Tuesday, 1 January 2013

Omelan 2013

Ada satu keadaan dimana kekadang kita mudah nak perlekehkan orang tapi kita tak nampak apa yang berlaku tu bersebab..sesape yang sentiasa hindarkan rasa cemburu akan susah menjadi buta hati dan akan sentiasa melihat apa yang berlaku ada hikmah sebaliknya namun manusia memang lambat nak sedar.

Okay tak intro? Padahal apa nak citer ni tak taulah kena mengena atau tak kan..Dah tak tau nak mukadimah camner jadi hentam jelah..

Dulu masa mengandung, tanpa fikir panjang terus je nak book pakej post natal dengan spa CintaSari sampai ada setengah teman tanya nape tak pantang rumah mak since berdekatan. Cik Yan jawab dah ada rumah sendiri, anak terjadi hasil usaha sama jadi nape nak susahkan dorang kan..lagipun En Suami dah amik cuti panjang lainla kalau dia kena keje..rupanya diakhir kehamilan, abah disahkan menghidap tumor otak dan perlu dibedah..jadinya mak jaga abah sepanjang di hospital dan abah perlukan perhatian lebih di rumah. Allah Maha Besar. Kalu dulu memang merancang duk pantang rumah pasti lebih menyusahkan mak kan..

Masa pantang lak En Suami gi tanya cleaner kat perumahan ni kalau ada sesape yang nak duit lebih. Memula macam tak setuju tapi bila tengok pergerakan terbatas, takde pengalaman jaga budak dalam hari, terima je sebab tak nak En Suami susah hati. Bila kerelaan tu dah ada,dari setakat upah cuci rumah terus menjadi daily maid kami dan Insya Allah akan menjaga Mia bila Cik Yan mula keje nanti. Jadi Mia pepagi leh bangun sendiri la takyah kena kejut antar memana (still under observation gak).

Masa En Suami keje, dia janji sepanjang tempoh pantang akan jaga Cik Yan dan tinggalkan keje semua. Tapi belum bersalin lagi dia dah agak sibuk kerana dapat tawaran keje di darat. Memula syahdu kot sebab terasa dia mungkir janji tapi rerupanya tawaran itu memudahkan rancangan dia dan juga mengurangkan rasa susah hatinya. Mengapa? Sebab pihak pengurusan membenarkan dia bekerja opis dan laut jadi dia masih boleh mengumpul sea service dan juga berada di rumah..cuma kekadang perlu turun ke branch untuk meeting dan melakukan inspection. Lagi terasa beruntungnya, bila dia meminta kebenaran pengurusan supaya dapat bekerja dari rumah kerana tidak mahu kehilangan masa bersama kami.

Setiap kali terpaksa turun ke branch, En Suami akan memesan supaya kakak pembantu tu balik lewat dan sentiasa check Cik Yan rehat atau tak. Ni bila dia terpaksa menggantikan orang sementara pengganti sebenar datang, mulalah pesan memacam. Em..nak sangka terusik juga perasaan dia dan sering kali minta Cik Yan antar gambar kami. Padahal Cik Yan punyala malas nak amik gambar sendiri tapi takleh berenti dari amik gambar Mia. Even pampers yang ada poo poo pun Cik Yan amik dan dia suka nak tengok..

Ada orang ni lak..rasanya perancangan dia lari di saat akhir dan terpaksa menghadapi segalanya berdua. Tapi banding diri dia dan Cik Yan, rasanya mungkin Cik Yan tak pandai untuk menguruskan diri sendiri dan rumah ketika dalam pantang. Bayang jela mandikan Mia pun En Suami yang buat kalau hari therapist Cik Yan tak datang. Anak dia pulak bukan cucu pertama jadi adik beradik lain pastinya ada pengalaman untuk menolong..Kawan Cik Yan uruskan diri sendiri, mandikan bayi dia yang dalam hari..apa sajalah dia lakukan dan tidak Cik Yan lakukan sebab Cik Yan spoiled kot..ala, En Suami la kan...tapi kalau kena buat gak..tak taulah mampu bagi terbaik ke tak..hehehe

Oh ya..masa tengok citer apa ntah semalam, laki tu bagi hadiah kat pompuan..terus wassap En Suami bagitau apa yang Cik Yan tengok. Dia tak layan pun, even wassap lain pun tak reply..mungkin dia sibuk jadi tak layan benda remeh temeh ni tapi rerupanya lepas abis keje dia dok tanya apa yang Cik Yan nak..Indahnya rasa, tatkala dia rasa bersalah sebab terpaksa tinggalkan Cik Yan dan Mia..dia fikir apa saja kemahuan Cik Yan harus ditunaikan tapi sebenarnya Cik Yan memain je..

Bersalahnya rasa..masa Cik Yan sibuk baking atau wat apa yan Cik Yan suka tanpa dia..tak pernah pulak nak bagi hadiah..ke setakat menggalakkan dia riding..senyum masa dia gi meeting tu dah cukup untuk dia..Orang lelaki kan..kadang-kadang benda simple buat dia rasa happy..harapnya gitulah..

Pasal kat facebook orang sibuk cakap pasal new year kan..nak cakap gak..

Tahun 2012 takpun tahun hijrah 1433 bawa seribu rahmat buat kami..

  1. Cik Yan disahkan hamil setelah 4 tahun berkahwin, mulakan treatment secara serius (Cik Yan serius fikir nak ada anak dah) pada Sept 2011 lepas complete follow up untuk operations cyst Cik Yan. Tiga cycle makan chlomid dan Alhamdulillah yang ketiga tu kami mendapat perkhabaran gembira dan Mia selamat dilahirkan pada Nov 2012
  2. En Suami akhirnya berjaya mendapatkan 1st Command walaupun telah lama memiliki COC. Tu termasukla dengan syarikatnya yang kurang serius dalam memastikan perjalanan kerjaya dia. Cheit..saje nak sabo En Suami kan..sudahnya bubye..En Suami gi tempat lain yang lebih percayakan dia.
  3. AlphaBET yang comel menjadi milik kami pada Januari 2012..Menjadi teman tatkala En Suami keja..menjadi tukang kejut waktu sahur dan juga mangsa amik gambo..Hahah.
  4. En Suami mendapat kepercayaan menjalankan satu projek pembinaan ala-ala macam KSB tu, mengurus cawangan dan mula belajar pengurusan syarikat..Mana nak sangka banyak idea dia di terima pakai oleh pihak pengurusan dan secara tak langsung dia mendapat apa yang diidamkan..Insya Allah..semoga dia berjaya dan terus berjaya..
Tu jelah nak mengomel..marila kita tinggalkan apa yang sedih, kisah duka ke belakang dan belajar memperbaiki segalanya supaya esok dan masa depan menjadi sentiasa indah buat kita..









No comments:

Post a Comment