Tuesday, 16 August 2016

Ayam Panggang

Cik Yan dalam pencarian resepi ayam panggang yang menjadi kegemaran satu keluarga sebab ada satu resepi mudah ni En Suami tak berapa suka. Bukan tak suka, tak makan punnnnn.

Dinamakan ayam panggang Ala Kenny Rogers
Adaptasi dari Azlita Masam Manis

 Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam *
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk *
  • 2 sudu besar madu *
  • 1 ketul kiub ayam Knorr *
  • 2 sudu besar gula pasir * 
  • 2 sudu besar herba campuran *
  • 1 1/2 sudu teh garam halus *
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan bertanda *
  • Sedikit mentega
Cara memasaknya
  • Campur kesemua bahan bertanda  * dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  • Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  • Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.  





No comments:

Post a Comment