Tuesday, 22 March 2011

Wadi Hadramawt


21st March, terasa macam nak makan arabian food dan terus call En Suami tanya dia kat mana dan buat apa. Sekali dia tanya nak lunch sama x. Apa lagi Cik Yan pun kata ok je tapi x cakapla nak makan kat mana kan. Pastu Cik Yan pun sms bagitau nak makan kat Wadi Hadramawt, xpun memana yang jual arabian food. Pucuk di cita, ulam mendatang, dia setuju.

Jadi waktu lunch, Cik Yan pun turunlah awal 5 minit kan. Sekali abg ipar sms bagitau dia ada kat area opis gak. Rupanya dia baru sampai dari KLIA dan En Suami suruh dia tunggu kat area opis Cik Yan je. Bagusla tu, dulu pun dia nak makan kat Wadi Hadramawt tapi malam kitorang gi full house. Dapat tempat jugak tapi apa yang kitorang target dah abis (a day before, Majalah 3 siarkan cara dorang buat Mandy lamb dan seperti biasa kalu kuar TV, sure penuh).

Nak tau lagi pasal tempat ni, boleh browse ke link ni : http://wadihadramawt.pvrada.com/news.php

Maka dengan penuh gembiranya melangkah masuk ke Wadi Hadramawt Jln Ampang. Tempat pun masih ada walaupun nampak macam ramai orang. Dengan segera buka menu dan tunjuk apa yang Cik Yan nak. En Suami dan abang ipar order Nasi lauk ayam dan kambing. Dorang tu pelik Cik Yan x order nasi. Cik Yan cakap la datang sini bukan kejarkan nasi tapi benda yang macam kebab dan jemput2 tu.

Makanan pun sampai tapi Cik Yan punya kena tunggu lagi 30 minit dan waiter tu tanya nak order lain tak. Semua dah pelik, rerupanya Cik Yan x order pun kebab tu. Hehehe. Jadi lepas order untuk Cik Yan, sementara tu amiklah nasi En Suami dan juga ayam abg ipar..Mak aih..best tu makan nasi tanpa kuah kari ke menda ke setakat kuah mcm tomato kena lenyek tu adalah..En Suami siap order lagi nasi kosong tapi Cik Yan cakap cukupla untuk Cik Yan memandangkan sangat2 positif makanan Cik Yan, dorang xkan amik. Watpe tolong dorang abiskan makanan dorang tu.

Ni apa yang kitorang order.

Chicken mandy







Lamb harneeth

Shish Tawook
Fried meat Kuba
Berikut gambar2 dari menu yang ada..






Lupa nak bagitau, ni masakan arab dari Yaman..

No comments:

Post a Comment