Tuesday, 30 August 2016

Roti Paung

Roti ni resepi dapat dari kawan. Masa dia buat, cantiknya kejadian tapi nak buat sendiri masa tu bahan takde. Memula takde tepung, ok ngam la masa beli barang dapo borong sekali. Lepas tu telur pulak takde, maka tertunda.

Lepas seminggu kot dari dia buat (dia sampai dah berulang kali buat), maka terjadila cubaan pertama tapi malangnya atas roti tu rentung sebab terlampau panas (ada tangan halus membantu). Rasanya sangat sedap yelah bayang jelah dah la rentung tapi isi dia lembut dan sedap.



Kali kedua buatnya, memang mengelak kejadian yang sama berulang maka puas hati skit kali ni.



Bahan-bahan

  • 600 g tepung gandum
  • 200 g gula
  • 300 g air
  • 4 biji telur
  • 10 g instant yeast

Cara membuat nya..

  • Masuk semua bahan ikut turutan breadmaker pastu pilih option DOUGH. 
  • Bila dah siap, bulat2 kecik dan biarkan sampai kembang (30-60 minit)
  • Sebelum masuk oven kalau suka boleh renjis susu
  • Bakar pada suhu 200C selama 15-20 min
  • Dah siap, sapu permukaan roti dengan butter cair
Note : 
  • Doh adalah sangat sticky. pakai minyak pada tangan tak sesuai dengan Cik Yan maka guna tepung. Baru kemas skit bentukkan kecik2 tu.
  • Cik Yan buat separuh adunan je dan 2 kali buat adunan masa dalam breadmaker cair je jadi tambah tepung sesikit sampai nampak tak berapa cair. Cik Yan anggarkan sukatan tepung yang sesuai untuk separuh adunan adalah 500 g melainkan kalau guna telur ayam kecik kot..






Tuesday, 23 August 2016

Kuih Lapis

Kuih lapis takdelah suka sangat sebab kekadang beli kat kedai macam takde rasa sangat. Tapi tak bermakna tak suka, tak try buat. Yelah zaman dedulu kalau rasa nak try je, tak susah sebab leh bawak ke opis untuk makan reramai.

Tapi bila buat sendiri, rasa sedap lak..lagi2 kalau santan fresh. Istilah santan fresh adalah beli kelapa perah sendiri bukan beli yang siap bungkus tu. Santan kotak tak pernah try lagi tapi terasa macam nak try je satu hari nanti.

Resepi dari Chef Hanieliza tak silap.

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 tbsp tepung beras
  • 2 tbsp tepung jagung
  • 3/4 cwn gula
  • 4 cwn santan
  • 1 tsp garam
  • Pewarna pilihan
Cara membuatnya
  • Gaul semua bahan di atas kecuali pewarna dan tapis supaya adunan halus takde ketulan, Tang santan tu leh letak sesikit pastu try kukus atas dapo. Ikut sesuai dengan kehendak kita (ada setengah suka lembut sgt, ada setengah suka keras). 
  • Bila rasa semua dah cukup, bahagi ikut warna pilihan, Cik Yan ikut style biasa2 je iaitu merah dan putih. Jadi xdelah banyak sangat guna pewarna kan setakat warna merah je
  • Kukus setiap lapisan 2-5 minit dan lapisan akhir tu biar lelama skit sebelum tutup api. Sejukkan dan boleh potong untuk dimakan.

Terung Goreng Pedas

Bila buka buku resepi, terjumpa resepi ni yang Cik Yan dapat dari internet masa memula2 kawin dulu. Time tu memang rajin giler kot cari nak masak apa dalam internet. Ok gak sesekali makan terung masak gini selain dari dimasukkan ke dalam kuah macam asam pedas ke kari ke..

Bahan-bahan
  • 1 biji terung besar / 2 biji terung kecil
  • 3 tbsp minyak masak
  • 2 tangkai cili merah di hiris ~ Cik Yan ganti dengan cili kisar je
  • 4 ulas bawang putih dihiris
  • 2 tbsp udang kering
  • 1 kiub tomyam
  • 1 1/2 tsp gula
Cara memasaknya
  • Potong terung menjadi kepingan sebesar 5 cm panjang dan 1 cm tebal ~ Cik Yan potong ikut suka je
  • Panaskan minyak, goreng cili dan bawang putih
  • Masukkan  udang kering dan masak sehingga naik bau
  • Lepas naik bau. masuk terung, kiub dan gula. Kacau sehingga masak.
  • Jika rasa agak kering, boleh juga letakkan air sedikit. Resepi ni boleh juga digantikan dengan bendi atau kacang botol..sedap.


Sunday, 21 August 2016

Banana Bread

Another simple recipe for Banana Bread..

Adaptasi dari Joy Of Baking

Ingredients :
  • 1 cup (115 grams) walnuts or pecans, toasted and coarsely chopped (optional)
  • 1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
  • 3/4 cup (150 grams) granulated white sugar
  • 1 teaspoons baking powder
  • 1/4 teaspoon baking soda
  • 1/4 teaspoon salt
  • 1 teaspoon ground cinnamon
  • 2 large eggs, lightly beaten
  • 1/2 cup (113 grams) unsalted butter, melted and cooled
  • 3 ripe large bananas (approximately 1 pound or 454 grams), mashed well (about 1-1/2 cups)
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
Methods :
  • Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place oven rack to middle position.  Butter and flour (or spray with a non stick vegetable/flour spray) the bottom and sides of a 9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan.  Set aside.
     
  • Place the nuts on a baking sheet and bake for about 8 to 10 minutes or until lightly toasted.  Let cool and then chop coarsely. 
     
  • In a large bowl combine the flour, sugar, baking powder, baking soda, salt, cinnamon, and nuts.  Set aside.
     
  • In a medium-sized bowl combine the mashed bananas, eggs, melted butter, and vanilla.  With a rubber spatula or wooden spoon, lightly fold the wet ingredients (banana mixture) into the dry ingredients just until combined and the batter is thick and chunky.  (The important thing is not to over mix the batter.   You do not want it smooth.  Over mixing the batter will yield tough, rubbery bread.)  Scrape batter into prepared pan.  Bake until bread is golden brown and a  toothpick inserted in the center comes out clean, about 55 to 60 minutes.  Place on a wire rack to cool and then remove the bread from the pan.  Serve warm or at room temperature. This bread can be frozen.
     
  • Makes 1 - 9 x 5 x 3 inch loaf. 

Easy Fruit Cake

Alkisahnya teringin nak makan kek buah tapi resepi yang sedap tu macam banyak step je. Pastu terfikir naper tak cari resepi lain dan cuba kotla nanti terberkenan dengan rasa tu ke..

Citer ngan kawan pastu dia pun share resepi kek buah dia yang katanya simple.

Resepi Adaptasi Joy Of Baking

Ingredients:
  • 1 cup (210 grams) firmly packed light brown sugar
  • 1 cup (240 ml) water
  • 1/4 cup (55 grams) butter, diced
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups (300 grams) seedless raisins
  • 2 large eggs, lightly beaten
  • 1 1/2 cups (195 grams) all-purpose flour
  • 1 teaspoon (5 grams) baking soda
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 cup (150 grams) candied and chopped mixed peel
  • 1 teaspoon (2 grams) ground cinnamon
  • 1/2 teaspoon (1 gram) ground cloves
  • 1 teaspoon (2 grams) ground ginger

Methods 
  • Butter, or spray with a nonstick vegetable spray, a 9 x 5 x 3 inch (23 x 13 x 8 cm) loaf pan. Preheat your oven to 350 degrees F (180 degrees C). (Note: if using a dark colored pan reduce the oven temperature to 325 degrees F (160 degrees C).)
     
  • In a large saucepan, over medium heat, bring to a boil the sugar, water, butter, spices, and raisins. Boil for five minutes, then remove from heat, and let cool till lukewarm. Stir into this mixture the lightly beaten eggs, flour, baking soda, vanilla extract and candied fruit. Pour into your prepared pan and bake for 50 - 65 minutes or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Remove from oven and let cool on a wire rack. Cover and store, if possible, for a few days before serving. This fruit cake can be frozen.
     
  • Makes one loaf.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Ini adalah salah cara Cik Yan perabihkan bekalan tempoyak yang mak bagi selain dari masak lauk tempoyak.

Resepi adaptasi Azie Kitchen

Bahan-bahan

  • 2 genggam ikan bilis- dibersihkan
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 senduk tempoyak 
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit minyak masak
  • Garam
Bahan Kisar
  • 8 - 10 tangkai cili kering
  • Sedikit cili padi - ikut pedas disukai
  • 3 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit
Cara memasak
  • Goreng ikan bilis kemudian ketepikan
  • Tumis bahan kisar dan serai sehingga garing kemudian masukkan tempoyak
  • Masukkan sedikit air sedikit air, kacau sehinnga pekat kemudian perasakan dengan gula dan garam
  • Akhir sekali gaul bilis goreng dan siap.. 



Thursday, 18 August 2016

Apam Beras

Resepi apam ni merupakan yang pertama kejadiannya sangat elok sampai jiran sebelah rumah masa menyewa bunyi loceng pintu minta resepi.

Kalau ada nasi lebihan tapi dah boring sangat nak makan nasi goreng memang sesuaila buat apam ni.




Bahan-bahan

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 6g instant yeast

Cara membuatnya
  • Nasi dan air dikisar sehingga halus
  • Masukkan gula dan kisar lagi
  • Di dalam bekas yang lain, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yeast
  • Curahkan bahan kisar dan gaul sebati
  • Biarkan selama 3 jam untuk aktiviti yeast
  • Didihkan kukusan dan kukus sehingga masak
Note : 
Cik Yan buat separuh adunan je jadi yeast tu dalam 1tsp. Kalau nak apam warna warni, boleh je guna gula biasa sepenuhnya.
Kalau nak apam tu merekah a.k.a tersenyum, air kukusan tunggu sampai mendidih baru letak apam tu.









Wednesday, 17 August 2016

Ikan Masak Tumis Serani

Resepi ni terjumpa masa dok fikir apa jelah nak masak ke budak2 ni sebab dorang tengah tak sihat. Menarik resepi ni sebab memerlukan halia, kunyit dan bawang putih. Anitiviral food kan dan berkuah pulak tu mudah sikitla nak umpan dorang makan.

Adaptasi Resepi dari Jintan-Manis

Bahan-bahan
  • 3 kepala ikan - Cik Yan guna 2 kelar tenggiri
  • 5 ulas bawang merah *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1/2 ibu jari halia *
  • 1/2 ibu jari kunyit *
  • 3/4 tsp jintan manis *
  • 3/4 tsp jintan putih *
  • sedikit asam jawa dibancuh dgn air suam
  • air secukupnya
Cara memasak 
  • Tumbuk bahan bertanda  * kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga garing. Masukkan air dan ikan (boleh juga goreng dulu kalau nak). Akhir sekali masukkan air asam dan perasakan mengikut citarasa. 
  • Kalau nak shortcut sebab tak nak masak banyak kali boleh je letak bendi ke terung ke semua..ala macam style singgang.


Tuesday, 16 August 2016

Ayam Panggang

Cik Yan dalam pencarian resepi ayam panggang yang menjadi kegemaran satu keluarga sebab ada satu resepi mudah ni En Suami tak berapa suka. Bukan tak suka, tak makan punnnnn.

Dinamakan ayam panggang Ala Kenny Rogers
Adaptasi dari Azlita Masam Manis

 Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang besar *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam *
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk *
  • 2 sudu besar madu *
  • 1 ketul kiub ayam Knorr *
  • 2 sudu besar gula pasir * 
  • 2 sudu besar herba campuran *
  • 1 1/2 sudu teh garam halus *
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan bertanda *
  • Sedikit mentega
Cara memasaknya
  • Campur kesemua bahan bertanda  * dengan sedikit air dan kisar.
  • Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  • Perap selama 1 1/2 jam
  • Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
  • Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
  • Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.  





Monday, 15 August 2016

Agar-agar santan

Agar-agar santan ni menjadi kegemaran Cik Yan selepas aktiviti membuatnya menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Yelah untuk membuatnya macam sama je dengan agar-agar lain tapi tang nak menjadikan berlapis tu agak menyeronokkan dan kadang-kadang tertanya gak eh jadi ke lapis ni nanti.

Resepi rujukan dari Azie Kitchen.

 Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar 
1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air)
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu
Secubit garam

Bahan bahan air gula:
1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara: 
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan.

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih. 

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api. 

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

Friday, 12 August 2016

Puding Karamel

  

Puding ni salah satu pencuci mulut yang menjadi kegemaran keluarga kami. Dedulu tak berapa suka lagi kan pula mendengar resepi sampai berbelas biji telur dan ada masa2 dapat pulak bau hanyir telur bagai.

Resepi ni mudah sedikit sebab penggunaan telur yang sedikit dan bahan yang mudah. Cik Yan suka menggunakan teknik water bath atau bain marie sebab boleh mendapatkan permukaan yang cantik berbeza dengan teknik kukusan.

Adaptasi dari Hana Memories

Bahan-bahan

  • 5 biji telur size B (jika size A, 4 biji)
  • satu tin susu cair (400ml)
  • 150ml air biasa
  • 4 sudu besar gula
  • 1sk esen vanilla
Karamel:
  • 5 sb gula
  • 2 sb air
Cara-cara
  • Sediakan karamel@gula hangus - masukkan gula dan air ke dalam kuali. Hanguskan hingga keperangan kemudian tuang terus ke dalam loyang. Sejukkan.
  • Dalam mangkuk, satukan semua bahan puding. Kacau perlahan jangan sampai berbuih. Cukup sekadar pecah kuning telur dan sebati. Kemudian tapiskan. dan tuang ke dalam loyang karamel.
  • Kukus selama 45min atau sehingga masak. Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath@bain marie (letak air di dalam loyang) Tutup loyang puding dgn aluminium foil dan masak selama 45-50min dgn suhu 180.
  • Sejukkan kemudian terbalikkan. Potong dan hidangkan.

Thursday, 11 August 2016

Rendang Daging Tok Wan - Buku Selera Malaysia Chef Wan

Ini adalah resepi dari buku di atas yang Cik Yan cuba tadi.

Bahan-bahan
  • 500g Daging Lembu paha sebelah atas di dadu
  • 1 liter santan cair
  • 110 g kerisik
  • 1 tbsp serbuk jintan putih
  • 1 tbsp serbuk jintan manis
  • Garam
  • Gula
Pes Rempah
  • 4 tbsp cili kisar
  • 2 biji bawang besar 
  • 6 ulas bawag merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 4 batang serai dihiris halus
Cara membuatnya
  • Masukkan bahan-bahan untuk pes rempah ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus
  • Masukkan daging, santan dan pes rempah ke dalam kuali dan renehkan di atas api kecil sehingga daging empuk
  • Tambah kerisik, jintan putih dan jintan manis. Teruskan mereneh sehingga kuah menjadi pekat
  • Tambah garam dan gula dan masak sehingga kuah hampir kering.

Seri Muka

Dulu2 ada post resepi kuih serimuka yang kawan Cik Yan ajar kali ni pula Cik Yan amik dari Mat Gebu (blogger masakan). Resepi ni tak gunakan sukatan yang banyak sebab dulu2 boleh la buat sedulang besar pastu bawak ke opis makan reramai. Skang sedulang kecik bebagi pun berbaki lagi jadi harus cari yang sesikit sukatannya.

Resepi ni kawan la dok citer lepas tu alang2 tengok ada daun pandan Cik Yan pun mencubanya dan rasa lebih mudah kot kalau ikut bulat2 (Cik Yan gi masak bahagian atas tu pastu pasal berketul2 lepas kukus masuk oven).

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
250 g beras pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
200 ml santan cair*
1/3 camca teh garam*
1/2 camca besar minyak masak*(*disatukan dan kacau rata)
1 helai daun pandan, disimpul
Beberapa titik pewarna biru (optional)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
60 g tepung gandum
1 1/2 camca besar tepung jagung
90 g gula pasir
2 biji telur
1/3 camca teh garam
375 ml pati santan santan*
4 helai daun pandan*(*dikisar dan tapis)
1 camca teh pandan paste

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK LAPISAN ATAS :-
Panaskan kukusan, tuang pulut ke dalam tin yang berukuran 8 x 8 x 3 incii, tuang bancuhan santan cair dan gaul rata, letak daun pandan atas pulut dan kukus 20 minit. Bila pulut masak, keluarkan 1/3 bahagian, dan campur dengan beberapa titik pewarna biru, gaul rata. Masukkan pulut bewarna ke dalam loyang berisi pulut biasa dan gaul rata. Kemudian tekan padat. Ketepikan sebentar. (kalau tak suka pulut ada warna, biarkan putih saja).

UNTUK LAPISAN ATAS :-
Bancuh semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau dengan whisk hingga gula hancur dan larut. Tapis adunan dan ketepikan.

UNTUK KUIH SERI MUKA/PUTRI SALAT :-
Tuang bancuhan tadi atas pulut dan sambung mengukus selama 40 minit - 1 jam. Bungkus tutup kukusan dengan kitchen towel yang bersih untuk mengelakkan wap menitik atas kuih atau tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Gunakan api sederhana kuat semasa mengukus. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dipotong...



Tuesday, 9 August 2016

Fluffy Pancake

Hari ni Mia tak gi sekolah sebab demam panas dan masa bangun pagi tu pun memang dia kata tak larat. Takdela dia reti lagi nak cakap tak larat tapi dia kata I am not strong mama... Selamat Cik Yan sebab dia dah kata gitu maknanya takdela dia marah sebab tak antar gi sekolah.

Petang2 ni makin panas suhu dia tapi masih berselera nak makan. Lepas makan laksa untuk lunch, tido pastu terjaga mintak nasi. Pastu tanya mama nak buat pape tak dan Cik Yan terbayang lempeng dengan sambal sardin tapi awal2 dimatikan dengan permintaan Mia nak pancake.

Bila kata nak pancake, terus teringat resepi pertama pancake yang terserlah kegebuan tatkala kali pertama membuatnya. Maknanya sebelum tu buat pancake macam lempeng je kejadiannya tapi tebal sikit. Jadi ni salah satu resepi pancake buat masuk dalam list dan digunakan mengikut apa bahan yang ada.

Adaptasi resepi dari AllRecipe.

Bahan-bahan.

  • 3/4 cwn susu
  • 2 tbsp cuka ~ Cik Yan guna cuka epal
  • 1 cwn tepung
  • 1 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/2 tsp garam
  • 2 tbsp gula
  • 1 butir telur
  • 2 tbsp butter yang dicairkan
Cara membuatnya
  • Gabungkan susu dan cuka kemudian biar seketika untuk dijadikan susu masam. Boleh juga digantikan dengan buttermilk kalau ada.
  • Tepung, baking powder dan baking soda diayak sebati kemudian dimasukkan gula dan garam
  • Masukkan telur, butter dan campuran susu tadi. Whisk sehingga tidak terdapat sebarang ketulan
  • Panaskan kuali leper, spray dgn cooking spray atau butter atau minyak dan masak pancake. 

Cara Cik Yan, tuang bancuhan tu pastu biar sampai berbuih2 permukaan tu baru dibalikkan.



Roti Bun Kukus

Resepi ni jumpa dalam group Masak Apa Hari Ni jugak. Sebab bahan mudah, Cik Yan try dan mendapat sambutan dalam rumah ni. Lagi2 bila makan cicah kuah kari ke apa memang cepat jelah abis walaupun doh ni dapat banyak.

Bahan-bahan
  • 3 cwn tepung pau
  • 5 tbsp gula castor
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 2 tsp baking powder
  • 1 1/3 cwn susu segar
  • 1 tbsp minyak jagung / melted butter / minyak sayuran
Cara membuatnya
  • Masuk semua bahan mengikut arahan pada bread machine (cecair, bahan kering last sekali instant yeast).
  • Pilih cycle DOUGH dan tunggu sampai berbunyi (Cik Yan nyer amik masa 1 1/2 jam).
  • Bulat2 doh atau bentuk ikut apa kita nak, letakkan dalam pan yang dah bergris kemudian biar kembang sekali ganda atau mungkin selama 30-40 minit.
  • Panaskan api kukusan sementara tunggu doh mengembang pastu kukus selama 30 min atau sampai masak.
Note: Pernah try bakar, lembut gak kejadian dia tapi tak sesedap dikukus..mungkin sebab tu terlebih masa kot. Heheheh.



Monday, 8 August 2016

Kerabu Bilis

Ha, resepi ni jumpa kat group Masak Apa Hari Ni dan bila bahan ada, Cik Yan try masa bulan pose hari tu. Hasilnya, Cik Yan suka, En Suami leh terima dan terus sejak tu rasa kena simpan resepi. Memula buat tak cukup bahan iaitu serai sebab malas nak gi kedai bila tengok peti ada bunga kantan. Masa tu pun dah rasa sedap.

Bahan-bahan:

  • Ikan Bilis goreng 1 mangkuk
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar / Holland
  • 5 tangkai cili padi
Kesemua bahan ini kecuali ikan bilis, di hiris halus dan ketepikan seketika.

Bahan Perasa:
  • 8 biji limau kasturi
  • 2 tbsp gula perang
  • 2 tbsp sos ikan
Sebatikan bahan ini sampai gula larut. Kemudian masukkan bahan2 yang dihiris tadi, perisakan dan akhir sekali masukkan ikan bilis goreng. Siap.

Boleh gak menggunakan resepi ini tapi gantikan bilis dengan udang kering atau geragau yang di sangai kemudian parut mangga.

Sunday, 7 August 2016

Banana Bread

Resepi ni amik dari insta Kak Rima dan harus diabadikan dalam blog ni sebab jenuh nak mencari semula. Pepaham jelah kan dulu screenshot simpan dalam hp, tapi hp ku lesap pastu tak transfer dlm pc, maka alamatnye sendiri la susah sebab mana ada function search dalam insta kan.

Simple recipe tapi mudah sebab guna tangan je semua tu. Bila cakap gunakan tangan maknanya sesuka hatila lenyek pisang tu dengan tangan ikutla cara camne asalkan tangan bersih.

Bahan-bahan

  • 3 biji pisang dilenyek
  • 1/3 cwn butter cair
  • 1/2 - 1 cwn gula (ikut tahap kemanisan yang kita suka)
  • 1 butir telur dipukul dengan garfu
  • 1 tsp vanila
  • 1 tsp baking soda
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • Secubit garam

Cara-cara
  • Panaskan oven pada suhu 150C
  • Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul dengan tangan sehingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam bekas yang telah di gris (Kak Rima guna 9*4/4 ~ ai is hentam saje)
  • Masuk dalam oven dan bakar selama 50 min atau sehingga masak sempurna.






Nasi Minyak

Resepi adaptasi dari http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html

Bahan-bahan :
  •     1 sudu bawang mesin
  •     2 sudu Butter cup
  •     1 biji bawang besar di potong mayang
  •     1/2 tin susu cair
  •     3cm halia di ketuk
  •     Minyak masak
  •     Pewarna
  •     4 cawan Beras
  •     4 cawan air
  •     2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  •     1 kuntum bunga lawang
  •     5 biji bunga cengkih
  •     kulit kayu manis
Cara-cara
  •  Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  • Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  • Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  • Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  • Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  • Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air. Biarkan ia mendidih seketika.
  • Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  • Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Bahan-bahan :


  • 1 sudu bawang mesin
  • 2 sudu Butter cup
  • 1 biji bawang besar di potong mayang
  • 1/2 tin susu cair
  • 3cm halia di ketuk
  • Minyak masak
  • Pewarna
  • 4 cawan Beras
  • 4 cawan air
  • 2 helai daun pandan
 Rempah kasar
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • kulit kayu manis


Cara-cara memasak Nasi Minyak Terengganu:

  1. Panaskan kuali, masukkan butter cup bersama minyak masak.
  2. Masukkan rempah kasar, tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan bawang  mesin dan bawang besar yang  dimayang bersama halia .
  4. Tumis hingga bawang  sedikit garing. Masukkan daun pandan.
  5. Masukkan susu cair dan 1 cawan air. Biarkan ia mendidih sekejap.
  6.  Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik. Masukkan 2 cawan lagi air.Biarkan ia mendidih seketika.
  7. Masukkan beras yang telah  siap dicuci ke dalam periuk.Masukkan sedikit pewarna.
  8. Masukkan sedikit garam.Tunggu hingga nasi masak.
  9. Sedia dihidang.
- See more at: http://resepicheff.blogspot.my/2013/04/nasi-minyak-terengganu.html#sthash.O3IPPUVM.dpuf

Kerabu Maggie

Lama tak makan maggie sudahnya dapat peluang makan malam ni sebab budak2 semua dah tido.
Memula bayang maggie kari je tapi alang2 tengah buat sambal sotong terus tukar kepada kerabu maggie.

Resepi adaptasi dari MamaMia Kitchen.

Bahan-bahan:

  • 3 paket Maggi Siam 
  • 2 paket perencah maggi
  • 5 ekor sotong - dicelur bersama sedikit air sahaja  dan potong bulat-(air rebusan jangan dibuang) 
  • 5 batang sosej-dicelur dan potong kecil 
  • 5 biji cili padi-potong kecil 
  • 3 helai daun kobis-hiris kecil dan celur sekejap  
  • 3 biji buah tomato- di cincang 
  • 1/2 batang karot-disagat
  •  2 batang daun ketumbar-hiris kecil 
  • 1 biji limau nipis-ambil jusnya 
  • Kicap sotong secukupnya 
  • Garam 
  • Gula

Cara-cara:
Celur maggi hingga kembang dan toskan. 2.Masukkan maggi ke dalam bekas yang besar supaya senang untuk proses menggaul.Masukkan semua bahan di atas,gaul sebati,sesuaikan rasanya. Siap.

Nota: Kerabu maggi ni perlu seimbang rasa masam,masin, manis dan pedas barulah enak dimakan.Yang paling penting rasa masam dan pedas. Masukkan perencah maggi sedikit demi sedikit kerana dikhuatiri rasa masin yang melampau... Kerabu maggi ni tidak perlu terlampau basah cuma berkuah sedikit saja...

Friday, 5 August 2016

Apple Crumble

Dalam peti ais ada apple tapi xde sape mintak nak makan sebab dorang lagi suka menghadap oren dengan tembikai.

Maka, sebelum resepi hilang memana, sementara otak masih ingat amik dari mana, Cik Yan abadikan dalam blog ni.

Adaptasi dari Hana Memories.

Bahan-bahan

Crumble
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula
  • 110g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam

Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
  • 2 sudu mkn gula perang
  • ½ sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara
  • Satukan semua bahan crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. .
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam mangkuk tahan panas yang telah disapu butter.
  • Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi.
  • Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
  • Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu.

Thursday, 4 August 2016

Upside Down Pineapple Cake

Setelah beberapa lama menyimpan hasrat nak buat kek ni, akhirnya berjaya gak mencuba resepi yang mudah lepas terjumpa nenas dalam tin dan berbentuk gelang.

Adaptasi Resepi Nigella Lawson.

Bahan2

  • Butter untuk sapu loyang (Sesuai menggunakan size 8-9 inch)
  • 2 tbsp brown sugar
  • 6 keping nenas berbentuk cincin serta 3 tbsp jus nenas (dlm tin)
  • 11 biji ceri ataupun lebih kurang 75 g ceri
  • 100 gram plain flour ~ tepung gandum je *
  • 1 tsp baking powder  *
  • 1/4 tsp soda bicarbonate  *
  • 100 g butter 
  • 100 g gula castor
  • 2 butir telur 
Cara Membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 200C
  • Sapu butter pada loyang kemudian taburkan 2 tbsp brown sugar
  • Susun nenas mengikut loyang kemudian letakkan ceri pada setiap lubang dan kawasan yang bersesuaian
  • Ayak bahan bertanda * dan masukkan bersama butter, gula  dan telur ke dalam food processor dan pastikan sebati sebelum masukkan 3 tbsp juice nenas.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah berisi nenas dan ceri tadi dan bakar selama 30 minit.
  • Dah masak, terbalikkan dan jadila Pineapple Upside Down Cake.
Pic dari page Nigella Lawson ihsan dari Lis Parsons.




Wednesday, 3 August 2016

Spaghetti With Fresh Tomato



Resepi ni menarik minat untuk dicuba lepas terfikir kanak2 mungkin tak semua suka spaghetti aglio olio yang Cik Yan rancang pada mulanya untuk di bawa sebagai juadah jamuan hari raya sekolah Mia.

Adaptasi dari Annabel Karmel

Ingredient
  • 3 tbsp olive oil
  • 2 banana shallots, finely diced ~ Cik Yan guna sebiji bawang Holland
  • 350g ripe cherry tomatoes, chopped
  • 2 cloves garlic, crushed
  • 2 tbsp rice wine vinegar ~ Cik Yan gantikan dengan apple cider
  • A knob of butter
  • 1 bunch fresh basil chopped
  • 20g parmesan, finely grated
  • 225g spaghettini ~ sepaket spaghetti
Method
  • Heat the oil in a frying pan.
  • Add the shallots and fry for a few minutes until soft. Add the garlic and fry for 30 seconds.
  • Turn off the heat.
  • Add the tomatoes, vinegar and butter. Cik Yan tambah udang
  • Cook the spaghettini in boiling salted water until al dente.
  • Drain quickly and add to the pan so there is still some pasta water clinging to the spaghettini.
  • Add the parmesan and basil.
  • Toss together in the pan. Season and serve at once.








Dinner Rolls




Godaan membuat roti sangat kuat penangan kawan dok whatsapp aktiviti meroti. Memula leh je wat tak tau sebab terasa malas nak kuarkan bread maker dari almari tapi lelama tak tertahan. Selalunya guna resepi lain tapi sebab full cream milk tak banyak mana tinggal makanya tertarik nak guna resepi dari Betty Crocker ni.

Adaptasi resepi dari Betty Crocker


Bahan2
  • 1 cwn air
  • 2 tbsp butter 
  • 1 biji telur
  • 3 1/4 cwn tepung roti ~ Cik Yan guna 3 3/4 cwn tpg gandum
  • 1/4 cwn gula
  • 1 tsp garam
  • 3 tsp instant yeast ~ Cik Yan guna sepaket instant yeast (adalah dlm 2 1/4 tsp)
Cara2

Masuk bread maker mengikut susunan bread maker. Macam Cik Yan memula masuk air, gula, telur dan garam dipukul sedikit, butter, tepung seterusnya yeast.

Pilih option Dough dan biarkan maker buat keje dia. Tamat dough cycle tu (1 1/2 jam masa dari bread maker Cik Yan) kuarkan dough dan letak dalam bekas bertepung sikit. Biar selama 10 minit sebelum mula dibentuk.

Selepas dibentuk dan diletakkan pada pan yang telah disapu butter atau shortening, biarkan sehingga dia kembang (Resepi asal kata 30 - 40 minit camtu). Renjis susu jika suka pastu bakar pada suhu 200C selama 15-20 minit.

Bila dah masak, sapukan butter cair atas permukaan rolls tu dan biar sejuk atau leh makan segera.



Butter Rice

Ni antara resepi yang Cik Yan dok teringat lepas kawan sebut butter rice. Sebab dia juga mengajar mana resepi yang semua orang suka, simpan dan tak yahla berpaling lagi.

Tapi still la ada perasaan next time akan ku cari resepi2 lain jugak. Hahaha

Resepi ni buat Cik Yan tersuka sebab memudahkan keje memasak lagi2 kalau rasa nak makan nasi lain tapi nak tumis bagai tu buat kita rasa malas.

Resepi Adaptasi dari : http://nasilemaklover.blogspot.my/2010/10/butter-rice.html


Bahan2

  • 3 cwn beras Basmathi (Cik Yan guna beras Siam cap serindit je)
  • 5-6 cwn air ikut sukatan Basmathi atau beras pilihan
  • 5 ulas bawang putih di cincang halus
  • 40g butter
  • 1 1/4 tsp garam atau mengikut citarasa
  • Secubit Serbuk kunyit
  • 3 tbsp lobak merah yang disagat

Cara membuatnya
Masuk je semua dalam rice cooker pastu tunggu masak. Bila dah masak gembar gemburkan dengan garfu dan sedia untuk di makan.

Biasanya Cik Yan masak rendang untuk dijadikan lauk bersama nasi ni. Kira okla lepas rasa makan nasi selain dari nasi putih tapi malas nak masak tahap2 nasi tomato ke nasi beriani ke.