Thursday 18 August 2016

Apam Beras

Resepi apam ni merupakan yang pertama kejadiannya sangat elok sampai jiran sebelah rumah masa menyewa bunyi loceng pintu minta resepi.

Kalau ada nasi lebihan tapi dah boring sangat nak makan nasi goreng memang sesuaila buat apam ni.




Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 6g instant yeast

Cara membuatnya
  • Nasi dan air dikisar sehingga halus
  • Masukkan gula dan kisar lagi
  • Di dalam bekas yang lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yeast
  • Curahkan bahan kisar dan gaul sebati
  • Biarkan selama 3 jam untuk aktiviti yeast
  • Didihkan kukusan dan kukus sehingga masak
Note : 
Cik Yan buat separuh adunan je jadi yeast tu dalam 1tsp. Kalau nak apam warna warni, boleh je guna gula biasa sepenuhnya.
Kalau nak apam tu merekah a.k.a tersenyum, air kukusan tunggu sampai mendidih baru letak apam tu.









No comments:

Post a Comment