Monday, 24 October 2011

Scone

Sejak Cik Yan merasa keenakan scones di Smoke House Cameron Highland (ada org kata sedap, try jelah) terus terjatuh cinta lagi lak Smoke House tu indah betul suasananya..berangan jadi omputih jap..yelah nak gi negara omputih tu kena la kumpul duit dulu kan...jadi x salah berangan di tempat yang sesuai.

Bila En Suami ajak ke Fraser Hill, Cik Yan cakapla kat situ pun ada Smoke House gak..lantas dia pun setuju untuk menjamu scones di situ..yang mana hasilnya seperti entri terdahulu. Terasa seperti honeymoon dan candle light lunch pulak.

Perasaan membuak2 untuk mencuba resepi Scones bila buat blog walking. Rata-rata yang suka baking mesti dah buat scones sendiri untuk santapan bersama keluarga. Cik Yan rasa teruja la kan memandangkan bahannya ada je kat rumah tu...Tapi sebelum buat tu, Cik Yan mintak En Suami janji kalu scones menjadi, dia masih lagi akan belanja Cik Yan makan scones jika kami melawat Cameron atau Fraser Hill. Confident jadi dan sedapla konon kan..Dan Alhamdulillah memang sedap dan berbaloi membuatnya kerana En Suami enjoy makan camtu tu je sebab Cik Yan tak sempat buat devonshire cream dan dia xnak strawberry jam.

Bahan-bahan

2 cups (260 grams) Self Raised Flour
1/4 cup (50 grams) castor sugar
2 teaspoons (10 grams) baking powder
1/4 teaspoon salt
1/3 cup (76 grams) cold butter, cut into pieces
1 large egg, lightly beaten
1 teaspoon pure vanilla extract
1/2 cup (120 ml) whipping cream or milk -
next round Cik Yan guna whipping 100ml je sebab sukatan ni lembik, kena tambah SFR beberapa sudu besar.

Cara buat

Oven panaskan pada suhu 200C

Whisk tepung, gula, baking powder dan garam  sebelum masukkan cold butter tu. Ramas sampai jadi bentuk serbuk. Sesape dah buat pastry mesti pandai ni...
Pastu dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan masukkan whipping cream dan juga vanilla. Kemudian curahkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung sehingga adunan boleh di uli.

Ala..gambo xde time ni sebab tangan kena menguli kan..x kuasa Cik Yan nak cuci tangan semata-mata nak amik gambo..

Pastu bulat2 kan dia takpun kalu nak comel..canaikan dia dan terap sesuka hati dan bakar sampai masak.

Cik Yan dapat 8 ketul kot dari resepi ni. Cik Yan terlupa yang scones makan dulu tu xde pulak telur kuning atas kan...konon nak cantik tapi isk..merosakkan permandangan scones Cik Yan je..pehal pun, rasa memang sedap, nampak keras tapi bila potong, isi berlapis dan gebu.

Perbandingan scones Cik Yan ngan Smoke House..hehhe




Ni yang belah pulak



No comments:

Post a Comment