Monday, 15 August 2016

Agar-agar santan

Agar-agar santan ni menjadi kegemaran Cik Yan selepas aktiviti membuatnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Yelah untuk membuatnya macam sama je dengan agar-agar lain tapi tang nak menjadikan berlapis tu agak menyeronokkan dan kadang-kadang tertanya gak eh jadi ke lapis ni nanti.

Resepi rujukan dari Azie Kitchen.

 Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar 
1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
Secubit garam

Bahan bahan air gula:
1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara: 
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment