Nak buat donut, kids kena HFMD jadi memang cuba elakkan dorang dari makan gula sebab sah2 minuman bagai pun ada gula kan.
Roti pilihan kali ni adalah roti loaf yang ber kismis.
Adaptasi dari Betty Crocker
Bread Machine Cinnamon - Raisin Bread
Bahan-bahan
- 1 cwn air
- 2 tbsp butter or margarine, softened
- 3 cwn tepung roti
- 3 tbsp gula
- 1 1/2 tsp garam
- 1 tsp serbuk kayu manis
- 2 1/2 tsp instant yeast
- 3/4 cwn kismis
Cara membuatnya
- Sukat setiap bahan dan masukkan segala bahan-bahan kecuali kismis ke dalam bekas roti. Kismis diletakkan pada bekas fruit/nut pada bread machine tersebut kalau tak pun, masukkan kismis pada 5-10 minit terakhir kneading cycle ~ ni pepandai la yer mengenal bread machine anda
- Tekan pilihan SWEET atau BASIC/WHITE
- Pilihan crust LIGHT / MEDIUM
- Tukar pilihan NO NUT kepada YES
- Tunggu sehingga masak, keluarkan dari bekas dan sejukkan sebelum disimpan
No comments:
Post a Comment