Wednesday 3 August 2016

Dinner Rolls




Godaan membuat roti sangat kuat penangan kawan dok whatsapp aktiviti meroti. Memula leh je wat tak tau sebab terasa malas nak kuarkan bread maker dari almari tapi lelama tak tertahan. Selalunya guna resepi lain tapi sebab full cream milk tak banyak mana tinggal makanya tertarik nak guna resepi dari Betty Crocker ni.

Adaptasi resepi dari Betty Crocker


Bahan2
  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter 
  • 1 biji telur
  • 3 1/4 cwn tepung roti ~ Cik Yan guna 3 3/4 cwn tpg gandum
  • 1/4 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 3 tsp instant yeast ~ Cik Yan guna sepaket instant yeast (adalah dlm 2 1/4 tsp)
Cara2

Masuk bread maker mengikut susunan bread maker. Macam Cik Yan memula masuk air, gula, telur dan garam dipukul sedikit, butter, tepung seterusnya yeast.

Pilih option Dough dan biarkan maker buat keje dia. Tamat dough cycle tu (1 1/2 jam masa dari bread maker Cik Yan) kuarkan dough dan letak dalam bekas bertepung sikit. Biar selama 10 minit sebelum mula dibentuk.

Selepas dibentuk dan diletakkan pada pan yang telah disapu butter atau shortening, biarkan sehingga dia kembang (Resepi asal kata 30 - 40 minit camtu). Renjis susu jika suka pastu bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.

Bila dah masak, sapukan butter cair atas permukaan rolls tu dan biar sejuk atau leh makan segera.



No comments:

Post a Comment