Wednesday, 13 July 2011

Tertiba je


Hari ni, dari kat opis lagi takde rasa nak masak. Konon kalu lapar makan jela biskut ke roti ke atau tahan jela sampai pagi esok. Gigih la konon nak kuruskan badan kan..Tapi serius, part yang merisaukan adalah dagu. Camner nak hilangkan double chin ni.

Balik rumah dalam kutip2 baju nak basuh, terbayang fruit cocktail tapi malas lah nak duk dapur tu kan. Sambil tengok2 tv boleh pulak ada kertas kat kerusi ni. Tengok2 resepi pavlova. Cik Yan baca jelah sekali lalu. Pastu tengok Nigella. Dalam iklan tu boleh lagi tengok resepi pavlova dan terus ke dapur.

Bab yang melibatkan asingkan putih dan kuning telur memang jadi kegemaran setakat ni lagi2 lak kena pukul sampai bertanduk. Jadi terus nekad membuat pavlova berbuahkan cocktail tadi tu.

Ni adalah pertama kali Cik Yan buat yer. jadi ada gak try and error. Macam tadi tertiba boleh pulak kuning telur terpecah sama..pastu cepat sangat masuk gula sudahnya meringue x jadi. Last sekali lak whipping cream x tau masa bila nak stop sudahnya dia cair balik.

Sesape nak try, ni resepi dia :

4 biji telur putih
1 cwn gula castor
1 tbsp corn flour
1 tsp vanila
1 tsp cuka putih

Hiasan
1/2 cwn whipping cream (Cik Yan guna 1 cwn terus)
Buah2 pape yang patut..Cik Yan pakai fruit cocktail je..


Memula amik baking sheet ke aluminium foil ke pastu korang buat lah bentuk apa nak dan letak atas tray..Bukan apa, senang nak adjust bentuk dia nanti.

Panaskan oven pada suhu 140C.

Putih telur tu pukul sampai kembang..selepas berbuih dia macam kilat2 sikit. Masa tu masukkan gula sikit2 sampai abis. Jangan masuk semua terus. Abis je gula tu kan..ngam2 putih telur  tu sikit je lagi nak jadi bertanduk. Jadi bila dia bertanduk tu..nampak kental, shining gegiler tau. Masa tu tabur tepung jagung tadi pastu masukkan cuka ngan vanila. Guna kaedah kaup balik nak sebatikan tu.


Adunan tadi tuang atas aluminium tadi. Make sure tepi dia lagi tinggi dari tengah tu tau. Pastu masukkan ke dalam rak tengah oven. Bakar la sampai dia masak ataupun bertukar jadi warna kulit telur..Jangan pulak compare dgn kulit telur angsa atau itik..tu confirm tak masak tu.




Bila dah masak, buka pintu oven dan biarkan dia menyejuk dalam tu. Semerbak bau vanila dan teringat lak pavlova kat Bisou tu.. Agak2 dah sejuk tu..mohlah kita pukul whipping cream tu sampai stiff. Berdasarkan kesalahan yang telah berlaku tadi, Cik Yan rasala masa terbaik nak stop mixer adalah apabila kat cream tu dah makin ketara bentuk alunan dia. Kena ingat stiff dia xlah macam meringue yer..





Curahkan atas bahan bakar tadi dan hias ngan buah pilihan. Macam Cik Yan  kan letak je fruit cocktail. Dengan itu, jadilah PAVLOVA.

No comments:

Post a Comment