Saturday, 22 September 2012

Luruh Jantung ku

Hari Khamis baru ni, sedang sedap tengok tv tertiba saje la tengok apa budak 2 ekor tu buat kat balcony. Tengok si Beta tu macam pandang sesuatu ke atas, Cik Yan pun menyibuk nak tau apa yang di pandang. Nak luruh jantung dan Cik Yan segera gi kat balcony tu sebabnya Alpha dengan gahnya sedang catwalk kat railing balcony. Segera Cik Yan turunkan dia tapi masa tu tak fikir apa jadi biar je mereka main lagi kat balcony.

Alpha gi pulak di penjuru balcony dan dengan sekali lompat je dah bertenggek kat bucu railing tu. Masa tu Cik Yan takleh bayang pape rasa nak nangis pun ada segera peluk Alpha dan membawa Beta masuk sekali sambil tutup pintu sliding tu. Alpha seperti tak puas hati dan tapi dalam masa yang sama Cik Yan nampak dia bernafas dengan kencang dan seperti tak keruan.

Kebetulan En Suami ber WhatsApp dan segera Cik Yan citer kejadian yang baru berlaku tu. En Suami suruh Cik Yan marah Alpha tapi Cik Yan bagitau yang Cik Yan belai, peluk Alpha sambil cakap kerisauan Cik Yan jika berlaku apa-apa pada dia atau Beta dan dalam masa yang sama dok selawat kat dia sampai dia bernafas macam biasa.

Em..Cik Yan bukan pemarah lagi nampaknya. Sama ada umur atau keadaan nak menjadi mak budak ni yang membuat Cik Yan menggunakan pendekatan yang lain dari dedulu. Panas baran Cik Yan pun dah takde..wah..sukanya..okay..lari dari topik pulak..

Makanya, keesokan paginya, kena bangun awal pagi untuk tukar pasir toilet dorang dan meletakkannya di dalam bilik air. Ini kerana selama ni pasir tu diletakkan di dalam sangkar kat balcony tu tapi pasal Alpha dah mula meniti kat situ, takdenya sliding door akan dibuka..

Beta pula muka macam tak puas hati kerana selalunya ketika Cik Yan bersiap untuk gi keje, dia akan melepak melihat permandangan dari balcony tu tapi pagi tu tak dapat lagi la..Tengok dia pun macam taknak kawan Alpha tapi kejap je..

Sudahnya, bila En Suami balik nanti, harus Cik Yan korbankan balcony tu dengan memasang jeriji halus di sepanjang balcony tu..Keselamatan AlphaBET sangat penting dan Cik Yan pula tak selesa membiarkan toilet mereka berada dalam rumah..rasa macam nak buat terus je takyah tunggu En Suami tapi takkan Cik Yan nak cuti pulak kan dan takkan Cik Yan nak duk rumah dengan pekerja2 lelaki itu..ooo...tidak..



No comments:

Post a Comment