Friday, 25 January 2013

Cabaran..

Kawan Cik Yan dulu ada memberikan link untuk menaikkan semangat kita menyusukan anak secara ekslusif..maksud ekslusif tu adalah bayi hanya diberikan susu badan sahaja tanpa sebarang top up dari formula milk atau soft food.

Dari situ baru tau adanya cabaran dalam meneruskan niat menyusukan anak yang selama ni tapi takleh nak salahkan Cik Yan gak..kalau dah tak pregnant semua watpe nak baca kan. Karang banyak info tau, kita share kat orang..nanti orang kata mentang kita tak belajar tinggi, takpun dok banding kita orang bandar..orang kampung..baik takyah bazir sel tak.

Banyak cabaran rupanya terutama dari orang tua, sekeliling dan apa saja faktor yang nanti mula timbul satu persatu. Blog tu kata abaikan je semua tu dan sentiasa yakin susu ibu adalah kurniaan terbaik yang Allah kurniakan untuk bayi kita. Kat mana ntah cakap, susu ibu tu ibarat manisan syurga yang Allah jadikan untuk tatapan bayi kita yang masih suci. Pernah dengar tak orang cakap bila cium bayi yang kosong (tak berbedak, lotion semua) kita bau wangi dan itulah yang dikatakan wangian syurga. Ada juga cakap kita ni berdosa sekiranya mengenepikan hak anak kita untuk minum susu badan.

Cabaran pertama Cik Yan bila mak Cik Yan sendiri menegur Mia dok menyusu je masa dia datang teman Cik Yan time pantang. Minta maaf, Cik Yan terpaksa wat bodoh dan membuat kata-kata yang didengari itu umpama angin lalu. Abis satu..dan normal tu sebab baca kat blog orang lain pun, mak dorang siap cakap pasal keturunan takde susu la..susu tak cukup la..

Cabaran kedua ni takpe..terasa kasih sayang En Suami. Mengapa? Dia suruh bagi formula milk sebab kesian tengok Cik Yan yang dalam pantang terpaksa menyusu Mia siang malam. Dia takut Cik Yan kepenatan tambahan lagi baginya Cik Yan perlukan rehat yang banyak setelah mengalami tumpah darah..tu yang dia hire tukang cuci pastu jadi daily maid skang ni. Oh ya lagi satu pasal masa wat rawatan pantang Mia dok interframe tengah jalan nak menyusu dan bagi En Suami dia taknak la Cik Yan terganggu ketika dalam rawatan tu. Penyudahnya senang je..ikut cakap En Suami, pam susu jadi bila Mia nak susu je..bagi susu badan dalam botol. Pandai Mia menyusu dalam botol dan Alhamdulillah dia masih lagi nak direct feeding walaupun dah diberikan botol. Tukang urut cakap pasal guna botol dan puting medela tu yang Mia tak confuse. Bagi Cik Yan..bestla Medela ni..ops..nanti Cik Yan citerla pasal medela ek..leh perbanyakkan entry sementara cuti ni.

Seterusnya best sangat rasa lagi2 bila nampak peningkatan susu, Cik Yan mula wat stok, En Suami lak support dengan belikan peti ais besar supaya susu stok tak bercampur dengan makanan basah. Bagi Cik Yan, benda paling best selepas pantang ni adalah menyaksikan jumlah susu yang berjaya kuar, terkumpul pada hari tu. Takyah nak gi jalan sana sini sebab rasa rugi masa tambahan En Suami pun busy, boring hokay jenjalan tertengok dia kat belakang sebab check email or reply tak pun cakap kat henpon lelama. Bila kita nak cakap je orang call takpun susah nak explain sebab dia tak concentrate kat apa kita cakap. Lagi pun takat jenjalan tu, time keje kan Cik Yan leh gi gak during lunch time. Rupanya En Suami tak senang dengan keadaan tu sebab Cik Yan dok bagi alasan rugi masa kuar sebab tak dapat pam tanpa dia tahu alasan terselindung. Hihihi.

Satu hari tu, nak jadi citer dah sampai masa Mia menyusu dan masa tu gak la sakit perut maka En Suami pun mengutarakan kembali cadangan untuk memberikan Mia formula milk. Alasan kerana kerisauan Cik Yan akan mula bekerja, pasal Cik Yan terlampau taksub untuk pam sampai tak nak kuar rumah (tadi dah bagi alasan sebenar kan). Tapi lega sekejap sebab En Suami tak memaksa dan kisah sedih kembali lagi apabila Dr Iean memberitahu tumbesaran Mia sederhana mengikut chart yang ada. Saat itu, Cik Yan tau dah En Suami pasti akan memaksa kembali.

Sedih rasa tatkala berhujah mengapa Cik Yan tak mahu ikut cakap Dr Iean. Dr tu pun cakap jika mahu, boleh tambah with 1oz formula milk. Mujur ada kawan baik di sisi (not exactly sisi, over the phone je) yang bagi semangat. Ya, Mia tak gemuk tapi memanjang, Mia jarang demam, aktif dan kelakuannya seperti yang tertulis di dalam memana buku baby development. En Suami lak menggunakan hujah typical yang kita akan selalu jumpa dalam artikel cabaran susuan ibu. Memang bayi yang minum formula milk membesar gak, pandai gak, Allah yang bagi idea camner nak hasilkan susu formula tapi kalau ibu mampu mengeluarkan susu, kenapa perlu bergantung pada formula milk?

Syahdu je terasa bila dia cakap kalau jadi pape kat Mia camne. Memang rasa nak mengalah je tapi Cik Yan yakin, kalau Cik Yan baikkan lagi pemakanan Cik Yan, ambil lagi banyak protein dan kawan baik Cik Yan dengan rela hati nak share satu produk ni mungkin ada perubahan atau mungkinkah Cik Yan perlu cari pakar kanak-kanak yang support breastfeeding ni dan minta penjelasan. Jadinya bila En Suami dah mula mencari maklumat, bertukar pendapat dengan abangnya, dia tak lagi lah nak push. Cik Yan lak sebenarnya semalam rasa macam tak nak je kawan dia..Mia pun nak mama dia je..hahahah. Jadi masa En Suami kata nak ambil keta idaman Cik Yan bawak balik rumah, Cik Yan tak hepi pun sebab risau tak berjaya dapat sokongan kembali dari En Suami untuk breastfeeding Mia. Pompuan mana yang dah mengandung bawak anak dalam perut sampai 40minggu, pantang semua yang sanggup aniayakan anak dia. Semua pompuan yang waras mahukan yang terbaik untuk anak kalau tak takkan ketika mengandung, bermacam yang kita buat untuk pastikan kandungan selamat, sihat dan menyekat makan minum yang memudaratkan kandungan (ala, ada orang makan sikit jadi sakit kan).



No comments:

Post a Comment