Showing posts with label tmpt mkn. Show all posts
Showing posts with label tmpt mkn. Show all posts

Saturday, 13 August 2011

Mari kita makan di Sri Ayuthayya

Tempat ni dah lama ada tapi takde lah merasa nak gi makan sini. Lagi2 lak En Suami kata macam tak laku je sebab orang tak ramai. Jadi pada ketika itu, kami makan jelah kat restoran Amy Search, Cheng Ho..namun lepas tu xde dah makan kerana selain dia kerap tutup, kami dah beralih arah makan di de Templer sebab walking distance kan..

Dekat facebook, ada lah kawan ni selalu makan di situ, jadi Cik Yan pun tanya ok ke..dia kata ok..Lelama, makin ramai lak makan2 di situ..Tapi still tak rasa nak try lagi..Sampaila satu masa, si adik RVC ni citer tentang keenakan tom yam di situ..Cik Yan dah blink2 mata tu..Pastu bila ada budak sorang ni nak makan2 dengan date dia, Cik Yan tersuggest this place. Segera jugak Cik Yan meminta pendapat dia..Dia kata ok jugak. Jadinya harus try la kan..Semangat tu nak gi makan sesorang..Tapi x gi2 jugak..

Jadi pada 22 Julai, En Suami tertiba je bawak gi dinner sama. Agak suprise juga kerana dia tak berapa suka makanan ala siam sebab katanya bosan dah makan time keje..Rezeki jangan di tolak..orang dah bawak..kita ENJOY!!!.

Memula tak best rasa sebab dia suruh order..Cik Yan tau tomyam je..pastu bila nampak muka Cik Yan tak reti nak order apa, terus dia mintak waiter tu recommend apa yang patut..Jadi rancakla mengorder kan..jadi inilah gambo2 makanan di situ..


Dan seterusnya pada 26 Julai, bawak pulak abang, sepupu dan ipar En Suami makan disitu. Sepupu tu puji abis tomyam di situ..Ipar En Suami yang cerewet makan pun berselera menerima lauk kat situ. Mujur dia leh makan..kalu tak mana nak cari lauk ikan kering dia tu..

Jadi mari mencuci mata melihat makanan2 yang Cik Yan dah try..











Monday, 4 July 2011

Hari ke 4 dlm Julai

Benda rutin takyah citer la kan..selepas melakukan rutin harian..Cik Yan menikmati keindahan seni potong kek Cik Yan. Naper excited sangat kan..sebabnya kek tu The Devil's Food Chocolate Cake kelihatan indah..sangat cantik, tempting setelah dipotong menggunakan pisau yang direndam air panas. Terkesima, terpaku melihatkan keindahan kek yang Cik Yan buat tu. Sangat bersyukur kerana hobi Cik Yan ni menjadi dan membuatkan Cik Yan kurang makan kek. Boleh gitu? Sebabnya adalah sangat excited nak share ngan kawan2 satu dept dan juga teman opis yang suka menikmati kek2 Cik Yan. Suka tengok muka dorang bila Cik Yan tunjuk cake atau pun yang Cik Yan pass kat mereka dalam diam2..tak perlula reveal kan nama2 mereka..senyap sudah..







Tgk..mcm comel bagi Cik Yan.. macam balance je eh tak..nampak kemas..selalu kek Cik Yan kan agak bersepah..hehe. xleh lah..bab kreativiti memang out..

Masa panggil ada sorang mat salleh ni try. Cik Yan cakap la do you to try my devil's food choc cake. Terbeliak mata dia sambil reply "the devils?"..bila dia dah try dengan gelak2 dia ckp rupanya devils tu adala jumlah kalori yang terkandung dalam kek Cik Yan. Siap ada yang puji macam Choc Indulgence sikit. HAHAHAH. kembang diriku ini seperti terbang di awangan pun ada.

Abih kisah opis..petang balik amik anak sedara En Suami dan kami melepak di Wangsa Walk jap untuk cari barang pesanan En Suami. Pastu Cik Yan ajak dia gi makan kat satu tempat ni..Korang tau kan Mee Udang Kuala Sepetang ni sangat sedap jadi Cik Yan pun ajak anak sedara ni makan Mee Udang Mak Jah Kampung Menteri Kuala Sepetang. Perjalanan mengambil masa 15 minit dari Wangsa Walk sebab tak tau arah mana kan..Hehehe..ada tak terfikir macam Cik Yan gi turun Kuala Sepetang Perak?

For info..kedai ini opposite dengan restoran Amy Search, Cheng Ho.


Ni antara gambar yang Cik Yan sempat snap la

menu nya..

ni menuju ke dapur

tepi2 dinding

ni nombor meja

Dan ini pulak hasilnya...







Setakat ni bagi Cik Yan memang berbaloi gi sebab rasa dia samalah jugak ngan kat Kuala Sepetang tu. Udang dia pun udang laut yang segar..service cepat..Harga? tu kat menu tu ada..korang judge sendiri la ek..

Abih makan..saje nak makan frozen yogurt jadi menyinggah la Cik Yan di tutti fruitti..gambar xde..asyik makan sambil jenjalan kaki ke parking keta.

Dalam perjalanan balik, anak sedara tu nak naik lrt Wangsa Maju..pastu terpaksala Cik Yan drive sendiri dari situ kan. Budak tulah siap tanya Cik Yan reti ke nak kuar. Cik Yan cakapla takpe yang ni pandai kot..Hahaha..Pastu tertiba terpandang dashboard. ada lambang pelik. Mujur budak tu tak naik jejantas lagi. Dia gi tengok tayar keta sebab Cik Yan cakap macam x best je sejak pam angin hari tu. Cik Yan cakapla kat dia..ala keta ni rosak ke..tertiba ada lambang ni. Budak tu tengok dan gelak..tapi still explain la kat Cik Yan..


Salahkan En Suami yer..ajar tak abis..Si Kecik xde nye lambang2 gitu..kalu tak perasan..tu lambang atas isyarat lampu tu..Ye Cik Yan recall anak sedara tu ada cakap kita pasang lampu bumper je kalu time senja ni. tak tau lah pulak lampu bumper tekan lain..Patutla selama ni pelik nape la macam x cukup lampu je kalu Cik Yan drive memalam..Lampu besar je tak cantik sungguh..ni baru nampak cantik time tengok kat mirror yang dorang gantung kat selekoh parking.

Habih dah citer..




Tuesday, 22 March 2011

Wadi Hadramawt


21st March, terasa macam nak makan arabian food dan terus call En Suami tanya dia kat mana dan buat apa. Sekali dia tanya nak lunch sama x. Apa lagi Cik Yan pun kata ok je tapi x cakapla nak makan kat mana kan. Pastu Cik Yan pun sms bagitau nak makan kat Wadi Hadramawt, xpun memana yang jual arabian food. Pucuk di cita, ulam mendatang, dia setuju.

Jadi waktu lunch, Cik Yan pun turunlah awal 5 minit kan. Sekali abg ipar sms bagitau dia ada kat area opis gak. Rupanya dia baru sampai dari KLIA dan En Suami suruh dia tunggu kat area opis Cik Yan je. Bagusla tu, dulu pun dia nak makan kat Wadi Hadramawt tapi malam kitorang gi full house. Dapat tempat jugak tapi apa yang kitorang target dah abis (a day before, Majalah 3 siarkan cara dorang buat Mandy lamb dan seperti biasa kalu kuar TV, sure penuh).

Nak tau lagi pasal tempat ni, boleh browse ke link ni : http://wadihadramawt.pvrada.com/news.php

Maka dengan penuh gembiranya melangkah masuk ke Wadi Hadramawt Jln Ampang. Tempat pun masih ada walaupun nampak macam ramai orang. Dengan segera buka menu dan tunjuk apa yang Cik Yan nak. En Suami dan abang ipar order Nasi lauk ayam dan kambing. Dorang tu pelik Cik Yan x order nasi. Cik Yan cakap la datang sini bukan kejarkan nasi tapi benda yang macam kebab dan jemput2 tu.

Makanan pun sampai tapi Cik Yan punya kena tunggu lagi 30 minit dan waiter tu tanya nak order lain tak. Semua dah pelik, rerupanya Cik Yan x order pun kebab tu. Hehehe. Jadi lepas order untuk Cik Yan, sementara tu amiklah nasi En Suami dan juga ayam abg ipar..Mak aih..best tu makan nasi tanpa kuah kari ke menda ke setakat kuah mcm tomato kena lenyek tu adalah..En Suami siap order lagi nasi kosong tapi Cik Yan cakap cukupla untuk Cik Yan memandangkan sangat2 positif makanan Cik Yan, dorang xkan amik. Watpe tolong dorang abiskan makanan dorang tu.

Ni apa yang kitorang order.

Chicken mandy







Lamb harneeth

Shish Tawook
Fried meat Kuba
Berikut gambar2 dari menu yang ada..






Lupa nak bagitau, ni masakan arab dari Yaman..