Sunday, 13 March 2011

Ahad Yang Indah

Hari Ahad, En Suami tanya ada nak keluar memana tak. Cik Yan jawab dah puas sebab hari Jumaat tengok wayang citer I Am Number Four pastu dapat pulak shopping buku. Masa tu Popular Wangsa Walk ada sales. Dahla ada sales pastu memandangkan Cik Yan ada membership card dengan Popular, maka discount tu lagi tinggi..tapi Cik Yan beli dua buku je..satu buku cerita satu buku fakta..hahhaha.



Memandangkan wayang tu nak dekat midnite dan Cik Yan pulak ajak En Suami kuar awal sebab nak menyinggah beli ground almond kat Cold Storage jadi kitorang gilah melepak kat Tutti Frutti pulak sambil baca buku. Pastu boleh pulak menapak gi makan mee goreng kat NZ tu..

Pomegranate ngan lychee

Mee Goreng ngan nescafe panas..

 Masuk ni dua kali dah makan mee goreng mamak tapi tak dapat sesedap yang En Suami belikan kat Pelita  masa Cik Yan admitted kat Ampang Puteri hari tu. Tapi tak tahula sebab masa admitted hari tu Cik Yan seperti boleh makan apa saje sebab takut gastrik menyerang akibat dari painkiller yang doctor bagi Cik Yan tu.
 
Hari Sabtu lak kitorang tengok citer Mars need mums..Best gak citer tu..En Suami leh cakap kalu Cik Yan ada anak, sure Cik Yan kena kidnap ke Mars..cheit..Sebelum tengok wayang tu Cik Yan ajak En Suami makan kat Kunyah. En Suami order Meehun/Mee sup, Cik Yan lak Mee Bandung..sedap makanan2 tu..

mee/meehun sup..sambal cili kicap sedap
mee bandung yg kena citarasa..heheh


Abis wayang dah kul 9 lebih kot jadi kitorang pun balik. Malas rasa nak menyinggah memana. Sampai rumah pulak, Cik Yan dah baking macaron. Excited tu nk buat macaron dan merasa camner la macaron tu kan. Buatnye agak mudah sebab kena buat meringue. Bab meringue memang Cik Yan suka sangatla. Tinggal je mixer dan set pada kelajuan 3 pastu gi tengok TV..Masa tu pulak cerekarama kat TV3 menarik sangat.
Jadi ngam2 citer tu nak abis, siapla adunan macaron tu.

Nama pun weekend kan jadi Cik Yan sungguh2 menikmati hujung minggu ngan tido awal pagi..hahha. Maka selepas bersarapan buat sendiri yer, kami pun memulakan aktiviti mengemas rumah..Puas hati rasa buat aktiviti mengemas bersama-sama sebab selalunya mesti Cik Yan malas nak tolong sepenuhnya..hahahha. Masa En Suami duk susun kasut2 dia tu..dia bukala kotak kasut Cik Yan dan dia terjumpa kasut ni dah berkulat..tapi bagi Cik Yan bukan berkulat..sure habuk je tu..Lap dengan kertas kasut yang dapat kat hotel tu dah berkilat..pastu dia suruh pakai gi keje Isnin tapi tak confident Cik Yan nak pakai high heel..mana tau tertiba muscle perut Cik Yan merasa tertekan..hhahaha

Petangnye pulak semasa En Suami gi jumpa kawan2 dia, maka bermula lah projek baking kek coklat Cik Yan..

Add caption




Puas rasa menikmati hujung minggu kali ni...hahah

No comments:

Post a Comment