Monday 8 August 2016

Kerabu Bilis

Ha, resepi ni jumpa kat group Masak Apa Hari Ni dan bila bahan ada, Cik Yan try masa bulan pose hari tu. Hasilnya, Cik Yan suka, En Suami leh terima dan terus sejak tu rasa kena simpan resepi. Memula buat tak cukup bahan iaitu serai sebab malas nak gi kedai bila tengok peti ada bunga kantan. Masa tu pun dah rasa sedap.

Bahan-bahan:

  • Ikan Bilis goreng 1 mangkuk
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar / Holland
  • 5 tangkai cili padi
Kesemua bahan ini kecuali ikan bilis, di hiris halus dan ketepikan seketika.

Bahan Perasa:
  • 8 biji limau kasturi
  • 2 tbsp gula perang
  • 2 tbsp sos ikan
Sebatikan bahan ini sampai gula larut. Kemudian masukkan bahan2 yang dihiris tadi, perisakan dan akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Siap.

Boleh gak menggunakan resepi ini tapi gantikan bilis dengan udang kering atau geragau yang di sangai kemudian parut mangga.

No comments:

Post a Comment