Friday 7 October 2016

Roti Butterscotch

Resepi roti ni terjumpa dalam group FB rasanya tapi tak pasti group yang mana. Apa pun resepi ni memang sedap dan menjadi kegemaran Mia. Buat kali kedua menggunakan breadmaker sepenuhnya (masa kali pertama, bakar menggunakan oven). Memula takde niat pun nak mengulang dalam masa terdekat tapi bila Mia tanya boleh tak buat roti ni (sambil dia makan) untuk bawa ke sekolah nak share dengan kawan & teachers, tunaikan ajala.

Masa kali pertama tu, butterscotch chip tu tak berselerak sangat dan terkumpul maka roti tu nampak la kesan macam kita letak filling. Jadi bila kita makan, chip tu macam terlampau banyak pada setengah bahagian tapi kat tempat lain langsung takde ataupun sikit je. Chip juga tak mencair bila gunakan oven jadi dapat ke budak2 ni, ada masa dia jilat dulu bahagian chip yang tebal tu.


Kejadian kali kedua memuaskan sebab chip tu jadi bersepah dan cair maka roti tu nampak la macam kesan2 garis cantik skit.



Bahan-bahan
  • 270g tpg roti
  • 30g tpg gandum
  • 35g gula pasir
  • 1 1/2 tsp instant yeast
  • 15g susu tepung ~ Cik Yan xde maka memang tak letak jadi sukatan tepung tambah sikit
  • 40g plain yogurt
  • 125ml full cream milk
  • 1 butir telur ~ Cik Yan guna 2 butir sebab telur gred B
  • 3/4 tsp garam
  • 1 cwn butterscotch chip
Cara membuatnya 
  • Satukan kesemua bahan dan uli sehingga elastik. Ini agak mengambil masa sedikit kerana bahan2 yang digunakan
  • Rehat doh selama 60 minit
  • Canai doh sehingga menjadi segiempat dan lipat 3
  • Canai lagi dan tabur chip kemudian lipat 3 semula
  • Canai menjadi bentuk segiempat dan gulung kemas
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di gris dan biarkan mengembang sehingga 3/4 bekas
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 min.
Jika menggunakan breadmaker,
  • Masukkan bahan mengikut aturan breadmaker anda.
  • Chip diletakkan pada bahagian fruit & nut
  • Pilih option Basic atau Sweet
  • Crust, pilih Light atau Medium
  • Tekan Nut (atau jadikan yes pada paparan Nuts?)
  • Tunggu sehingga masak dan siap..

No comments:

Post a Comment