Tuesday, 15 March 2011

Skandal walaupun dah berkahwin

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis, dengarlah radio Hot Fm. Topik yang mereka bincangkan tak jelas tapi ada satu pemanggil ni membuatkan Cik Yan beristighfar dan mohon dijauhkan dari Cik Yan, keluarga dan sahabat handai. Walaupun bagi sesetengah orang akan kata 'no hal', 'open minded' tapi bagi Cik Yan sangat2 tak bagus.

Kisahnya pemanggil ni seorang isteri dengan bangganya mengaku yang dia mempunyai teman lelaki yang berstatus suami orang. Walaupun dia kata tak kuar dating macam orang2 muda tapi Cik Yan tak boleh terima alasan tu. Dia juga cakap apabila bercouple, dia merasa yang dia semakin tabah dan tidak ambil pusing dengan apa yang berlaku dalam rumah tangganya.

Dia cakap yang suaminya sangat sibuk, balik lewat dan dulu dia selalu menangis kerana tak suka dengan keadaan tu. Cik Yan tak perasan la pulak kalu suami dia pun main kayu tiga. Dia kata skang ni kalu suami dia balik lewat pun dia tak kisah dah, tak macam dulu. Oh ya, dia ni ada anak yer..berapa orang tak ingat.

Jadi isunya, bukankah seorang isteri perlu setia dan taat pada suami? Okayla Cik Yan masih lagi baru di alam rumah tangga, tapi bukankah kita harus menjadikan Islam sebagai landasan kita. Bila suami balik lambat, main pompuan ke apa ke, perlu ke seorang isteri mencari kasih sayang dengan lelaki lain? Perlu ke kita memberontak dan buat apa yang suami kita buat? Bukankah seharusnya kita sabar, tabah, redha dan memohon petunjuk dari Allah. Bukankah syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami?

Samalah macam kisah cerekarama yang Cik Yan tonton hari Sabtu hari tu..tajuk lebih kurang macam Kasih berkalung Noda kot.. Kisahnya isteri bermadu kasih dengan suami orang kerana suaminya sibuk mencari rezeki untuk memberi kesenangan pada keluarga. Sibuk ngan nafsu sendiri, anak pun ditinggalkan saje dengan orang gaji. Suami keje luar, dia pun gi bercuti dengan kekasihnya tu. Sudahnya bila kena tangkap khalwat, suami ceraikan dengan talak 3, keluarga semua malu dengan perangai dia. Dia pulak mula gila nakkan anak dia yang suami dah bawa ke mana, kehilangan ayah, mak tak nak mengaku anak dan sudahnya mati dilanggar kekasih tadi secara tak sengaja..

Dalam citer tu, suami tu pun memang ada meluahkan kekesalan kerana terlalu mengejarkan kewangan tanpa kisahkan keluarga. Sudahnya duit banyak, isteri buat hal dan anak-anak tidak mendapat kasih sayang ibu bapa. Jadi kesimpulannya, Islam pun mengajar konsep Wasatiah kan dimana kita digalakkan bersederhana. Janganla asyik mengejar wang ringgit sampai keluarga terbiar atau pun asyik dengan keluarga sampai nak makan pun minta duit kat orang kan..Pastu kalu setup bisnes ke apa, tak perlulah nak meeting tetiap malam kan..pastu dapat pulak partner yang ajak meeting kat tempat ala2 perjudian ke, time2 nak maghrib ke, bawak kawan pompuan yang sexy mexy ke..kata nak cari duit..duit kena berkat kan.

No comments:

Post a Comment