Tapi bila buat sendiri, rasa sedap lak..lagi2 kalau santan fresh. Istilah santan fresh adalah beli kelapa perah sendiri bukan beli yang siap bungkus tu. Santan kotak tak pernah try lagi tapi terasa macam nak try je satu hari nanti.
Resepi dari Chef Hanieliza tak silap.
Bahan-bahan
- 1 1/2 cwn tepung gandum
- 2 tbsp tepung beras
- 2 tbsp tepung jagung
- 3/4 cwn gula
- 4 cwn santan
- 1 tsp garam
- Pewarna pilihan
- Gaul semua bahan di atas kecuali pewarna dan tapis supaya adunan halus takde ketulan, Tang santan tu leh letak sesikit pastu try kukus atas dapo. Ikut sesuai dengan kehendak kita (ada setengah suka lembut sgt, ada setengah suka keras).
- Bila rasa semua dah cukup, bahagi ikut warna pilihan, Cik Yan ikut style biasa2 je iaitu merah dan putih. Jadi xdelah banyak sangat guna pewarna kan setakat warna merah je
- Kukus setiap lapisan 2-5 minit dan lapisan akhir tu biar lelama skit sebelum tutup api. Sejukkan dan boleh potong untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment