Sunday 7 August 2016

Kerabu Maggie

Lama tak makan maggie sudahnya dapat peluang makan malam ni sebab budak2 semua dah tido.
Memula bayang maggie kari je tapi alang2 tengah buat sambal sotong terus tukar kepada kerabu maggie.

Resepi adaptasi dari MamaMia Kitchen.

Bahan-bahan:

  • 3 paket Maggi Siam 
  • 2 paket perencah maggi
  • 5 ekor sotong - dicelur bersama sedikit air sahaja  dan potong bulat-(air rebusan jangan dibuang) 
  • 5 batang sosej-dicelur dan potong kecil 
  • 5 biji cili padi-potong kecil 
  • 3 helai daun kobis-hiris kecil dan celur sekejap  
  • 3 biji buah tomato- di cincang 
  • 1/2 batang karot-disagat
  •  2 batang daun ketumbar-hiris kecil 
  • 1 biji limau nipis-ambil jusnya 
  • Kicap sotong secukupnya 
  • Garam 
  • Gula

Cara-cara:
Celur maggi hingga kembang dan toskan. 2.Masukkan maggi ke dalam bekas yang besar supaya senang untuk proses menggaul.Masukkan semua bahan di atas,gaul sebati,sesuaikan rasanya. Siap.

Nota: Kerabu maggi ni perlu seimbang rasa masam,masin, manis dan pedas barulah enak dimakan.Yang paling penting rasa masam dan pedas. Masukkan perencah maggi sedikit demi sedikit kerana dikhuatiri rasa masin yang melampau... Kerabu maggi ni tidak perlu terlampau basah cuma berkuah sedikit saja...

No comments:

Post a Comment