Monday, 21 March 2011

Buku nota

Pagi tadi kul 10, kitorang semua kena menghadap Senior VP yang datang dari Calgary. Kononnya sessi penerangan mengenai aktiviti pada tahun ni, update dari Corporate pasal standard yang nak keluar ataupun yang nak diperbaiki. Memandangkan pada sesi yang lepas, ramai je yang masuk bilik meeting melenggang, jadi pada kali ni Cik Yan pun melenggang la jugak..Dah kata nak dengar apa SVP tu nak citer, nak salin menda kan..heheh

Tapi masa bergerak masuk ke bilik meeting tu, bos pun bawak buku nota. Dalam hati xpe, bos kan..kenala tulis pape. Kawan Cik Yan, Cik M pun bawak buku nota sekali dengan form payment request untuk function yang Cik Yan buat nanti. Dia cakap alang2 dah sampai ke level ni, bawak sekali la.

Jadi sampaila kami ke bilik meeting dan pasal datang awal kenala kami duduk kat meja padahal berangan nak duduk belakang2 orang lain. Kat situ semua yang datang masing2 bawak buku dan pen.Jadinya meja Cik Yan jelah yang kosong tanpa pape..Dahla pen pun x bawak..hehehe.

Maka bermulala sessi penerangan tu..Cik Yan senyum2 lagi sebab SVP tu duk bercakap je sampaila satu masa tu dia bagitau pasal satu memo ni yang x keluar lagi kat kitorang. Time tu gelabah dah sebab semua duk menulis..Nasib baik tertiba SVP tu cakap jangan risau sebab memo ni x kuar lagi..jadi details semua ada dalam memo tu. Semua pun berhenti menulis. Selamat Cik Yan sebab manager lain dah pandang2 jugak.

Cik Yan pun pelik naperla hari ni sangat malas membawa buku nota ngan pen. At least jadi macam kawan Cik Yan, boleh lukis2 time boring..Dan Cik Yan bab melukis memang x pandai tapi kalu ada kertas ngan pen, boleh jugak buat conteng2 garisan ke, buat bulatan ke.. Isk isk..sekali tengok2 nama Cik Yan disenarai hitamkan kerana malas bawak buku nota..mungkin tak? Harap2 tak mungkin kan..sebab boleh cakap Cik Yan input mana yang berkenaan dalam otak Cik Yan je..hahah

No comments:

Post a Comment