Sejak Cik Yan mula bekerja selepas hospitalization 2 minggu, memang tak pernah drive langsung ke LRT ke kedai ke..jadi dah terbiasa En Suami antar dan jemput balik keje. Kalu dia ada hal, Cik Yan pun dengan setia menunggu di opis sebab xleh naik LRT gak. Bila dah masuk sebulan bekerja barulah boleh naik LRT itupun kalu Cik Yan lewat sangat kuar dari rumah.
Maka dengan itu berlaku la kisah pada hari ni. En Suami sejak hari Selasa berkursus di Melaka. Keta Cik Yan pula di pinjam abang ipar yang tak larat nak drive dari kampung. Memandangkan perjalanan dia dari rumah sewa ke tempat belajar di Kuala Kubu tu bukan walking distance, maka si kecik diberi pinjam dengan syarat > Sila betulkan stereng, power window saya..hehehe.
Semalam tertiba abang ipar nak balik kampung untuk menyelesaikan dokumen bagi urusan tuntutan insurans, a day before rumah sewa dia kat Kuala Kubu kena pecah masuk. Banyakla kena amik dan pastinya segala jenis kad bank kena block. Sian dia. Dahla baru sebulan lebih buat by pass..mujur takde pape. Pasal dia nak balik kampung, dia pun antarla si kecik kat rumah time Cik Yan keje. Memula pelik gak bila dia tepon tertiba tanya parking lot no berapa. Bila dia explain barula Cik Yan bagi jawapan..(susah kan..orang tanya, Cik Yan tanya balik baru boleh menjawab soalan..).
Dan pada hari ini..ketika hujan takdela lebat sangat Cik Yan dengan segera menuju ke taxi stand sebab tengok2 dah kul 7.30 kan..dah masuk dalam taxi baru teringat si kecik ada rumah. Takkan Cik Yan nak kuar dan amik si kecik kan..maka dudukla si kecik kat parking lot kerana Cik Yan terlupa dia dah balik.
No comments:
Post a Comment