Rasanya banyak kali mencuba mendapatkan resepi roti putih yang kena pada tekak Cik Yan..asyik cuba resepi dari satu blog je sebabnya resepi dia memang kalu buat menjadi tapi lelama terasa lak internet tu punyala banyak sumber jadi naper nak guna sepenuhnya.
Pagi ni memang nekad nak buat white loaf sebab nanti senang leh buat biskut instant Mia dan Cik Yan nak minum kopi cicah roti pun ada kan...
Gigih google resepi sambil makan sarapan...Cik Yan buat nasi lemak je..dan Mia tu Cik Yan lecek telur rebus bagi makan dengan hash brown dan daging burger.. home made ek semua..
Bahannya
3 1/2 cawan tepung roti
2 sudu kecil garam
1 cawan susu full cream suam
1/3 cawan air suam
2 sudu besar unsalted butter di cairkan
3 sudu besar madu
2 1/4 instant yeast - opkos Cik Yan guna Mauri Pan..
1 sudu kecil bread improver - Cik Yan pepandai tambah
Resepi asal (chefinyou.com) guna tangan je tapi tangan Cik Yan manala larat nak menguli jadi mestilah masuk dalam bread machine..
Cara Cik Yan buat..
Panaskan susu dengan butter pastu biarkan sejuk. Kalu rasa susu tu panas sangat, air tu takyah guna air suam..
Jadinya tuangkan susu dengan butter tu ke dalam bekas penguli roti diikuti dengan air dan madu.
Ayak tepung roti dengan bread improver pastu masukkan garam dan akhir sekali taburkan yeast tu kat atas. Pastu tekan la bread machine tu dan pilih crust mana yang mahu dan Cik Yan kali ni memilih light crust je sebab biasanya medium.
Tengok timing kat bread machine dia amik masa dalam 2 jam lebih je.
No comments:
Post a Comment