Resepi ni Cik Yan ambil masa dok tengok2 Instagram Baking Delights. Tergerak nak mencubanya sebab dulu pernah gak cuba buat butter rolls ni kalau tak silap dari Blog Daily Delicious. Masa tu memang uli tangan la dan hasil tak seberapa sebab tangan Cik Yan memang tak kuat. Sakitnya tangan tu berhari-hari padahal roti dah abis sekejap je sebab bawak opis.
Memandangkan Cik Yan ni walaupun dah 8 tahun memiliki mixer tu, tapi hook tu baru-baru ni je cuba pakai (buat pau). Lelama rasa seronok lak gunakan hook tu dan bertepatan la dengan resepi ni yang menggunakan mixer.
Bahan-bahan
- 30g butter sejuk - potong kiub
- 300g tepung roti ~ Cik Yan campur dengan tepung gandum sebab tak cukup
- 1 butir telur
- 30g gula
- 1 1/2 tsp instant yeast
- 150ml air
Cara membuatnya
- Tepung dan butter diramas sehingga terjadi seperti serbuk yang sekata
- Masukkan telur, gula dan yeast ke dalam tepung
- Putar sehingga tepung dan bahan telur melekat
- Masukkan air dan putar lagi sehingga doh tidak berapa melekat pada mixer bowl
- Griskan bekas dan alih adunan doh ke dalam bekas kemudian dibiarkan mengembang
- Adunan adalah sedikit melekit dan bolehla sapukan tepung pada jari ketika nak alih ke dalam bekas
- Selepas adunan mengembang, tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin dan bahagi dua
- 2 bahagian itu di bulatkan dan dibiar 5 minit
- Ambil 1 bahagian dan canai menjadi segiempat dan kemudian dipotong-potong menjadi segitiga. Di bahagian yang lebar tu belah skit untuk mudah proses penggulungan
- Sapukan butter dan tabur sedikit gula sebelum di gulung (macam buat croissant tu)
- Biarkan selama 5 minit dan kemudian sapu susu jika suka
- Bakar pada suhu 160C selama 15 minit atau mengikut kepanasan oven memasing.
No comments:
Post a Comment