Thursday, 3 January 2013

Tumpah darah

Tadi kawan Cik Yan datang tengok Mia sesambil tengok AlphaBET sebab dia pun jenis suka kucing. Seperti biasa Alpha pemalu dan Beta pula terlampau peramah. Bukan main suka dia orang dukung, peluk2 dia kan sampai lupa Cik Yan ada depan mata. Happy okay..ada Mia, ada AlphaBET..rasa nak cium dorang je all the time..

Sesambil borak tu..salah satu soalan yang kuar tu buat Cik Yan teringat balik. Dia tanya camner dan pendapat tentang sakit bersalin..Jadi macam nak citer la kat sini gak.

Pengalaman bersalin yang menakutkan Cik Yan adalah selepas melahirkan Mia di mana Cik Yan tumpah darah. Selepas Mia selamat dilahirkan, tengok En Suami qamatkan Mia sambil Dr Ashar jahit, tak rasa apa pun. Mungkin sebab rasa gembira melihatkan anak yang dah kuar dari perut tu. Ada orang citer pas bersalin ada enzim kuar yang buat kita tak rasa sakit..Semua urusan dah siap by 6.30 am tapi pasal bilik tak siap lagi jadi Cik Yan dan En Suami tido je kat labor room tu. Ntah pukul berapa terasa basah je ingatkan terbuang air atas katil tapi biarkan je sebab rasa tak confident nak gi toilet kan. Jam 9.30am terasa kepala pusing, dan another contractions..masa tu terfikir adakah Cik Yan mengandungkan kembar..terus Cik Yan picit loceng dan mengadu kat nurse. Cik Yan kesian En Suami jadi taklah kejut dia sebab dia pun penat gak meneman Cik Yan kan..

Bila nurse datang, segera dorang pakai apron dan sarung tangan dan keadaan bising sampai En Suami tersedar. Nurse cakap darah kuar dan kena buang darah tu segera, Cik Yan dah macam nak pitam time tu dan En Suami peluk2 dan suruh sabar. Bila nurse masukkan tiub untuk pastikan takde urine tu mulala sakit. Pastu perut ditekan sambil tangan dia kuarkan darah. Mujur gas etonox dah ada dan masa tu sakit kot jadi sedut je gas tu..(eh..ada citer kan etonox abis masa contration yg kuat tu..bagus gak sebab memula risau kan sebab baca baby ada yang lalok akibat gas tu). Memang abis sedut la etonox tu sebab ngeri time nurse kuarkan darah. En Suami gi tengok dan nurse tanya tak takut ke sebab dorang cakap kuantiti yang biasa orang tengok. En Suami jawab dia dah pernah tengok lagi teruk ketika bekerja di mana kepala ke muka crew dia pecah kena apa ntah.

Proses mengeluarkan darah tu mengambil masa dan every hour nurse akan datang buang urine, gas dan darah tu. Tang dia nak keluarkan urine, gas semua tulah ngeri giler sebab dia masukkan tube kan dan rasa sakit kot sebab lepas berapa kali dah nurse kata Cik Yan dah leh tima rasa sakit tu dan dorang gi simpan salur etonox tu..Uwa...siksa i tapi tak nangis la..En Suami dok pujuk dan alih perhatian Cik Yan. Tak perasan mana Mia masa tu tapi rasa macam dalam tu jugak tapi dia tido kan..

Bila nurse dah confident darah beku tu tak banyak mana, barulah leh gi kat bilik biasa dan Cik Yan duk rehat je since Mia diletakkan kat nursery. Cik Yan ada gak ke nursery sebab Mia masa tu takleh adapt dengan udara kita jadi kena put under warmer. Nurse bawak pakai kerusi roda tapi masa tu kolustrum tak kuar jadi balik bilik dan Mia tak dapat susu. Nurse kata takpe since tahap gula Mia masih okay jadi biar dulu. Masuk bilik, nurse lain tanya ada ke toilet tak tapi Cik Yan kata tak jadi memalam tu En Suami bawak masuk ke bilik air dan masa tu jugakla darah beku kuar. Setiap kali bergerak memang terasa darah beku tu nak kuar dan makin lama makin sikit. Esok paginya Dr Ashar advise untuk buat blood transfusion sebab pulse sangat laju dan muka pucat giler. Nurse cakap selagi darah rendah, susu akan susah nak kuar jadi masukla 2 pint darahstart dari kul 4 ptg sampai kul 2 pagi kot. Alhamdulillah pada hari ketiga, Mia berjaya di beri susu badan..

Memang ngeri la dan bila En Suami kata nak check jahitan, Cik Yan terbayang keadaan tu dan mula refuse untuk bagi dia check. Mujur nak cepat bagi sembuh ubat tu takyah sapu kat situ memadai letak iodin kat maternity pad je, Kalu tak, sure banyak kali mengelat sebab terbayang keadaan tu.

Jadinya sakit bersalin taklah menakutkan sangat walaupun tanpa epidural tapi sakit sebab nak kuarkan darah tu mengerikan...




No comments:

Post a Comment