macam tak perasan kot yang Cik Yan ni dah macam kesuntukan masa...hahahhaa. Bukanla penting sangat tapi kekadang ok apa beri keutamaan pada Cik Yan yang sedang membawa kandungan ni. Kekadang rasa macam dia pun rushing siapkan apa yang dia nak as if dia yang akan berpantang later on padahal masa dia panjang la sangat. Tu yang a bit upset bila dia sibuk plan for long ride dengan kenkawan tanpa fikir soon, my wife akan terkurung dalam rumah..soon my wife akan hadap insan kerdil dan insan kecil yang aktif..soon my wife dah xleh nak kuar sesaja sebab dia nekad nak susukan baby selama 2 tahun..why not i fulfill dulu apa dia suka, why not i kurangkan keje dulu, kurangkan jumpa orang waktu malam, kurangkan aktiviti yang memenatkan supaya dapat cater bila isteri kata nak itu..nak ini..Tapi tulah keadaannya..kalu fikir sentiasa rasanya Cik Yan akan jadi wanita mengandung yang sentiasa dalam kesedihan kot..

Cik Yan pun, kekadang amik mudah, konon kandungan kedua jadi barang macam tak perlu nak siapkan sangat macam masa Baby Mia dulu tapi sebenarnya banyak juga barang Mia yang dah xleh guna pakai atau kena improve. Tak tau nape..mesti Baby Jr sedih kan tengok macam Cik Yan tak excited prepare things for him. Whyla Cik Yan too depends kat En Suami ek padahal dulu main beli je, mungkin pasal masa Mia dulu dia xde so Cik Yan nak kali ni dia involve, pilih untuk baby tapi tulah jadi gini..he is too buzy and tertiba rasa sedih sebab Cik Yan being unfair..Bila tengok staff En Suami bawak isteri turun KL untuk survey barang, siap plan lagi nak datang time Baby Expo bagai, rasa cemburu gak tapi dalam hati tertanya, will he do the same for his next baby?

Next week baby, after our appointment with Dr Ashar, mama will all out for you. Nanti mama buat list dari minyak telon sampai la apa saja yang mama fikir perlu untuk anak mama. I knew one things for sure, Insya Allah when u came into our house, rumah tak teruk masa Baby Mia mula masuk. Sian Baby Mia dulu sebab rumah berhabuk sebab ayah kemas separuh jalan, bulu kucing bersepah sampaikan at the age of 12 days old, Baby Mia disahkan ada minor lung infections..Alhamdulillah sekejap je dan sampai skang kalau mama tanya Dr Iean, (yes, baby! Dr Iean akan jadi your pediatric jugak) Baby Mia tiada masalah peparu setakat ni.

Okay..ni craving list yang lepas ni kena pantang setahun atau selagi Mama tak ngandung kali ketiga..atau bagus tak buat sebab tak nak mudaratkan Baby Jr atau memang mama nak sangat walaupun boleh je lepas bersalin..


  1. Makan apa saja sebab mama tak tau apa yang sedap kat Dip N Dip.
  2. Laksa
  3. Melepak kat Baskin Robin, makan suka2 
  4. Jenjalan kat Johor (Legoland, Hello Kitty World)
  5. Jenjalan kat Sabah ke Langkawi ke Penang ke..bosanla East Coast je. 
  6. Jenjalan Melaka. Nak gak balik Merlimau sebab situ sah2 ada kehijauan luar rumah (i miss tempat dibesarkan dulu)
  7. Hong Kong Disneyland
  8. Makan ketam..(ni sebab kes dah lama tak makan..hahahah)
  9. Breakfast at Coffee Bean (cukupkan makan 3 set breakfast yang biasa) 
  10. Bawak Mia lelari kat garden tak kirala Botanical Garden, Tasik Perdana, Tugu Negara ke..
Craving tu ngidam kan..maksudnya apa yang orang pregnant sibuk terasa nak makan tapi Cik Yan punya mengidam campur aduk..tapi yang penting dapat buat best kan..tak dapat buat sebab ada orang buzy nak buat camner. Pasrah..bukan Redha..

Wednesday, 3 April 2013

First entry for April 2013

Satu hari yang indah, Cik Yan buka web page beg kegemaran Cik Yan dan lalu terjatuh hati pada si Metis ni. Tanya kawan semua kata cantik dan lalu menyimpan perasaan nak memilikinya. Masa tu mula tertawa sendirian kerana sebelum tu inginkan beg lain dan kisah lalu teringat kembali kerana Cik Yan tahun lepas nak gak beg dari satu kedai ni tap En Suami tak berkenan dan sudahnya dapat Kusama...Ketika ini, terfikir mungkinkah terjadi..hahaha.


Langsung gambar di whatsapp kepada En Suami dan reaksinya menggembirakan. Terus call customer service tanya details dan em..tak jadilah..dahla mahal pastu bukan special edition or limited..Cik Yan pun cakap nak beg yang Cik Yan tunjuk sebelum tu tapi sudahnya beg tu dah tak jual lagi dan Cik Yan malas la pulak nak gi cari kat kedai  tempat lain kan..

Hujung minggu baru ni En Suami tak sudah- sudah menyatakan rasa bersalahnya kerana tak dapat sesama jaga Mia. Bagi Cik Yan tak jadi isu kerana dia gi keje kan..bukannya kuar jenjalan sesuka hati atau buat aktiviti yang dia suka tanpa kira ada anak atau tak..Pastu kuar la statement, ada rezeki nak jugak la belikan Metis tu. Cik Yan terdiam jap, murahnya rezeki Cik Yan kan walaupun cuma pernyataan dia. Namun, Cik Yan terpaksa menolaknya kerana kalau ikut gaji sendiri, tak mungkin Cik Yan akan beli.

Pagi Isnin, dek kerana demam maka tak gi la keje kan..Mia pun sedap je golek menyanyi sebelah Cik Yan sambil kaki tu angkat golek ke Cik Yan. Sebab Mia dah bangun, kenala mama dia bangun dari katil gak dan ketika Mia dimandikan, Cik Yan pun mulala buka internet dan mula terfikir akan benda yang boleh dibeli dengan harga Metis tapi boleh digunakan untuk seisi rumah atau manfaat nye menyenangkan kami. Maka mulala minta kebenaran dari En Suami dan semuanya Ok je...

Memandangkan Mia ibarat puteri lilin takleh kena panas, maka nak tambah lagi kipas lantai sebab hari tu tergoda tengok kat kedai ketika beli vakum yang baru..Kipas tak de bilah dan harapnya adalah warna warni kan...ada adik opis tu cakap, siap AlphaBET leh melompat dalam tu tanpa perlu kita risau...


Pastu nak mesin jahit walaupun Cik Yan tak la pandai menjahit tapi keperluan  mesin jahit tu ada. Yelah, nak buat baju sendiri mungkin tak boleh walaupun dulu dah masuk kelas menjahit tapi setakat nak jahit lurus boleh kot. Mana tau nanti leh jahit langsir biasa-biasa je sebab jahit lurus. Cik Yan siap nak yang ada ciri-ciri leh jahit butang almaklumla kekadang kat kemeja, blouse atau baju Mia tu butang longgar..kalau ada ciri ni, takyah la guna tangan..heheh


Lagi lak membayang belajar jahit guna you tube, internet ke macam Cik Yan belajar baking..ok kan..tak pun buat bantal sendiri sebab nak beli sendiri bantal kekabu sangat mahal dan saiz tak ikut standard Cik Yan..takat nak beli kekabu tu, kat Pasar  Keramat pun ada jual...bukan Cik Yan tak biasa masukkan kekabu dalam bantal..dulu tulah keje Cik Yan bila tengok bantal lembik, kekabu ada..apa lagi..sumbat sampai rasa tak lembik dan tak over karang tak pepasal meletup bantal tu.

Apa lagi nak...oh ya Cik Yan order beg dari kain buatan kawan Cik Yan. Asalnya nak buat beg telekung dulu tapi tengokla kalau cantik sangat dan sedap pada bahu, leh jadikan beg outing dengan Mia. Cuba nak tukar style pakai beg buatan tangan..bukanla tangan bebetul tapi mesin...pastu leh ar order ikut kain yang dia ada pastu yang mana leh mix ngan baju2 keje Cik Yan..

Cukupla kot..nak breadmaker tapi rasanya takat guna voucher Lazada je kot sebab tak tau nak beli apa. Barangan kek dia pulak nampak macam tak tahan lama je jadi baik gi kedai beli dan pilih sendiri kan...Duit selebihnya yelah ada peruntukan leh ar mintakkan, nak dijadikan duit tabungan la..lagi bermakna kan...

 
 








Friday, 11 January 2013

Nak mula keje dah...

10 hari lagi..tamat sudah waktu cuti..2 minggu terakhir yg nampaknya kena struggle siapkan utk Mia..cukup time bersalin x dpt siapkan bilik..kali ni, nak plan :

  1. Pasang playpen
  2. Beli toys...Nak Elmo, Cookie Monster, Garfield, Harry Potter..erk.Bukan semua la, salah satu atau dua je..Em, ada online x yg reliable dan sama kualiti macam toy r us?
  3. Chest freezer untuk breast milk storage....seperti ku beli online ..
  4. Rearrange master bedroom
  5. Stokin Mia - cari yg colorful..leh rangsang minda
  6. DVD - Sesame street, Barney, Iqra dan alunan zikir (mari jadi parent yang cover ilmu dunia dan akhirat)
  7. Water heater - dulu xnak tapi sejak dalam pantang nampak dah keperluan ada water heater kat salah satu bilik air..
  8. Baby carrier yang keras tu ngan ring sling..nape beli dua jenis tu sebab yang keras untuk jenjalan dan ring sling untuk bibik kendong Mia..Mia ada masa taknak duk diam dan perlu di dukung jadi baik buat sesuatu supaya Mia happy dan bibik senang wat keje
  9. CCTV ...ni bidang kuasa En Suami. Perlu atau tak, dia yang decide. Vendor i ada dah..hahha.
  10. Last sekali dan yang paling penting..stok EBM secukupnya supaya Mia tak lapar, sentiasa kenyang dengan breast milk sampai la tempoh selama yamg boleh. Skang ni tengah perati pattern menyusu Mia. Kawan pesan stok 3 oz..setakat ni nampak macam Mia menyusu setiap 2 jam dan anggaran 2 oz. Jadinya kalu bagi 3 oz, mungkinkah pattern dia bertukar kepada 3 jam sekali?

Kekadang kerisauan melanda takut tak cukup sebab plan, Cik Yan yang akan kuarkan susu dari freezer dan masuk dalam botol dan bibik cuma panaskan dan takleh sentuh stok kat freezer. Jadi kalu terkurang, takleh nak bayang dan kalu terlebih takut rosak pulak.

Alamak, ada lagi satu..mentally and physically fit untuk masuk opis. Kuar 2 jam ngan En Suami tanpa Mia pun dah terasa nak nangis tapi tahan skit tu yang jadi wanita grumpy.

Note : Memandangkan entry ni lama duk dalam draft mode, beberapa barang dah ada dan ada yang bila fikir balik macam kena cancel..Jadi entry bebila akan berkisah status entry ni. Insya Allah.


Wednesday, 2 January 2013

Things To Do

Short list je..kalu ada lagi, next entry la kan...nak merdeka tak lama lagi. Pejam celik dah nak abis pantang pun..
  1. Stok barang baking
  2. Buat Vanilla Buttermilk Cake untuk En Suami..kan besday dia hari tu Cik Yan tak dapat wat pape pun.
  3. Buat kek pape selain untuk En Suami tu sebab nak gak lepas gian buat kek - terasa rindu nak makan Japanese Souffle Cheese Cake tapi rasa macam nak buat congo bars je sebab ada stok macadamia dan confirm En Suami leh makan (2011 time besday dia, Cik Yan wat dah)
  4. Shopping barang Mia..nak la beli baby carrier tak kirala camner sekali pun sebab nak pakai kat rumah.
  5. Masak asam pedas sebab dah lama tak masak untuk En Suami
  6. Spaghetti bolognaise - ni mesti En Suami suka gak
  7. Nak buat sesuatu melibatkan keju cheddar ke parmesan ke
  8. Tengok baju keje mana leh pakai - lama kan tak pakai baju kurung pastu mana tau ada baju lelama dulu yang leh pakai semula
  9. Jenjalan kat tepi kolam dengan Mia
  10. Beli table lamp jadi tak yah pasang lampu terang cukup umtuk nampak Mia
Cukupla ni..Mia dah mintak Cik Yan bergerak. Dah ngantuk kot Mia ni..


Friday, 28 December 2012

List makan dan minum selepas pantang..

Hoho..entry yang dibuat kerana skang mood nak makan apa saja nampak menarik kat AFC 703 tu..lagi2 tengok Anna Olson bake kan...
Saje wat peringkat supaya terkawal permakanan jadi taklah naik mendadak setelah berjaya kurus skit dari sebelum mengandung...

Cukup 44 hari


Nasi lemak
Tiramisu buatan sendiri
Macaron Kak Rima
Chili crab - i dah leh mkn cili ke?
Udang nestum ke oat ke
Mee udang Mak Jah
Japanese Souffle Cheese Cake - ada masa ke nk wat? I just cant take my eyes on Mia Deena la..
Durian - eh..breast feeding blh ke mkn durian?
Durian crepe - tertiba perasaan ingin rasa datang...


Cukup 100 hari



Aiskrim Baskin Robin
Nescafe O ais
Laksa Mak Mah
Cendol
Rojak mamak
Kek aiskrim
Buah berangan
Tapai pulut - nak skit setelah setahun setengah berenti makan
Puding koktel
Creme brulee
Cream caramel
Kuih Gandus

Lepas 100 hari kira dah 3 bulan la kan..semoga Cik Yan rajin exercise jugak...

Saturday, 13 October 2012

List utk suami tercinta

Semalam Cik Yan amik EL padahal memula tu takat bgtau kawan Cik Yan masuk lambat. Sebabnya sakit sangat kat pinggang tu sampai nak gerak pun terasa mencucuk. Sakit tu bermula hari Khamis masa Cik Yan menunggu masuknya waktu Maghrib. Alang-alang waktu pun tak lama mana, Cik Yan dok la mengaji sambil tunggu masuk waktu tapi bila nak solat Maghrib je terasa sakit amat tapi tahan jap. Sakit berterusan dan membuatkan Cik Yan tido awal je.

Semalam sakit tu tak hilang gak..biasanya sejak pregnant ni kalau bangun kul 5am rasa tak sedap badan, Cik Yan akan tido balik sampai la kul 6 lebih (ikut bila Alpha kejut) selalunya memang rasa segar dan leh siap gi keje tapi yang kali ni memang x nampak bayang opis la. Mula risau macam-macam sebab sebelum tu terbaca kawan ni admitted la due to mild contraction, adik sorang ni lah doctor operate sebab kedudukan bayi melintang ke apa (songsang faham sgt la tapi smpi operate sebelum masanya..mesti ada pape). Tapi Baby Mia aktif je cuma Cik Yan perasan dia lebih kepada belah kiri dan tidak di tempat yang sakit.

Kebetulan kapal En Suami ada kat port..kesian dia..dahla tengah penat kena menghadap drill melibatkan DOE, APMM semua tu dapat lak tau Cik Yan tak sihat. Mujur mak abah ada kalau tak, sian dia sure tak senang buat keje. Dalam masa Cik Yan berehat, rupanya dia dok WhatsApp tanya nak dia balik awal tak. Ikut plan asal balik dalam minggu raya haji tapi Cik Yan cakap tak perlula sebab keadaan takla teruk mana.
Rupanya syarikat dia dah mencari pengganti dan bebila masa En Suami boleh cuti memandangkan mereka tau keadaan Cik Yan skang.

Cik Yan lak terasa awalnya kalau dia balik skang sebab barang baby hampir siap semuanya dan Cik Yan pulak ada lagi sebulan dari tarikh jangkaan bersalin kan. Karang cuti awal, dia kena gi keje awal lak, kan tak best..Jadi okayla memandangkan keadaan tak memaksa,  En Suami akan terus bekerja tapi penggantinya dah diberitahu supaya sentiasa on stand by jadi bebila En Suami nak balik..dia leh balik. En Suami pesan dalam masa ni siapkan list barang yang Baby Mia lum ada lagi dan apa yang Cik Yan nak sebelum dan selepas bersalin..Terasa indah yang amat sangat bila dia cakap tak sabar nak menjaga Cik Yan dan Alphabet dan menunggu masa Baby Mia lahir ke dunia dan menjaga kami dan rumah kami..

Jadinya..ni jelah list yang tinggal kot..ingatkan weekend ni dapatla shopping tapi dah tak sihat..better dok rumah je dari merisaukan semua orang yang terlibat dengan Cik Yan.

  1. Baby tub with hammock
  2. Toiletries for baby (mcm nak Johnson..tapi Pureen pun ok gak kan), bedak, lotion
  3. Cotton bud, cotton yg gulung2 tu untuk wipe time Baby Mia poo poo tak pun wee wee. Cotton wipe yang mcm wet tissue tu rasa cam tak practical kalau utk kegunaan kat rumah
  4. Minyak telon ke minyak yuyi limau
  5. Pampers baby
  6. Mainan Baby Mia (En Suami kata nak gak walaupun Cik Yan cakap time baby meragam, sua kan je Alpha kat baby) - ni nak cari warna merah pasal tak jumpa la Cik Yan tak beli-beli
  7. Cadar extra untuk tilam playpen dengan set tilam lagi satu tu
  8. Bedung baby
Ni lak list yang Cik Yan nak sebelum bersalin dan menempuh tempoh pantang..
  1.  Durian..
  2. Butter prawn/ nestum ke oats prawn
  3. Chili crab kat tmpt Cik Yan suka
  4. Nak makan ikan bakar kat Ikan Bakar Ana petai (ni samada En Suami tapau kat Tg Lumpur ataupun gi mkn kat Bangi tu)
  5. Menu untuk pantang (decided time pantang, En Suami jaga tanpa kacau mak abah sebab time dorang bermula bila Cik Yan keje..lagipun anak kan terjadi hasil suami isteri kan..watpe kacau dorang)..
  6. En Suami nak pasang besi halus cepat-cepat untuk keselesaan AlphaBET jadi dorang leh menikmati udara segar di balcony
  7. Tilam untuk Cik Yan berurut ataupun lepak depan TV..
  8. Set dvd korean/ japanese (ni macam tak applicable je kalau En Suami ada rumah)
  9. Jual Ogawa dgn Treadmill (sape nak beli...Cik Yan nak exercise pakai bola dgn pilates je pasni..jadi lapang giler rumah nanti)..
Tu jelah kot list yang ada sebab Alhamdulillah yang lain dah berjaya beli sikit2 dengan mak abah, kakak n adik dan ONLINE..siapkan duit saja (Tenkiu En Suami atas unlimited budget)..




Saturday, 29 September 2012

Harapan Cik Yan

Tak lama lagi...insya Allah in November, Cik Yan akan mula bercuti panjang selama 60 hari tu lum lagi kalau Cik Yan bercadang nak menyambung cuti kan..

Kali ni berharap sangat cuti 60 hari tu dapat dinikmati tanpa gangguan. Cukupla selama event penting dalam hidup Cik Yan ada je gangguan. Kali ni Cik Yan nak menikmati saat bersama baby atau keluarga tanpa gangguan.

Pertama kali, ketika Cik Yan bertunang..ada sorang budak tu dengan baik hatinya call Cik Yan a day before dan bagitau hal keje..rosak mood. Sudahnya dari nak cuti 2 hari tolong mak kemas rumah, Cik Yan tinggal rumah gi keje..

Kedua, ketika Cik Yan berada dalam cuti panjang akibat pembedahan kaki..sedar je dari pembedahan, bila check handphone bukan khabar yang di tanya tapi hal keje..Tu lum lagi dengan ketidak sudian budak itu menolong Cik Yan amik surat doctor kerana bos mintak. Budak tu leh kata naik je tinggal kat reception padahal ketika itu Cik Yan bertongkat..

Ketika kawin lak..masa sibuk di majlis rumah suami..ingatkan leh la cuti kan tapi kena gi keje..Orang lain yang leh ganti tu dorang tak panggil pulak..kita yang baru kawin kena panggil..Tapi takpe..keje..enjoy je. Sebab terasa keadaan taklah teruk mana kalau Cik Yan tinggal rumah dan gi keje.

Yang takleh nak blah..bila mak mertua sakit..Cik Yan sms mintak sampai pesan kat bos yang Cik Yan terpaksa cuti..jawab nye..bagitau bos sendiri lah..Orang tengah kalut tapi itulah yang Cik Yan kena.

Masa Cik Yan operation ovarian cyst pulak..ada orang lain dengan memandai nya plan for something yang Cik Yan dah kata taknak buat..Sudahnya bila Cik Yan naik cuti..dapat tau Cik Yan kena handle sebab dia kata ada kelas on weekend..Perghh...memang sakit hati..

Oh ya..ada orang tak nak kawan Cik Yan..kononnya pasal Cik Yan selalu mc la..tinggal keje untuk dia buat..padahal selama ni bukan Cik Yan ke yang backup time dia sibuk social meeting..Kalau ye dia backup keje Cik Yan..nape setiap kali big event Cik Yan..Cik Yan jugak kena naik keje bila ada pape..Doktor bagi cuti lama tapi Cik Yan mampu gi opis, Cik Yan gi opis gak kan..dah Cik Yan sakit..nak gi keje camner.

Mujur juga Bos Cik Yan tukar Cik Yan ke section lain..jadi kawan Cik Yan lagi sorang ni dah amik mana yang patut jadi bila Cik Yan cuti nanti..takdela teruk sangat handover ke. Supervisor Cik Yan ngan bos setuju untuk Cik Yan handle keje ni sebab kawan Cik Yan baru lagi dan kakak kesayangan kami yang expert dalam bidang tu dah resign. Cuma ada satu keje ni je yang bos tak sangka Cik Yan dok buat lagi. Tu Cik Yan tak tau camner.

Harapnya untuk benda besar dalam hidup Cik Yan ni..yang kami nantikan selama ni..dapatla Cik Yan nikmati tanpa kena gangguan keje..

Sunday, 23 September 2012

Saya suka kamu

Owh tolong...tolong...

Saya sangat sukakan kamu..adakah ini kerana saya benar-benar sukakan kamu atau hormon saya tidak betul?

Tak pernah saya terasa nak miliki kamu dalam bentuk yang lain tapi kali ini memang mencabar keinginan saya..

Mungkin inikah yang dikatakan apabila diberi tanpa kita sangka, kita akan terasa nak dan nak lagi atau dalam erti kata lain mengambil kesempatan..

Ada orang cakap belilah sendiri tapi saya tau, jika saya suarakan begitu, confirm saya kena marah. Ye tak En Suami? atau tak kena marah pun, akan ada ayat yang membuatkan saya berfikir sedalam-dalamnya..

Mungkin itula hikmah disebalik hubungan kami,..apa yang saya nak boleh ditunaikan tapi berpada-pada dan jika saya diberi kebebasan seperti orang lain, mesti berlaku pembaziran kewangan dan lambakan barang seperti mempunyai beg bentuk yang sama tapi keluaran lain, kasut yang memenuhi rak, baju yang melambak semua tu..dan kesudahannya ciput je leh allocate untuk saving. Tapi bab barang dapur, itu saya yang punya decision sebab saya yang banyak guna tapi lum mula lagi la..

Owh suka kamu...gila kamu...





Saturday, 11 August 2012

Nak tapi tak dapat...

Previous entry citer pasal apa yang nak makan dan dapat kan..this time bukan takat makanan je, kita rojakkan dia..

Nak makan buah berangan dari Genting Sempah..sedap tau buah berangan beli kat situ lagilak harga dia pun ok..

Rasanya last makan masa 01st May 2012, on the way to Kemaman antar Bibik untuk mak En Suami..Jadi masa dia balik kampung hari tu dah pesan awal2 nak makan tapi tengok2 dia bertolak dari kampung agak lewat pastu dok lepak Kemaman lak sampai lewat malam jadinya tak dapatla buah berangan. Dia janji dalam tempoh 24 jam Cik Yan akan dapat gak tapi still tak dapat gak sebab dia ada urusan lain bila sampai KL. Sian i kan......yang kat KL tak best..dah beli dah..tak sama..



Mangga pipi merah.. ni dah lama kot mencari dari dia tengah keje sampai la dia gi keje balik. Katanya nak mintak kawan Kerteh carikan tapi rupanya on the day dia sampai Kerteh baru nak cakap padahal kalau bagitau awal2 ntah2 ada rezeki kat pasar malam Kerteh tu..Ni nak nangis masa gi pasar Keramat dengan harapan adalah..mujur tak meleleh kuar air mata..tapi takdela sampai sakit perut kan..my baby sangat memahami kot..hehhe


Cik Yan suka la sangat tengok My Kitchen Rules. Satu hari tu, Leigh ngan Jen buat sotong sumbat lantas Cik Yan terbayang Ketupat Sotong. Sebenarnya Sabtu sebelum tu kawan En Suami ada offer nak tak ketupat sotong tu tapi Cik Yan taknak. Mana la nak tau tertiba je tengok tv terus rasa nak dan segera beritahu En Suami di kampung.

Masa letak status kat FB, ada kawan bagitau gerai berdekatan di Residence Inn Paka boleh tahan ketupat sotong nya jadi pesan kat En Suami. Tapi masa dia dalam perjalanan tu, dia meminta sepupunya drive dan dia tido keletihan sudahnya terlepas Paka sedar2 dah sampai Kemaman. Memang la boleh patah balik tapi memandangkan dia ada urusan lain, Cik Yan kata biar jelah. Ketika puasa ke 2 tak silap kami singgah ke pasar Keramat dengan niat nak makan ayam percik sekali sambil jenjalan tu ternampak gerai jual sotong ketupat ni tapi rupanya seakan kucing bunting menunggu hari...langsung tak nak la beli.

Ni bukan makanan tapi kisah keta pulak. Cik Yan nak la sangat keta ni sebab nya tahun 2009 Cik Yan dah tengok concept car dia tapi tak kuar2 yang betul. Semasa kami tersuka akan X90, kami pun berkunjung ke show room Volvo dan di situ mata terpandang kepada volvo S60 2012 putih. Canggih tu sebab dia leh membantu alert ke perlahan kan keta kita jika mengesan kenderaan lain dalam jarak 30m. Leh parking sendiri (mesti ada gadjet dia tu) dan yang pasti En Suami dok cakap Volvo ni keta yang utamakan safety dan terus Cik Yan rasa sesuai kerana Cik Yan tak pandai drive sangat dan bila ada baby harus leh berhati-hatikan. Tapi sayang harganya sangat tinggi pastu lak tempoh kejatuhan harga dia sangat cepat..Rugi tu En Suami cakap. Lagi satu lak dia tanya confirm ke Cik Yan akan drive selalu dengan keta ni kalau dia usahakan? Ops..tang tu x berani confirm..sudahnya tengok jelah dan utamakan niat membeli Sunway Montana tu..

Ni lak beg yang Cik Yan nak tapi sayangnya dah takde stok lagi. Dari KLCC ke Starhill sampai lah En Suami cari kat Singapore tak dapat jugak dan bila ada kakak opis offe nak tak tanyakan pada adik ipar dia yang akan ke Milan, segera jawab ye tapi takde rezeki gak. Tu lah lambat sangat decide nak sangat padahal masa call KLCC tu dorang dah offer nak reserve ke tak..




Apa lagi nak tapi tak dapat? Mungkin nak gaji 5 figures tapi lum lagi..nak belajar (tahun ni sesungguh cari info) tapi delay lagi..Takpelah..tak semestinya kita tak dapat, kita tak ingat segala benda yang kita dapat kan..


Friday, 3 August 2012

Saya nak makan dan Alhamdulillah saya dapat..

Em..selera makan tak pernah menjadi masalah sepanjang tempoh kehamilan ni. Walaupun pada 4 bulan terawal berat menurun je tapi sebenarnya dok makan je. Mungkin kadar metabolisme menjadi tinggi ataupun kerana makin banyak makan buah, jadi sistem pencernaan jadi sempurna kot..

Memula hari tu teringin sangat nak makan pulut kuning dengan rendang daging tapi tak dapat sebab dah abis. Masa tu nak nangis je rasa tapi lepas tu takde mencari dah. Tapi bila gi makan kat La Cucur KLCC, tengok2 ada rezeki..


Pastu teringin sangat nak try Pavlova Alexis. Tapi sedihnya bila call Alexis The Gardens & Great Eastern, dah abis. Memang nangis masa tu sampai kena marah ngan En Suami sebab katanya macam esok takde. Sudahnya malam tu sakit sangat perut dan mc keesokan hari. Tapi still rasa sakit perut sebab makan ayam mc donald yang pedas amat tu. Esoknya..dapat Pavlova Alexis..tapi takdela sedap mana pun rupanya. Sejak dari tu, walaupun En Suami offer nak beli, Cik Yan cakap takpe..Lagi2 skang dah pandai buat sendiri..lagi sedap kot..


Pastu nak makan laksa kat Warong Soto Berlada


Nak makan pulak pulut mangga,.request kat En Suami yang tengah keje cakap nak makan kat Ayuthayya takpun Chakri Palace tapi bila tengok resepi macam senang, buat sendiri je dan lagi puas.


Pastu asal gi Sogo je mesti terasa nak beli ketupat palas dengan rendang dia..Best..


Beberapa kali gi makan arab dan asyik terasa nak makan fahsa tapi risau tak abis..tapi satu hari tu dapat jugak..Puasnya rasa makan dengan arabian bread.


Lupa lak, awal puasa sibuk je nak roti john..tapi macam2 hal nak membeli..beratur panjang la, isi ntah pape la..tu belum lagi jumpa penjual ber tatu..tapi dapat gak memula kat Pullman..pastu kat pasar Ramadhan Setiawangsa


Nak sangat makan char koay teow Malis tapi bila En Suami selalu citer camner koay teow ni serap minyak yang banyak terus pendamkan je tapi satu hari tu tak tertahan dan terus mintak En Suami belikan buat lepas rasa..

Pastu last sebelum En Suami gi keje, Cik Yan mintak roti naan makan dengan ayam tandoori..

Masa gi pasar Ramadhan Greenwood, ada ternampak laksa terengganu/ pantai timo tapi En Suami kata dia buat lagi sedap. Tak terbuat pun sebab Cik Yan taklah beria tapi bila dia gi keje je terus rasa nak. Alhamdulillah masa mintak kawan dia belikan, kawan tu cakap wife dia akan buatkan..Terharu rasa..


Dapat je laksa tu mulala sibuk nak makan laksa johor ngan laksa sarawak..Tang laksa johor tu macam eh wat sendiri je tapi ntah bila rajin la..Plan je lelebih tapi jalannya ntah bila.



Monday, 2 April 2012

New wishlist

Awal tahun dulu punyala buat macam2 wishlist kan. Antaranya adalah dengan mengikuti at least 5 kelas baking, try recipe baru dan promote kek tu untuk dijual.

Sudahnya skang, dengan keadaan Cik Yan yang dimurahkan rezeki ini dan semoga rezeki ini berkekalan sehingga kesudahannya, maka list baru tercipta sesuai dengan keadaan semasa.

Dulu Cik Yan ada terbaca, ketika mengandung elok amalkan beberapa surah antaranya yang dapat Cik Yan ingat adalah :

  1. Surah Maryam - Memohon anak soleh/ solehah
  2. Surah Yusuf - Memohon anak yang comel/ cantik
  3. Surah Lukman - Memohon anak yang bijak/ pandai
  4. Surah Al Imran - Memohon anak yang baik
  5. Surah Yaasin
  6. Surah Al Fatihah
  7. Ayat Kursi
Tu yang Cik Yan ingat la tapi kalau ada sesapa terbaca entri ni, sila la bagi komen di sini atau facebook Cik Yan ek.

Jadi dengan itu, jika diizinkan, Cik Yan ingin pastikan sepanjang tempoh kehamilan ni, Cik Yan dapat membaca surah2 ini dan juga surah2 yang diberi untuk amalan oleh Pusat Rawatan Al-Hidayah.

Orang ramai berpesan tentang cara pemakanan, cara kita menguruskan kehidupan ketika hamil dan tak salah juga kita menambah lagi amalan membaca Al-Quran sambil berniat keselamatan kandungan kita kan.

Kalau boleh, setiap masa terluang (ketika menunggu giliran ke..naik taxi ke) Cik Yan nak kerapkan lagi membaca doa Nabi Zakaria.

Dan (Sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada TuhanNya dengan berkata; Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (Dengan tidak meninggalkan zuriat) dan engkaulah jua sebaik-baik mewarisi. (Surah Al-Anbiya: Ayat 89)
Ketika itu Nabi Zakariya berdo'a kepada TuhanNya, katanya: "Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do'a permohonan." (Surah Ali Imran: Ayat 38)