Cik Yan memang suka sangat la keje2 baking ni. Masa bujang2 dulu, mak Cik Yan kalu buat kek ke mesti ajak Cik Yan sebab Kakak2 Cik Yan duk mengemas rumah dan Cik Yan main2 dengan adik atau kucing (hehehe). Jadi pada umur 16 tahun, masa plan something for birthday abah Cik Yan, mak suruh Cik Yan buat kek marble sebab dia kata abah suka sangat.
Jadinya itu adalah kek pertama yang Cik Yan buat sendiri cuma bab masuk oven, mak la tolong. Sejak dari itu, mak memang suruh Cik Yan buat kek marble tu sendiri setiap kali musim raya. Tapi bila Cik Yan cuti SPM, duk tengok rancangan Chef Wan dan mak salin resepi 2 jenis kek coklat yang ditunjukkan dalam show tu. Mak try dan suruh Cik Yan tengok dan dari itu, pada hari raya, bertambah lagi kek yang Cik Yan kena buat. Kek itu namanya Kek Coklat Gugleholf (eh..Cik Yan x pernah bagi kawan opis rasa kan).
Sampaila masa Cik Yan berkahwin dan Cik Yan nak sangat mixer Kenwood. Mak abah sebelum tu xnak beli sebab current mixer tu elok lagi kata dorang. Jadi masa kenkawan tanya nak hadiah apa, Cik Yan pun selamba cakap nak mixer tu tapi tak dapat. Pastu duit yang orang bagi ketika majlis perkahwinan dan mendapat persetujuan En Suami, Cik Yan pun beli mixer Kenwood.
Abah yang tolong bawa gi kedai sebab En Suami keje. Sebenarnya masa tu gi jenjalan Jusco je pastu nampak mixer yang berkenan tu. Tapi mixer tu bukan yang bebetul model Cik Yan nak. Abah pun cakap meh gi kedai elektrik..dan apa lagi memang suka sangatla kan. Pastu ada pulak tu. Terus beli. Tapi dapat gak pesanan penaja (Mak, Abah Dan En Suami) "dah beli mixer memahal ni (Cik Yan bukan dari family org senang ye) jangan pula simpan je". Sejak dari itu, Cik Yan pun ligatla memikir nak buat apa dengan mixer ni. En Suami pun selalu pesan kira macam izin la kan. Dia kata buat la pape pastu bagi kawan-kawan makan. Nak belanja makan, berapa banyak je kita mampu kan.
Maka sejak dari tu macam2 resepi Cik Yan cuba dan bila jadi je antar rumah mak. Bila dah confident sikit, antar pulak rumah jiran sebelah pastu bawak pula ke opis. Alhamdulillah, seronok sangat. Cik Yan ni jenis tak suka orang nak datang2 rumah, jadi bagi makan2 cara camni pun kira okayla bagi Cik Yan kan.
Bila baking ni, mulala kawan yang dulunya kat opis x bercakap sangat tapi bila dah berenti, contact thru FB asyik citer hal baking. Tukar pendapat, share experience..best. Itulah life Cik Yan. Hari sabtu baking, ahad bawak ke rumah family dan kalu ok malam tu baking lagi untuk kawan2 opis esok harinya.
choc muffin |
carrot cake sebelum letak krim keju |
Tiramisu |
Japanese souffle cheese cake |
choc cake, butter cake dgn choc chip cookies |
Jadi pada tahun 2008 tu, di hari raya Alhamdulillah Cik Yan dapat buat biskut raya sendiri dan rumah mak pun xdelah kena beli kuih banyak kan.Jadi kisah Cik Yan buat kuih sendiri pada hari raya berterusan sehingga skang. Alhamdulillah.
Biskut sarang semut |
Cik Yan memang suka ye buat pape, menjadi dan dapat share dengan family atau kawan2 tapi ada juga batasan. Janganla asyik nampak muka Cik Yan meminta atau sound naper x bagi dorang rasa. Kena ingat gak Cik Yan ni ada family dan kawan2 dept. Kenala utamakan kenkawan dekat dulu sebelum extend ke luar kawasan kan.
Dalam suka2 ni ada juga yang mengguris perasaan sampai satu masa tu Cik Yan berenti baking jap. Cik Yan bagitau orang alasan lain tapi yang sebenarnya Cik Yan makan hati berulam jantung..Orang yang xlah berapa rapat dengan suka2 hati cakap Cik Yan lupa kawan. Atau pun semacam bagi instruction kalu baking dia kena rasa. Cik Yan x bagitau En Suami tapi lelama dia pelik semacam kenapa Cik Yan leh simpan mixer dalam kotak balik (selama ni duk luar)..dia pun adala baca komen2 kat gambar fb. Dia faham sendirila kan tapi still la pujuk2 cakap kawan2 yg lain mesti suka kalu Cik Yan bawa bekalkan..xkan pasal sorang ni, kawan2 lain yang baik pun kena tempias kan.
Owh ya, lupa nak bagitau yang En Suami bukan penggemar kek atau cookies yer. Tapi dia suka tanya kawan2 cakap apa dengan kek/ makanan Cik Yan bawak. Kalu dia nak sangat makan kek..dia akan mintak butter cake tapi xleh pakai butter SCS (dia cakap pakai butter yang xde bau sangat). Cookies yang dia suka sangat choc cookies. Lagi lak kalu letak kacang macadamia, siap leh remark biskut dalam balang tu untuk dia sahaja.
Dia juga penggemar Biscotti (lama x buat, macam nak buat je utk dia weekend ni, Insya Allah).
Ada satu komen yang buat Cik Yan terasa bila ada orang memain kata nak jadi taster, Cik Yan cakapla buat sesuka bukan untuk bisnes (yelah, dah awak jauh, apa kes Cik Yan nak bagi kan)..boleh pulak dia cakap nampak cantik tapi tak taula sedap ke tak. Helo! awak tu sape sampai apa saya buat, konon kalu sedap pada awak, baru pass. En Suami saya pun takde nak wat camtu yer jadi awak jangan lelebih! Tapi Cik Yan cuma cakap camni je > Kalu nak tau sedap ke tak, boleh bagi resepi (tak tipu punya) and buat sendiri. Insya Allah resepi yang bagi kat kenkawan tu memang sebiji dengan apa Cik Yan buat. X baik tipu2 atau kedekut resepi tau. Allah tak suka.
No comments:
Post a Comment