Post ini berkait dengan post terdahulu yg ini
Pada April 2008, En Suami (tunang pada masa itu) telah menjadikan Pusat Ayur Centre ini sebagai rumah kedua Mak. Ketika itu, rawatan yang diberikan berdasarkan report doktor dari hospital iaitu gastrik. Treatment berlangsung selama 2 bulan dimana pelbagai ubat2 herba dari Kerala diberikan mengikut waktu. Selain itu juga, mereka mengamalkan mandi susu ke mandi apa ntah.
Memandangkan penggunaan herba tradisional, maka kesannya ramaila kata lambat. En Suami pun berpendapat sedemikian memandangkan takde perubahan ketara sampai la ketika kami dah selesai kedua2 majlis perkahwinan.Ketika itu kami di Kota Bharu kerana Cik Yan terpaksa bekerja dalam cuti kahwin dan abg ipar serta isterinya menjaga mak di pusat itu. Ketika itu doctor yang merawat memang dah sangat pelik. Katanya berdasarkan laporan perubatan yang kita dapat dari hospital dan juga treatment yang diberi, seharusnya dah ada perubahan dari segi serangan sakit tu. Doctor di Ayur Centre itu syak sesuatu pasal jantung.
Jadi apabila mak kata dia sakit gastrik sangat luar biasa, dan doctor pun mencadangkan mereka membawa mak ke PPUM menggunakan ambulans. Sampai di PPUM, di wad emergency tu doctor baca semua report perubatan terus suspect bukan gastric tapi memang jantung. Jadi apabila kami pulang ke KL, angiogram telah ditetapkan oleh PPUM.
Memang soheh dah, angiogram menunjukkan block pada setiap arteri utama dan bypass perlu dijalankan. Ketika di wad untuk berehat selepas buat angiogram tu, mak kena serangan jantung dan data dapat direkodkan. Maka dengan itu, tarikh bypass terus ditetapkan secepat mungkin iaitu pada 30th Jun 2008.
Sebelum membuat bypass, ujian darah telah dijalankan dan ketika itula dapat tahu yang thyroid hormone sangat rendah. Jadi ketika pembedahan pada pukul 9 am 30th June, Mak telah diberikan thyroxine. Alhamdulillah bypass berjaya dan selepas 3 hari bermalam di CCU, maka hari berikutnya dah boleh masuk wad biasa dan selepas beberapa minggu mak pun balik la kampung dengan abg ipar dan juga anak buah.
Kisah seterusnya nanti pasal mak dan sakit belakangnya..tapi nanti la ek..kena mintak details dengan En Suami dan abang ipar..
No comments:
Post a Comment